Thursday, 5 December 2024

KITA KAWAN SAMPAI LEPAS KHAWIN YEEE....

Maksud di sini ialah bukan kawan sehingga khawin 

TAPI Dah Khawin dengan orang lain pun still Kawan lagi.


Tetiba je aku ada banyak benda yang hendak di tulis dan di kongsikan.

Well walaupun aku suka main TikTok tapi untuk aku sekadar untuk bercerita, macam tetiba rasa poyo pulak guys, jadi aku pun menulis walaupun penggunaan bahasa aku tu ke sana ke mari.


Fuhhh Tajuk kali ini bukan main - main guys.... isu yang menarik untuk di kupas dan di ulas kan betul tak...

Mungkin ada yang bertanya, kalau dah khawin dengan orang lain tu, nak kawan apa lagi... hati dah pun terluka, emosi dah pun tercalar... macam mana nak stay kawan lagi... IMPOSSIBLE

HAHAHAHAHA.... aku gelak dulu

kenapa tajuk ini di pilih, kerana baru - baru ni ada kenalan aku berkongsi cerita di mana EX dia ialah kenalan aku juga dan dia bertanyakan "Kenapa hani tegur saya macam marah - marah kak, kenapa dia nak emosi, saya tegur dia elok - elok je?" jawab aku "ko expect ape? die sembang ngan ko happy happy macam zaman korang bercinta ke?"laju je tangan aku rase nak hempok budak tu....haahahaha.

Jadi aku pun terangkan lah kepada beliau begini

"Jika seseorang EX itu, yang mana korang tinggalkan dia untuk berkhawin dengan orang lain tu, masih hamun korang, masih blok korang, masih menyampah dengan korang maksudnye ialah dia masih belum berdamai dengan takdir, masih menyimpan cebisan besar rasa sayang itu terhadap korang, maybe lepas korang tegur dia.... mungkin lepas tu dia menangis untuk hilangkan rindu dia terhadap korang"

"tapi once EX korang boleh je, HYEEEEE BROOOO macam mana life? tu maksudnya mostly dia dah done dengan korang dalam hidup dia, once dia boleh sembang dan melawak macam korang tak pernah tahu dia boleh begitu dan tak kaver ape - ape dah... percayalah yang EX korang tu dah buang korang jauh -jauh"

Persoalan aku mudah, kenapa korang nak kawan lagi ae dengan EX korang, walaupun selepas korang dah berkhawin, macam mana korang boleh terfikir orang yang sayang korang sepenuh hati itu akan boleh releks jumpa korang dengan orang yang lain.

Macam aku, sangat - sangat ambil masa...rasa amarah itu sememangnya benar.... tapi selepas aku cerita mengenai CRUSH pertama aku zaman remaja tu... aku tetiba rase macam "EHHHH AKU OKAY LAH, Im actually can be friend with the person i used to like" tetibe semua rase itu hilang. Tapi aku masih seorang manusia, mungkin ade yang aku masih belum boleh jumpa releks je kannnn.... hahahahah aku mengakui itu.

Baru - baru ini di dalam satu program sedang aku makan, "Engkau bukan lah segala ku, Bukan Tempat tuk hentikan langkah ku, usai sudah semuaberlalu, biar hujan menghapus jejak mu" korang dah pernah tengok MV Peterpan Menghapus Jejak Mu... meyh sye attach kan video tu, kemudian sye akan relate kan dengan cerita saya okay.... jom tengok kejap....


Saya lah kan sebagai contoh, bukan crush yang pertama, crush yang ke 2.... Saya memang memandang dia sebagai benchmark kerjaya saya... sama seperti di dalam MV peterpan ni, model perempuan tu ikut setiap langkah lelaki itu kan, dan jika saya boleh edit balik.... saya kan buatkan perempuan tu STOP ikut dan mula mengikut lorong dan simpang yang lain dan mula mengejar apa yang perempuan itu mahukan.

Jadi tak semua orang, boleh kawan seperti biasa dengan crush dia, dengan ex dia sebab bila perkara - perkara yang melibatkan hati dan perasaan ini, hanya pemegang hati sahaj yang tahu... Jadi bila korang tegur ex korang tu, nampak dia macam tak senang... macam tak nak sembang, nak senyum pun tak seperti dulu, korang bagilah dia ruang.

Saya rase cerita ulasan saya habis sampai sini sahaja tapi saya ada soalan

kenapa korang yang lelaki ni, masih nak berkawan dengan perempuan yang korang tahu pernah simpan perasaan kat korang

korang tak rase takoot ke, kalau -kalau muncul balik perasaan kasih sayang antara korang

zaman sekarang ni pelik sikit, dulu kalau dua - dua dah khawin maybe untuk terus berkawan itu tidak mustahil

tapi zaman sekarang orang masih boleh releks je bercerai semata nak berkhawin dengan FIRST LOVE

Saya tak tahu macam mana nak ending cerita ini,
Saya doakan kepada korang - korang yang masih berhubung dengan orang - orang yang pernah sayang korang, dan korang pun dah berkhawin untuk KNOW YOUR LIMIT, jangan sembang yang manis - manis sangat takoot yang sorang lagi tu perasaan kembali sayang itu menebal.

Cuba terangkan situasi yang betul dan behave as it is.... okay...

done nasihat....

Semoga korang semua sentiasa di bawah dan rahmat ALLAH
Stay safe di kala musim tenkujuh melanda dan banjir di mana - mana.



Melepak Sambil Berfikir ( Apa yang hendak di fikirkan)

 TAK PIKIR APE PUN... HAHAHAHA


Kebelakangan ini, menulis mengenai diri sendiri seakan menarik pula bila di baca kembali, kenangan lama yang indah di tukar formatnya menjadi tulisan yang boleh di baca berkali - kali sambil tersenyum sendiri.

Pejam celik - pejam celik tahun 2024 bakal berlabuh tirainya, aku melihat kembali blog milo ini, yang pada mulanya aku bersungguh untuk menghabiskan cerita tiktok aku itu namun tidak berjaya... hmmm kenapa agaknya, adakah aku terlampau sibuk, atau aku sudah malas untuk mengadap komputer yang dari siang hari aku menatap.

Mungkin betul juga, setiap saat aku tengok bende empat segi ini, makin menyampah pula hahahahaha Baiklah marilah kita mulakan penceritaan, cerita ini tidak ada kena - mengena sama ada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia tetapi hanya aku sahaja yang suka throwback... ibaratkan cerita novel yang pernah aku baca cerite ini terjadi tidak lama dahulu...

jeng jeng jeng.... pada ketika dan saat ini, aku hairan kenapa korang masih membaca cerita dongeng orang zaman dulu - dulu ini... hahahah nampak sangat korang bosan kan... jadi tidak ada apa - apalah.. teruskan membaca.

"Saya dah kenal awak tahun lepas lah"

"aikkkkkkk" aku terpinga - pinga 

Jika ada yang bertanyakan pada aku mengenai tahun 2023, ibaratkan tahun covid.... ia berlalu seperti angin, tiada apa yang aku ingatkan hanya beberapa perkara. Pada tahun itu pelbagai masalah melanda diri... kalau korag nak tahu, tahun 2024 ibaratkan aku bangit dari kematian... Kenapa aku kate kematian, sebab segala rase, segala emosi, depressi, mental emosi aku semua sakit... Kerja aku tak terjaga, aku rase mcm nak melarikan diri dari dunia aku... Cuma lupekan segala tekanan dan masalah aku... Akhirnya terbaring sepi aku di dalam rumah tanpa sebarang bunyi... Aku pernah 3 hari begitu... Pandangan aku kosong, tiada data yang berfungsi dalam otak aku dan emosi aku hilang entah kemana... aku terpakse re format diri aku, berhusnuzon, berdamai dengan takdir, menggunakan segala tenaga yang aku ada untuk bangkit dan kembali berlari walaupun larian aku agak tempang untuk tahun 2024 ini.

Aku pun bertanyakan di mana orang itu mengenali aku, owh sewaktu sukan.... seperti yang aku katakan tadi tahun 2023 aku tidak tahu siapa yang aku kenal dan aku tidak berminat untuk registerkan sesiapa di dalam minda dan otak aku ini. Nak di jadikan cerita aku bertemu lagi orang itu pada tahun ini, dan yang menariknye patutlah dari awal jumpa dah macam mesra sangat.... Aku sendiri lost in translation... Aku hanya boleh memberi reaksi "wahhhhh setahun yeeeee tak sangka" 

Nasib lah yang tegur aku tu tak terase hati mahupun marah, lagi pun aku dah terbiase dengan orang berkata pernah jumpa aku di mana - mana....al maklumlah... Muke pasar malam... Tanggal 1 Januari 2024 aku dah tanam pada diri aku sendiri... Let Be Single throughout the Year... siapa cakap ko akan hidup dengan aman tanpa sebarang cabaran untuk mengekalkan azam tersebut. Yeah aku ade terbabas kejap dari landasan, terlalai kejap dengan ayat - ayat manis lelaki... benar aku ade menitiskan air mata kerana kecewa. Namun aku kembali mengingatkan diri aku yang "They r all  just want to test u"

Makin lama mungkin aku jadi manusia yang tidak ada perasaan? Semua di sebabkan perkara yang terjadi dalam hidup aku... dan mungkin aku dah tidak tahu jika ada yang benar benar ikhlas dengan aku? Mungkin juga di sebabkan aku hanya tempat singgah jodoh orang lain... ayat yang aku hendak tulis selepas soalan tadi ialah "persetankan semua" agak keraskan ayat tersebut.

Jadi apa yang aku fikirkan ialah, "Cubalah belajar buka pintu hari tu, jangan nak tutup sangat" jika lah orang yang bagi statement kat aku ni tahu ape yang jadi dalam hidup aku, berapa kali kekecewaan dan harapan yang di berikan sehingga aku susah hendak percaya lagi... Aku dah tidak mampu untuk memproses ape yang benar... Dari dulu hanya ada perasaan marah kerna di tinggalkan... Yg masih menebal sehingga kini... 

Seterusnya apa? hadapi kehidupan ini dengan senyuman... selagi nyawa belum di ambil... jangan sesekali menyerah kalah atau give up dengan apa yang kamu ada dan hargailah orang - orang di sekeliling kamu. Mudahkan konklusi begitu, ibaratkan semuanya akan hilang dengan satu senyuman.. Kalau aku berkata itu benar... Adakah engkau akan mempercayainya... Kerna senyuman fi hadapan cermin itu seakan engkau memberikan semangat dan motivasi utk diri engkau yang sangat rapuh... 

Semoga ALLAH sentiasa melindungi hati, perasaan dan diri ini dari sebarang musibah. 


Terima Kasih kepada yangmembacanya sehingga akhir 

saya doakan kehidupan anda semua di jalankan dan di permudahkan urusan

semoga yang baik - baik sahaja untuk anda semua.




HADAPILAH SETIAP PERMASALAHAN DENGAN SENYUMAN

ROAD NOT TAKEN... MY VERSION 2026

Two Different Pictures Two Different Year With The same storyline  Would it be the same ending  Would it end the dif...