Sunday, 26 April 2026

SENARIO MENGGANAS LAGI #SenarioUnion30tahun

Hye semua manusia yang membaca blog Milo Ais Sechawan... Tajuk ni paling best untuk kita ceritakan pada harini, apa yang hendak di ceritakan ialah tanggal 25 APRIL 2026 melakar satu sejarah untuk kumpulan Senario itu sendiri. Walaupun pada awalnya ada di antara mereka merasakan susah untuk membuat konsert, bukan setakat kesihatan tetapi juga masa yang banyak perlu di berikan bagi menjayakan konsert ini.
Nak di jadikan cerita yang lebih menarik lagi, Senario bersama JAKEL, Lagu Raya bersama Faizal Tahir semua meletups dan mendapat sambutan hangat. Di susuli pula dengan konsert 30 tahun, semua orang berlumba lumba mahukan sedikit memori daripada kumpulan Senario. 
Impak Kumpulan Lawak Senario ini hebat, bijak Tv3 pada ketika itu menjenamakan Senario dan pastikan Branding mereka menjadi, konsep live audiences pada, jom heboh, dan apa apa program tv3 pastinya Senario menjadi bintang utama, tidak cukup dengan itu, Tv3 juga keluarkan album dan karaoke yang menjadi kegilaan pada tahun 90an. 
Tidak cukuo dengan itu untuk pastikan branding SENARIO lebih kukuh, touring konsert Senario sehingga ke Singapura dan movie yang pecah panggung. Sekarang aku nak tanya korang, muvie ape yang korang paling enjoy dari Brand Senario, Pasti Ramai kate Lagi Lagi Senario kannnnnn... Cerite roti canai terbang.
Apa yang aku nak bincangkan dengan korang ialah kenapa zaman sekarang takde satu pun kumpulan lawak yang mampu kalau tak setanding pun... Sekurang kurangnya dapat lah level level senario, mesti korang kate Sepahtu kan. Tapi bagi aku tak sampai lagi... Jauh lagi levelnya tu. Tv3 mungkin pada ketika itu kejam lah kan sebab bayar gaji bulan, Senario hebat macam mana pun gaji takat tu jelah, tapi dengan push branding dan pastikan Senario meniti di mulut mulut semua orang dan berjaya memastikan Senario Menjadi Lagend Lawak sehingga harini, nampaknya marketing strategi pada tahun itu berjaya. 
Tahniah sekali lagi kepada SenarioUnion semoga di permudahkan urusan, di berikan kesihatan yang baik, kekalkan momentum, Insya ALLAH anda semua sentiasa di sayangi... Amin

No comments:

Post a Comment

SENARIO MENGGANAS LAGI #SenarioUnion30tahun

Hye semua manusia yang membaca blog Milo Ais Sechawan... Tajuk ni paling best untuk kita ceritakan pada harini, apa yang hendak di ceritakan...