Raya Ke-2 Pulang ke Kampung Abah =)

Back home~ OMG!!!! Disaster Happen =(


HUarrrgghhhh!!!!! bagun pagi hari ini, aku rasa aku dah gemuk beberapa kilo, semua ketupat, nasi minyak, ayaq bikabonat, kuih-kuih raya dan mee goreng telah menjadikan aku mengantuk tahap gaban. Hadoiyai buka mata, makanan yang menarik sume sudah habis sebab aku dengan sarah lepas subuh kami telah menidurkan diri sehingga jam sepuluh pagi. Ya ALLAH apa nak jadi dengan kiteorang ni kan, memang sampai Along aku menjerit kejut kiteorang sampai satu kampung boleh tahu. Hahaha, Sarah kalau kat rumah atoknya ni, memang tahu dia ada easy akses untuk semua bende, jadi buat apa pun boleh kompem mak dia yakni Along aku takkan mungkin boleh marah dia.... LALALALA
Bagun je pagi tu, kawan-kawan mama masih lagi datang beraya, Along, suaminya dan anak-anak dia semua tengah bersedia untuk bergerak ke rumah kakak ipar Along, sebab adik-beradik abang ipar aku semua balik ke Ipoh tahun ini, jadi of cozlah mereka balik ke kampung abang ipar aku untuk berjumpa dengan adik beradik yang setahun sekali pun belom tentu dapat jumpa. Takpelah, kebetulan Abah dapat kol daripada mak tam yakni isteri kepada abang abah aku, dia kata ada kenduri kat kampung "Balik lah jumpa orang jauh" aku dengan mama on je, entah siapa yang jauh sangat tu sampai buat kenduri kikah dua ekor kambing. Aku pun readylah baju untuk balik kampung, di sebabkan tahun ini aku beli dua helai je, jadi untuk pulang ke kampung abah ini, aku pakai baju raya tahun lepas... Alllaaaaaa, baju raya tahun lepeh pun entah berapa kali je aku pakai kan, pakai tahun ini pun aku rasa ok lagi, tetapi mak aku... perghhh seriusly dia ada tiga baju raya, memang sesuai sangat untuk event tahun ini.
Cuaca indah sangat masa kami bergerak ke kampung, dalam kul 12 tengah hari. Cerahnya memang sangat menarik hati dan kepanasan yang menusuk jiwa, nasib baik baju raya tahun lepeh aku kain dia sejuk jadi balik kampung abah "NO PROBLEM" biasalah kampung abah, memang kampung betul, atap yang di perbuat dari zink tetapi apa yang menariknya ke hijauan kampung abah yang membuatkan kita rasa "Yeah kita pulang ke kampung, syoknye". Selalunya kalau pulang ke kampung abah, dok sat je lepas tu pulang ke kampung mama, tetapi kali ini kami di sini sehingga petang. Adik beradik abah ramai pulang, jadi boleh jumpa dengan majoriti daripada mereka Achik dan suami, Alang satu famili, mak ngah dengan famili dia and yang buat kenduri hari ini ialah sepupu suami mak ngah, cuma tak nampak pak abu and familinya tahun kalau tidak, raya ke dua kompem dia dan familinya ada di rumah mak tam.
Aku cakap dekat abah, aku nak pergi ke tempat yang orang buat filem anna and the king yang chow yun fatt berlakon dengan judy foster kowt kalau aku tak silap, sungai yang besar pastu diaorang lalu dengan bot besar.... arggghhh~ camne nak mengexplain... nanti aku cari jap kat youtube kalau ada, dan sungai itu jugaklah yang buat iklan raya "lembu... lembu... korang memang tidak sayang mak lagi" iyekowt tu dia punya dialong, susah nor nak mengekplain kepada mengkome skali aku search kat youtube jelah letak kat sini ye~

mak jumpa ni je anak-anak, tengoklah iklan nie beshhhh~

sg.perak... yeah saya sedang menunggu orang yang tak kunjung tiba





teringin jugak nak tangkap gambar my love one bergini, may ALLAH bless them always

ini lah budak poyo, hahahaha at my dad hometown

Wow, memang pengankutan air masih lagi digunakan di itu untuk ke kampung seberang, aku tanye abah "apa takde jalan raya ke" abah jawab ada tapi nak pusingnya bukan main jauh lagi jadi untuk jalan yang paling mudah ialah dengan menggunakan sampan dan bot sahaja untuk ke pekan membeli barang-barang. Aku tak nak propose buat jambatan antara kampung abah dengan kampung seberang sebab nanti hilanglah nilai-nilai yang unik ini terutamanya di zaman yang serba canggih ini. Aku dengan mama and abah apa lagi berselfie sakanlah sebab bukannya selalu dapat datang ke sini, betul tak... tetapi aku tak sure nak letak semua kat sini... nanti muntah pulak korang baca blog aku ni.... hahahaha
Balik je dari sungai perak tu, aku melihat ramai orang keluar masuk rumah mak tam, dia orang dari rumah mak suami mak ngah aku Hmmmmm aku dalam hati sebenarnya ngumpat dia orang "amboi baju bendera johor" semangat betul mereka kan, baju tu betul-betul macam bendera johor dan ada di antara mereka pakai baju harimau selatan "POYO" raya kowt, baju raya takde ke... mana tahu bendera johor buat baju melayu ngan baju kurung ke... actually inilah perkataan yang terdetik di dalam hati aku apabila aku pertama kali nampak mereka ini, dan tanpa aku sedari aku juga pakai baju warna bendera johor, merah, biru dan putih.... LALALALA kejap... 
Paktam!!! hope you sehat-sehat selalu di samping mak tam ok.
anak orang banjar ni lansung tak tahu cakap banjar, tapi cakap Perak boleh =P
Serius aku tak pernah jumpa dieorang, bila kami nak balik rumah time bersalam-salaman barulah tahu yang mereka-mereka dari johor ini ialah anak-anak sedara aku, yakni sepupu, kupu-kupu, bau-bau bacang, bau-bau durian... pergh punye nak bagi tahu bertapa jauhnya hubungan itu sama sperti IPOH-JOHOR BAHRU
akhirnya jam 6.15 petang kami menolakkan diri kami untuk pulang ke rumah, opps ada tak aku bagi tahu kampung abah kat mana, ok kampung abah bernah Kampung Padang Luas, Raban, Perak. Jadi kami menggunakan jalan kampung untuk pulang kerana jalan highway sudah mula penuh dan tidak mungkin kami akan sampai ke rumah dengan cepat. Cuaca pada ketika itu agak menyeramkan sedikit sebab hujan yang mula lebat tetapi aku tak drive, aku tidoq lam kereta, sehinggalah sampai ke area rumah aku dan pada ketika melalui Tanjung Rambutan, mata aku mula membulat sebab semua pokok-pokok besar di sepanjang jalan utama patah dan terbelah, "Adik!!! tengok tu, tengok tu, kedai ikan terbalik" jerit abah kepada aku, Ya ALLAH dahsyatnya, apa yang telah berlaku. Akhirnya sampai ke simpang rumah aku mama pulak menjerit "Abis papan tanda masjid terbalik adik~" hati aku pada ketika itu, dup dap dup dap... kerna tidak mengetahu apa yang telah berlaku di kawasan perumah aku, perasaan aku bercampur baur, nerves ya amat, aku tidak tahu bagaimana harus aku menceritakan kepada korang semua, aku nampak banyak orang di luar rumah, semua mengisahkan pokok di rumah mereka tumbang dan apabila sampai ke rumah, ya pokok di rumah kami juga patah dan apa yang hebatnya, pokok di rumah kami telah di potong separuh dan tinggal lagi separuh, hujung pokok itu ada juga di terbangkan ke rumah jiran.
Oleh kerana kami tidak membuka lampu semasa keluar dari rumah, aku yang orang pertama masuk rumah ini, terkejut dengan cahaya samar-samar di dapur, aku terus berlari ke dapur dan terkejut dengan apa yang aku lihat, lidah aku kelu, otak aku beku Ya ALLAH apa ini, sedih dan terkejut melihat rumah aku di timpa musibah sebegini, aku menjerit macam orang gila panggil mama and abah, boleh pulak mama tengah sembang dengan along pastu dia kol angah, abah pulak mengisahkan pokok yang patah... Aku jerit-jerit diaorang berdua tak masok-masok. Aku yang tengah dalam keadaan terkejut ini terus ke pintu dan panggil mama and abah untuk masok rumah dengan kadar yang segera.
Rumah mak baru di landa ribut besar, di cerita oleh beberapa orang iaitu saksi kejadian, mereka nampak puting beliung melalui kawasan perumahan kami, kawan Along kata, angin putih yang membawa banyak angain pusing-pusing di dalamnya, maksudnya ini bukan puting beliung yang besar macam dalam tv tu, dan mengikut cerita makcik seorang lagi, yang mana saudara-maranya pada ketika itu sedang beraya di rumahnya, terdapat dua angin putih yang bertembung membentuk satu angin putih yang besar telah melanda kawasan perumahan kami, angin ini dengan mudah mengangkat owning-owning rumah orang seperti kain dan ada di antaranya di sidaikan di atas kebel elektrik, pokok-pokok besar semua habis berterbangan, atap-atap rumah orang semuanya selamat, walaupun atap genting yang berat itu, angin tersebut tidak mempunya masalah untuk mengerakkannya. Kalau aku nak menceritakan semua yang aku tahu, kalah surat khabar Metro, lebih sensasi dan tepat sebab reporter yang datang haritu cuma tangkap gambar masjid je, cer jalan-jalan dan pusing dekat area kawasan dari bercham sampai ke tanjong rambutan, melihat kemusnahan rumah-rumah penduduk yang dahsyat di rosakkan oleh angin putih tersebut. Orang-orang yang berada di rumah masa kejadian itu berlaku berkata hujan batu telah melanda mereka dahulu sebelum angin putih muncul. Setelah kejadian ribut angin putih berlaku di kawasan rumah aku, ramai yang menunggu orang-orang kerajaan untuk datang melawat tetapi~ perghhhh harammm nak nampak batang idong, ketua kampung pun entah kemane tak tahu... ok lah kalau korang takmo baiki rumah kami huluq duit tapi please lah datang tunjuk batang idong, acted liked you cared... maybe sebab area rumah aku orang-orangnya alhamdulillah bukan dari orang-orang yang susah jadi boleh baiki kalau ada sikit-sikit rosak, tapi kalau kerajaan tak baiki masjid tu~ memang tak tahulah nak cakap...
inilah yang angin putih tu buat... tiba-tiba mak punye rumah ada sky view

area bercham... deret rumah ni semua ada owning tetapi sekarang tinggal 3 je.

kereta nie dah kene hempap dengan pokok, penduduk kawasan tersebut semua membantu mengklearkan kawasan perumah mereka sendiri, siapa lagi nak tolong kalau bukan jiran tertangga itu sendiri.
Setelah membersihkan rumah dengan abah and mama, Along pun sampai ke rumah "takde apa yang rosak pun" aku buat muka kat Along dan suruh dia melihat atas, wow besarkan lubang, ini nama dia skyview, sambil makan dan memasak di dapur boleh menikmati pemandangan langit. Tetapi bak kata orang, hari raya perlu di teruskan tidak kira bagaimana keadaan kita, jadi kami menerima tetamu seperti biasa kerana hanya bumbung dapur yang rosak dan bukannya satu rumah di terbangkan. Alhamdulillah kawan aku dan kawan sarah selamat makan dan beraya di rumah aku, walaupun kawan sarah serta keluarganya makan di dalam cahaya candle light dinner, di sebabkan TNB tengah baiki tiang elektrik yang tumbang dan putus di sebabkan oleh angin tersebut.
Inilah pengakhiran hari raya ke-2 aku, pengalaman pertama dalam kejadian alam sebegini. Alhamdulillah aku dan juga kelauarga tiada di dalam rumah, kalau tidak mahu trauma di buatnya. Semua kejadian adalah dari ALLAH swt. dan semua kejadian adalah bersebab, mungkin area rumah aku terlampau mempolitikkan agama sehinggakan tempat yang paling rosak teruk ialah masjid dan rumah aku, mungkin ada yang masih kurang di dalam rumah aku, semoga dengan kejadian ini membuatkan aku dan keluarga makin dekat dengan PENCIPTANYA. ~end of day two of Syawal 2015~

acu dan gengnya... yeah they are my frens but almost like a famili to me, May ALLAH bless them everyday.
p/s: kalau aku ada time tengah jadi tu, pergh mau aku nangis kowt terutamanya ada benda jatuh dan pecahkan syiling kita, itu pun makcik tu cakap dua angin putih bergabung and kalau lebih, aaarrrgghhh MAK TAKOOOTTTT!!!!!





Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu