Tuesday, 21 October 2014

Its time to have SWEET CHAT

owwhhh my... that chat is very sweet =D


Welcome to SWEETCHAT
Korang tahu ke SWEETCHAT tu ape? yang pasti bukan seekor mambang atau pun haiwan tetapi ia adalah sebuah restaurant, sajian yang ada di SweetChat ini lebih kepada Asia atau pun oriental. Ini tidak bermaksud western food tidak ada... of coz lah kena ada... mana-mana restaurant di Malaysia ini kalau nak cepat maju sikit kena ada pelbagai jenis makanan dan western food adalah wajib ok. Bak kata orang, bila kita dekat Malaysia ni sebok-sebok nak makan western... tapi orang-orang Malaysia yang bekerja dan belajar dekat negara-negara barat tu... sebok-sebok pula nak makan makanan Malaysia kan... hehehe biasalah tu kan.
Sekarang kita cerita tentang kehebatan Sweet Chat, menu apa yang istimewa dengan tempat ini. Terdapat pelbagai menu yang menarik yang boleh di cuba, aku cadangkan korang makan NASI AYAM HAINAN, NASI LEMAK AYAM KUNYIT, NYONYA LAKSA dan SMOKED BEEF Spaghetti.. tak bermaksud makanan lain itu tak sedap. Seperti Nasi Rhapsody, Pulut Kuning with Chicken curry, Mee Kari, Spaghetti Bolognese, Spaghetti Black Pepper and banyak lagi. Di Sweet Chat juga ada menyediakan menu makan petang atau pun hidangan ringan, seperti Ais Kacang, Mango Ais, Cendol with durian, scones, bread with tuna, mushroom soup and ada kuih cina... errrrr aku dah lupa nama dia apa... kyaaa~~~~~


Ini ialah gambar Nasi Ayam Hainan, sangat menarik bukan... dan sangat membuatkan anda semua ingin merasakan macam mana sebenarnya rasanya. Seperti yang anda lihat di dalam gambar ini, cara hidangan adalah mengikut bagaimana nasi ayam di hidang dalam cara oriental. Ayamnya yang lembut, Nasinya yang sedap serta sos-sosnya... cukup membuatkan anda berselera sehingga butiran nasi yang terakhir... yummm


Nasi Lemak Ayam Kunyit, nasib aku tidak berapa baik pada hari aku ke sana kerana ayam yang aku masak over cook... so what can i say... never mind lah as long as aku masih boleh makan aku makan. Nasi lemak ini berwarna hijau, aku rasa datangnya daripada warna daun pandan, gravy kuning di atas ayam goreng itu ialah kuah kunyit. Rasa kunyit itu tidak keterlaluan dan rasa masinnya just nice... secukup rase... nadi kepada setiap nasi lemak adalah sambalnya, jika sambal tidak sedap maka fail lah nasi lemak tersebut kan... sedap juga sambal di sini tapi aku suka lagi nasi lemak di OLDTOWN... hahahah selain itu komponen seperti telur rebus, kacang dan ikan bilis goreng juga ada... aku bagi 2 3/4 bintang sebab ayam over cook kalau tak aku kasi 3 1/4 bintang... huhhuhuhuhu cuba lah rasa.


Jika anda tidak mahu makan nasi... don't worry ada makan yang berkuah... kalau aku... cadangan aku ialah NYONYA LAKSA... aku cadangkan dengan sekeras-kerasnya korang cuba hidangan ini. kepada sesiapa yang tidak tahu, kuah nyonya laksa ialah seperti kuah kari, cuma ia lebih ringan dari mee kari. Ia di sertakan dengan limau nipis dan sambal untuk menghangatkan lagi rasa kuah tersebut. Kepada peminat mee kari, cubalah nyonya laksa pulak kan... 


Las skali... spaghetti... daging untuk hidang ini  sepatutnya di asapkan betul tak... hahahaha adakah aku salah faham apa yang sebenarnya maksud hidangan ini... cuma yang aku tahu budak kechik dalam gambar ini memang suka sangat makan benda ni... actually aku sendiri... well rasa lah sikit... kuah dia macam ada ckit-ckit penggunaan kunyit... rasa macam sos ayam kunyit untuk nasi lemak pun ada... walau apa pun kalau ada peminat maksudnya sedaplah kan... heheheheh Jadi kita orang memang suka sangat pergi sweetchat, mungkin environment kedai tersebut membuatkan kita rasa selesa untuk melepak bersama kawan-kawan dan menikmati hidangan anda... yang saya tahu memang rasa terlebih selesa sampai jadi terlebih gila... here some other photo for you guys to see.




p/s: Aku ada makan bacon cheese dia dengan mango ais... memang finger lickin good~ sedap

Friday, 17 October 2014

Frozen Fan Fic part 5

FROZEN the next 


"Elsa!!!!! Elsa!!!! Elsa!!!!" Anna menjerit melihat Elsa berlarian ketakutan keluar daripada dewan makan itu. Anna tahu dia perlu berbuat sesuatu... dan dia tahu jika dia mengejar Elsa sekarang maka kejadian yang pernah terjadi di Arandale dahulu akan berulang di Deep Wellington. Jadi Anna mengambil keputusan untuk tinggal di dewan makan tersebut dan cuba menjernihkan keadaan apabila semua orang besar dan keluarga kerabat diraja Deep Wellington berada di dalam keadaan ketakutan.
"I'm sorry all of you have to witness this, well my sister not a monster... she was born with this curse and she need to live with it... she didn't mean no harm... she just panic... please be calm everyone, she only out of control when she scare and panic... I'm sorry on behalf of my sister and Arandale... really sorry once again" kata-kata Anna itu sedikit sebanyak membuatkan semua orang sedikit bertenang dan ada juga di antara mereka pernah mendengar cerita tentang kuasa yang di punyai oleh Elsa.
Kemudian semua orang di dewan makan tersebut berpindah ke ruang makan yang lain, Anna memainkan peranannya sebagai wakil Arandale dan meneruskan tugas yang sepatutnya Elsa jalankan. Anna dapat merasakan dia menjalankan tugas dengan baik, semuanya dapat di baca melalui riak dan air muka orang-orang besar dan raja Deep Wellington. Anna tersenyum puas, ternyata semua rancangannya berjalan seperti yang dia mahukan, sekarang Anna perlu memujuk Elsa supaya kembalikan semuanya seperti asal dan akhirnya Anna akan di kenang sebagai orang yang paling berjasa di Deep Wellington.
Dalam Anna mencari kemanakah Elsa telah menghilangkan diri, tiba-tiba Anna di datangi dua orang lelaki, seorang berbadan sasa dan seorang lagi kurus dan pendek. Anna terkejut lalu menjerit, lelaki berbadan sasa itu terus menangkap Anna dan menutup mulutnya
"Hye Anna... long time no see... how are you" mata Anna membulat melihat wajah yang dia sangat kenali, lelaki yang pernah membuat dia berasa yang dia telah di lamun cinta pandang pertama, lelaki ini jugalah yang pernah membuat Anna ingat mencintainya itu adalah cinta yang sejati dan lelaki ini jugalah dia pernah menumbuk mukanya dan jatuh ke dalam laut dan yang paling penting sekali, lelaki inilah yang ingin membunuh Anna dan Elsa "Hanssss~~~" kata Anna lemah
Hans melepaskan Anna dan dia hanya tersenyum kemudian Hans menceritakan semua kepada Anna yang dia bukan seperti yang Anna pernah kenali dahulu, sekarang dia sudah berubah dan apa yang dia mahukan bukanlah tahta tetapi kepuasan di dalam hidup ini. Hans sudah menjadi seorang peniaga dan usahawan, dia juga mempuanyai seorang orang suruhan yang bernama David. Hans sudah selesa dengan apa yang dia perolehi sememangnya dia mempunyai niat untuk ke Arandale dan meminta maaf dengan Anna dan Elsa dengan apa yang telah terjadi dahulu.
"Anna, i know u once love me... and without i'm realize that i am love u too... i was too blind... blinded of the crown and power... i was a fool Anna... forgive me will u... and will u love me back again" Hans cuba memujuk Anna "i'm sorry Hans, i'm happy now, i had Kristoff who love me and appreciate me. I don't want no one else accept him and only him" terang Anna.
Hans bersama-sama dengan David melangkah pergi, hati Hans luluh walaupun dia tahu yang Anna tidak akan menerimanya semula setelah apa yang telah dia lakukan dahulu. Anna melihat Hans berlalu pergi sehingga dia hilang daripada pandangannya.
"Anna!!!" jerit Elsa, Anna terus meneloh kebelakang dan berlari mendapatkan kakaknya, terus memeluk Elsa dengan erat.
"Are you okay, i'm worried but i can't followed you because i need to settle everything back there" kata Anna
"It's okay, because i had found someone" Elsa menunjukkan seseorang kepada Anna
Anna terkejut melihat rupa paranya sama seperti Ayahandanya dan yang paling menarik warna rambut perempuan itu sama seperti Elsa, secara tidak lansung membuatkan mereka berdua seperti ibu dan anak.
"who is she Elsa, why she looked like you" tanya Anna kehairanan
"She is a special person in our life, she is our dad's little sister... and i'm gonna bring her back to Arandale with us" terang Elsa sambil tersenyum gembira
"Hye Anna, my name is Effe or used to be Lady Royal Effe... now most people called me Lady Effe. Nice to meet both of you, never thought that i gonna meet my brother's beautiful daughters" Effe sangat gembira melihat Anna dan Elsa, dia tidak percaya yang dia masih berpeluang untuk berjumpa dengan mereka.
"before we all went back, one thing i need to ask favor from you Elsa, please thaw everything back " jadi mereka bertiga pulang ke istana Deep Wellington dan Elsa mengembalikan semuanya seperti asal
Hubungan persahabatan dua hala diantara dua negara ini telah berjaya hasil usaha perbincangan Anna dan raja Deep Wellington. "i think you the one should be the queen, at least you the normal one so that what happen yesterday will never happen again" Anna hanya menjawab dengan senyuman dengan apa yang di katakan oleh raja Deep wellington.
"Everything is now settle, let's go home everybody" Kata Anna.
"Thanks Anna, you had done a very good job, i can't do it without you" kata Elsa pula.
Dalam perjalan mereka ke kapal, Anna tidak habis-habis menceritakan apa yang telah berlaku di mesyuarat bersama dengan raja dan pembesar-pembesar Deep wellington dan Anna sangat berbangga dengan dirinya kerana berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Elsa hanya tergelak-gelak kecil melihat gelagat Anna, dia tahu Anna boleh di harap dan dia tahu Anna juga mampu menjadi Queen of Arandale.
Sampai sahaja di atas kapal, Anna terlihat wajah Effe. Entah kenapa kehadiran Effe membuatkan Anna berasa kurang selesa, jika dia sememangnya adik kandung kepada ayahanda kenapa dia tidak pernah lansung datang melawat mereka dan pada hari pengkebumian ayahanda dan bondanya kenapa tidak ada seorang pun ada menyebut tentang perempuan bernama Lady Effe ini.

p/s: benarkah Lady Effe ini adik kepada ayahanda Anna dan Elsa, kenapa Lady Effe begitu mudah mengikuti Anna dan Elsa pulang ke Arandale setelah pecubaannya untuk menculik Elsa... apakah niat Effe sebenarnya

Thursday, 16 October 2014

Fan Fic FROZEN part 4

FROZEN the next

"Hey, Elsa what are you doing" Anna yang tiba-tiba muncul dari balik pintu membuatkan Elsa merasa terkejut dan terus menendang bingkai gambar yang mengandungi gambar Lady Effe kembali ke bawah katil.
"Nothing, just try to pack several mom and dad thing but i thought i just wanna let it be as it is" jawab Elsa.
"yeah, i totally agree and i love it here" Anna berlari-lari anak dan terus melompat ke atas katil, Elsa tergelak kecil melihat adiknya dan Elsa juga turut menuruti Anna dan berbaring di sebelahnya.
"Smell mom and dad!!! i miss them both..." Anna tersenyum "anyway Elsa about the trip that u gonna go, did you wanna me to follow u" Anna membuat muka comel kepada Elsa "yes, of coz u will" "but where" tambah Anna lagi... 
Elsa terfikir dengan kata-kata Anna tadi... kemanakah harus dia pergi untuk meneruskan rancangan memperluaskan lagi hubungan import export serta persahabatan dengan negara luar. Tiba-tiba Elsa terfikir... ini adalah peluangnya untuk mencari Effe... tapi di manakah Effe di tinggalkan... dan bagaimanakah Elsa mencari Effe. 
"i must find her, only her holding the key why am i so different from Anna... and why i am born with this power but Anna just a regular human... normal!!!" jerit Elsa seorang diri.
"Butler!!! Butler!!!! BUTLERRRR!!!!!!!" Elsa cuba memanggil butler... adakah sudah pekak pekak butler yang menjaga Elsa dan Anna ini... mungkin juga kerana faktor usia... Butler lambat-lambat masuk untuk berjumpa dengan Elsa.
"Yes, Queen Elsa... anything that i can help u" tanya butler
"i want u to find where did my dad sent Effe, i want the answer by hook or by crook you must find it... i don't care how you gonna do it" arah Elsa kepada butler.
Butler cepat-cepat pergi untuk memulakan penyiasatan tentang Effe, tidak dia menyangka hal 17 tahun dahulu akan menyusahkannya sekarang. "if i know this thing will happen, i will asked the king where he send Effe" butler pun memulakan dengan dengan orang-orang yang menaiki kapal yang menghantar Effe pergi "uuurggghhh, all of them are dead... but wait a minute there is still one person alive... yessssss" tanpa membuang masa butler mengajak Elsa untuk turut serta ke rumah anak kapal yang masih hidup itu... supaya Elsa dapat jawapannya dengan jelas. "Deep Wellington??? butler did we have any some kind of relationship with this country???" tanya Elsa "no, my queen" jawab butler ringkas.
Jadi perjalan seterusnya adalah ke Deep Wellington, Anna seperti biasa mengikuti kakaknya dalam segala urusan rasmi negaranya akan tetapi Anna akan cuba mencuri tumpuan orang ramai daripada Elsa. Tapi kali ini Anna membuat sesuatu yang melampaui batas, Anna menakut-nakutkan Elsa supaya Elsa tidak dapat mengawal kuasanya.
"Elsa, kenapa agaknya ayahanda tidak membuat sebarang urusan dengan negara Deep Wellington, mungkin sebab orangnya yang pelik... owwhh tidak!!! mungkin diaorang suka berperang... Elsa jika mereka tahu yang kakak ada kuasa ais... adakah mereka akan bunuh kita... takutnya... make sure you not doing any mistake ok" kata-kata Anna itu menerjah di keseluruh pelusuk otak pikiran Elsa, dia berasa risau kuasanya akan tiba-tiba berada di luar kawalan.
Ternyata ketakutan Elsa telah memakan dirinya, dengan secara tidak sengaja Elsa membekukan semua makanan dan meja makan di hadapannya... nasib baik tidak mengena siapa-siapa di tempat itu. Semua jemputan yang hadir terus bangun dan melihat Elsa dengan mata yang penuh amarah, Elsa menjadi panik dan dengan secara tidak sengaja satu lagi tembakkan yang keluar dari tangan Elsa... terkejut, kaku, panik dan takut telah menguasai Elsa... dia tidak tahu mahu membuat apa... tiba-tiba tangannya di sambar oleh seorang perempuan dan membawa Elsa pergi.
Elsa menagis teresak-esak... sungguh dia tidak percaya dengan apa yang terjadi
"Don't panic and you will be fine... take a deep breath and relax okay" seorang wanita tersenyum di hadapannya, jika di lihat secara fizikil perempuan itu mungkin dia sebaya bonda Elsa... rambut perempuan itu warna ke emas-emasan sama sepertinya... di lihat lagi wajah perempuan itu dalam-dalam, secara spontan Elsa memegang wajah perempuan itu dan dengan perlahan Elsa menyebut "Effe"
Perempuan itu mengundur daripada Elsa dan memberikan pandangan yang tajam "how do you know"
"you are my dad little sister right" tanya Elsa untuk mendapatkan kepastian.
"yes... that is why i am rescuing you... but how do you know" tanya Effe lagi
"how is not the question but im glad that i found u... i here becoz of you" terang Elsa lagi
Effe kebingunggan, tetapi setelah Elsa bercerita panjang dengan Effe dan mahu membawa Effe pulang ke Arandale, Effe mulai faham dan bersetuju dengan pelawaan Elsa untuk kembali pulang ke tempat asalnya.

p/s: adakah Anna akan terkejut dengan rupa paras Elsa dan Effe yang mempunyai persamaan, adakah sebenarnya dan sememangnya Elsa anak kepada Effe dan kenapa Effe menculik Elsa... nantikaaaannnn

Nasi Ayam Penyet Hooooray!!!

Still Remember the one i ate in Johor

Waaaahhhhh!!!! hari ni aku teringin nak makan nasi ayam penyet... tapi sebenarnya aku tak plan pun untuk makan di sini cuma di sebabkan mak aku ada hal di bangunan yang berhampiran dengan Angsana Mall yang dulunya di kenali sebagai Greentown mall, di sinilah aku ngan mak aku me "lunch" kan diri. Kenapa dari banyak-banyak makanan yang ada aku teringin nak makan nasi ayam penyet... to tell u guys the truth da choices are limited and most of them are not so damn delicious... kedai Nasi Ayam Rina Catering ini adalah salah satu kedai yang korang boleh makan tanpa berasa seram... hahahah atau dengan kata nama lainnya sedap lah semua menu dia boleh di makan sehingga licin pinggan... dulu sebelum bagunan ini di renovate, masih terdapat banyak pilihan makanan tapi selepas itu banyak kedai dah tiada dan salah satu diantaranya ialah kedai kueh teow kicap MAT JASAK... kueh teow kicap yang terbaik di Ipoh... kalau korang datang Ipoh tanpa mencuba Kueh Teow kicap ini memang tidak lengkaplah trip korang kat ipoh ni... Mesti kebanyakkan korang tak tahu macam mana rupa kueh teow kicap tu dan macam mana rasa dia kan... Apa kata kita bercerita sekejap mengenai Kueh Teow Kicap Mat Jasak... selain menu yang di sebutkan tadi, di kedai Mat Jasak juga terdapat pilihan SUP dan Kari... selain kueh teow, bihun dan mee juga di sediakan. 
Jika nak di gambarkan bertapa sedapnya makanan di Mat Jasak ini, jika kedai ini masih beroperasi di angsana mall... jika anda pergi ke sana selepas jam 5 petang anda hanya mampu mengigit jari sajalah, kompem habis... mungkin apa yang sedapnya ialah bahan-bahan yang di gunakan untuk membuat kuah SUP dan KARI tersebut... macam mana nak explain yew... sebab aku rasa ini adalah resepi rahsia MAT JASAK.. pemilihan fishball dan fish kek walaupun yang asas sahaja tiada yang fensy ia cukup untuk menyempurnakan lagi hidangan tersebut... percaya atau tidak... tiada siapa yang mampu meniru campuran kicap dan sedikit kuah kari? aku pun tak pasti... yang aku tahu... kalau korang rasa pasti korang tidak pandang kiri dan kanan lagi... aku tulis ini, aku sendiri yang terliur... jika korang nak aku gambarkan rasa dia... apabila kueh teow itu telah di campur dengan kicap dan sedikit kari dan di makan dengan kuah sup yang panas... cukup hanya untuk membasahkan sedikit kueh teow itu... kemudian potong sedikit fish kek dan di cicah dengan sos buatan sendiri oleh MAT JASAK... kemudian terus di masukkan ke dalam mulut... yuummm rasa seperti letusan gunung berapi di dalam mulut korang... rasa rempah, kicap serta sosnya membuatkan mahu terus dengan suapan seterusnya... Apa kata korang cuba sendiri.

inilah rupa KUEH TEOW KICAP MAT JASAK
Huhuhuhu tiba-tiba aku terasa lapar... Oklah sekarang kita bercerita mengenai Nasi Ayam Penyet, secara jujurnya aku pernah makan yang terbaik daripada apa yang aku makan hari ini. Aku dah lupa nama kedai yang aku makan dulu, persoalannya adakah kedai itu masih di situ yakni Giant Skudai? kalau korang duduk berhampiran, pergilah ke sana... pasti korang datang lagi. Nasi Ayam Penyet di ipoh pula... kedai AP atau nama panjangnya Ayam Penyet... kat situ sedap juga... kalau tak sedap suruh owner kedai tu tukar nama... kekekeke... apakah kriteria nasi ayam penyet yang sedap... yang pertama haruslah mempunyai semua elemen nasi ayam penyet iaitu, tauhu, tempe, sambal, kubis, sayur kacang panjang, ayam goreng yang di goreng serta di penyet kan, nasi dan kuah....jika kurang salah satu elemen di atas maka nasi ayam penyet itu cacat atau terencat di ibaratkan manusia yang tidak cukup anggota badan atau orang yang buat nasi ayam penyet tu terlampau cut kos... kekeke bila suruh tambah ape-ape up sehinggit kannnn~
Bukan itu sahaja, sambal dia mestilah kaw kaw kaw... pedas dan sedap!!! sebab pedas itu yang akan buat kita ketagih dan mahu lagi... kemudian ayam goreng itu... kalau dapat yang rangup di luar lembut sehingga ketulang itu adalah yang terbaik... tapi susah nak dapat dan akhirnya kuah... kuah apa... sup pun ada tapi yang orinya... aku pon tak tahu kuah apa... nampak macam kari pon ade... tapi pekat ckit... secara keseluruhnya... RINA CATERING nasi ayam penyet sedap di makan dan sangat berbaloi kerana harga dia hanya RM5.50. kalau korang duduk di sekitar ipoh... pergilah cuba ok... sebab aku dah... dua kali lagi... kekeke here some foto fo u guys to enjoy

Nasi Ayam Penyet di kedai NASI AYAM RINA CATERING: RM5.50

muka budak yang tak sabar nak makan: papadom aku add sendiri =D

p/s: enjoying myself... making me happie... becoz wat matter in life is tat to live it to da fullest... righttt!!!!

Wednesday, 15 October 2014

Old Town Time!!!

Rinduuuuunyaaaa~


Setelah beberapa lama aku tak melepakan diri aku di sini... akhirnya aku berjaya juga menghasut kawan aku supaya merehatkan diri kitaorang di OLDTOWN... aku rasa last hari tu ialah bulan puasa... makan MY DULANG... memang sedap dan harga yang berpatutan kerana makanan yang di beri agak banyak... agaknya itu sebab dia letak nama MY DULANG... 
 Macam mana aku boleh terlepak di Old Town nie... semuanya salah budak kechik yang terlebih gula di dalam badan Nadia Gedix... dia yang bertanyakan kepada aku tentang Old Town... oleh sebab aku dah lama tak ke sana... so aku tak sure apa yang aku boleh suggest kan... cuma yang terlintas di dalam kepala aku ialah nasi lemak Old Town yang sedap... nasi yang lembut, sambalnya yang pedas, ikan bilis goreng, kacang, sayur timun dan terbaru dia ada letak sedikit kerabu sayur... macam kerabu sayur ala thai... yang paling penting ialah ayam goreng dia yang sangat rangup, membuatkan kita mahu makan tanpa melihat kiri dan kanan. Aku memang suka kan sambal di Old Town... rasa pedasnya yang memang membuatkan lidah anda tidak mahu berhenti untuk makan lagi... minuman pula... my favorite XI MUT iced tea... yesssss!!! kalau aku dapat minum ni... rasa dia sama seperti satu kelegaan yang menerejah seluruh badan dan membuatkan anda berasa aaaahhhhhh~~~~~ kalau nak aku bagi bintang untuk makanan yang ada dekat old town ni memang tak sesuailah... sebab aku memang suka makan kat sini... bias lah plak kan... let's da picture speak... kekekekeke (gambo ade sore kew nak speak kan)

bihun goreng tom yum... teh tarik ais and xi mut iced tea yay!!!

"muka budak gembira bila dapat makan" my fren's caption

my fave dish~ nasi lemak ayam goreng so damn delicious 

actually aku curik teh ais lemon rina... hahaha nak jugak

"rina!!! aku tunjuk je bihun goreng kau... tak curik pon" Hahahahahah

ROAD NOT TAKEN... MY VERSION 2026

Two Different Pictures Two Different Year With The same storyline  Would it be the same ending  Would it end the dif...