KITA KAWAN SAMPAI LEPAS KHAWIN YEEE....

Maksud di sini ialah bukan kawan sehingga khawin 

TAPI Dah Khawin dengan orang lain pun still Kawan lagi.


Tetiba je aku ada banyak benda yang hendak di tulis dan di kongsikan.

Well walaupun aku suka main TikTok tapi untuk aku sekadar untuk bercerita, macam tetiba rasa poyo pulak guys, jadi aku pun menulis walaupun penggunaan bahasa aku tu ke sana ke mari.


Fuhhh Tajuk kali ini bukan main - main guys.... isu yang menarik untuk di kupas dan di ulas kan betul tak...

Mungkin ada yang bertanya, kalau dah khawin dengan orang lain tu, nak kawan apa lagi... hati dah pun terluka, emosi dah pun tercalar... macam mana nak stay kawan lagi... IMPOSSIBLE

HAHAHAHAHA.... aku gelak dulu

kenapa tajuk ini di pilih, kerana baru - baru ni ada kenalan aku berkongsi cerita di mana EX dia ialah kenalan aku juga dan dia bertanyakan "Kenapa hani tegur saya macam marah - marah kak, kenapa dia nak emosi, saya tegur dia elok - elok je?" jawab aku "ko expect ape? die sembang ngan ko happy happy macam zaman korang bercinta ke?"laju je tangan aku rase nak hempok budak tu....haahahaha.

Jadi aku pun terangkan lah kepada beliau begini

"Jika seseorang EX itu, yang mana korang tinggalkan dia untuk berkhawin dengan orang lain tu, masih hamun korang, masih blok korang, masih menyampah dengan korang maksudnye ialah dia masih belum berdamai dengan takdir, masih menyimpan cebisan besar rasa sayang itu terhadap korang, maybe lepas korang tegur dia.... mungkin lepas tu dia menangis untuk hilangkan rindu dia terhadap korang"

"tapi once EX korang boleh je, HYEEEEE BROOOO macam mana life? tu maksudnya mostly dia dah done dengan korang dalam hidup dia, once dia boleh sembang dan melawak macam korang tak pernah tahu dia boleh begitu dan tak kaver ape - ape dah... percayalah yang EX korang tu dah buang korang jauh -jauh"

Persoalan aku mudah, kenapa korang nak kawan lagi ae dengan EX korang, walaupun selepas korang dah berkhawin, macam mana korang boleh terfikir orang yang sayang korang sepenuh hati itu akan boleh releks jumpa korang dengan orang yang lain.

Macam aku, sangat - sangat ambil masa...rasa amarah itu sememangnya benar.... tapi selepas aku cerita mengenai CRUSH pertama aku zaman remaja tu... aku tetiba rase macam "EHHHH AKU OKAY LAH, Im actually can be friend with the person i used to like" tetibe semua rase itu hilang. Tapi aku masih seorang manusia, mungkin ade yang aku masih belum boleh jumpa releks je kannnn.... hahahahah aku mengakui itu.

Baru - baru ini di dalam satu program sedang aku makan, "Engkau bukan lah segala ku, Bukan Tempat tuk hentikan langkah ku, usai sudah semuaberlalu, biar hujan menghapus jejak mu" korang dah pernah tengok MV Peterpan Menghapus Jejak Mu... meyh sye attach kan video tu, kemudian sye akan relate kan dengan cerita saya okay.... jom tengok kejap....


Saya lah kan sebagai contoh, bukan crush yang pertama, crush yang ke 2.... Saya memang memandang dia sebagai benchmark kerjaya saya... sama seperti di dalam MV peterpan ni, model perempuan tu ikut setiap langkah lelaki itu kan, dan jika saya boleh edit balik.... saya kan buatkan perempuan tu STOP ikut dan mula mengikut lorong dan simpang yang lain dan mula mengejar apa yang perempuan itu mahukan.

Jadi tak semua orang, boleh kawan seperti biasa dengan crush dia, dengan ex dia sebab bila perkara - perkara yang melibatkan hati dan perasaan ini, hanya pemegang hati sahaj yang tahu... Jadi bila korang tegur ex korang tu, nampak dia macam tak senang... macam tak nak sembang, nak senyum pun tak seperti dulu, korang bagilah dia ruang.

Saya rase cerita ulasan saya habis sampai sini sahaja tapi saya ada soalan

kenapa korang yang lelaki ni, masih nak berkawan dengan perempuan yang korang tahu pernah simpan perasaan kat korang

korang tak rase takoot ke, kalau -kalau muncul balik perasaan kasih sayang antara korang

zaman sekarang ni pelik sikit, dulu kalau dua - dua dah khawin maybe untuk terus berkawan itu tidak mustahil

tapi zaman sekarang orang masih boleh releks je bercerai semata nak berkhawin dengan FIRST LOVE

Saya tak tahu macam mana nak ending cerita ini,
Saya doakan kepada korang - korang yang masih berhubung dengan orang - orang yang pernah sayang korang, dan korang pun dah berkhawin untuk KNOW YOUR LIMIT, jangan sembang yang manis - manis sangat takoot yang sorang lagi tu perasaan kembali sayang itu menebal.

Cuba terangkan situasi yang betul dan behave as it is.... okay...

done nasihat....

Semoga korang semua sentiasa di bawah dan rahmat ALLAH
Stay safe di kala musim tenkujuh melanda dan banjir di mana - mana.



Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu