Dear Prince... May ALLAH bless u in afterlife

A Prince to Remember (a walk to remember)

Ini semua bermula dengan warkah terakhir Permaisuri Raja Zarith Sofia kepada anakanda kesayangannya Tunku Abdul Jalil Tunku Laksamana Johor. Warkah tersebut amat memilukan dan menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia... boleh di katakan kebanyakkan rakyat Malaysia pasti menjadi followers putera raja itu samada di facebook atau pun instagram.
Aku pula menjadi pengikut Armarhum TJ setelah aku menonton rancangan Majalah 3 dan mengetahui sendiri penyakit Tunku Laksamana dari mulut ayahandanya sendiri iaitu Sultan Johor. Ayah... ayah ialah seorang yang sentiasa akan kelihatan kuat dan tabah tetapi apabila baginda menceritakan sakit anaknya itu tanpa aku sedari air mata aku juga mengalir... dan hari ini aku tidak sangka Tunku Laksamana telah pergi meninggalkan semua.
Oleh kerana kawan-kawan aku tahu akan kesukaan aku yang selalu berkongsi apa yang di lakukan oleh Tunku Laksamana jadi mereka pun bertanya "apa yang dah berlaku" aku pun bercerita dari A sampailah akhirnya dan terus ke warkah akhir bondanya. Kemudian aku memasang satu video dari majalah tiga... iaitu interview dengan Tunku Jalil sendiri... kawan aku akhirnya "broke into tears"... "saya sudah tak mahu tengok lah aida.m. sedih sangat"
"Kalau Tunku Jalil boleh tengok orang yang dia sayang menangis kerana dia mesti dia cakap... everything is ok" tiba-tiba otak aku berpusing ehhh dah macam cerita A Walk to Remember lakonan Mandy Moore.
Di dalam cerita itu, watak Mandy Moore seorang penyakit cancers yang tidak memberitahu kepada sesiapa yang dia sakit, setelah dia mendapti bahwa dia akan pergi tidak lama lagi... dia menghabiskan masa to serve GOD... dan buat perkara-perkara yang dia teringin hendak laksanakan sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tidak dia sangka yang dia akan jatuh cinta kepada seorang lelaki di saat cancersnya semakin menular dan akhirnya sampai ke peringkat terakhir. Lelaki itu tidak faham kenapa Mandy Moore tidak mahu berjumpa dengan nya dan akhirnya baru dia mengetahui yang sebenarnya Mandy Moore akan pergi untuk selamanya... Lelaki itu tidak mahu perempuan itu pergi tanpa melaksanakan impian yg paling dia teringin lakukan iaitu berkhawin di gereja yang emak dan ayahnya berkhawin serta memakai gaun pengantin emaknya. Setelah selesai perkhawinan tersebut... watak Mandy Moore pergi untuk selama lamanya dan tinggallah lelaki tersebut kesedihan... watak lelaki itu akhirnya menjadi dokter pakar cancers dan setiap tahun dia akan pulang dan melawat ayah mentuanya.... dan watak lelaki itu juga tahu yang isterinya berada di antara bintang bintang di langit sedang memerhatinya... dan wife dia di atas sana berkata "i saw u CRY"
CRY itulah tajuk ost untuk filem ini... dan jika di amati... liriknya itu adalah kata-kata yang mungkin di katakan oleh mendiang isterinya kepada suaminya itu...
Dan mungkin TJ juga berkata sedemikian rupa kepada ahli familinya... Al-Fatihah... org yg baik apabila pergi menghadap ILLAHI pasti akan di kenang selamanya


p/s: tak tahu lah bagaimana kita nanti... harap suatu hari nanti apabila kita sudah tiada di atas muka bumi ini... orang akan mengigati kita sebagai orang yang baik Insya ALLAH

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu