Its time to have SWEET CHAT

owwhhh my... that chat is very sweet =D


Welcome to SWEETCHAT
Korang tahu ke SWEETCHAT tu ape? yang pasti bukan seekor mambang atau pun haiwan tetapi ia adalah sebuah restaurant, sajian yang ada di SweetChat ini lebih kepada Asia atau pun oriental. Ini tidak bermaksud western food tidak ada... of coz lah kena ada... mana-mana restaurant di Malaysia ini kalau nak cepat maju sikit kena ada pelbagai jenis makanan dan western food adalah wajib ok. Bak kata orang, bila kita dekat Malaysia ni sebok-sebok nak makan western... tapi orang-orang Malaysia yang bekerja dan belajar dekat negara-negara barat tu... sebok-sebok pula nak makan makanan Malaysia kan... hehehe biasalah tu kan.
Sekarang kita cerita tentang kehebatan Sweet Chat, menu apa yang istimewa dengan tempat ini. Terdapat pelbagai menu yang menarik yang boleh di cuba, aku cadangkan korang makan NASI AYAM HAINAN, NASI LEMAK AYAM KUNYIT, NYONYA LAKSA dan SMOKED BEEF Spaghetti.. tak bermaksud makanan lain itu tak sedap. Seperti Nasi Rhapsody, Pulut Kuning with Chicken curry, Mee Kari, Spaghetti Bolognese, Spaghetti Black Pepper and banyak lagi. Di Sweet Chat juga ada menyediakan menu makan petang atau pun hidangan ringan, seperti Ais Kacang, Mango Ais, Cendol with durian, scones, bread with tuna, mushroom soup and ada kuih cina... errrrr aku dah lupa nama dia apa... kyaaa~~~~~


Ini ialah gambar Nasi Ayam Hainan, sangat menarik bukan... dan sangat membuatkan anda semua ingin merasakan macam mana sebenarnya rasanya. Seperti yang anda lihat di dalam gambar ini, cara hidangan adalah mengikut bagaimana nasi ayam di hidang dalam cara oriental. Ayamnya yang lembut, Nasinya yang sedap serta sos-sosnya... cukup membuatkan anda berselera sehingga butiran nasi yang terakhir... yummm


Nasi Lemak Ayam Kunyit, nasib aku tidak berapa baik pada hari aku ke sana kerana ayam yang aku masak over cook... so what can i say... never mind lah as long as aku masih boleh makan aku makan. Nasi lemak ini berwarna hijau, aku rasa datangnya daripada warna daun pandan, gravy kuning di atas ayam goreng itu ialah kuah kunyit. Rasa kunyit itu tidak keterlaluan dan rasa masinnya just nice... secukup rase... nadi kepada setiap nasi lemak adalah sambalnya, jika sambal tidak sedap maka fail lah nasi lemak tersebut kan... sedap juga sambal di sini tapi aku suka lagi nasi lemak di OLDTOWN... hahahah selain itu komponen seperti telur rebus, kacang dan ikan bilis goreng juga ada... aku bagi 2 3/4 bintang sebab ayam over cook kalau tak aku kasi 3 1/4 bintang... huhhuhuhuhu cuba lah rasa.


Jika anda tidak mahu makan nasi... don't worry ada makan yang berkuah... kalau aku... cadangan aku ialah NYONYA LAKSA... aku cadangkan dengan sekeras-kerasnya korang cuba hidangan ini. kepada sesiapa yang tidak tahu, kuah nyonya laksa ialah seperti kuah kari, cuma ia lebih ringan dari mee kari. Ia di sertakan dengan limau nipis dan sambal untuk menghangatkan lagi rasa kuah tersebut. Kepada peminat mee kari, cubalah nyonya laksa pulak kan... 


Las skali... spaghetti... daging untuk hidang ini  sepatutnya di asapkan betul tak... hahahaha adakah aku salah faham apa yang sebenarnya maksud hidangan ini... cuma yang aku tahu budak kechik dalam gambar ini memang suka sangat makan benda ni... actually aku sendiri... well rasa lah sikit... kuah dia macam ada ckit-ckit penggunaan kunyit... rasa macam sos ayam kunyit untuk nasi lemak pun ada... walau apa pun kalau ada peminat maksudnya sedaplah kan... heheheheh Jadi kita orang memang suka sangat pergi sweetchat, mungkin environment kedai tersebut membuatkan kita rasa selesa untuk melepak bersama kawan-kawan dan menikmati hidangan anda... yang saya tahu memang rasa terlebih selesa sampai jadi terlebih gila... here some other photo for you guys to see.




p/s: Aku ada makan bacon cheese dia dengan mango ais... memang finger lickin good~ sedap

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu