Thursday, 30 April 2015

Untittled 6.

Babak 10.
Aman Dunia sigh* Maybe Nope~

Kristal termenung menghadap makanan sambil memikirkan perkara yang berlaku semalam, seakan tidak percaya dengan kejadian semalam seperti mimpi indah yang berlaku dalam sekelip mata. Kalau semuanya yang berlaku itu realiti, alangkah bahagianya aku tetapi buaya akan tetap menjadi buaya, hai lah Rykal, kenapalah engkau tu buaya darat besar kat malaya ni Kristal berkata seorang diri. Hati wanita Kristal telah terusik dan di usik, memang susah untuk tidak jatuh cinta dengan lelaki Playboy seperti Rykal, segala gerak gerik dan layanan dari Rykal menyebabkan Kristal berasa senang dengannya, memang Kristal mahu sahaja menampar wajah Rykal sewaktu dia mencium dahi Kristal di meja makan tetapi entah kenapa Kristal berasa tindakan Rykal itu seperti menghargai kehadiran Kristal di sisi Rykal.
"aku je yang rasa macam tu, engkau tu bukan rasa apa pun" sighh* keluh Kristal.
"you ni, dari tadi asyik cakap sorang-sorang kenapa" tanya Yen dengan mulut yang penuh dengan mee kari.
"tak tahu mahu cakap macam mana lah Yen" sigh* keluh Kristal lagi.
"kalau you tak cerita macam mana mahu selesai masalah ma" sambung Yen lagi, sambil menyuap mulutnya dengan mee.
"kalau i cerita, you macam faham je, tak apa lah Yen" sigh* Kristal sambung mengeluh lagi.
"besar ke masalah you tu Kristal" Yen mula merasakan ada sesuatu yang amat penting telah berlaku dalam hidup Kristal
"Ini mesti pasal kes lelaki yang datang butik kita haritu kan" Kata Ah Sa
"aiiiyyyaaakkkkk~ saya pening lah Ah Sa... ehhhh kenapa you dekat sini, siapa yang jaga butik" tanya Kristal kepada Ah Sa.
Sekarang, mereka bertiga berada di foodcourt Aeon Station 18 untuk menjamah makanan tengah hari di samping melihat Kristal yang agak murung dan mempunyai mood swing sejak pagi tadi. Kristal tidak tahu bagaimana untuk bercerita, dia berasa takut jika dia bercerita mengenai apa yang berlaku semalam dan akan di labelkan sebagai perempuan murah yang senang untuk di lakukan apa sahaja.
"ceritalah Kristal" kata Ah Sa lagi.
"yesss i met him yesterday" kata Kristal dengan nada yang serius, kemudian Kristal menyambung lagi.
"aarrrgggghhh tak tahu, tak tahu... hmmmmm" kali ini Kristal mengunakan nada yang bercampur baur dan tidak dapat di definisi adakah Kristal suka dengan apa yang terjadi atau tidak. Kristal kemudian mencerita apa yang yang telah berlaku semalam, dia sebenarnya sangat gembira walaupun Rykal hanya menjadi teman lelakinya untuk sementara waktu.
"you sebenarnya sudah jatuh cinta dengan itu lencai ma, haiyaaa mengaku sahaja lahhh" kata Yen
"Yen you mahu i gigit you punya punggung tak" kata Kristal sambil tangannya bermain-main dengan rantai emas kecil yang Rykal belikan untuknya semalam. Kristal berhenti ketawa dan melihat rantai tersebut, walaupun hanya samar-samar, Kristal tersenyum, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan dengan rantai tersebut, tidak pula dia ingat untuk memulangkan rantai tersebut sebelum pulang malam tadi.
Ahhh! takpelah, kira halal lah ni, ibaratkan macam upah aku malam tadi la kan... oopppsss macam perempuan murahan pulak cakap macam nie, heheheheheh Kristal ketawa sambil berjalan seorang diri ke parking kereta untuk pulang. Kristal berada di dalam dunianya sendiri setelah sibuk melayan pelanggan hari ini, bermacam-macam perangai yang harus Kristal layan kan dan ada juga yang tidak pernah tengok cermin setahun tetapi apa kan daya pelanggan lebih mengenali diri sendiri daripada pekerja-pekerja di butik KMN, ikutkan sahaja kehendak pelanggan.
Kristal bernyanyi-nyanyi sendirian dengan nada yang berbisik, terfikir akan pakaian Guess yang di belikan Rykal semalam, Kristal sudah berkira-kira untuk menggayakan pakaian tersebut di beberapa tempat, terutamanya kawan-kawan sekolah Kristal akan mengadakan reunion parti tidak lama lagi mesti aku vogue da vass dengan baju guess tu, tambahan dengan make up mahal, wahhh model lah mak nanti  nyahhh~ hehehehe makin kuat gelak Kristal sambil tangan kanannya di letakkan ke dahi dengan lemah longlai, berposing seperti model di depan pintu masuk sebelum ke parkir kereta, ramai pelanggan Aeon yang lalu lalang ketawa melihat gelagat Kristal yang berada di dalam dunianya sendiri
"You kalau dah gila, i boleh hantar pergi Tanjung Rambutan, dekat je" kata Rykal dengan nada berbisik.
Kristal yang terkejut, terus berdiri dengan lurus seakan-akan mahu menyanyikan lagu negaraku, tidak dia menyangka yang dia akan berjumpa dengan lelaki ini lagi, Kristal terkedu, dia tidak tahu samada dia gembira atau tidak berjumpa lagi dengan Rykal.
"Hello!!!! are you still in there" Rykal mencubit pipi Kristal apabila melihat Kristal yang terdiam dan memandang Rykal seakan-akan terkejut seperti melihat hantu.

owh my god i do miss this guy, 
are you here for a moment,
are you here to teach me a lesson,
are you here to love me forever,
Rykal, it is wrong to love you,
but it is hard to to ignore this feeling to you
~Kristal  Ahmad_Untittled~

p/s: adoiyaaaiiii idea lari bersepah-sepah... aku rasa macam lambat lagi nak update sebab orang kan cuti empat hari, aku pon sebok lah empat hari fullday lah hape lah, nanti selasa aku update lagi ye kawan-kawan...

Tuesday, 28 April 2015

Untittled part.5

Babak 9.

Aku tak mahu pergi Dinner!!! kenapa suka paksa... hmmmmm



Kristal kebinggungan, dia sendiri tak tahu nak jawab apa dan dia.........
"tell me why should i stay and going dinner with you, saya biarkan awak peluk saya pun dah cukup sangat baik hati tau, you only deserve penampar dengan apa yang awak buat dekat saya tadi" kata Kristal panjang lebar.
"okay, how about i tell you everything while eating" kata Rykal.
Mereka pun masuk ke dalam restoran Kenny Rogers Roaster, ternyata hari biasa seperti hari ini tidak ramai pelanggan di dalam restoran dan suasana begini sudah cukup bagus untuk Rykal menerangkan semuanya kepada Kristal dan dia sangat mengharap yang Kristal akan memahaminya dan akan membantu Rykal untuk menemaninya pada malam ini.
"laaaaa saya ingat apa yang penting sangat, just a reputation you as a player? itu je? owh my that so BS!!!" kata Kristal dengan nada yang agak keras.
"what? BS? for yeah, it is a simple or BS thing but for someone like me, it is an important issue, so i am asking you for help, will you help me" tanya Rykal yang agak memaksa.
"tak fahamlah kenapa kena tolong, kenapa nak berlakon, dan kenapa saya nak tolong musang berbulu ayam macam awak" tanya Kristal sambil memerli Rykal.
"let us made a deal, you tolong i dan i akan beli semua barang yang you nak, you cakap je apa yang you nak, i beli kan, Louis Vuitton, Prada, Gucci, emas, money and just named it what you want" rayu Rykal yang cuba membuat deal dengan Kristal.
"you nak i nyanyi lagu NOT FOR SALE ke, kalau saya nak tolong awak skali pun, macam lah awak boleh bagi semua tu" kata Kristal.
"yes i can" kata Rykal tegas.
"aku nak cakap kau bodoh, tapi pandai... engkau ingat kat Ipoh ada jual semua tu?" kata Kristal yang mula menggunakan bahasa pasar.
"its not appropriate that you using that kind of language, so please jangan nak mengada pakai Kau, Aku, i didn't like it, so i'm asking you a favor and if you can't help me, stop making me look like a macai so that you can play me" kata Rykal dengan nada yang amat begang kerana dia hanya mahukan Kristal membantu dia dan bukannya untuk membuat lebih. Kristal yang rasa bersalah kerana berlaku kasar dengan Rykal, mula membuat muka menyesal dan Kristal hanya mampu mengangguk dan mengiyakan bahawa dia akan membantu Rykal untuk makan malam bersama kawan-kawannya.
"but i am not a drinker, not a partier and i am not a cheap person that you can make up with me, kissing me, meraba me or what so ever, all i want is you to respect me the way that i should be respect" kata Kristal yang menerangkan syarat-syarat untuk dia berlakon menjadi teman wanita Rykal.
"but just a hug and slight kiss, takkan lansung tak boleh, they know me as a king and had plenty of mistresses, please kurang kan sikit term and condition you tu" kata Rykal dengan nada yang mengada-ngada.
"you ingat, i heran, yang you ni king ke, kong ke, apa ke, i dah setuju tu pun kira bagus, tahu tak" Kristal sudah tidak boleh tahan dengan perangai Rykal yang meminta macam-macam dengan Kristal.
Akhirnya Rykal dan Kristal mencapai persetujuan untuk berlakon hanya untuk satu malam, Rykal, rupanya dia seorang yang sangat mementingkan cara seseorang berpakaian dan sebagai seorang manusia Rykal memang suka kepada sesuatu yang cantik dan oleh sebab itu Rykal membawa Kristal untuk membeli belah dan bersedia untuk makan malam bersama rakan-rakannya.
"can you please find a dress tu my girlfriend, but a lil bit of sexy ok" tanya Rykal kepada promoter di butik Guess
Kristal membuat muka apabila dia mendengar Rykal meminta pakaian yang sedikit sexy, tetapi Kristal juga mempunyai cita rasanya sendiri terhadap permakaian, Kristal meminta Skirt panjang dan mencari blouse yang bersesuaian dengan skirt panjang Denim yang di berikan oleh promoter Guess. Setelah bergaduh dengan Rykal akhirnya kedua-dua mereka bersetuju mengambil blouse Denim yang mempunyai lengan pendek yang comel dan lehernya yang luas sehinggakan boleh menampakkan bahunya. Rykal meminta kepada promoter di situ supaya memberikan Kristal untuk memakai terus pakaian yang mereka beli, dengan kulit Kristal yang putih dan rambutnya yang hitam dan ikal membuatkan lagi pakaian dari Guess itu lebih cantik. Kristal yang mempunyai bentu badan yang tidak terlalu kurus membuatkan dia nampak sangat sexy apabila memakai pakaian yang menampakkan bahunya yang putih itu, mata Rykal bersinar-sinar dan dia tidak dapat mengalihkan pandanganya daripada terus menatap Kristal dari hujung rambut ke hujung kaki.
"kalau awak pandangan saya macam tu lagi, tanpa segan silu, memang akan saya hadiahkan awak, penerajang yang melekat di pipi awak serta saya akan cucuk mata awak yang bulat itu keluar, awak faham!!!' kata Kristal yang agak seram dengan pandangan mata Rykal yang menatapnya. 
Rykal hanya tersenyum "next stop, make up" 
Kristal membuat muka, di dalam hatinya berkata kenapa nak make up pulak aku dah cantik apa, natural beauty gitu tetapi Kristal ikut kan jugak, Rykal membeli satu set make up dari Lancome dan meminta promoter di situ memake upkan Kristal untuk menjadi lebih cantik lagi, ternyata yang sememangnya Kristal tidak memerlukan make up yang tebal kerana kulit Kristal sudah cukup licin dan putih serta dia juga mempunyai pipi yang kemerah-merahan secara semulajadi.
"anything else Mr.Rykal" Kata Kristal yang redha dengan perubahan dirinya, ternyata dia sangat kagum melihat dia dress up dan make up dah rupa model hehehehe tak sangka aku memang sangat cantik yeah peace!!! Kristal tersenyum lebar sambil membuat sign peace menggunakan tangannya di hadapan cermin di dalam Saloon.
"woiii kalau dah gila pun, jangan lah sekarang, besok boleh lah, dah banyak duit i labur dekat you ni" kata-kata Rykal itu membuatkan Kristal kembali ke alam yang nyata, dengan membuat muka sekupang, Kristal menurunkan tangannya daripada membuat sign peace. Orang yang berada di saloon itu, membasuh rambut Kristal dan membuat kerinting besar supaya ikal rambut Kristal menjadi lebih cantik lagi dan sekarang Kristal sudah kelihatan sangan sexy bersama rambutnya yang sangat luscious.
"one more thing" rupa-rupanya Rykal mendapatkan seutas rantai emas dari Poh Kong yang pendek untuk menghiasi leher Kristal yang jinjang. Rykal juga terus menukarkan pakaian kepada pakaian yang lebih bersesuaian, Rykal juga membeli pakaian di Guess dan juga Brylcreem untuk menstylekan lagi rambutnya yang telah di biarkan tanpa berjell sepanjang hari ini. Rykal sudah kembali kelihatan seperti seorang koprat yang bertaraf tinggi, segak bergaya, tenyata kelihatan seperti seorang yang play boy, King, yess he is a king to all woman heart, the king of socialite society.
"Aku ingat korang tak datang tadi" tanya Hairi
"wait! is that the same woman that i met today?" sambung Hairi lagi.
"Yess, kau pun kenal aku kan Hairi, i am not the type of man yang akan keluar dengan perempuan yang selekeh, aku boleh nampak dia macam mana sebenarnya, cuma aku tak pernah bagi tahu siapa aku kat dia sehinggalah kau datang dengan kawan-kawan kita yang tak boleh pakai tu" terang Rykal panjang lebar.
Kristal tidak boleh menahan akan panah petir dan kilat sabung menyabung daripada pandangan dua orang wanita yang sangat seksi yang dia temui di panggung wayang siang tadi, Kristal tersenyum kelat sambil berdiri berhampirian mereka, terdapat dua orang lelaki yang juga kawan-kawan Rykal cuba mengayatnya dan cuba berdiri rapat dengannya tetapi Kristal cuba meloloskan diri daripada keadaan yang tidak selesa itu. Dalam kebosanan menunggu meja mereka di sediakan salah seorang wanita tadi dan kali ini, pakaian mereka seakan-akan mahu tersembol dua biji apam keluar daripada baju, dan bahagian belakang pula tidak mempunya sebarang kain, manakala kainya yang labuh seakan tidak mempunyai makna kerana terbelah sehingga ke paras paha, kalau selak sikit dah tentu-tentu nampak dia pakai kaler apa di bahagian dalamnya.
"macam mana kau kenal Rykal" tanya salah seorang perempuan yang di kenali sebagai Nessa iaitu teman wanita Hairi atau mungkin hanya mistress Hairi sahaja. Kristal tidak menjawab tetapi hanya membuat muka.
"well kalau kau kenal sangat Rykal, kau mesti tahu yang Rykal tu player besar in Kuala Lumpur, dan one thing for sure dia tidak akan lama pun dengan kau, dia akan pakai kau dan lepas tu dia tinggalkan macam yang lain" terang Linda panjang lebar.
"tell me something that i didn't know" jawab Kristal ringkas.
Nessa tersenyum sinis dan mengangkat kakinya pergi dari bercakap dengan Kristal, dan akhirnya mereka di panggil untuk ke meja mereka dan ini adalah kali pertama Kristal makan malam dalam keadaan yang sangat elegant, Rykal memimpin tangan Kristal ke meja, di tarikkan kerusi Kristal dan membiarkan Kristal duduk dahulu dan kemudian barulah Rykal duduk di sisi Kristal. Makan malam berjalan dengan lancar dan Rykal memotongkan beef stick Kristal dalam bentuk potongan kecil supaya Kristal mudah untuk makan. Kristal tersenyum melihat makanannya patutlah ramai yang jatuh hati dengan lelaki ini  kata hati kecil Kristal, Rykal melihat sahaja gelagat Kristal, Rykal seakan tahu yang Kristal tidak pernah makan malam seperti ini, kemudian Rykal meletakkan tanganya di bahu Kristal dan membuatkan Kristal terus memandang Rykal, di lihatnya Rykal tersenyum dan memberikan rasa sedikit kehangatan yang bahagia kepada Kristal, lalu dicium lembut dahi Kristal oleh Rykal.
Makan malam itu akhirnya berlalu, Kristal dan Rykal berasa lega kerana lakonan mereka tidak dapat di hidu, walaupun baru bertemu mata dua hari, tetapi mereka berdua seakan sudah lama mengenali, segala tindakan dan kelakuan Rykal dengan mudah Kristal mengetahuinya, seakan-akan Kristal boleh membaca apa yang ada di fikiran Rykal, manakala Kristal bagi Rykal adalah sesuatu yang di luar jangkaan, am i falling to someone so ordinary, maybe tanya Rykal kepada dirinya sendiri. Rykal menghantar Kristal ke tempat letak kereta di Aeon Kinta City dan Rykal menunggu sehingga Kristal meninggalkan kawasan Aeon dan keluar ke jalan besar, Rykal pulang ke Hotel Syuen, masuk sahaja bilik hotelnya, Rykal terus menghempaskan badannya ke atas tilam yang empuk, Rykal terfikir akan kejadian siang tadi, dan fikirannya tidak boleh melupakan betapa cantiknya Kristal Dah macam Elizabeth Tan je aku tengok Kristal tu, tak sangka cantik rupanya dia tu, Rykal tersenyum sambil cuba menutup matanya.

p/s: my life so hectic, but i have plenty of ideas to write this story, aku harap bila aku ada masa untuk menulis, idea aku tak hilang or lari, selalunya ada je benda nak mengacau, anyway hari nie besday anchang, kuching kesayangan aku... and lagu kesukaan aku untuk masa sekarang lagu dari STACY Not For Sales, dah habis baca, jom kita dengar lagu stacy~


Untittled part 4.

Babak 8.
Here We Go Again~

Akhirnya Rykal dapat menrehatkan diri daripada jadualnya yang sibuk, ingin sahaja dia terus pulang ke Kuala Lumpur setelah tamat perjumpaan perniagaan dengan Mr.Andrew di Royal Golf Club Ipoh, Rykal mahukan projek mega Times Square Ipoh dan juga projek pembangunan di kawasan Sri Manjung untuk menjadikannya seperti projek Iskandar di Johor. Walaupun jawapan yang di berikan Mr Andrew adalah bukan jawapan yang dia mahukan tetapi apakan daya "i like your idea but i need to consider a lot more thing before i can appoint your company to be my co partner on this two mega project or probably if.... only i could say maybe... maybe you will have the chance... but at the mean time this meeting i call on hold" itulah jawapan yang di berikan oleh Mr.Andrew iaitu CEO kepada syarikat Titanmaster Sdn Bhd iaitu antara syarikat terbesar di Malaysia di dalam bidang pembagunan dan hartanah.
Rykal menyelak langsir tingkap hotelnya di Syuen hotel dan melihat pemandangan ipoh di waktu pagi, mata Rykal terpandang sebuah restoran mamak yang tertulis Pasembor Medan Greentown, melihat orang ramai keluar masuk ke restoran itu, "sedap ke makan kat situ? bosanlah hari-hari makan kat hotel." Rykal mengomel sendiri. Rykal bersiap-siap, bersedia untuk meluangkan masa bersama dirinya sendiri, sudah agak lama Rykal tidak berjalan sendirian, jika di Kuala Lumpur ada sahaja yang menemaninya terutamanya wanita, boleh di katakan ramai wanita yang beratur untuk keluar dengan Rykal ini kerana bukan sahaja Rykal mempunyai rupa paras yang kacak, bentuk badan seperti model majalah fitness dan Rykal jugak adalah waris utama untuk menjadi CEO di syarikat SingaNess Raya Sdn Bhd, jadi ramai yang ingin menyendeng dan menumpang kekayaan Rykal.
Rykal memulakan langkahnya ke restoran mamak Pasembor Medan Greentown, "anne, pasembor ada, dan teh tarik satu" pekerja di restoran itu hanya mengangguk dan terus pergi menyediakan makanan yang di pesan oleh Rykal tadi "entah faham, entah tidak tu" kata Rykal kepada dirinya sendiri sambil mata Rykal melihat keadaan sekeliling di dalam ruang kedai mamak itu. Rykal rindu untuk melepak di tempat yang biasa, memakai pakaian yang biasa tanpa merasakan dia sedang di nilai oleh orang sekelilingnya, tanpa dia memikirkan imej syarikat dan imej ibu bapanya. Rykal rimas akan harapan dan pemintaan yang tinggi oleh ibu bapanya dan keluarganya, dan tiada siapa yang mahu tahu akan apa yang sebenarnya Rykal mahu, jadi hari ini dia meninggalkan tittle Socialite di Kuala Lumpur dan menjadi orang biasa di Ipoh kerana dia sangat pasti tiada siapa yang mengenalnya terutamanya ahli-ahli socialite tidak akan mungkin datang makan dan lepak di kedai seperti ini.
Rykal meneruskan perjalanannya ke pusat membeli belah Aeon Kinta City untuk menonton wayang di TGV Cinema, Rykal mahu sekali menonton cerita Avengers terutamanya Rykal adalah peminat kartun Marvel dan apa sahaja cerita yang berdasarkan majalah kartun Marvel dia pasti akan menontonnya di wayang dan jika di Kuala Lumpur, sudah pasti dia akan menonton di Imax untuk mendapatkan kepuasan yang lebih. Rykal yang hanya berhoodie sweater, berseluar jean lusuh serta rambut yang di biarkan tanpa sebarang jell beratur untuk membeli tiket "couple sit please, avenger jam 2.15 petang" kata Rykal ringkas kepada operator yang menjual tiket. Sesudah Rykal membuat pembelian, dia berpaling ke belakang dan dia terlihat sekumpulan orang yang mana terdapat dua orang perempuan yang berpakaian agak seksi, bermake up tebal, berheels, mini skirts and sleeves less shirts manakala bersama mereka ada empat orang lelaki yang berpakaian agak segak seperti ahli koprat. Rykal melihat jam di tangan dan dia cuba untuk pergi dari situ secepat yang mungkin dengan harapan mereka tidak sedar akan kehadiranya di situ, Rykal terus ke tempat menjual pop corn dan beratur "apalah yang mangkuk-mangkuk ni buat kat siniiiii, kacau betullah, sekarang pukul 2 kot, bukan mangkuk-mangkuk ni patut ada kat pejabat ke, rosak-rosak" mengeluh Rykal di dalam hati sambil mukanya berkerut-kerut memikirkan apa yang patut dia lakukan. Tiba-tiba Rykal merasakan bahunya di sentuh oleh seseorang.
"Hey Rykal, aku ingat salah orang tadi" sapa Hairi.
"Wooiii, aduh korang kenal lah pulak" jawab Rykal, cuba tenangkan dirinya.
"Kau datang dengan siapa ni, anyway why you dress up like this" tanya Hairi lagi.
Kali ini jawapan yang perlu Rykal berikan kepada Hairi cukup mencabar, sebagai seorang socialite adalah sangat hina untuk keluar secara seorang diri, Rykal tahu dia perlu menjaga reputasinya dan dengan tindakkan yang refleks Rykal terus menarik seorang wanita yang berada di hadapanya tanpa dia kenali siapa wanita itu.
"Ohhhh ya aku datang dengan kawan aku, dia yang bawak aku jalan-jalan kat ipoh, so meet my ipoh frens" kata Rykal, di dalam hatinya dia terima sahaja apa yang bakal berlaku sebentar sahaja lagi.
Wanita yang terkejut tadi terus berpusing dan memandang muka Rykal dan Hairi, Hairi terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita tersebut.
"Hai I'm Hairi, nice to meet you" kata Hairi dan Rykal pula dia terkejut dan tersenyum melihat wajah perempuan yang dia tarikkan tadi.
"EErrrrr.... HHHye, Kristal, nice to meet you too" jawab Kristal teragak-agak, sambil membuat senyum kambing kerana dia terkejut dengan tiba-tiba ada orang menarik dan memaksanya berpaling kepada mereka.
"So what movie you guys watching" tanya Hairi ringkas.
"Pilot Cafe" "Avengers" kata Kristal dan Rykal serentak. Hairi tergelak kecil melihat telatah mereka berdua.
"hahahahah kita tengok cerita Avengers ke awak???" tanya Kristal kepada Rykal, dan Rykal hanya mengangguk.
"help me get through this pleaseeeee, i really beg you" bisik Rykal kepada Kristal, dengan tersenyum kelat, Kristal membuat pesanan pop corn dan mengambilnya sambil menendang kaki Rykal dengan kuat.
"bodoh punya Virgin Mary, sakit tahu tak" kata Rykal perlahan, cukup untuk orang yang berada di belakangnya untuk mendengar dan ketawa kecil.
Perempuan-perempuan yang bersama Hairi tadi melihat Kristal dengan wajah yang berbaur cemburu, Kristal tidak faham kenapa perempuan-perempuan itu cuba menghangatkan suasana dengan membuat wajah yang meminta kakinya melekat di wajah mereka yang penuh dengan make up. 
"plastik, so sampah" kata Kristal 
"yess, are you say something" kata salah seorang perempuan yang berdress pendek cukup hanya menutup punggungnya.
"owwwhh, i cari tempat buang sampah" kata Kristal sambil tersenyum.
Apabila nombor panggung yang menayangkan filem Avengers bernyala, Rykal terus meletakan tanganya di pinggang Kristal dan menyebabkan pop corn yang di pegang Kristal hampir terjatuh.
"What are you doing" marah Kristal dalam nada berbisik.
"Just go with the flow, please" rayu Rykal.
"Meeting you is do damn disaster" kata Kristal sambil mengelengkan kepalanya.
"Meeting you here today is a miracle" jawab Rykal pula. 
Kristal masih boleh berlakun seperti tiada apa yang berlaku kerana dia dan Rykal pernah bertemu semalam di butik KMN dan Rykal menjadi pelanggan Kristal di mana Rykal mempermainkan Kristal dengan membuka bajunya dan hanya memakai seluar yang di jual di KMN, pertemuan mereka menjadi lebih menarik apabila Kristal menunjuk penumbuk semasa Rykal menegurnya apabila dia nampak Kristal berjalan untuk pulang ke rumah.
"What is going on, if you not explain, i'm telling you, saya akan keluar dari bilik wayang ni dan terus ke filem yang sepatutnya saya tengok.... huhuhuhu I'm wanna watch pilot cafe" Kristal membuat bising dan mengomplen yang dia tidak dapat menonton cerita yang dia harap sangat untuk menonton di panggung.
"shhhh they watching us, all i can says now, please hug me, please pretend that you are my girlfriend and be nice to be, thats all, i really beg you, and seeing that you are also alone it is like, you are my angel that saving me form disaster today" terang Rykal dengan nada yang rendah dan mereyu kepada Kristal.
"i just wanna spend sometimes alone, well actually i had nobody to spend time with" kata Kristal sambil menyumbat mulutnya dengan popcorn.
Rykal menarik badan Kristal dekat dengan dirinya, manakala Kristal mengeraskan dirinya tidak mahu di peluk oleh Rykal, mereka berdua sudah seperti dua ahli gusti yang cuba memonopoli antara satu sama lain, seorang nak dan seorang lagi taknak.
"are you guys watching or i should sent both of you to hotel room" kata Hairi yang dapat melihat Rykal dan Kristal daripada tempat duduknya yang terletak betul-betul di atas mereka.
Rykal membuat muka marah kepada Kristal manakala Kristal pula menjelirkan lidah dan membuat muka mengejek kepada Rykal dan Rykal tidak boleh tahan dan mencubit muka Kristal, dan dengan secara automatiknya Kristal menjerit kecil akibat pipinya di cubit oleh Rykal.
Akhirnya Kristal dan Rykal sudah mampu untuk menonton dengan aman, dan Kristal membiarkan dirinya di peluk oleh Rykal, walaupun dia sebenarnya sangat tidak suka situasi itu, mahu sahaja dia pergi dan meninggalkan Rykal seorang diri tetapi di dalam ruang kecil di hati Kristal, dia berasa sedikit gembira kerana ada orang menemani dia menonton wayang pada hari ini.
"owh my you are sure a virgin mary, can you relax a little, i bukan nak rogol you, i just hug you nothing more' bisik Rykal.
"Saya boleh relax kalau orang yang peluk saya tu, suami saya.... anyway im not a whore okay" kata Kristal
"yeah i know, just for today i'm promise... wow your heartbeat sure fast... are you like me already" kata Rykal mengacau Kristal,
Kristal mengangkat kepalanya dari dada Rykal dan melihat Rykal tersenyum nakal, Kristal membuat muka geram dan memukul badan Rykal dengan kuat.
"sakitlah bodoh" jawab Rykal yang menahan kesakitan.
"padan muka, siapa yang bodoh sangat pun tak tahulah" jawab Kristal yang sedang marah.
"perempuan, you tu kenalah lembut sikit baru lelaki mahu" kata Rykal dan kembali menarik Kristal untuk berada di dalam pelukkannya.
"i don't even care" jawab Kristal ringkas.
"you nak pop corn, i paid for those" minta Rykal
"here you are sayang" Kristal cuba menyuapkan Rykal pop corn dan Rykal tersenyum lebar melihat Kristal sudi menyuap dia makan, tetapi rupa-rupanya Kristal hanya mempermainkan Rykal sahaja dan Kristal ketawa besar melihat wajah Rykal yang hampa.
"ada tangan kan, elok lagi kan tangan tu, boleh gerakkan... so suaplah sen...diiii...riiii" kata Kristal.
Rykal dan Kristal berjaya untuk menghabiskan menonton bersama, macam-macam perangai Kristal yang Rykal perlu hadapi, sememangnya Kristal adalah seseorang yang tidak pernah Rykal temui, Kristal bukan seorang yang plastik, sepanjang Rykal mengenali Kristal tidak pernah satu saat pun Kristal cuba belagak seperti perempuan-perempuan yang cuba mengambil hati, mengipas serta mengedik dengannya. Rykal seolah-olah tertarik dengan perwatakkan Kristal yang bersahaja, bukan itu sahaja walaupun Kristal kurang bermake up atau mungkin tidak bermake up lansung cuma Red Lipstcik itu sahaja yang Rykal dapati Kristal memakai di wajahnya. Rykal memegang tangan Kristal keluar dari panggung bersama-sama rakan-rakan socialite Rykal dari Kuala Lumpur, Rykal berharap mereka semua akan pulang dan dia dengan Kristal tidak perlu berlakun dengan lebih lagi kerana Rykal tahu yang Kristal tidak selesa, tiba-tiba Hairi membuka mulut bertanyakan soalan yang agak menarik.
"dinner tonite you guys, River Front Hotel" semua orang mengangguk kecuali Rykal dan Kristal.
"you have any thing to do tonite" tanya Hairi lagi
"well korang pergi balik dulu, i want have one and one time with Kristal, i promise her to spent time just us today, what ever i will wassapp you ok Hairi" kata-kata Rykal itu cukup untuk membuat semua berlalu pergi dari situ.
Rykal memegangg kedu-dua belah tangan Kristal dan melihat ke dalam mata Kristal, dan ketika itu Kristal berasa seperti mahu mati, mahu sahaja dia menerajang, membuat chop slam, serta mencucuk kedua-dua mata Rykal yang bersinar-sinar itu. 
"we going okay, you teman i dinner malam ini okay, i pay for dress, or what ever you want, as long as you going tonite dinner with me, i can't face them alone" tanya Rykal dan kali ini Rykal merayu dengan lebih lagi.
Kristal kebinggungan, dia sendiri tak tahu nak jawab apa dan dia.........

p/s: maaf lah kawan-kawan aku kene pick up my mom from work ni, jadi kalau malam karang, takde masalah dan idea datang mencurah-curah lagi aku akan sambung dengan babak seterusnya... love you guys keep on reading... i hope my style of writing tidak membosankan korang semua... daaaaa 

Thursday, 23 April 2015

Untitled part 3.

Babak 7.
Pernah makan sup kasut saiz 6 TAKK!!???, Kau Ni Memang Mohon Penerajang!!!

Yesss, akhirnya hari minggu sudah berlalu, tak ku sangka sudah isnin rupanya yay!!! kata Kristal di dalam hati, sambil mengangkat tangan kanannya ke atas dan membuat simbol peace dan tersenyum lebar
"woiiiii, dah gila ke?, jangan kata you pagi-pagi dah yam seng aaaa" kata Mei Mei
Dengan tersenyum kambing, Kristal menarik tangannya dan kembali melakukan routine harian, iaitu membersihkan butik KMN, mengelap, mengemop dan menyusun kembali semua baju-baju dan seluar di tempat asal, selain itu juga para pekerja KMN akan menambah kembali baju yang telah dijual di tempat display pakaian. Kristal amat suka dengan hari Isnin, kerana inilah hari yang dia akan bermalas-malasan, serta pelanggan KMN biasanya tidak ramai pada hari ini, jadi Kristal dapat berehat walaupun tengah bekerja. Hari isnin ibarat satu hari yang baru, bak kata orang iaitu refreshing day, kerana hari jumaat, sabtu dan ahad adalah hari yang paling sibuk, terlalu ramai customer, terlalu ramai untuk di kritik setiap pakaian, terlalu ramai untuk di layan, walaupun letih, para pekerja di KMN tetap akan memberikan yang terbaik supaya pelanggan KMN berpuas hati dan akan kembali. Bak kata Ah Sa "walaupun menyampah, tetap kena senyum dan layan dengan baik, siapa yang tak mahu duit". Ah Sa di kenali sebagai Top Seller di KMN, ramai pelanggan KMN akan mencari Ah Sa untuk menerima nasihat dan pandangan dalam pemakaian, Ah Sa sangat peramah dan dia sangat fasih dalam berbahasa Inggeris, Melayu, Kantonis, Mandarin, Korea dan Jepun, bak kata orang-orang di Malaysia ini, Ipoh Mari Takda Sombong ma... Walaupun hanya berkelayakkan SPM, tetapi itu bukan satu halangan untuk Ah Sa memajukan diri. Mei Mei berjanji kepada Ah Sa jika dia teruskan dengan semua kerja keras yang dia buat selama ini, Mei Mei akan memperkenalkan Ah Sa sebagai "Image and Wardrobe Consultant" iaitu kerja yang memberi nasihat imej kepada pelanggan dan juga menasihatkan cara pemakaian, pakaian yang pelanggan suda ada menjadikan ia sesuai dengan trend terkini, bak kata Mei Mei "daripada jual baju lama, we make it look like new" dan Ah Sa memang sesuai dengan kerja itu.
Kristal mengucapkan taniah kepada Ah Sa dan berharap dia akan terus menerus menjadi Top Seller, di samping itu Kristal juga cuba mendapatkan khidmat nasihat bagaimana untuk menjadi yang terbaik seperti Ah Sa.
"yang penting, you kena tahu bila you tengok dia punya shape, bila you dah selalu tengok orang punya body, you can define, what is fine and what is not. Especially bila kita berhadapan dengan orang yang lupa dengan diri sendiri itu yang paling susah, sebab mereka tidak dapat terima kenyataan, sebenarnya mereka pakai saiz apa" terang Ah Sa.
"you boleh share sikit tak, saya tengok orang punya body ni.... errrr baru sekarang saya tengok, manalah saya tahu apa yang sesuai, saya sendiri pun tak berapa okay dalam berfesyen nie" kata Krista merendah diri.
"owwwhhh, you punya fesyen okay sahaja saya tengok, tak baik hari-hari datang sini tipu saya aaaa!!!! well it depends, actually for someone so skinny and had collar bone, they actually not suitable wearing something like singlet or something that have tengkuk luas sebab it will fall of their shoulder, you know what i mean right, like you lah, faham" terang Ah Sa memberi sedikit tips kepada Kristal, dan Kristal hanya menggangukkan kepala kemudian Ah Sa meneruskan lagi tips-tipsnya kepada Kristal sehinggalah "haa~ you punya customer dah sampai"
Beberapa orang lelaki melangkah masuk, dan daripada pemerhatian, salah seorang daripadanya adalah bos dan dua orang lagi lebih kepada pekerja kerana mereka tidak bersembang seperti seorang kawan tetapi yang seorang itu sibuk memilih baju dan dua orang lagi hanya menunggu di depan pintu dan di tangan mereka terdapat beberapa paper beg dan plastik beg. Kristal menganalisis pelanggannya daripada jauh, di lihat kepada lelaki yang serba segak, berpakaian formal, coat with tie, maybe dia seorang businessman. "arrrgghhh harap-harap dia tak macam lelaki melayu bodoh sombong haritu" membebel-bebel mulut Kristal sambil menghampiri lelaki yang kacak bergaya di hadapanya.
"Yea Encik boleh saya tolong" kata Kristal sambil tersenyum lebar, lelaki tersebut hanya senyum kembali kepada Kristal dan membuatkan Kristal terkedu seketika. Apa bisu ke lelaki ini kata Kristal di dalam hati.
"Errr, KMN cloth are made from great fabric and some of the fabrics are imported, and the one that you hold are made in Australia" jelas Kristal di dalam bahasa Inggeris setelah lelaki itu tidak menjawab apabila di tanya menggunkan bahasa melayu dan kali ini lelaki itu hanya tersenyum juga. Kali ini Kristal sudah merasa sangat menyampah, bagi Kristal, lelaki ini sama juga dengan si businessman yang bodoh sombong itu.
"Ni xiao shen me? ni fengle ma? chiquai, ni mian ho shui ke shi ni de danao... fengle" kata Kristal sambil senyum di hadapan lelaki itu.
"Ada bahasa lain lagi yang awak nak cakap dekat saya" jawab lelaki tersebut.
"Ya ALLAH, boleh bersuara rupanya, ingatkan bisu tadi, and owwhh faham bahasa melayu, baru ingat nak cakap Jerman" kata Kristal cuba membuat jenaka sejuk.
"okay try convince me, in Jerman" kata lelaki itu.
"cakap Jerman you mean?" tanya Kristal sekan-akan tidak percaya dan lelaki itu tersenyum dan menggangukkan kepala.
"JERMAN" kata Kristal, dan lelaki itu terpinga-pinga tidak faham.
"yewlah, saya kata saya nak cakap Jerman, bukan cakap bahasa Jerman" kata Kristal sambil ketawa terbahak-bahak.
Dengan membuat muka seakan-akan tidak dapat menerima jenaka Kristal, lelaki itu terus menghulurkan sehelai seluar berwarna coklat "saiz M, please" kata lelaki itu
Tanpa berkata, Kristal terus berlalu pergi dan mencari saiz yang bersesuaian untuk lelaki itu.
"encik boleh cuba dahulu, kowt-kowt saiz tidak sesuai" Kristal memanggil lelaki yang segak bergaya seperti anak raja. Lelaki itu terus menghampiri Kristal dan mengambil seluar berwarna coklat perlahan dan terus masuk ke dalam bilik persalinan.
Beberapa minit kemudian, terdengar bunyi pintu bilik persalinan di buka, alangkah terkejutnya Kristal melihat lelaki tadi tidak berbaju dan hanya berseluar yang dia mahu mencuba tadi.
"is this pants make me look good... oowwwhhh i mean look hot" lelaki itu bertanya kepada Kristal tanpa berasa malu untuk menayangkan badannya tanpa sebarang pakaian. Kristal hanya terpengun dan kaku melihat lelaki tadi, agaknya memang lelaki ini gila, sebagai seorang wanita melihat seorang lelaki yang mempunyai six packs dan tone color yang sawor matang sudah cukup mengegarkan jiwa.
"so what did you think, hot or just okay" tanya lelaki itu lagi.
"you are crazy" jawab Kristal.
"what are you looking at, never look at a half naked man are you" kali ini lelaki itu bergerak menghampiri Kristal, dan mata Kristal kini membulat melihat lelaki itu.
"errr, saya tengok ayah saya selalu pakai tuala je kat rumah" jawab Kristal
Ah Sa yang dari tadi melihat Kristal dan lelaki yang kelihat seperti anak raja itu, terus mendekat ke kawasan bilik persalinan.
"what is going on" tanya Ah Sa terkejut melihat seorang lelaki half naked dan hanya berseluar panjang coklat perlahan yang di hasilkan oleh KMN.
"you friend here, could not give me an answer, i'm asking her is this pants make me look hot or not" tanya lelaki itu kepada Ah Sa pula setelah Kristal gagal memberikan jawapan.
"wow, of coz hot dear auuummm" kata Ah Sa sambil membuat bunyi harimau dan terus berlalu pergi meninggalkan Kristal dan lelaki itu.
"errrr kalau suka boleh terus ke kaunter untuk membuat pembayaran... and this is a total sexual harassment" kata Kristal kepada lelaki itu dan lelaki itu hanya ketawa terbahak-bahak dan menuju terus memasuki bilik persalinan, virgin kata lelaki itu seakan berbisik dan kembali ketawa sambil menukar pakaian.
Setelah membuat pembayaran lelaki itu berlalu pergi, dan sebelum itu sempat dia mendekat Kristal dan berkata "Goodbye Virgin Mary". Kristal tersentak dengan kata-kata lelaki itu dan menjawab dengan kuat "of coz lah saya orang ISLAM!!!! bodoh punya lelaki" kemudian Kristal terus membebel seorang diri 
dah tentu-tentu aku ni Islam, takkan aku dah ehem-ehem pulak, memanglah aku tak pakai tudung, tak bermaksud aku ni open minded sangat... arrgghhh!!!! giler punye lelaki agaknya dia nak makan sup kasut saiz 5 dulu baru nak sedor diri yang dia pun Islam, haram $%#**&&# RASA MACAM NAK TERAJANG ORANG!!!!!!"
Ah Sa ketawa melihat Kristal yang tidak dapat menahan kemarahan dengan kelakuan lelaki tadi, tetapi Ah Sa menasihat kepada Kristal untuk melihat sahaja dan berikan sahaja komen yang patut. Sebagai imej consultant dan juga penasihat pemakaian, mereka haruslah menjadi lebih open minded tidak kiralah half naked ke, just cover only 30 percent and 70 percent naked ke, mereka haruslah untuk melihat akan tetapi jika pelanggan sudah bertindak menunjukkan sesuatu yang tidak patut baru lah boleh di panggilkan guard untuk memberi tindakkan yang seterusnya.
Akhirnya shif bekerja Kristal pun tamat tepat jam 6.30 petang, Kristal berasa sangat bertenaga untuk pulang, sedang Kristal berjalan menuju ke arah pintu keluar, Kristal terasa seakan-akan ada orang sedang memerhatikannya, lalu Kristal mengangkat muka dan memandang ke arah kanannya, terlihat seorang lelaki sedang meminum kopi di restaurant Starbuck  senyum ke arahnya sambil mengangkat sedikit cawan yang tengah di pegangnya tanda hormat. Kristal membuat muka marah sambil tangannya membuat penumbuk  ke arah lelaki itu dan kemudian lelaki itu terus ketawa terbahak-bahak, Kristal melibaskan rambutnya yang panjang ikal mayang dan terus berlalu pergi. Kristal kalau boleh mahu cepat-cepat pulang ke rumah, tidak pula dia sangka yang dia akan bertembung dengan lelaki yang menjadi pelanggannya tengah hari tadi. Tak nak jumpa dia dah, Kristal memeluk bantalnya dan terus menghilangkan diri ke alam mimpi yang indah dan dia kalau boleh tidak mahu ingat akan situasi di butik pada siang hari tadi.
GOODNITE WORLD

p/s: berjaya jugak aku tulis, walaupun cik toon kacau di sisi, sian dia nak sembang ngan aku tapi aku tengah fokus tulis cerita nie lah pulak "betuah punya anak" lah aku nie kan, tak hirau mak sendiri... hahahaha

Saturday, 18 April 2015

UnTittled part2.

Babak 5.
A New LIfe.

Sudah sebulan Kristal bekerja di KMN, pelbagai orang yang di temuinya dan sekarang Kristal sedar yang dia perlu berbuat sesuatu untuk terus maju di dalam arena customer service dan mula faham kenapa Mei Mei hanya mengambil pekerja berbangsa Tiong Hua di butinya ini. Boleh di katakan 90 peratus pelanggangnya adalah orang cina dan hanya sepuluh peratus lagi barulah datangnya daripada bangsa-bangsa lain. Kemungkinan orang ramai tidak perasan yang sebenarnya KMN terdapat pelbagai harga yang mampu milik, cuma suasana butiknya yang nampak high class dan layanan daripada pekerja-pekerja di sini membuatkan orang yang tidak berada berasa kurang selesa, tetapi itulah yang mahu di terapkan oleh Mei Mei terhadap KMN iaitu friendly customer supaya customer akan datang dan datang lagi. Ini kerana terdapat banyak butik dan juga pakaian yang di jual secara online oleh itu yang membezakan semua ini adalah customer service dan apabila pelanggan merasakan mereka di alu-alukan maka mereka akan kembali. Kristal sekarang sudah menjadi seorang yang banyak mulut, dia menjadi seorang yang peramah dan untuk memulakan perbualan dengan seseorang yang tidak di kenali adalah bukan sesuatu yang mustahil. Sejak azali lagi, semua orang mengetahui yang Kristal sangat serius orangnya, dan dia tidak akan mungkin menegur orang yang tidak dia kenali apatah lagi mahu berbicara, ternyata sekarang Kristal sudah berubah. Kristal berasa sangat gembira apabila dapat membantu seseorang kelihatan cantik, dia sungguh tidak sangka yang sekarang dia sudah menjadi di antara sales assistant yang di gemari tetapi Kristal tetap merasakan effort nya tidak cukup, dia merasakan dia perlu menguasai bahasa cina yakni mandrin dan juga kantonis bagi mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam KMN. "Dalam hidup kita mesti ada target, takkan aku nak jadi sales assistant je, so i must try to find a way to be somebody in KMN, first stop i'm gonna brush up my tongue and learn mandrin" Kristal berharap Mei Mei akan melihat effortnya dan jika suatu hari Mei Mei mahu membuka cawangan yang lain Kristal berdoa yang Mei Mei akan memintanya untuk menjadi Shop Manager. Kristal ketawa seorang diri apabila dia hilang dalam angan-angannya "HAHAHAHAAHAHA". Kristal tiba-tiba perasan yang dia sekarang tengah berada di dalam kedai buku MPH, semua orang di dalam kedai itu melihat Kristal sambil membuat-buat muka dan tersenyum sinis "akak? akak dah gila ke? tanjung rambutan dekat je" kata seorang lelaki yang tidak di kenali kepada Kristal dan kemudian girlfriend lelaki itu menarik tangan lelaki itu dan pergi dari situ sambil ketawa besar. "cheeeeehhhh dia yang gila, huh!!!" Kristal membayar buku mandrin communication for dummies dan berlalu pergi pulang ke rumah.

Babak 6
Melayu kalau dah kaya, "Melayu mudah lupa"

Dengan Bismillah Kristal memulakan harinya, dia berharap hari ini dia akan di datangi ramai customer, tidak sabar rasanya untuk membantu orang-orang kelihatan cantik dan menarik. Pelbagai orang yang datang mengunjungi butik KMN dan ada di antara mereka tidak mahu mendengar lansung pendapat pekerja di KMN, kadang-kadang keangkuhan mereka membuatkan semua staff di KMN hanya senyum dan membiarkan sahaja pelanggan mereka membeli apa yang mereka mahu walaupun mereka akan kelihat seperti belon yang mahu meletop dan seperti nangka memakai sarung "how hideous" kata Ah Sa "stupid people no need to say anything" jawab Yen, "sudah lama tak tengok cermin kowt" jawab Kristal "or she just Tak Sedar Diri" kata Monica pula. Kemudian customer yang mencuba baju sleeveless dan short for women pun membuat pembayaran "thank you for coming miss" jawab staff KMN serentak termasuk Kristal "and please, never come again" tambah Yen sambil tersenyum simpul. Wanita berbangsa cina yang bersaiz double XL tidak mahu menerima komen daripada staff KMN untuk membeli pakaian yangg sesuai dengan saiznya tetapi dia tetap bertegas yang sebenarnya dia adalah bersaiz M, seluar short yang di belinya apabila di pakai membolehkan butt cheek dia juga terkeluar berkata "hiiiiii" to everybody. Selang tiga puluh minit kemudian, sepasang suami isteri memasuki butik KMN,
 "haaa~ you punya customer Kristal" kata Ah Sa.
 Kristal terus pergi menyapa pasangan suami isteri tersebut "yea Encik, boleh saya tolong" Kristal tersenyum, "saya nak cara baju macam ini" kata si suami
 "owh ini semua design terbaru coat kami, sekarang design kami lebih modern dan sesuai untuk di pakai ke mana-mana" belum sempat Kristal meneruskan penerangannya, si suami terus memotong dan berkata
 "ini bukan semua coat untuk perempuan ke"
 "errrrrr, ini bahagian lelaki encik, tentulah ini pakaian untuk lelaki" jawab Kristal dan terkedu dengan soalan yang di berikan oleh customernya.
"habis tu kenapa ada pinggang" jawab si suami itu lagi.
"memang coat lelaki sekarang ada pinggang supaya nampak lebih kemas dan bergaya apabila di pakai, tak lah straight macam papan playwood jew" kali ini jawapan Kristal lebih keras
"excuse me, i am businessman, i pergi kerja pakai coat okay, I am here because i need to attend dinner, i terpaksa je datang sini" jawab lagi suami dengan angkuh.
"kalau dah hari-hari pakai, saya dah tak boleh nak cakap apa, Encik pilih lah sendiri kata tahu" jawab Kristal
Kebetulan Mei Mei melalui di belakang Kristal, Mei Mei terus menyampuk dan akhirnya Mei Mei yang melayan suami isteri tadi. Si suami ini juga seperti wanita cina tadi yang tidak sedar diri, entah bila kali terakhir mereka membeli baju atau pun melihat cermin, si suami itu mencuba baju bermula dari saiz M sehinggalah XL dan akhirnya membeli saiz L. Si suami itu lansung tidak melihat muka Kristal dan berulang kali mengatakan dia adalah seorang businessman dan dia tidak mempunya pilihan lain selain membeli coat di KMN walaupun sebenarnya dia tidak mahu.
"Coat kalau ada pinggang okay tak encik daripada yang tak ada" tanya Kristal.
"owh memang patut ada, baru lah nampak shape sikit betul tak" kata lelaki itu sambil memandang muka Ah Sa dan Ah Sa hanya mampu mengukir senyuman yang tidak ikhlas.
Semasa membuat pembayaran, si isteri mengambil satu set barang rantai dan subang untuk di kenakan pada majlis makan malam itu nanti dan Mei Mei berkata "kalu encik nak coat yang lebih selesa dan sesuai, encik boleh pergi ke Butik KiesMeSkies iaitu butik just for men tetapi di Penanglah"
"Kalau dekat Penang buat apa, saya sendiri boleh cari, saya kat sini pun terpaksa je beli, kalau tak saya tak mahu beli pun." jawab si suami.
"Semuanya seribu tiga ratus ringgit" Kata Mei Mei kepada pasangan suami isteri tersebut.
"takkan tak ada discount kot, bukan saya nak sangat beli" jawab si suami itu.
"ini memang dah harga discount, kalau tak total semua seribu lima ratus, ini memang harga sekarang" jawab Mei Mei lagi dengan senyuman yang mesra.
Si suami mengarahkan kepada si isteri untuk membayar semuanya dan dia berdiri sebelah isterinya dengan penuh bongkak, "saya businessman, dekat rumah saya ada banyak coat, kalau tak terpaksa saya tak datang sini, kedai ni ada business card tak, mana tahu kalau saya terpaksa datang sini lagi". Mei Mei melayan dengan penuh kesabaran dan akhirnya pasangan suami isteri itu berlalu pergi dari Butik KMN. Tiba-tiba suasana di dalam butik KMN menjadi sunyi sepi, tiada siapa  berani berkata-kata, ternyata layanan lelaki itu kepada Kristal membuatkan semua staff menjadi kaku dan beku, akhirnya
 "itu orang seperti mengejek kamulah Kristal" kata Yen.
"biasalah orang Melayu, kaya memang macam tu" jawab Kristal.
"dia seakan-akan memandang rendah kamu tau" kata Yen lagi.
Kristal hanya menguntum senyuman, dia tahu dan dia nampak yang si suami itu lansung tidak melihat mukanya, dan lelaki itu kerap kali menyatakan yang dia bussinesman serta si suami itu juga menyebut nama dato-dato serta tuan-tuan yang akan hadir pada majlis makan malam yang akan mereka hadiri.

Biarlah apa orang nak kata, biarlah bagaimana orang nak pandang, asalkan aku tahu di mana taraf aku di dalam komuniti ini, jika mereka fikir aku tak berilmu biarkan, jika mereka mahu memandang rendah aku biarkan, selama mana mahu berjalan sambil mendongak ke atas sahaja, yang penting aku kenal dan tahu siapa yang berada di keliling aku. Ramai kenalan aku yang berdegree tetapi akhirnya berkerja di tempat-tempat yang di pandang rendah oleh orang ramai, bukan kami tidak mahu bekerja di pejabat, tetapi jika jiwa tidak mencintai kerja itu buat apa, dan jika tiada rezeki untuk bekerja di tempat lain itu bagaimana. Ahhhh!!! lantaklah, aku sendiri ada mission untuk diri sendiri, iaitu berharap suatu hari nanti Mei Mei nak bagi aku urusan salah satu cawangannya... Hehehehehee

Sambil mengunyah-nguyah roti di tangan, dan kakinya di hayun-hayun serta di gerak-gerakkan walaupun pada ketika itu tidak mempunyai irama, sambil duduk di kerusi yang berhadapan tempat letak kereta, Kristal terus memujuk hatinya yang terluka dengan attitude si suami tadi. Tiba-tiba pandangan Kristal di halang "kenapa senyum sorang-sorang nak, seronok ye hari ini" tegur seorang pakcik. Kristal mula makan dengan laju dan terus pergi dari situ dengan pipinya kemerah-merahan.

p/s: hatiiii kuuuuu~ hatiiii muuuu~ (credit naik) bersambung minggu depan.... hahahahah macam biasalah tolong abaikan spelling error aku, aku dah tak bleyh nak tulis babak seterusnya, sebab running man throwback ni, best sangat dah mengganggu fokus aku.

Thursday, 16 April 2015

UnTittled part.1

Intro
What The Future Hold.

Argggghhhh!!!!! bosannya, aku tak boleh tahan lagi kerja dekat sini, bosan dia ALLAH je yang tahu, memanglah kelayakkan aku yang meletakkan aku berada di meja ini, di syarikat yang well tak berapa besar tetapi famous lah jugak dalam bidang civil engineering ini, berapa banyak bangunan aku dah assist architect, errr baru dua... uhuk! uhuk! uhuk! maaf aku batuk kejap, gaji yang tak berapa nak tinggi menggunung ini serta kehidupan di kota Kuala Lumpur yang serba pantas. arrgghhh "Aku Bosannn!!!" tiru Fazura kejap, aku rasa kehidupan di Kota Besar ini, bukanlah sesuatu yang aku terujakan dan nikmati, walaupun gaji aku okay di Kota Kuala Lumpur ini tetapi aku rasa kecil sangat di sebabkan tol lah, bayar parking lagi, sewa rumah lagi, duit minyak lagi dan duit makan lagi... last skali berapa sen sangatlah duit yang aku ada, nak simpan duit ASB pun tak lepas, aduhhhh!!! lebih baik aku balik kampung tanam kacang. Keluh Kristal seorang diri, dan kali ini dia memang bertekad untuk pulang ke kampung, walaupun pada ketika ini nasib dan rezeki Kritas masih belum jelas.

Babak 1,
Rumah Ibu Bapa Kristal di Kampung Kacang tak Bijak

"Kau ni Kristal, dah elok-elok kerja kat Kuala Lumpur tu, berhenti pulak" bising mak kristal
"hisshhh, awak ini, cuba bagi semangat sikit dekat anak ni, daripada awak bising-bising apa kata awak pergi buat teh ke, masak goreng pisang ke, ada jugak faedahnya" kata ayah Kristal pula, kemudian ayah Kristal sambung lagi dan kali ini, kata-kata dia lebih menuju ke arah Kristal.
"Kamu ni Kristal, berhenti kerja tak cakap dengan ayah pun, kamu tahulah yang kat Ipoh ni kerja semua limited, tapi nanti ayah cuba carikan kerja untuk kamu ye"
"Ayah, Kristal balik ni, bukan nak kerja dekat pejabat lagi. Kristal tahu, kerja dekat pejabat ni bes, cuti hari ahad, ada kelas, orang pandang tapi Kristal tak dapat nak bagi duit lebih dekat mak dengan ayah nak buat apa, lagipun, jiwa Kristal ni, jiwa bebas, Kristal tak boleh tahan lah duduk dalam pejabat yang sebesar ruang tamu rumah kita ni lah ayah. Kristal dah bosan dan mental block bila Kristal buat kerja" jawab Kristal panjang lebar.
"Suka kamulah Kristal, ayah malas nak cakap banyak, dah elok-elok jadi technician tiba-tiba berhenti plak, kamu kerja lah yang sesuai dengan jiwa bebas kamu tu" kata ayah Kristal lagi yang sudah kehabisan idea untuk memujuk anaknya kembali bekerja di pejabat.
"Bukan technician lah ayah, just memproses data and teman architect pergi site, that's all" Kristal sudah mula menyampah untuk menjawab, apabila ayahnya tidak dapat memahami perasaannya pada ketika ini.
"Mak~ setuju sangat dengan apa yang ayah kamu cakap, mak cuma risau, kau nak kerja apa kat sini" kata-kata ibu Kristal itu ibarat menambah garam pada luka yang masih berdarah, pedihnya ALLAH sahaja yang tahu.

Babak 2,
I'm just a stupid Me

"Kanapalah susah sangat mak denga ayah aku nak faham, kalau aku tahu... hmmm aku still akan berhenti jugak, sebab aku dah tak ada jiwa nak buat kerja kat situ lagi. Tapi sekarang ni, AKU NAK KERJA MANA!!!!!!!!" jerit Kristal di tengah-tengah jalan berhadapan dengan bagunan Yikk Foong.
tiba-tiba piiinnnnnnnnn!!!! "OOOIIIITTTTT GILA KAAA!!!???"
dengan muka yang merah padam Kristal cepat-cepat melintas jalan, apabila malu di hon oleh sebuah teksi yang berada di jalan itu. Kristal baru sahaja selesai ke bagunan UTC Ipoh yang dahulunya di kenali sebagai Super Kinta, Kristal cuba mencari lubang-lubang kerja dengan bertanyakan orang-orang di UTC jika terdapat kerja kosong di jabatan kerajaan. "Cik boleh terus isi borang SPA secara online, dan sekarang kita dah tak pakai borang untuk mintak kerja" jawab salah seorang pekerja di bangunan UTC apabila Kristal bertanyakan cara untuk memohon kerja kosong yang terdapat di sektor awam di negeri Perak.
"aku dah blur, tolong? kerja apa lagi yang aku tahu, selain kerja dekat pejabat and yang lagi tak syok semuanya basic rendah, tapi... aduhhh sama je kalau di pikirkan, Kuala Lumpur basic tinggi tapi taraf hidup tinggi... tapi pejabat bukan jiwa aku" 
Kristal tahu selama satu tahun ini, ibu bapanya sangat berbangga dengan dirinya yang berjaya meletakkan dirinya setaraf dengan sepupu-sepupunya yang mempunya kelulusan luar negara dan majoriti daripada mereka menjadi orang-orang yang berjaya dan ada di antara mereka menjadi ketua Doktor bahagian doktor-doktor swasta. Tetapi bagi Kristal, kalau bekerja tetapi hati tidak mencintai kerja itu ibarat memasak daging bahagian sirloin yang mahal itu tetapi tidak masak di bahagian tengahnya, bukan lagi medium raw tetapi ini lansung tak masak, ibarat perkhawinan yang terpaksa, sama seperti "u tidur bilik sana dan i tidur bilik sini" tidak seperti nurul dan ajai serasi bersama tetapi akhirnya bercerai... ooppss apatah lagi irama tidak bersatu dengan muzik, bagaimana harmoninya akan terjadi"
Kristal tidak tahu, sama ada tindakkannya itu bodoh atau sebernarnya dia sudah give up. Sehingga satu tahap, Kristal tidak lagi mampu untuk memproses maklumat kerjanya, apatah lagi untuk menghasilkan satu hasil kerja yang menarik. Bos Kristal pula sudah dapat melihat, Kristal bukan lagi seperti mula-mula Kristal masuk bekerja di situ, dan apabila Kristal memberikan notis untuk berhenti kerja, bosnya cuba memberi nasihat kepadanya tetapi bosnya juga tahu yang Kristal sudah bertekad untuk pulang ke kampung.
Kristal menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal ini, di meja makan di gerak Mat Jasak ini Kristal meratapi nasibnya yang bertidak secara terburu-buru dan ketika Kristal melepaskan rindunya terhadap kueh  teow kicap yang terkenal di Ipoh ini, telefon kesayangannya berbunyi.
"woiiii perempuan!!! okay-okay kat mana? nanti sepantas kilat aku sampai, aku tengah makan Mat Jasak ni, kau nak tak? ok, nanti akua tapaukan ok".

Babak 3,
Mei Mei My Partner in Crime

"Walauweiiii, tengok siapa dah balik sini, sombong bukan main, sudah balik sebulan pun tapi tak mahu jumpa saya pun, sangat baik ini orang" Kata Mei Mei
"Ah Mei, Xiao Jie, saya memang mahu mencari you, tetapi i just didn;t find the right time... since you called me, i guess, now is the right time to see you" jawab Kristal 
"Saya tahu, you duduk Kuala Lumpur sana, you kerje sangat me??? errr hebat kan??? takkan mahu datang sini cari saya yang kerja dekat kedai ini" kata Mei Mei, memerli Kristal yang seakan-akan melupakkannya apabila sudah bekerja di Kuala Lumpur.
"Hey Leng Lui, saya tidak pernah memandang rendah kepada orang-orang yang bekerja di Supermarket or di Butik sendiri macam you, macam saya tak tahu yang you tu berlagak je macam bodoh tetapi kelulusan Lim Kok Wing, ini butik sendiri punya, siap ada francais dekat Penang, u mahu i cakap apa lagi" Sakit hati pulak Kristal dengan kata-kata Mei Mei tadi.
"Hahahaha, you jangan cakaplah, saya tak pernah bagi tahu staff saya yang ini butik saya punya, mereka cuma tahu saya ini supervisor mereka sahaja dan ayah saya serta ma saya ialah bos mereka.... hahahahaha" itulah perangai Mei Mei yang suka merendah diri, tidak pernah sekali pun dalam tempoh masa empat tahun ini, para pekerja butik KeisMeNot atau KMN mengetahui status Mei Mei.
Mei Mei kawan sekolah menengah Kristal, pada mulanya mereka tidak rapat sehinggalah tamat persekolahan apabila mereka berdua mula bekerja di tempat yang bernama Music Valley yang terletak di dalam Jusco Ipoh. Di situlah bermulanya persahabatan yang di jalin, Kristal tidak mengetahui yang Mei Mei mempunyai seorang ayah yang sangat kaya, dan mempunyi sebuah kilang kayu yang terletak di Batu Gajah. Pernah Kristal bertanya kepada Mei Mei, kenapa dia mahu bekerja dengan orang lain dan bukan dengan ayah sendiri, Mei Mei kata, dia perlu berlajar berdrikari sendiri dan berlajar dari orang lain bangaimana untuk menjadi seorang leader berbanding dengan ayahnya. Mei Mei tidak mahu di beri layanan yang special oleh kerana dia anak seorang tauke besar, lagi pun abang Mei Mei sudah ada membantu ayahnya, jadi Mei Mei rasa dia perlu mencari arah tujuan hidupnya sendiri berbanding bekerja di bawah ayah dan abangnya.
Selama empat tahun ini, Mei Mei bekerja dan dalam tempoh masa yang sama dia mula bekerja dan membangunkan KMN, bermula dengan kawan-kawan, kemudian online dan akhirnya dia berjaya membuka butik yang kecil di Greentown Business Center dan apabila Aeon Station 18 mula di buka, dan kebetulan pada ketika itu, peniagaan KMN sudah semakin maju, Mei Mei mengambil keputusan untuk berpindah dan mendapatkan environtment yang lebih baik untuk perniagaannya. Selain daripada supervisor dan executive di KMN, Mei Mei juga adalah main designer dan dari mula-mula KMN memulakan perniagaan, semua jenis pakaian adalah hasil daripada karya Mei Mei sendiri.

Babak 4
Please Hired Me!!!!

"Mei Mei Xiao Jie, memandangkan saya sudah ada di sini, apa kata Mei Mei xiao jie memberi saya sebarang kerja, saya sudah tiadak mempunya sebarang kerja... huhuhuhuh saya sudah meninggalkan pekerjaan lama saya" tanya Kristal, yang bermain-main dengan Mei Mei.
"betul ke, you mahu kerja sini, saya tidak mempunyai wang cukup untuk hired you jadi i punya staff, lagi pun saya punya brand, mana ada standard untuk orang-orang yang ada degree plus master macam you tu" perli Mei Mei lagi sambil menyumbat mulutnya dengan kueh teow kicap yang di beli Kristal terlebih dahulu.
"betullah Mei Mei, you bagi saya kerja jadi tukang cuci lantai pun jadi lah, nanti saya kasi you punya butik, kilat-kilat sana, kilat-kilat sini... boleh lah Xiao Jie" rayu Kristal.
"you betul mahu kerja dengan saya ke, qing buyao dui wo shouhuang!, zhen de ma?" tanya Mei Mei lagi.
"betulah Mei Mei, pleasseeeeeee" rayu Kristal lagi sampai melutut-lutut di lantai dan mengelip-ngelipkan matanya kepada Mei Mei "lagi pun saya ada kereta mahu bayar" Kristal mengambil tisu di atas meja dan kemudian di cariknya menjadi satu garis panjang dan di letakkan di matanya.
"tapi jadi sales assistant je boleh, komisen semua dapat... kalau you mahu, next week boleh start kerja sebab one of my staff sudah mahu berhenti sebab mahu sambung berlajar... ok" kata-kata Mei Mei itu ibarat satu cahaya penyelamat kepada Kristal, dia ingat dia akan mengambil masa yang lama untuk mencari kerja tetapi rezeki sudah sampai, Kristal terus menjawab ok.
Walaupun mendapat tentangan daripada keluarga Kristal, tetapi Kristal telah membuat keputusan untuk bekerja dengan Mei Mei, dan bagi Kristal, mungkin kerja berjumpa dengan orang ramai ini adalah satu kerja yang kena dengan jiwanya, yang sukakan kebebasan dan mungkin dia sebenarnya lebih layak dari hanya menjadi seorang promoter atau sales assistant tapi Kristal tetap mahu teruskan juga kerana semasa kerja di Music Valley dahulu, Kristal amat gembira walaupun kerjanya sangat letih.

Babak 5
My Veri First day at KMN

"Nasib baik you takda lambat ye, ngam-ngam 9.30 pagi you sudah sampai sini, bagus, saya sangat pentingkan itu performance tau, image syarikat kena jaga... saya tak suka late in, but late out ok, hahahaha" kata Mei Mei
"This is all your co-worker, Ah Sa, Yen and Monica, if you have any problem, you just need to ask any of them, don't be shy. In my boutique, every single detail of the cloth you need to know until the what the fabric it used and is it suitable to the customer or not. For me, KMN customers are more like client, we need treat them well ok, did you understand what exactly i'm trying say to you" terang Mei Mei panjang lebar.
"Yes mam, i do understand" jawab Kristal
"tak payahlah panggil mam, panggil nama sahaja sudah, lagi pun kita kawan maa" Mei Mei mula berasa panas di pipi apabila Kristal memanggil Mei Mei dengan gelaran mam.
"here, we are more like consultant than someone who just sell the baju, we not just simply jual baju and seluar, we want orang yang beli baju and seluar kita, wear it good, when the cloth suit them well, nanti mesti orang tanya kan, and more future clients akan datang cari kita punya brand, that is why i don't simply ambik orang kerja, i want someone with class and also friendly... dan orang yang suka senyum macam you" tambah Mei Mei lagi.
"ooowwwhhh patutlah, pekerja you semua cina, takda orang melayu, mo class meh, malay ren?" tanya Kristal.
"you bukan Malay ren meh" Mei Mei bertanya kembali kepada Kristal
"yewlah tu, tapi kalau saya bukan you punya kawan, you ambil, saya kerja tak" tanya Kristal lagi.
"i pikir dulu lah kot... HAHAHAHAHAHAHA" Mei Mei menjawab dengan gelak besar.
Pekerja-pekerja di KMN semuanya sangat friendly, semuanya menolong Kristal dengan hati yang terbuka, kebetulan pada hari ini, semua pekerja KMN perlu bekerja daripada jam 9.30pg sehingga 10 malam, kerana pada hari ini terdapat temubual majalah fesyen yang sangat terkenal iaitu Harper's Bazaar Malaysia di butik KMN. Oleh itu Mei Mei mahu butiknya kelihatan cantik dan kemas, serta semua collection nya di letakkan dengan cantik serta dapat menonjolkan ke unique kan dan kelainan yang terdapat di KMN. 
"Mei Mei, saya pun kena join skali meyh" tanya Kristal
Sambil mengangkat kening "just go, have some make up, i want everyone looking beautiful" ok leng lui jawab Mei Mei
Gila lah baru first day aku dekat sini, dah nak siap-siap masuk majalah, bukan sebarang majalah pula tu Harper's Bazaar... memang Bizare gila aku rasa, macam mana kalau dia tanya macam-macam, apa aku nak cakap, bukannya aku tahu apa yang diaorang jual kat sini, apatah lagi nak explain pasal fabric, kalau tanya untuk pembinaan pakai cerucuk jenis apa, nak pakai bata jenis apa aku tahulah nak cakap apa, kalau nak explain blue print bangunan tu boleh lah sikit-sikit, tapi kalau aku nak cerita pasal baju... memang cari pasal betul aku ni. 
Pelbagai perkara bermain di dalam otak Kristal, dia mula menjadi gelabah, dia tidak tahu di mana dia harus mulakan untuk berkenalan dengan butik KMN ini.
"You jangan kancheong sangat, megazine tu bukan tanya you maa, dia mahu interview saya sahaja, maybe lah kalau you bernasib baik dia akan tanya sikit-sikit, takpelah nanti, saya suruh Monica tolong explain dekat you apa yang important ok" kata-kata Mei Mei itu sedikit sebanyak melegakan hati Kristal.
Akhirnya yang di tunggu-tunggu telah tiba, segerombolan pasukan temubual daripada Harper's Bazaar datang untuk menemu bual Mei Mei, Kristal bersama-sama pekerja KMN yang lain, mengambil gambar sambil berposing di dalam butik mereka. Secara tiba-tiba setelah habis menemubual Mei Mei, mereka memanggil Kristal untuk bertanya sedikit sebanyak dan soalan yang general kepadanya, apabila Kristal menjawab soalan pertama menggunakan bahasa melayu, Mei Mei datang kepada Kristal dan membisik kan sesuatu di telinga Kristal dan Kristal menggangukkan kepalanya tanda faham.
"thank you for having us, and KMN was lucky to have you as their executive designer" kata penemu bual dari Harper's Bazaar dan Mei Mei hanya senyum sahaja
"excuse me, she was the fou hmmmmm" Mei Mei cepat-cepat menutup mulut Kristal dan melambai kepada orang-orang dari Harper's Bazaar sehingga mereka hilang dari pandangan.
"don't tell people lah, anyway, how many cloth did you sell today, don't say you not yet sold even a t'shirt" tanya Mei Mei.
"not yet lah Xioa Jie, sebab tadi customer cari spender tapi sini takda jual, hahahahaha" jawab Kristal.
"you jangan aaaa... you kawan saya... you kena kerja kuat sikit kasi tunjuk performance depan i punya staff, tolong jaga sikit saya punya air muka ok. Before i forget, please next time always used english language, but if malay ren, you boleh lah cakap melayu ok" nasihat Mei Mei kepada Kristal.
Tepat jam 10 malam, akhirnya hari pertama Kristal sebagai promoter dan sales assistant berakhir, dan dia berjaya menjual 3 jenis pakaian, dua t'shirt dan 1 dress, walaupun terasa sangat letih tetapi hari ini Kristal berasa puas dan gembira, segala titik peluhnya hari ini berbaloi. "aku rasa hari ini aku kerja lagi enjoy berbanding, setahun aku kerja sebagai assistant architect, yeah this is what i want, i really don't care what people said" Kristal mengomel seorang diri.
Kristal meletakkan kepalanya di atas bantal dan akhirnya dia terus terlelap dengan sendirinya, dan sekarang Kristal hilang di dalam alam mimpi, tetapi malangnya tiada mimpi yang mengundang, Kristal hilang dalam keletihan, dan dia hilang di atas tilamnya yang empuk, seakan-akan sedang mengurut-ngurut badannya membantu memulihkan semuanya untuk kembali segar.

p/s: sowwie aku tak cek lew die punye ejaan, so mengkome sekalian, faham-faham sendiri sudah lah yew... aku harap aku boleh tulis sambungan dia secepat mungkin... stay tune

Weyh!!! Korang Aku Nak tulis cerita tahyul nie!!! kowang nak baca tak!!!

Tiba-tiba Idea datang~ tp.....


Kalau korang ada follow cerita Frozen FanFic aku, mesti korang sakit hati sangatkan... actually cerita tu body of the story and conclusion of the story also i had already done but, when i need to write the whole damn story using the body that i wrote earlier on my books, all of the sudden i become blank and lost... so sekarang aku ada cerita baru yang nak tulis... jadi Frozen FanFic kene tunggu turn sampai mood aku datang untuk tulis cerita Frozen tu sampai habis ok... I'm SORRIEEEEE~ 
Well oleh kerana sekarang ini semua orang dapat demam cerita melayu, jadi aku akan tulis cerita melayu yang cliche... yang semua orang dah boleh agak apa yang akan terjadi dan apa babak seterusnya dan bagaimana watak jahat, watak lelaki dan watak perempuan utamanya... alaaa mudah je~ macam mudah dot.com...
Jadi sila bersabar dengan aku dan kalau mengkome rase cerita aku yang cliche ini boleh di terima pakai... jadi selalu-selalu lah cek it out ok~ tapi aku rase.... kalau korang selalu sekodeng~ cerita baru aku selalu tulis kalu tak hari ahad~ aku tulis hari senin~ sebab itu je masa yang aku boleh berpikir dengan panjang~ itu pon klw cek Toon tak kaco~ kalau dia kaco~ sume idea~ berenang-renang ke tepian~ dan ke laut dalam~ hilang dari radar tanpa di kesan oleh otak aku yang suka lupa ini.
Apa tajuk cerita aku~ errrrr Untitled aku tak pikior lagi~ kalau mengkome bace dan tetibe ade idea nak bagi tajuk apa kat cerite aku~ mengkomen tuleyh lew yew kat komen di bawah nanti~ dengan Bismillah aku try untuk tulis babak yang pertama~ Stay Tune~ Insya ALLAH~

p/s: dah dari dulu aku tulis cerita tak penah nak habis.... jadi aku nak try habis kan cerita ini~ paraprapaparaaaa~ 

Monday, 13 April 2015

To My Future Husband

If You ever EXIST <3

Today is a great day to my lovely brother and his wife... Angah and Nani... they welcoming their first child Baby RL, well baby RL didn't have name yet so they just called him Baby RL... yes he is a boy that everyone in Nani side waiting the most, and i hope Baby RL will be the sun that everyone love that shinning in everyone life... Syukur Alhamdullillah im thankful and feeling so grateful. When im thinking about my Angah and his wife, i was hoping someday i will be giving a chance to be a wife and a mother... Insya ALLAH... i know~ i need to pray every time and every day... So this is a letter to my future husband, i hope you read this:




To My Future Heart and Soul Mate:


                                Thank You for coming to my life, even though you taking a lot of time to meet me but i am so happy now that you are here. I hope you will take me as i am without changing me into someone else but if it is for a better me, i will accept it with my open heart. As you know i am a little fussy a little crazy, annoying sometimes but deep in my heart i always love everyone around me and of coz i will love you forever coz you are my soul mate through thick and thin and trough hard time and happy time. Thank you for stand and cope with mine multiple attitude and craving for attention kinda girl HAHAHAHHAHA I hope u can easily mix with my parents that so friendly and pushy sometime, u need to make first conversation with my dad and he actually can talk about lots of things and even he say wrong facts just smile n let it go or after sometimes later then you correct his wrong facts okay. Cik To on pulak, she love taking selfie, if she ask u to help he taking pictures, just help her and my mom is opposite of my dad, she love to talk so much... And she love to complaint also... I hope u can always ready your ears to lend to my mom whenever u have to meet her. OK enough of my parents, let's move to my one and only Along my best buddy, my shoulder to cry on, my tempat mengadu, tempat membawang dan juga mengkurma, she is an extrovert she know how to make you comfortable and feel at ease but please be aware of what u gonna say because Along had fragile heart despite hers happy smile. Abang Long aka Along's husband just one thing for sure If u love cars then u have no problems, If u know lots of things and knowledge u also with be so easy talking to him. My brother in law looks like a serious man but he is a joker n loving man. Angah... Just like any other man, he can be your bro easily if u can cope with me then u know how to treat my Angah,  we almost the same probably we spent lots of time together when we we're kids...  But now just almost still had a small similarities n it's enough for u to get close with him. Angah's wife, in my eyes as long as u know how to small talk it's okay... Hahahahahaha please bring strawberries if u meet her.. Kekekekeke Finally my nephews Shahmie~ i love him so much, when he was small i always make time for him in any event he was in, i always listen to every thing that he want to say, now he is a grown up boy that soon turn into man and he is now so shy with me, so i hope you can take my place and listen to every story and become he number one supporters errrr maybe not number one but number four that can cheer and understand his problems, sharing and caring, my other nephew Baby RL, just love him okay... coz i know Baby RL gonna spent most of his time in Nani's side. And now 2018 as this been re write Angah n Nani had received a new baby girl miss ZS just treat them like your real family OK And last but not least and the most important out of them all, Sarah is my little princess, no matter how old she is, she will always be my little princess, my heart and my bes buddie in the world after you of coz my future husband, i hope you can give permission to love and care about Sarah all my life okay... 
                               My future husband this is a manual to my life and my imperfect family, even though we not perfect, i still want you to love them forever like your own family... and i hope we can spend all our life happily ever after, if you love me, care for me, protect me and make me happy, i will try my very best to give all back to you. 

LOve YoU ForeVer
 ............................
   your future wife




p/s: who ever you are, please come faster to me, i have waiting for you for a long time, i have been travel all over Malaysia but still i can't find you, i have take a lot of junction but all dead end. So are you here in Malaysia??? or i need to travel overseas to look for you? maybe i need travel the world to find you.

ROAD NOT TAKEN... MY VERSION 2026

Two Different Pictures Two Different Year With The same storyline  Would it be the same ending  Would it end the dif...