Wednesday, 29 July 2015

Untitled 14

Babak 18
Jealousy PRINCE..
.


Pagi Rykal bermula seperti biasa, urusan kerjanya seakan tidak habis-habis. Segelas air teh tarik di kedai mamak berhadapan dengan hotel Syuen menjadi tempat lepaknya setiap hari, malas pula bagii Rykal untuk menjamah makanan di hotel walaupun dia tidak perlu membayar walaupun satu sen. Roti canai banjir tetap menjadi pujaan hati Rykal apabila dia membuat pesanan untuk makan sehingga tiga keping sebelum dia memulakan harinya terus ke pejabat Hairi yang di tumpangnya sementara untuk menyiapkan segala projeknya sebelum boleh di jalankan pembinaan. Projek MUDZAFFAR adalah kesinambungan daripada projek Iskandar di Johor, dan semua projek yang di buatkan meliputi kawasan Lumut sehingga ke Setiawan, tempat-tempat ini akan di majukan dan menjadi satu tempat tarikkan pelancong utama bagi negeri itu dan mungkin membolehkan ramai pelancong dari luar negara untuk datang melawat negara Malaysia. 
Rykal cuba menulis kertas kerja untuk membawa satu projek mega yang lebih kurang sama dengan Universal Studio di dalam projek Mudzaffarnya, kertas-kertas kerja ini tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak terutamanya pihak kerajaan negeri Perak itu sendiri dan jika dia ingin membawa masuk apa-apa yang berunsurkan dari luar negara, bahagian penapisan juga terlibat untuk memastikan tiada unsur yang boleh merosakkan akhlak remaja negara Malaysia.
"itu tak boleh, ini tak boleh, kalau dah nak rosak jugak akhlak tu... takda apa hiburan pun boleh rosak akhlak jugak, tak payah nanti ada mekanisme yang meransang kerosakan akhlak... kononlah...hmmm tapi aku dulu pun kalau takda orang yang membakar semangat player aku ni, tak jugak aku jadi maharaja playboy.... hahahahaha ok lah aku setuju dengan pendapat ini" Rykal tergelak seorang diri sambil dirinya menaip untuk menyiapkan kertas kerjanya sebelum dia membentangkan ini di hadapan pihak-pihak yang terlibat dengan projek Mudzaffar.
"ala, hari ini tak dapatlah aku nak tengok muka Kristal yang comel tu, hmmm rindu pulak dekat perempuan gila sorang ni... hmmm video kol lah kejap" Rykal terus menekan telifon Iphone emasnya yang bercorak sama seperti telifon Kristal, bak kata Rykal Couple Phone. Oleh kerana Kristal tidak mahu menjawab panggilan Rykal, maka Rykal terus menghantarkan pesanan ringkas untuk Kristal.
My princess, please accept my video call. Kenapa tak mahu angkat? you tak pakai baju ke?
Rykal sengaja menggunakan ayat yang memprovok Kristal supaya mengambil panggilan videonya. Akhirnya panggilan Rykal di sambung, sambil berjalan turun daripada pejabat Rykal tersenyum gembira melihat Kristal membuat muka tak suka sambil memuncungkan mulutnya.
"tu dah kenapa tu, princess tak suka ke i call" tanya Rykal, dengan menggunakan nada yang manja. Kristal hanya menggelengkan kepala tanpa berkata apa-apa.
"you shaking your head tu tandanya tak suka atau you suka" tanya Rykal lagi, dan kali ini Kristal yang keliru dengan soalan Rykal, sekejap mengeleng dan tiba-tiba kemudian dia menggangukkan kepala. Rykal ketawa besar melihat gelagat Kristal. Sambil itu Rykal menekan alarm kereta untuk membuka pintu keretanya, Kristal yang malu dengan ketawa besar oleh Rykal telah menutup mukanya tetapi kembali melihat apabila kereta Rykal berbunyi.
"you nak pergi mana?"tanya Kristal perlahan.
"kerjalah mana lagi, you tak pergi cuti ke" tanya Rykal.
"you nak pergi kerja kat mana, bukan you memang tengah kerja ke? i dah sampai tempat kerja cuma belum masa untuk punch card lagi je" terang Kristal panjang lebar.
"tadi punyalah susah nak dengar suara, sekarang haa~ panjang pulak cerita dia, I nak pergi pejabat setiausaha kerajaan ada meeting dengan Menteri besar Perak dan ramai lagi orang yang you tak kenal" kata Rykal sambil ketawa.
"so you tak datang sini rehat dengan I kan" Kristal tersenyum manis.
"you tak suka i datang jumpa you ke, sampai hati you" balas Rykal.
"takda lah i suka you datang teman i, at least save sikit duit poket i nie, anyway i noticed that you tengah driving kan, anyway happy working and i also nak masuk kerja dah ni, lagi satu i nak inform you yang Iskandar teman i tau sebab lepas kes semalam takut lelaki yang you kejar i tu still follow i, so you don't have to worry okay, see you soon ok" Kristal terus mematikan talian nak teruskan perjalanannya ke butik KMN tempatnya bekerja, Iskandar yang dari tadi bermain telefon di hadapan Kristal hanya ketawa kecil apabila dia mendengar Kristal memberitahu Rykal yang dia akan menemani Kristal sekiranya Rykal tiada di sisi Kristal. yeah peluang baik kata Iskandar di dalam hatinya, Iskandar meneman Kristal ke butik sambil membuat lawak-lawak antarabangsa supaya Kristal sentiasa di selubingi dengan mood yang gembira dan sentiasa senang akan kehadirannya.

Rykal berasa tidak senang hati mendengar kata-kata Kristal yang Iskandar akan menjaga dan menemaninya sekira Rykal tiada di sisinya. Wajah Rykal yang tadi gembira terus berubah menjadi awan gelap. Setibanya Rykal di pejabat setiausaha kerajaan, Andrew Leong terus menghampiri Rykal dan bertanyakan mengenai kertas kerja dan pembentangan yang akan dilakukan dihadapan menteri besar dan badan-badan yang terlibat dalam pembangunan Mudzaffar. Andrew Leong yang melihat Rykal yang seakan-akan berada di dalam dunia yang lain dan hilang akan fokusnya untuk bekerja hari ini, mendatangkan kemarahan kerana bagi Andrew Leong hari ini bukanlah hari untuk main-main tetapi hari yang harus bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan satu projek yang mega yang peluangnya bukan selalu muncul.
"what had happen to you today, seem like you not yourself today" tanya Andrew tegas.
"can we do it fast so that i can go home fast and settle my own personal thing" jawab Rykal yang tidak menghiraukan Andrew Leong yang seakan-akan menyedari perbezaan mood Rykal pada hari ini.
"look!!! if you had stupid bitch thing to settle, do it after you settle my problem, our problem! today, our faith is in your hand!! kalau i tahu you nak buat perangai bodoh macam ni, better i pick my own kaum, much better" Andrew Leong tidak lagi dapat menahan kemarahannya terhadap Rykal.
"ok, ok i bukan tak buat kerje, everything already settle, i just want to go home fast, that is all" terang Rykal.
"A woman?" tanya Andrew Leong, dengan berat Rykal menganguk, Andrew Leong menarik nafas panjang apabila melihat pengakuan Rykal, sebelum mereka masuk ke bilik mesyurat Andrew cuba menenangkan dirinya dan melihat kearah Rykal tepat ke dalam matanya.
"A mega project only come into our life once in a while or one in a lifetime, so if you don't do it right it might slip through your hand. But a woman, always come and go, mega project do come but when it go... it gone forever. Tengok isteri i, no matter what i do, dia merajuk, lari but then still come back to me... why? because she know i can provide everything that she want and need in this life. So you tak perlu takut your punye girlfriend lari if you provide everything that she need, if you do she will stick to you like a glue okay, and now please focus and if you nail this you can buy her a castle and make her happy forever... okay my friend" Andrew Leong menepuk-nepuk belakang Rykal dan mereka berdua melangkah masuk ke bilik mesyuarat di hadapan Menteri Besar Perak, Rykal memulakan pembentangannya mengenai projek Mudzaffar.

"kata-kata cina sorang ni kadang-kadang menyakitkan hati tetapi ada jugak betul dia, hailah Rykal janganlah sebab perempuan seorang habis masa depan kau, Kristal you are really something" tiba-tiba wajah Rykal di suluh oleh cahaya kereta saga flx se berwarna merah yang mempunyai sport rim emas. Jam di tangan menunjukan jam 10.30 malam, orang yang di nantikan sudah tiba. Rykal melangkah keluar dari keretanya dan terus menyapa orang keluar dari kereta saga merah tersebut.
"you buat apa malam-malam macam ni kat sini" tanya Kristal
"saja, rindu nak tengok muka you after a busy working day" kata Rykal.
"nanti my mom and dad see you macam mana" kata Kristal.
"so that we need to move now and hoping they didn't see us" Rykal terus menarik tangan Kristal masuk ke dalam keretanya dan terus bergerak menuju ke Gerbang Malam. Kedua-dua mereka menikmati malam di celahan kesibukan manusia yang datang mengunjungi gerbang malam, Rykal yang sudah menukar pakaiannya daripada suit kepada sweater and jeans membuatkan Kristal berasa dia sedang keluar berjalan dengan orang yang berbeza dan orang yang berada di depannya seakan-akan orang yang rendah diri, dan bukan playboy yang di kenali. Rykal mengengam tangan Kristal dengan erat, dan apabila ramai lelaki berjalan di sisi Kristal, Rykal akan mendekatkan Kristal dengan dirinya sambil menjaga Kristal dari di langgar oleh lelaki-lelaki yang berada di gerbang malam tersebut. Sebelum Rykal menghantar Kristal pulang ke rumahnya, mereka singgah sebentar di dataran Ipoh untuk makan cha kueh teow .
"tell me what you need Princess" tanya Rykal yang memecah sunyi.
"me? ok lah kueh teow je... i don't need anything else" jawab Kristal yang bingung dengan soalan Rykal.
"i mean in life, in the future" tanya Rykal dengan lebih spesifik.
"a family, a career, and make everyone yang i sayang happy" kata Kristal.
"what you expect from your future husband, you nak dia provide apa untuk you" Rykal bertanyakan lagi soalan kepada Kristal. 
"i want a home" jawab Kristal ringkas.
"home? a house you mean" tanya Rykal lagi.
"a house is not a home without your love one" Kristal tersenyum sinis.
"home tu build by batu ke papan" Rykal sengaja bertanyakan soalan itu di samping dengan ketawa nakal.

Setelah menghantar Kristal pulang ke rumah, Rykal terus pulang ke biliknya di hotel Syuen. Di lihatnya pemandangan Ipoh di waktu dini hari, ramai mat-mat rempit masih berkumpul di dataran serta mat-mat kereta yang sedang menunjuk-nunjuk kehebatan kenderaan masing-masing. Tetapi pandangan Rykal kosong, kata-kata Andrew Leong bermain-main di mindanya women wouldn't leave you if you can provide what they need and want  "a home" Rykal menjawab sendiri setelah otaknya bermainkan kata-kata yang di ungkapkan oleh Kristal, Rykal menutupkan matanya untuk hilang ke alam mimpi tiba-tiba Rykal membuka kembali matanya dengan muka yang marah "that stupis I.S boy need to go, or he will destroy all of my plan" Rykal mengambil bantal dan membuat wrestling dengan bantal tersebut, di gigitnya, di baling, di lempar dan akhirnya di baling jauh-jauh. Barulah Rykal boleh tidur dengan tenang.

Kristal~ 
will you let me stay in your home
you said only the one that you love 
live in you lovely home
will i be the one that you care
will i be the one that you love
if diamond and gold that you want
it will be so easy for me
but a home is not a house
Kristal... tell me my princess what should i do~
-Rykal Dato Syakirin-
Untitled.

p/s: bila cter nie nak sampai ke part yang seronok tu ae, aku sendiri yang tulis aku sendiri pun tak tahu, sebab tiap kali aku dok depan lappy ni, lain idea yang keluar, takpa lah.... ok lah kan kate cerita telenovella.... hahahahhaha

Monday, 27 July 2015

Untitled 13

Babak 17.
Competition Is ON

"Rykal jangan risau, kalau nak pakcik pujuk Kristal keluar dengan Rykal boleh, tapi Rykal kena janji dengan pakcik yang Rykal jangan buat benda yang tak baik dengan Kristal dan jaga Kristal sebaik yang mungkin, dan terima kasih di atas bantuan Rykal pagi tadi"

Rykal gembira melihat mesej yang baru di hantar oleh Pakcik Usop, sekarang rancangan Rykal menjadi lebih mudah lagi kerana, segala aktiviti Kristal di pantau secara sepenuhnya oleh Rykal. "Kristal baby, you just had no way to run or hide". Rykal mula berkira-kira berapa hari lagi yang dia ada untuk membuka hati Kristal tetapi di dalam hati kecil Rykal dia tahu yang Kristal sudah mula menerimanya walaupun sedikit, sekarang adalah masanya untuk ke rancangan seterusnya. Rykal terus bergerak ke ke hotel untuk menyegarkan diri sebelum mempunyai business dinner bersama Andrew Leong, banyak lagi kerja yang harus di lakukan sebelum mega projek di kawasan Lumut di lancarkan.

Krital menantikan kepulangan ayahnya untuk mengetahui bagaimana ayahnya boleh berkenalan dengan Rykal sehinggakan membawa Rykal datang ke rumahnya untuk makan tengah hari. Kristal tersenyum apabila teringat akan kejadian tengah hari tadi dimana Rykal bersama ibu dan bapanya, ketawa dan bergembira bersama "kalau Rykal khawin dengan aku, dah tentu-tentu dia tahu macam mana nak hormat kedua-dua libu bapa aku" Kristal ketawa seorang diri.
"kamu dah kenapa Kristal? mak tak tahu lah macam mana nak menormalkan orang macam kau ni" kata makcik Biah.
"Orang okay je, mak je yang macam-macam" jawab Kristal
sambil menjeling tajam mak biah berkata "tadi mak tengok si budak lelaki yang ayah kamu bawak balik tu macam suka kat kamu je Kristal, baguslah kalau ada orang suka kat anak mak yang senget ni. Dulu dah elok-elok kerja KL ada boypren hensem, tinggal habis balik Ipoh, entah kerja apa-apa tak tahu"
"mak ni, habis sebut benda lama, Insya ALLAH kalau kita kerja betul, kat mana-mana pun boleh hidup, kat mana-mana pun boleh naik pangkat janji kena rajin" Kristal buat muka dekat makcik Biah.
"Suka hati kamu lah Kristal, tapi kalau budak lelaki tadi masuk meminang kamu mak terima tau, tak kisah lah kamu suka ke tak. Nampak macam elok je budaknya" kata makcik Biah sambil berlalu pergi.
"Iyelah terima, bukan main baik lagi si Rykal bongok tu berlakun, kalau mak tahu dia tu buaya darat yang paling hebat kat malaya ni, belum tentu mak nak terima" Kristal membebl seorang diri sambil membuat mimik muka menyampah dengan kata-kata makcik Biah tadi.
"Ayah rasa, kamu memang kena cek kepala kamu lah Kristal, risau pulak ayah. Ingatkan mak kamu tu main-main bila dia kata kamu tu suka masuk dalam alam fantasi... muda-muda dah nak gila, bersalah pulak ayah rasa sebab selalu biar kamu sorang-sorang dari sekolah sampai ke KL" kata Pakcik Usop yang muncul entah dari mana.
"Ayyiiikkk, dari mana ayah muncul ni, mana ada orang jadi gila, cakap sorang-sorang tu biasalah... adoiyaiii... anyway ayah mana ayah jumpa lelaki tadi" tanya Kristal yang curiga.
"Owhhh Rykal tu, bagus budak tu, muda-muda lagi dah berjaya baru umur 35 tahun dan macam-macam ada. Budak tu ahli perniagaan, dia tu ada projek buat kat Ipoh ni. Tak tahu pulak Dato Hamzah bagi tahu dia pasal homestay ayah" Pakcik Usop tersenyum dengan hujahnya dan berharap Kristal akan mempercayai setiap butir perkataan yang di katakannya.
"HAH???!!! Rykal nak duduk dekat homestay ayah? kenapa dah takda hotel lapan belas bintang ke yang dia nak stay?" Kristal terus mengelabah apabila mengetahui yang Rykal akan tinggal di homestay ayahnya.
"kamu kenal ke Rykal tu Kristal" makcik Biah mencelah sambil membawa teh o panas untuk suaminya yang baru balik dari kerja.
"kan tadi dia datang" sebelum di tanya soalan yang bukan-bukan oleh ibu bapanya, Kristal terus melarikan diri ke bilik dan bersiap sedia untuk solat maghrib.

Kristal melihat Iphone emasnya, di tekan simbol mesej dan melihat satu mesej yang baru sampai daripada Rykal. Kristal tersenyum melihat mesej tersebut.
"If you don't want be my mistress then i am offering you a vacancy, be my princess probably soon you will be my queen but for now, wanna be my princess? Sleep tight my princess, see you in your dream... and i hope to see you tomorrow and everyday... muahh muaah" 

Kristal menjerit kecil di dalam biliknya, dia terguling-guling di atas katil sambil senyum gembira sehinggakan terlihat semua giginya, oleh kerana terlampau gembira Kristal sudah berguling sehingga jatuh dari katilnya. "Alamak macam nangka busuk daaaa" Kristal ketawa kecil dan dia terus menutup lampunya dan terus bersedia untuk masuk ke alam mimpi dan berjumpa dengan orang yang paling di bencinya tetapi orang itu jugalah yang paling dia rindu.

Keesokkan harinya Kristal pergi kerja seperti biasa dan hari ini dia sudah bersedia dengan kehadiran Rykal untuk mengganggu hari-harinya seperti biasa dan kali ini dia sudah memberi tahu kepada rakan sekerjanya yang dia akan makan tengah hari dengan Prince Charming yang sudah memasukan virus-virus cinta ke dalam hatinya. Sedang Kristal membuat kerja, dia terfikir yang dia lansung tidak membalas mesej Rykal malam tadi, dan adakah Rykal betul akan makan tengah hari dengannya pada hari ini. "takpalah kalau makan sorang-sorang pun tak apa". Hari ini Kristal di datangi oleh pelanggan yang sangat unik, walaupun dia seorang makcik yang berbangsa tiong hua tetapi dia lebih suka akan pakaian yang menutup aurat dan lebih berunsurkan kemelayuan dan juga keislaman, tak mahu ketat, mahu panjang sampai menutup punggung dan dia juga mencari skarf untuk di letakkan di kepalanya. Kristal terkejut dengan pemilihan pakaian oleh makcik tersebut, tetapi Kristal tidak menunjukkan reaksi yang pelik kepada makcik itu tetapi dia memberikan sokongan dan juga memberi sebanyak mana nasihat fesyen kepada makcik tersebut. Kesemua rakan sekerja Kristal melihat makcik itu dengan pelik.

 "dia nak pakai tudung ke" tanya yen
"no lah, dia beli skarf pakai macam tu je, bukan pakai tudung betul-betul" jawab Kristal.
"tapi still macam tudungkan, dia nak khawin dengan orang melayu kaya ke" tanya Yen lagi, tetapi hanya di jawab dengan ketawa oleh Kristal.
Setelah makcik itu selesai membuat pembayaran dan melangkah keluar dari butik, Kristal merasakan seakan-akan dirinya di perhatikan oleh seseorang, Kristal terus berlari ke luar butik dan cuba melihat siapa yang sedang melihatnya secara curi-curi.
"You dah kenapa" tanya Mei Mei yang baru sampai dari meetingnya dengan Jakel.
"saya rasa ada orang tengah melihat saya lah Mei Mei, i do felt it... Oh my GOD, i'm so scared" terang Kristal.
"You punya perasaan je kot, don't worry kat tempat ini ramai orang dan ramai guard siap ada polis bantuan lagi. Kalau betul ada orang stalked you just tell them ok" Mei mei terus bergegas masuk ke pejabatnya untuk menyelesaikan kerjanya yang banyak.

Tiba-tiba telefon Kristal berbunyi, alangkah hampanya Kristal melihat mesej yang di berikan oleh Rykal yang berkata dia tidak dapat menemani Kristal untuk makan tengah hari kerana masih sibuk di Lumut dan melawat bakal tapak pembinaan. Air muka Kristal terus berubah, Yen baru sahaja keluar dan pergi untuk makan makanan cina, pagi tadi baru je Yen meng offerkan dirinya untuk rehat bersama Kristal tetapi Kristal menolak kerana dia takut yang Rykal akan membawanya untuk keluar makan. Kristal melangkah malas ke foodcourt dan kali ini Kristal dapat merasa dengan kuat yang ada orang tengah mengikutnya dari butik, Kristal melangkah laju sehingga ke kedai makanan yang menjual masakan tom yum di foodcourt dan dia terus berpaling ke belakang.

"oppsss nasib baik tak tercium, kalau tercium tadi pun ok jugak kan, kakak cantik" Kata seorang lelaki muda yang memakai pakaian kemeja.
"Bodohhhh!!!!!" kata Kristal sambil mencubit budak lelaki tersebut.
"Is ni, dah buat akak takut tau, ingat siapa tadi yang ikut akak sampai ke sini, mana tahu orang nak culik akak ke kan" kata Kristal lagi, Kristal menghela nafas lega apabila melihat wajah Is dan bukannya orang jahat yang ingin mengapa-apakan dia.

Makan tengah hari Kristal di temani oleh Is atau nama penuhnya Iskandar yang bekerja di Cyber World iaitu kedai yang menjual barangan komputer dan juga telefon. Iskandar seorang yang kacak, berkulit sawo matang, tinggi dan rambutnya yang terpacak memang mudah untuk memikat mana-mana wanita. Tidak di sangka lelaki muda ini suka menyakat dan menyendeng dengan Kristal. Is juga mudah untuk menjadi teman bersembang kerana perangainya yang easy going membuatkan Kristal gembira untuk makan tengah hari bersamanya.

Dari kejauhan terdapat seorang lelaki sedang bersembunyi di balik dinding, berpakaian sweat suit cukup dengan hoodie dan bercermin mata, membuatkan siapa sahaja akan melihatnya dengan pelik. Pandangan lelaki itu tepat ke arah Kristal yang sedang makan bersama Is. Lelaki ini sudah mengintip Kristal dari pagi tadi, setiap gerak geri Kristal di ekorinya sehinggakan Kristal ke tandas juga di ekorinya secara rahsia.

Rykal yang berjalan dengan laju untuk sampai ke butik KMN, apabila di dapati yang Kristal masih lagi berehat, Rykal bergegas ke foodcourt untuk mencari Kristal. Rykal menggunakan jalan dalam iaitu melalui lorong untuk ke tandas yang akan tebus berhampiran foodcourt, dan sebelum Rykal sampai ke foodcourt, Rykal terlihat seorang lelaki yang aneh dan seakan-akan sedang menghendap seseorang. Rykal yang rasa pelik ini cuba melihat dari sudut lelaki tersebut dan apabila di sedari yang dia sedang melihat Kristal, Rykal terus menjerit ke arah lelaki itu. Rykal berlari cuba untuk mendapatkan lelaki tersebut, apabila lelaki yang sedang mengintip Kristal terus berlari setelah mendengar suara Rykal yang menjerit ke arahnya. Kristal terkejut melihat Rykal berlari, 
"YOU!!!!" jerit Kristal memanggil Rykal.
"Are you okay my dear" tanya Rykal yang tercungap-cungap daripada mengejar lelaki misteri.
"Yeah i'm okay, you kejar siapa tu... errr anyway this is Is" kata Kristal sambil memperkenalkan Iskandar.
"hmmm... orang tadi tu stalked you, that is why im chasing him" Kristal membantu Rykal untuk duduk dan di hulurkan minumannya kepada Rykal. Mereka berdua terus bersembang dan membuatkan Iskandar seperti tidak wujud di situ.
"akak, Is balik kedai dulu lah" kata Iskandar dengan nada yang sopan
"okay, hati-hati naik escalator tu" Kristal cuba berseloroh dengan Is sambil tersenyum.
"sebelum Is lupa, Is nak kasi ni, Is harap akak suka lah ye, call me if you free" kata Iskandar lagi sebelum berlalu pergi, dia meninggalkan tiket untuk pergi menonton wayang cerita Fantastic Four.
"no... she not free, she will not call you and you may go now" kata Rykal tanpa melihat wajah Iskandar.
"you ni dah kenapa, jeles yeeee... so sweet... wow you tengok ni, tiket tayangan primer kat KL cerita fantastic 4, i really love this movie, mesti ramai artis dan wartawan pergi kan you, tapi dia bagi satu jelah you, kalau tak i boleh bawa you skali" Kristal memgang tiket tersebut sambil tersenyum.
"maksud tiket satu je tu, dia nak you ajak dia pergi... Is ke I.S ke dia tu, kena cek balik budak tu" Rykal memuncungkan bibirnya sambil menarik tangan Kristal dan memgangnya sambil berjalan pulang ke butik KMN.
"If anything, you just call me okay, kalau i tak boleh datang i akan mintak orang tolong tengok-tengokan you, balik nanti you tunggu sini I datang pick up you okay" pesan Rykal dan satu ciuman singgah di dahi Kristal sebelum Rykal membiarkan Kristal melangkah masuk ke dalam butik KMN.

Petang itu, Rykal membawa Kristal pulang dan makcik Biah dan pakcik Usop mengintai dari tingkap rumahnya untuk melihat siapa yang menghantar Kristal pulang ke rumah, tetapi cermin kereta yang gelap telah menghalang pandangan untuk mengetahui siapakah gerangan yang menghantar Kristal pulang.

"you tak mahu masuk ke?"tanya Kristal.
"kalau i masuk, mesti ayah dengan mak you terkejut. Baru sehari kenal dah macam-macam dengan anak dia ke" kata Rykal sambil tersenyum, Kristal juga ketawa, ya~ mungkin mak dan ayahnya akan ingat yang dia sangat gatal sehinggakan boleh keluar dengan Rykal apabila dia dan Rykal berlakon yang mereka baru berjumpa semalam.
"esok you kerja apa? i hantar you okay" kata Rykal lagi.
"i rasa, esok i bawak kereta sendiri je" jawab Kristal
"my princess, i care for you so much, just you don't want to see... tengok hari ini ada orang stalked you, if anything happen dengan you then i will be... menyesal tak hingat, you nak i rasa macam ni ke?" terang Rykal panjang lebar.
"i cuma tak nak menyusahkan you, don't worry, i put you on speed dial so, kalau jadi apa-apa you are the first person i will call okay, you cepat tengok mak i dah datang... okay.. okay see you tomorrow okay... byeeee" Kristal bergegas turun dari kereta Rykal dan mengarahkan supaya Rykal cepat pergi dari situ sebelum makcik Biah dapat mengetahui yang mereka sebenarnya saling mengenali. Kristal terus melangkah masuk kedalam rumah, sambil makcik Biah dok pot pet pot pet di belangkanya, Kristal terus masuk ke dalam bilik sambil tersenyum. Kristal mencapai telefonnya dan menaip mesej untuk di hantar kepada Rykal, ternyata Kristal gembira mendengar kata-kata Rykal yang dia sangat-sangat risaukan keadaannya dan keselamatannya.

"Dear my Prince to be, thank you for your concern... i do realize everything that you have done for me lately, it is do feel like i'm on cloud nine or in dream land... don't make me always dancing on my toe because i might not want to stop... good nite you~ miss you already"

Rykal merenung tajam mesej yang di hantar oleh Kristal, Is she really falling for me? this is should be great news... Rykal tersenyum dan dia boleh nampak dengan jelasnya yang Kristal akan mengikutnya pulang berjumpa dengan ahli keluarganya.

Pada waktu yang sama, telefon samsung Kristal berbunyi... Kristal berasa hairan kerana Rykal tidak mengetahui nombornya itu, Kristal terus mencapai telefonya dan melihat mesej dari Iskandar.

"kakak cantik, kalau kakak cantik nak body guard Is boleh jadi body guard kakak cantik... nanti Is pergi gym bagi ade ketul-ketul ok... Good nite kakak cantik, sweet dream" 
Kristal kembali berguling-guling di atas katil dan dia sangat gembira apabila melihat dua jejaka yang kacak dan bergaya mengambil berat akan dirinya. Kristal menari-nari, berjoget keriangan sebelum merebahkan diri untuk tidur. "nak mimpi siapa ae malam ni" heheheh Kristal tersenyum gatal dan akhirnya Kristal tidur sambil tersenyum.

p/s: yay!!!! akhirnya aku berjaya siapkan satu episod, setelah berlaku mind blocked. Alhamdulillah back on track... nanti i free i sambung lagi ok.

Raya Ke-3, Jom Kita Ke UTARAAA!!!

Dapat Pekena Laksa Pah Chu, Syoknya rasaaaa!!!!!


Selepas raya ke-2 yang cukup mengejutkan, aku dan keluarga aku mula melakukan kerja pembaikan atap bumbung rumah kami yang mempunyai skyview atau pun dengan fesyen terkini di panggil atap penjimatan elektrik jadi, apabila matahari sudah naik dengan sendirinya seluruh ruang rumah bercahaya dan terang benderang seakan-akan menggunakan cahaya lampu elektrik. Pagi itu aku di kejutkan oleh mama aku, dimana Angah aku menyuruh mama untuk menjenguk rumah yang dia beri sewa kepada sebuah keluarga, dan pada pagi itu, aku pun membawa mama dengan kelajuan sebanyak 20km/h. Kami seolah-olah wakil rakyat yang sedang melihat kawasan bencana, di waktu itu tidak kira bangsa, semua pun terkena musibah serta termenung di luar rumah melihat kerosakan yang berlaku. Mama menangis melihat rumah-rumah orang yang rosak, terutamanya masjid yang mengalami kerosakan yang paling maksima dan orang-orang yang sedang meratapi kerosakan rumah mereka. Apabila selesai melawat kawasan kejadian, mama menelifon Angah untuk mengetahui samada dia join atau tidak untuk pulang ke TAIPING, Angah memberitahu mama bahawa dia tidak cukup sihat untuk pulang secepat yang mungkin, tetapi Angah juga memberitahu mama yang dia tetap akan ikut pulang ke Taiping kerana Angah sudah berjanji dengan opah chu.
Actually aku sudah berasa tidak sedap hati, aku rasa macam tak perlu je Angah nak drive cepat-cepat semata-mata untuk pulang ke Taiping, Mama boleh bagi tahu Opah Chu atau bertanyakan kepada dia samada dia ada menyediakan apa-apa hidang yang istimewa untuk Angah atau tidak, sebaliknya aku yang kena marah dan mama kata janji mesti di tepati... dalam hati aku cuma berkata "KESIAN ANGAH"
Selesai je mandi, aku terus mengenakan pakaian raya aku yang aku beli online di My Little Hut, cantik jugak, nampak macam sebijik baju songket, walaupun sebenarnya bukan, hanya corak dia sahaja seperti songket. Tiba-tiba Along menelifon aku dan berkata dia akan terus ke Taiping setelah selesai beraya di Bota,dengan sepantas kilat, aku memakai tudung... memang sangat pantas aku memakai tudung giler punye cepat, sampaikan mama yang dari tak mandi lagi time aku pakai tudung tudung sampailah dia dengan abah dan ready lam kereta... cepat tak aku pakai tudung, anak-anak mak semua.


Perjalanan kami ke Taiping agak smooth sehinggalah sampai di batu 9, Taiping... errrrkkkk mak ni sebenarnya anak-anak, mak ni jenis mabuk kenderaan, tak kisah lah kenderaan apa yang mak naik, kalau dah jem teruk, break... break... jalan break lagi... memang mak rasa nak muntah sangat-sangat dah, lagi dulu sebelum kerajaan Perak buat jalan baru untuk ke Grik, kalau balik rumah kakak abah je, memang abah dah readykan aku plastik untuk aku supaya aku mudah untuk mengeluarkan semua isi perut aku. Atau pun aku akan mengambil jalan mudah iaitu tidoq sepanjang jalan yang kona-kona atau jem teruk supaya aku tidak berasa pening. Kalau jalan kona-kona macam tu, aku really jadi driver, kalau jem pun aku tak rasa sangat sebab aku sibuk memikir untuk menghadapi jalan jem berserta kenderaan yang banyak.
Sampai sahaja di Taiping, Along dan familinya sudah ada di rumah Opah Chu, Along bagi tahu aku supaya aku makan laksa dengan cepat sebab Along kata laksa dah habis. Wow~ aku berbisik dekat Along, takde apa masakkan special ke, Along kata takda.... huhuhuhu kesian Angah dia memang tengah on the way, tetapi nani iaitu isterinya yang driving. Aku bagi tahu mama untuk bagi tahu dekat Angah especially jalan sangat jem dan konduksi Angah yang tidak sihat, tetapi mama ingkar... yeah aku kena marah balik... hmmmm cedeyh, malas nak cakap apa dah.
Hari raya kali ini, di penuhi dengan buah durian, yeah abah sangat gembira dapat makan durian kampung, kalau tak salah aku abah makan 3 biji durian, yelah apak~ kecik je ye~ baiklah saya terima kata-kata apak. Kelihatan Opah Chu seperti sangat letih dan tidak berdaya, jadi aku sangat faham jika opah chu tidak memasak apa-apa yang special seperti tahun-tahun yang lalu, biasalah, manusia bukan sentiasa sihat dan bukan menjadi semakin muda, tak apalah dapat makan laksa Opah Chu dah cukup... sangattttt sedap!!!

with my crazy mak lang lia and my maksu zana 
sakan nye hangpa semua ni makan durian... huluq lah sikit nak rasa~
Selepas melepak-lepak di rumah opah chu, aku mengfollow Along dan familinya untuk melawat opah chik iaitu kakak kepada Opah chu, satu perkara yang aku boleh describe famili Opah chik ialah, CRAZINESS OVERLOAD, dok gelak-gelak macam orang giler kat rumah opah chik, memang kelakor bebenor deme nis, oppsss kene cakap utara, kelakaq depa nieeeeee~ guess watt, durian time lagi... errrkkk raya durian namanya. Kemudian Along dan familinya pun pulang untuk menyambung beraya di rumah keluarga abang ipar ku, dan aku serta mama dan abah masih di rumah opah chu menunggu angah untuk sampai... dan akhrinya angah bersama keluarganya pun sampai iaitu pada jam 10.15 malam. Angah pun tidak menyinggah lama kerana anaknya baby Shazrin sudah tidak selesa untuk berada di dalam kereta dan dia mula merenggek untuk tidur, kesian Angah... dia ingat Opah Chu ada masak nasi ayam... tetapi Laksa je yang ada.... huhuhuhu takpa sebab raya ke-5 bini angah iaitu nani, masak nasi arab bagi angah dengan lauk ayam percik... serta sup ayam.... haaaa~ makan ayam sampai muntah lah angah tu.
Akhirnya kami pulang ke rumah pada jam 12.30 malam, memang lembik lah di buatnya... sampai rumah pun dah pukul satu lebih, kami tak berani nak guna highway sebab hotfm traffic asyik cakap semua jalan highway kat Perak dok jem je, hmmm terutamanya menuju ke selatan... tak pelah, jalan lama pun jam jugak tapi tak lah sampai berhenti... ok lah tu.... argghhhhh~ mengantuknyaaaaa.... raya ke-4 adalah hari terakhir aku bercuti untuk raya, Along pun dah nak balik, jadi Abah masak special untuk famili iaitu, ikan stim, memang besh.
Hari raya ke-4 barulah kami semua berkumpul, Shahmi sangat suka dekat baby Shazrin sebab dia takde adik lelaki dan Sarah pulak... yeahhh~ Tiesue nampak!!!! awak jeleskan.... nasib baik baby Shazrin tu lelaki kalau perempuan... tak tahu lah Tiesue nak cakap... tapi Sarah jangan risau kerana awak tu always our PINKSESS, cuma sekarang abang Shahmi sekarang sudah ada protege dan juga geng di rumah ini.
Yeah that is how my third day of raya... yeah aku mengumpat mama aku... ahak ahak ahak that is how she is... maaf ye cik toon... rasanya cerita raya aku sampai raya ke 3 jelah ye... sebab gambar raya ke 4 aku takde lah... semua kat Angah ngan Along... lagi pun raya ke 4 cuma kami melepak, makan, tengok tv dan kacau baby shazrin jangan bagi dia tidor je... family time... i love my family... apa-apa pun steady jeee~ hahahahah


SELAMAT HARI RAYA!!!!!


p/s: yay dah habis cerita raya, sekarang kita akan kembali ke alam Rykal dan Kristal... apa agaknya akan terjadi kepada hubungan mereka berdua dan adakah Rykal berjaya untuk membawa Kristal pulang ke kampungnya... yeahhh~ mak nak kene bukak buku balik ler nak menengok ape jadi lepeh nie~ mampuih... dah lame bebenor mak lupekan kisah cite deme berdue neyh~

Sunday, 26 July 2015

Raya Ke-2 Pulang ke Kampung Abah =)

Back home~ OMG!!!! Disaster Happen =(


HUarrrgghhhh!!!!! bagun pagi hari ini, aku rasa aku dah gemuk beberapa kilo, semua ketupat, nasi minyak, ayaq bikabonat, kuih-kuih raya dan mee goreng telah menjadikan aku mengantuk tahap gaban. Hadoiyai buka mata, makanan yang menarik sume sudah habis sebab aku dengan sarah lepas subuh kami telah menidurkan diri sehingga jam sepuluh pagi. Ya ALLAH apa nak jadi dengan kiteorang ni kan, memang sampai Along aku menjerit kejut kiteorang sampai satu kampung boleh tahu. Hahaha, Sarah kalau kat rumah atoknya ni, memang tahu dia ada easy akses untuk semua bende, jadi buat apa pun boleh kompem mak dia yakni Along aku takkan mungkin boleh marah dia.... LALALALA
Bagun je pagi tu, kawan-kawan mama masih lagi datang beraya, Along, suaminya dan anak-anak dia semua tengah bersedia untuk bergerak ke rumah kakak ipar Along, sebab adik-beradik abang ipar aku semua balik ke Ipoh tahun ini, jadi of cozlah mereka balik ke kampung abang ipar aku untuk berjumpa dengan adik beradik yang setahun sekali pun belom tentu dapat jumpa. Takpelah, kebetulan Abah dapat kol daripada mak tam yakni isteri kepada abang abah aku, dia kata ada kenduri kat kampung "Balik lah jumpa orang jauh" aku dengan mama on je, entah siapa yang jauh sangat tu sampai buat kenduri kikah dua ekor kambing. Aku pun readylah baju untuk balik kampung, di sebabkan tahun ini aku beli dua helai je, jadi untuk pulang ke kampung abah ini, aku pakai baju raya tahun lepas... Alllaaaaaa, baju raya tahun lepeh pun entah berapa kali je aku pakai kan, pakai tahun ini pun aku rasa ok lagi, tetapi mak aku... perghhh seriusly dia ada tiga baju raya, memang sesuai sangat untuk event tahun ini.
Cuaca indah sangat masa kami bergerak ke kampung, dalam kul 12 tengah hari. Cerahnya memang sangat menarik hati dan kepanasan yang menusuk jiwa, nasib baik baju raya tahun lepeh aku kain dia sejuk jadi balik kampung abah "NO PROBLEM" biasalah kampung abah, memang kampung betul, atap yang di perbuat dari zink tetapi apa yang menariknya ke hijauan kampung abah yang membuatkan kita rasa "Yeah kita pulang ke kampung, syoknye". Selalunya kalau pulang ke kampung abah, dok sat je lepas tu pulang ke kampung mama, tetapi kali ini kami di sini sehingga petang. Adik beradik abah ramai pulang, jadi boleh jumpa dengan majoriti daripada mereka Achik dan suami, Alang satu famili, mak ngah dengan famili dia and yang buat kenduri hari ini ialah sepupu suami mak ngah, cuma tak nampak pak abu and familinya tahun kalau tidak, raya ke dua kompem dia dan familinya ada di rumah mak tam.
Aku cakap dekat abah, aku nak pergi ke tempat yang orang buat filem anna and the king yang chow yun fatt berlakon dengan judy foster kowt kalau aku tak silap, sungai yang besar pastu diaorang lalu dengan bot besar.... arggghhh~ camne nak mengexplain... nanti aku cari jap kat youtube kalau ada, dan sungai itu jugaklah yang buat iklan raya "lembu... lembu... korang memang tidak sayang mak lagi" iyekowt tu dia punya dialong, susah nor nak mengekplain kepada mengkome skali aku search kat youtube jelah letak kat sini ye~

mak jumpa ni je anak-anak, tengoklah iklan nie beshhhh~

sg.perak... yeah saya sedang menunggu orang yang tak kunjung tiba





teringin jugak nak tangkap gambar my love one bergini, may ALLAH bless them always

ini lah budak poyo, hahahaha at my dad hometown

Wow, memang pengankutan air masih lagi digunakan di itu untuk ke kampung seberang, aku tanye abah "apa takde jalan raya ke" abah jawab ada tapi nak pusingnya bukan main jauh lagi jadi untuk jalan yang paling mudah ialah dengan menggunakan sampan dan bot sahaja untuk ke pekan membeli barang-barang. Aku tak nak propose buat jambatan antara kampung abah dengan kampung seberang sebab nanti hilanglah nilai-nilai yang unik ini terutamanya di zaman yang serba canggih ini. Aku dengan mama and abah apa lagi berselfie sakanlah sebab bukannya selalu dapat datang ke sini, betul tak... tetapi aku tak sure nak letak semua kat sini... nanti muntah pulak korang baca blog aku ni.... hahahaha
Balik je dari sungai perak tu, aku melihat ramai orang keluar masuk rumah mak tam, dia orang dari rumah mak suami mak ngah aku Hmmmmm aku dalam hati sebenarnya ngumpat dia orang "amboi baju bendera johor" semangat betul mereka kan, baju tu betul-betul macam bendera johor dan ada di antara mereka pakai baju harimau selatan "POYO" raya kowt, baju raya takde ke... mana tahu bendera johor buat baju melayu ngan baju kurung ke... actually inilah perkataan yang terdetik di dalam hati aku apabila aku pertama kali nampak mereka ini, dan tanpa aku sedari aku juga pakai baju warna bendera johor, merah, biru dan putih.... LALALALA kejap... 
Paktam!!! hope you sehat-sehat selalu di samping mak tam ok.
anak orang banjar ni lansung tak tahu cakap banjar, tapi cakap Perak boleh =P
Serius aku tak pernah jumpa dieorang, bila kami nak balik rumah time bersalam-salaman barulah tahu yang mereka-mereka dari johor ini ialah anak-anak sedara aku, yakni sepupu, kupu-kupu, bau-bau bacang, bau-bau durian... pergh punye nak bagi tahu bertapa jauhnya hubungan itu sama sperti IPOH-JOHOR BAHRU
akhirnya jam 6.15 petang kami menolakkan diri kami untuk pulang ke rumah, opps ada tak aku bagi tahu kampung abah kat mana, ok kampung abah bernah Kampung Padang Luas, Raban, Perak. Jadi kami menggunakan jalan kampung untuk pulang kerana jalan highway sudah mula penuh dan tidak mungkin kami akan sampai ke rumah dengan cepat. Cuaca pada ketika itu agak menyeramkan sedikit sebab hujan yang mula lebat tetapi aku tak drive, aku tidoq lam kereta, sehinggalah sampai ke area rumah aku dan pada ketika melalui Tanjung Rambutan, mata aku mula membulat sebab semua pokok-pokok besar di sepanjang jalan utama patah dan terbelah, "Adik!!! tengok tu, tengok tu, kedai ikan terbalik" jerit abah kepada aku, Ya ALLAH dahsyatnya, apa yang telah berlaku. Akhirnya sampai ke simpang rumah aku mama pulak menjerit "Abis papan tanda masjid terbalik adik~" hati aku pada ketika itu, dup dap dup dap... kerna tidak mengetahu apa yang telah berlaku di kawasan perumah aku, perasaan aku bercampur baur, nerves ya amat, aku tidak tahu bagaimana harus aku menceritakan kepada korang semua, aku nampak banyak orang di luar rumah, semua mengisahkan pokok di rumah mereka tumbang dan apabila sampai ke rumah, ya pokok di rumah kami juga patah dan apa yang hebatnya, pokok di rumah kami telah di potong separuh dan tinggal lagi separuh, hujung pokok itu ada juga di terbangkan ke rumah jiran.
Oleh kerana kami tidak membuka lampu semasa keluar dari rumah, aku yang orang pertama masuk rumah ini, terkejut dengan cahaya samar-samar di dapur, aku terus berlari ke dapur dan terkejut dengan apa yang aku lihat, lidah aku kelu, otak aku beku Ya ALLAH apa ini, sedih dan terkejut melihat rumah aku di timpa musibah sebegini, aku menjerit macam orang gila panggil mama and abah, boleh pulak mama tengah sembang dengan along pastu dia kol angah, abah pulak mengisahkan pokok yang patah... Aku jerit-jerit diaorang berdua tak masok-masok. Aku yang tengah dalam keadaan terkejut ini terus ke pintu dan panggil mama and abah untuk masok rumah dengan kadar yang segera.
Rumah mak baru di landa ribut besar, di cerita oleh beberapa orang iaitu saksi kejadian, mereka nampak puting beliung melalui kawasan perumahan kami, kawan Along kata, angin putih yang membawa banyak angain pusing-pusing di dalamnya, maksudnya ini bukan puting beliung yang besar macam dalam tv tu, dan mengikut cerita makcik seorang lagi, yang mana saudara-maranya pada ketika itu sedang beraya di rumahnya, terdapat dua angin putih yang bertembung membentuk satu angin putih yang besar telah melanda kawasan perumahan kami, angin ini dengan mudah mengangkat owning-owning rumah orang seperti kain dan ada di antaranya di sidaikan di atas kebel elektrik, pokok-pokok besar semua habis berterbangan, atap-atap rumah orang semuanya selamat, walaupun atap genting yang berat itu, angin tersebut tidak mempunya masalah untuk mengerakkannya. Kalau aku nak menceritakan semua yang aku tahu, kalah surat khabar Metro, lebih sensasi dan tepat sebab reporter yang datang haritu cuma tangkap gambar masjid je, cer jalan-jalan dan pusing dekat area kawasan dari bercham sampai ke tanjong rambutan, melihat kemusnahan rumah-rumah penduduk yang dahsyat di rosakkan oleh angin putih tersebut. Orang-orang yang berada di rumah masa kejadian itu berlaku berkata hujan batu telah melanda mereka dahulu sebelum angin putih muncul. Setelah kejadian ribut angin putih berlaku di kawasan rumah aku, ramai yang menunggu orang-orang kerajaan untuk datang melawat tetapi~ perghhhh harammm nak nampak batang idong, ketua kampung pun entah kemane tak tahu... ok lah kalau korang takmo baiki rumah kami huluq duit tapi please lah datang tunjuk batang idong, acted liked you cared... maybe sebab area rumah aku orang-orangnya alhamdulillah bukan dari orang-orang yang susah jadi boleh baiki kalau ada sikit-sikit rosak, tapi kalau kerajaan tak baiki masjid tu~ memang tak tahulah nak cakap...
inilah yang angin putih tu buat... tiba-tiba mak punye rumah ada sky view

area bercham... deret rumah ni semua ada owning tetapi sekarang tinggal 3 je.

kereta nie dah kene hempap dengan pokok, penduduk kawasan tersebut semua membantu mengklearkan kawasan perumah mereka sendiri, siapa lagi nak tolong kalau bukan jiran tertangga itu sendiri.
Setelah membersihkan rumah dengan abah and mama, Along pun sampai ke rumah "takde apa yang rosak pun" aku buat muka kat Along dan suruh dia melihat atas, wow besarkan lubang, ini nama dia skyview, sambil makan dan memasak di dapur boleh menikmati pemandangan langit. Tetapi bak kata orang, hari raya perlu di teruskan tidak kira bagaimana keadaan kita, jadi kami menerima tetamu seperti biasa kerana hanya bumbung dapur yang rosak dan bukannya satu rumah di terbangkan. Alhamdulillah kawan aku dan kawan sarah selamat makan dan beraya di rumah aku, walaupun kawan sarah serta keluarganya makan di dalam cahaya candle light dinner, di sebabkan TNB tengah baiki tiang elektrik yang tumbang dan putus di sebabkan oleh angin tersebut.
Inilah pengakhiran hari raya ke-2 aku, pengalaman pertama dalam kejadian alam sebegini. Alhamdulillah aku dan juga kelauarga tiada di dalam rumah, kalau tidak mahu trauma di buatnya. Semua kejadian adalah dari ALLAH swt. dan semua kejadian adalah bersebab, mungkin area rumah aku terlampau mempolitikkan agama sehinggakan tempat yang paling rosak teruk ialah masjid dan rumah aku, mungkin ada yang masih kurang di dalam rumah aku, semoga dengan kejadian ini membuatkan aku dan keluarga makin dekat dengan PENCIPTANYA. ~end of day two of Syawal 2015~

acu dan gengnya... yeah they are my frens but almost like a famili to me, May ALLAH bless them everyday.
p/s: kalau aku ada time tengah jadi tu, pergh mau aku nangis kowt terutamanya ada benda jatuh dan pecahkan syiling kita, itu pun makcik tu cakap dua angin putih bergabung and kalau lebih, aaarrrgghhh MAK TAKOOOTTTT!!!!!





ROAD NOT TAKEN... MY VERSION 2026

Two Different Pictures Two Different Year With The same storyline  Would it be the same ending  Would it end the dif...