Dia berhenti di tepi keretanya.
“Okay…”
Dia membuka telefon dan melihat semula catatan yang dibuat sepanjang sesi rujukan.
1526.
Suatu hari yang indah.
Kanda.
Keris.
Empat perkara yang kelihatan menarik, tetapi belum tentu mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Sophia membuka galeri telefon.
Gambar keris yang dibelinya di Melaka masih tersimpan di situ. Gambar itu diambil pada hari pertama dia membawanya pulang, ketika permukaannya masih kusam dan berkarat.
Dia membesarkan gambar tersebut.
Kemudian teringat keadaan keris itu sekarang.
“Maybe I should ask somebody to check that thing.”
Sophia menutup galeri.
Matanya beralih kepada nota terakhir yang diberikan oleh pegawai arkib.
Muzium Melaka — Koleksi Persuratan Lama.
“Below the lobby…”
Dia menggeleng.
“I literally went there. I was there!”
Sophia bersandar pada pintu kereta.
“Okay, fine. Melaka it is.”
Dia membuka aplikasi kalendar.
Hujung minggu masih kosong.
Sophia tersenyum.
“Congratulations, Sophia. You have officially found yourself a very strange hobby.”
Pada pagi Sabtu, Sophia memandu menuju ke Banda Melaka.
Dia tidak tergesa-gesa.
Perjalanan itu pada mulanya dirancang sebagai lawatan ringkas. Singgah muzium, melihat koleksi persuratan, mungkin makan tengah hari, kemudian pulang.
Sekurang-kurangnya, itulah rancangannya.
Di dalam kereta, muzik dimainkan perlahan.
Sophia sesekali teringat warkah yang dibacanya di arkib.
Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah Kanda mencari jalan pulang.
“Very dramatic, Mister Kanda.”
Dia tersenyum sendiri.
“Imagine kalau lelaki zaman sekarang tulis macam tu.”
Sophia mengubah sedikit nada suaranya.
"Sayang, I stuck in traffic. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah I mencari jalan pulang.”
Dia ketawa.
“Okay, that's actually quite good.”
"Maybe next project, hahahah tak sangka Sophia otak u memamg genius"
Sophia ketawa seorang diri di dalam kerete.
Bangunan muzium itu kelihatan seperti biasa.
Sophia berdiri di hadapan pintu masuk sambil memegang telefon.
“Round two.”
Dia melangkah masuk.
Kali ini dia tidak terus menuju ke bahagian pameran keris.
Sebaliknya, dia mencari papan direktori.
Dan di situlah dia menemukannya.
KOLEKSI PERSURATAN DAN MANUSKRIP LAMA — ARAS BAWAH.
Sophia memandang papan tanda itu.
Lama.
Kemudian memandang tangga yang terletak tidak jauh dari situ.
“Oh, come on.”
Dia mendekati papan tanda tersebut.
“You were here the whole time?”
Seorang pengunjung yang lalu di sebelahnya menoleh.
Sophia segera membetulkan tudung.
“Nothing. Talking to myself.”
Malunye lahai orang nampak,
Mesti ingat dia gile...
"Well sometime, ok enough talking to myself... We have a very important things to do"
Sophia menuruni tangga.
Ruang pameran di aras bawah jauh lebih tenang berbanding galeri utama.
Cahaya lampunya lembut. Di sepanjang dinding tersusun penerangan tentang perkembangan tulisan, persuratan dan karya sastera Melayu lama.
Terdapat salinan manuskrip, helaian bertulisan Jawi, kitab, hikayat serta beberapa warkah yang dipamerkan bersama transkripsi.
Sophia berjalan perlahan-lahan.
Sesekali dia berhenti membaca.
“Okay… this is actually interesting.”
Dia tiba di sebuah ruang yang mempamerkan beberapa petikan karya lama bertemakan kasih sayang dan kehidupan masyarakat.
Pada satu panel, terdapat imej sepucuk warkah.
Tulisan Jawinya halus dan rapat.
Di sebelahnya, sebuah transkripsi Rumi disediakan.
Sophia membaca tajuk penerangan.
Warkah Kasih — Petikan Persuratan Melayu Lama
Tiada nama penulis yang dapat dipastikan.
Tiada nama penerima yang lengkap.
Hanya anggaran zaman dan huraian ringkas tentang gaya bahasanya.
Sophia mendekat.
Baris pertamanya berbunyi:
“Kepada Kanda yang jauh di mata,
namun tiada pernah jauh daripada hati Dinda.”
Sophia tersenyum.
“Oh, another Kanda.”
Dia mengangkat kening.
“Popular betul nama ni zaman dulu.”
Sophia membaca baris berikutnya.
Dan kemudian baris seterusnya.
Senyumannya perlahan-lahan berubah.
Surat ini berbeza daripada warkah yang dibacanya di arkib.
Tiada gambaran medan perang yang panjang.
Tiada kisah sahabat yang gugur.
Sebaliknya, penulisnya bercerita tentang rumah.
Tentang dua orang anak.
Tentang seorang anak perempuan yang sering berlari ke muka pintu kerana menyangka ayahnya telah pulang.
Sophia membaca dengan lebih teliti.
"Setiap kali terdengar langkah orang di halaman, berlarilah dia ke muka pintu sambil berseru bahawa ayahandanya telah pulang.
Apabila yang datang bukan Kanda, ditundukkan wajah kecilnya itu, lalu bertanyalah dia kepada Dinda, bilakah ayahanda hendak pulang bermain dengannya"
Sophia tersenyum kecil.
“Awww…”
Dia meneruskan bacaan.
"Wahai Kanda, tahukah Kanda bahawa wajah anak perempuan kita kian hari kian menyerupai wajahmu?
Pada matanya Dinda melihat matamu.
Pada senyumnya Dinda menemukan senyummu"
Sophia terdiam seketika.
Dia membaca keseluruhan warkah itu hingga ke penghujung.
Sesungguhnya Kanda itulah semangat yang menguatkan hati Dinda untuk meneruskan hari-hari, membesarkan anak-anak kita, dan memelihara rumah yang akan menyambut kepulanganmu kelak.
Anak-anak kita menanti ayahandanya.
Dan Dinda…
Dinda menanti suami yang amat dikasihi.
Sophia melepaskan nafas perlahan.
“Okay…”
Dia memandang semula helaian surat itu.
“This one is really sweet.”
Sophia tersenyum.
“Macam WhatsApp family group zaman dulu. Siap update pasal anak-anak.”
Dia kembali membaca perenggan tentang anak perempuan yang menyerupai ayahnya.
“That's actually beautiful.”
Petugas itu tersenyum.
“Jarang pengunjung berhenti lama di bahagian ni.”
Sophia ketawa kecil.
“I almost missed it myself. Last time I came here, I didn't even know this gallery existed.”
“Puan pernah datang?”
“Yup. I went upstairs. Keris exhibition.”
“Oh, patutlah.”
Sophia menunjuk ke arah warkah yang dipamerkan.
“This one… do you know who wrote it?”
Petugas tersebut meneliti panel penerangan.
“Setakat rekod yang ada, identiti penulis tidak dapat dipastikan. Ia dikelaskan sebagai bahan persuratan atau karya sastera lama.”
“Is it a real letter?”
“Oh.”
“I know. Very random.”
Petugas itu turut tersenyum.
Sophia kembali memandang warkah tersebut.
“Actually, I read another old letter at the archive. It was about a man at war. Very poetic. This one is about a woman and her children.”
“Banyak karya lama menggunakan tema yang begitu, puan.”
“Yeah, I guess.”
Sophia tidak menerangkan lebih lanjut.
Baginya, dua surat itu menarik kerana gaya penulisannya, bukannya kerana dia mempunyai alasan kukuh untuk menganggap kedua-duanya berkaitan.
Sebelum beredar, Sophia mencatat maklumat rujukan yang dipaparkan pada panel pameran.
Dia mengambil gambar bahagian penerangan yang dibenarkan oleh pihak muzium.
Kemudian membaca sekali lagi beberapa baris kegemarannya.
Pada matanya Dinda melihat matamu. Pada senyumnya Dinda menemukan senyummu.
Sophia tersenyum.
“Imagine being loved like that.”
Dia memasukkan telefon ke dalam beg.
Kemudian memandang jam.
“Okay. Lunch.”
Sophia menaiki semula tangga ke lobi.
Di pertengahan tangga, dia berhenti sebentar dan menoleh ke arah papan tanda pameran yang baru dilawatinya.
“Next time, Sophia, read the directory.”
Sementara menunggu makanannya tiba, dia membuka semula nota daripada arkib.
Kemudian gambar penerangan warkah di muzium.
Dua buah surat.
Dua gaya penceritaan.
Satu ditulis oleh seorang lelaki yang berada jauh dari rumah.
Satu lagi oleh seorang wanita yang menunggu kepulangan suaminya.
Sophia meletakkan kedua-dua catatan itu bersebelahan pada skrin tabletnya.
“Interesting…”
Dia meneliti perkataan Kanda dan Dinda yang muncul dalam kedua-duanya.
Tetapi perkataan itu merupakan panggilan kasih yang lazim dalam karya Melayu lama.
Ia belum membuktikan apa-apa.
Sophia menutup tablet apabila makanannya tiba.
“Okay, enough history for today.”
Dia mencapai sudu.
“Back to reality.”
Namun sebelum menyimpan telefonnya, Sophia membuka satu lagi nota.
Koleksi persuratan lama — cari rujukan tambahan.Dia memandang nota itu seketika.
Kemudian menambah satu perkataan.
Akhbar?
Sophia tersenyum sendiri.
“Maybe one more search.”
Dan buat pertama kalinya, apa yang bermula sebagai rasa ingin tahu tentang sebilah keris telah menjadi sesuatu yang Sophia mahu selidiki dengan lebih jauh.
Bukan kerana dia percaya pada misteri.
Tetapi kerana dia menyukai cerita.
Dan cerita yang belum diketahui penghujungnya sentiasa membuatkan Sophia ingin membaca halaman seterusnya.
Sedang Sophia menikmati makanan dan hanyut di dalam "Alam Surat Cinta Lama"
Fikiran Sophia kembali memikirkan keris lama yang berada di rumah...
"Hmmmm Maybe this time we all goin back to that"
Keris dan Surat
Kanda dan Dinda
Kepada Kanda yang jauh di mata, namun tiada pernah jauh daripada hati Dinda.
Salam kasih Dinda titipkan bersama warkah ini. Mudah-mudahan tatkala ia sampai ke tangan Kanda, Kanda berada dalam sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Tuhan.
Adapun hari-hari Dinda di sini berlalu seperti sediakala. Pagi Dinda mulakan dengan mengurus rumah dan anak-anak kita. Si abang semakin pandai membantu, meskipun adakalanya lebih banyak bermain daripada bekerja. Ada sahaja akalnya hendak membuat Dinda ketawa.
Adik pula semakin petah berkata-kata.
Setiap kali terdengar langkah orang di halaman, berlarilah dia ke muka pintu sambil berseru bahawa ayahandanya telah pulang.
Apabila yang datang bukan Kanda, ditundukkan wajah kecilnya itu, lalu bertanyalah dia kepada Dinda, bilakah ayahanda hendak pulang bermain dengannya.
Dinda hanya mampu memujuk, mengatakan bahawa ayahandanya sedang jauh berjuang, dan apabila tiba suatu hari yang indah, tentu Kanda akan kembali mendukungnya seperti dahulu.
Wahai Kanda, tahukah Kanda bahawa wajah anak perempuan kita kian hari kian menyerupai wajahmu?
Pada matanya Dinda melihat matamu. Pada senyumnya Dinda menemukan senyummu. Malah apabila dia tertawa, seakan-akan terdengar kembali tawa Kanda yang dahulu memenuhi rumah kecil kita.
Adakalanya Dinda memandang wajahnya terlalu lama sehingga dia bertanya, mengapa bonda asyik memandang adik.
Dinda pun tersenyum dan menjawab bahawa bonda sedang melihat wajah ayahanda.
Lalu ketawalah dia, katanya, ayahanda itu lelaki, sedangkan adik perempuan.
Ah, Kanda. Alangkah ingin Dinda melihat Kanda tertawa mendengar telatahnya.
Begitulah hari-hari Dinda. Ada kalanya penat, ada kalanya riuh dengan kerenah anak-anak, namun semuanya Dinda lalui dengan hati yang tenteram kerana percaya Kanda sedang menunaikan tanggungjawab yang besar.
Hanya apabila malam menjelma dan anak-anak telah lena, barulah terasa benar sunyinya tempat di sisi Dinda.
Pada waktu itulah Dinda membaca kembali warkah Kanda, berulang kali, sehingga setiap patah katanya seakan-akan telah terukir dalam ingatan.
Maka utuslah warkah selalu, wahai Kanda.
Tidak perlu Kanda mencari kata-kata yang indah. Khabarkan sahaja bagaimana harimu berlalu, apa yang Kanda makan, di mana Kanda berteduh, dan sama ada Kanda sempat melelapkan mata setelah penat berjuang.
Kerana bagi Dinda, mengetahui Kanda masih sihat dan selamat sudah memadai untuk menenangkan hati.
Warkah Kanda itulah yang menemani hari-hari Dinda sepanjang ketiadaanmu.
Dan ketahuilah, wahai Kanda, bahawa kasih Dinda tiadalah berkurang oleh jauhnya lautan mahupun panjangnya penantian.
Sesungguhnya Kanda itulah semangat yang menguatkan hati Dinda untuk meneruskan hari-hari, membesarkan anak-anak kita, dan memelihara rumah yang akan menyambut kepulanganmu kelak.
Pulanglah apabila tiba waktunya, Kanda.
Anak-anak kita menanti ayahandanya.
Dan Dinda…
Dinda yang menanti suami yang amat dikasihi.
Daripada Dinda, yang sentiasa menyebut namamu dalam doa.
