Monday, 14 December 2015

Untitled 17

Hari Pertama di Kampung Rykal


Kristal menyapu-nyapu wajahnya... dia masih tidak boleh mempercayai bahawa dia berada di kampung Rykal dan perlu memainkan wataknya sebagai kekasih Rykal dan percaya yang dia dan Rykal akan berkhawin suatu hari nanti. Apabila Rykal sudah siap membersihkan diri, Kristal terus meluru masuk ke dalam bilik air dan apabila dia sudah selesai membersihkan dirinya Kristal terpinga-pinga... kemudian dia keluarkan kepalanya dari celah pintu bilik air yang di buka sedikit
"you!!! Awak!!! Saya nak pakai baju apa... saya dah lah satu baju pun tak bawa" tanya Kristal
"Princess janganlah risau, saya dah bawa semua yang princess perlukan, inside and out" Rykal tersenyum dengan senyunan penuh bermakna sambil menghulurkan pakaian yang dia mahu Kristal pakai untuk makan malam yang pertama bersama seluruh ahli keluarganya.
"Owh my gosh!!! You!!! What the hell is this... macam mana nak pakai ni awak!!?" Jerit Kristal dari dalam bilik air.
"Kalau Princess tak tahu... i can help" jawab Rykal sambil ketawa nakal kerana Rykal membeli semua lingere untuk Kristal di La Senza dan dia pasti Kristal kelihatan sangat seksi dengan semua lingere yang dia pilih.
Akhirnya semua berada di meja makan, bersedia untuk makan malam, keadaan di rumah nenek Rykal sama seperti sebuah restoren di mana terdapat banyak meja-meja makan dan yang pastinya keluarga Rykal memang besar kerana adik beradik ayahnya terdiri daripada tujuh orang iaitu lima lelaki dan dua perempuan. Kesemuanya sudah berkhawin dan mempunyai anak-anak sendiri. Ayah Rykal adalah anak ketiga di dalam keluarganya dan dialah yang telah membangunkan perniagaan dalam bidang hartanah di samping pertolongan daripada ayahnya iaitu tok Rykal yang telah pergi ke sisi ALLAH sepuluh tahun yang lalu.
Kristal berasa dirinya amat kecil berbanding orang-orang di situ, di lihatnya ayah-ayah saudara Rykal bukan orang-orang biasa dan ada di antaranya berkhawin dengan kerabat di raja Pahang. Kristal berdiri seperti patung batu, terpana dengan pemandangan di situ. Dalam Kristal dalam keadaan terkejut, Rykal dengan selamba terus menarik tangan Kristal dan membawanya duduk di sebelahnya untuk meneman dia makan, Kristal hanya mengikut sahaja langkah Rykal kerana ketakutan Kristal, otak Kristal telah menjadi beku.
Di meja makan, semua akan mula makan malam apabila nenek Rykal mula mengambil tempatnya dan mengarah orang-orang gaji untuk memulakan majlis makan malam. Kristal dan Rykal duduk bersama sepupu-sepupu Rykal yang lain dan di dalam keluarga besar mereka ada juga yang sudah mempunyai anak kecil. Sambil makan malam berlansung Rykal menunjukkan sifat romantisnya terhadap Kristal untuk mengaburi pandangan mata orang lain, kemudian Rykal berbisik lembut di telinga Kristal memperkenalkan semua yang ada di situ, mata Kristal membulat mendengar kata-kata Rykal, Kristal terus memandang tepat ke arah wajah Rykal.
Belum sempat Kristal bertanyakan soalan, tiba-tiba nenek Rykal atau lebih di kenali sebagai Nek Nori bertanyakan soalan kepada Rykal.
"Girlfriend baru ke Rykal?" Rykal hanya menjawab dengan anggukkan.
"How serius are you guys" tanya Nek Nori dengan senyuman menyindir.
"If God Will, she will be my bride... kalau tiada masalah and everything go smoothly" kata Rykal sambil tersenyum lalu dia memegang tangan Kristal dan mencium lembut pipi Kristal.
Kristal juga hanya mampu tersenyum dengan apa yang telah di lakukan oleh Rykal, setelah selesai makan malam semua menjalankan aktiviti sendiri, ada yang bersembang, ada yang bermain dengan telefon, ada yang bermain video game dan macam-macam lagi. Kristal melihat rumah nenek Rykal sudah sama seperti istana di raja, sungguh besar dan macam-macam ada. Kristal cuba bergaul dengan keluarga Rykal, ternyata dirinya berasa sungguh kecil sekali dan berasa tertekan jika di bandingkan dengan semua sepupunya. Kristal meminta diri untuk pergi dan dia terus masuk ke dalam bilik untuk lari dari semua tekanan yang ada di luar.
Rykal yang dari tadi hanya melihat Kristal dari jauh, mengikutnya perlahan-lahan tanpa Kristal sedari dan dia terus meluru ke dalam bilik untuk mengejutkan Kristal. Sememangnya Kristal terkejut kerana dia tidak menyangka yang Rykal akan mengikutnya masuk ke bilik. 
"Kenapa you masuk dalam bilik, awal lagi ni" tanya Rykal.
"Your family soooo... damn over successful... nak di bandingankan dengan i ni, hanya seorang sales assistant" jawab Kristal sambil memandang lantai.
Rykal tersenyum mendengar kata-kata keluhan Kristal, lalu satu pelukkan lembut melekat di bahu Kristal. Rykal cuba membuat Kristal berasa seselesa yang mungkin supaya Kristal tidak merasa rendah diri apabila berada bersama keluarganya.
"How your family can be this rich, dah macam keluarga di raja je" tanya Kristal.
"Mungkin, kami sekaya kerabat di raja and thanks to my great grandfather yang menjadi kawan baik kepada seorang kerabat di raja"
Rykal berceritakan kepada Kristal mengenai salah silah keluarganya tetapi Rykal tidak menyebut lansung mengenai moyangnya yang bersahabat baik dengan Sultan Pahang dan semua yang keluarganya ada sekarang adalah pemberian daripada baginda Sultan pada zaman moyangnya.
Sedang Rykal bercerita, pintu bilik di ketuk
"Oooii takkan malam dah tua kowt" kata sepupu Rykal, Azman anak kepada Ayah Longnya 
"Awak... boleh bagi kami pinjam Rykal tak... dah lama kami tak jumpa dia... nanti kami akan pulangkan ye" kata adik Azman iaitu Azrin.
Entah apa yang di perkatakan oleh dua beradik itu sehinggakan mereka berdua ketawa terbahak-bahak dan membuatkan Rykal berasa menyampah, Rykal menyuruh Kristal untuk tidur dahulu dan berehat kerana dia ada banyak benda mahu lakukan bersama-sama sepupu-sepupunya yang sudah lama dia tidak ketemui.

P/s: hadoiiiii... akhirnya setelah beberapa bulan aku tidak tulis cerita ini... akhirnya aku berjaya menulis satu chapter... maafkan dengan penulisan aku yang pelik-pelik kerna aku cuba menulis dengan nada yang cepat... Thank You For Reading dis story.

Wednesday, 9 December 2015

Dear Prince... May ALLAH bless u in afterlife

A Prince to Remember (a walk to remember)

Ini semua bermula dengan warkah terakhir Permaisuri Raja Zarith Sofia kepada anakanda kesayangannya Tunku Abdul Jalil Tunku Laksamana Johor. Warkah tersebut amat memilukan dan menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia... boleh di katakan kebanyakkan rakyat Malaysia pasti menjadi followers putera raja itu samada di facebook atau pun instagram.
Aku pula menjadi pengikut Armarhum TJ setelah aku menonton rancangan Majalah 3 dan mengetahui sendiri penyakit Tunku Laksamana dari mulut ayahandanya sendiri iaitu Sultan Johor. Ayah... ayah ialah seorang yang sentiasa akan kelihatan kuat dan tabah tetapi apabila baginda menceritakan sakit anaknya itu tanpa aku sedari air mata aku juga mengalir... dan hari ini aku tidak sangka Tunku Laksamana telah pergi meninggalkan semua.
Oleh kerana kawan-kawan aku tahu akan kesukaan aku yang selalu berkongsi apa yang di lakukan oleh Tunku Laksamana jadi mereka pun bertanya "apa yang dah berlaku" aku pun bercerita dari A sampailah akhirnya dan terus ke warkah akhir bondanya. Kemudian aku memasang satu video dari majalah tiga... iaitu interview dengan Tunku Jalil sendiri... kawan aku akhirnya "broke into tears"... "saya sudah tak mahu tengok lah aida.m. sedih sangat"
"Kalau Tunku Jalil boleh tengok orang yang dia sayang menangis kerana dia mesti dia cakap... everything is ok" tiba-tiba otak aku berpusing ehhh dah macam cerita A Walk to Remember lakonan Mandy Moore.
Di dalam cerita itu, watak Mandy Moore seorang penyakit cancers yang tidak memberitahu kepada sesiapa yang dia sakit, setelah dia mendapti bahwa dia akan pergi tidak lama lagi... dia menghabiskan masa to serve GOD... dan buat perkara-perkara yang dia teringin hendak laksanakan sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tidak dia sangka yang dia akan jatuh cinta kepada seorang lelaki di saat cancersnya semakin menular dan akhirnya sampai ke peringkat terakhir. Lelaki itu tidak faham kenapa Mandy Moore tidak mahu berjumpa dengan nya dan akhirnya baru dia mengetahui yang sebenarnya Mandy Moore akan pergi untuk selamanya... Lelaki itu tidak mahu perempuan itu pergi tanpa melaksanakan impian yg paling dia teringin lakukan iaitu berkhawin di gereja yang emak dan ayahnya berkhawin serta memakai gaun pengantin emaknya. Setelah selesai perkhawinan tersebut... watak Mandy Moore pergi untuk selama lamanya dan tinggallah lelaki tersebut kesedihan... watak lelaki itu akhirnya menjadi dokter pakar cancers dan setiap tahun dia akan pulang dan melawat ayah mentuanya.... dan watak lelaki itu juga tahu yang isterinya berada di antara bintang bintang di langit sedang memerhatinya... dan wife dia di atas sana berkata "i saw u CRY"
CRY itulah tajuk ost untuk filem ini... dan jika di amati... liriknya itu adalah kata-kata yang mungkin di katakan oleh mendiang isterinya kepada suaminya itu...
Dan mungkin TJ juga berkata sedemikian rupa kepada ahli familinya... Al-Fatihah... org yg baik apabila pergi menghadap ILLAHI pasti akan di kenang selamanya


p/s: tak tahu lah bagaimana kita nanti... harap suatu hari nanti apabila kita sudah tiada di atas muka bumi ini... orang akan mengigati kita sebagai orang yang baik Insya ALLAH

SENARIO MENGGANAS LAGI #SenarioUnion30tahun

Hye semua manusia yang membaca blog Milo Ais Sechawan... Tajuk ni paling best untuk kita ceritakan pada harini, apa yang hendak di ceritakan...