Nasi Ayam Penyet Hooooray!!!

Still Remember the one i ate in Johor

Waaaahhhhh!!!! hari ni aku teringin nak makan nasi ayam penyet... tapi sebenarnya aku tak plan pun untuk makan di sini cuma di sebabkan mak aku ada hal di bangunan yang berhampiran dengan Angsana Mall yang dulunya di kenali sebagai Greentown mall, di sinilah aku ngan mak aku me "lunch" kan diri. Kenapa dari banyak-banyak makanan yang ada aku teringin nak makan nasi ayam penyet... to tell u guys the truth da choices are limited and most of them are not so damn delicious... kedai Nasi Ayam Rina Catering ini adalah salah satu kedai yang korang boleh makan tanpa berasa seram... hahahah atau dengan kata nama lainnya sedap lah semua menu dia boleh di makan sehingga licin pinggan... dulu sebelum bagunan ini di renovate, masih terdapat banyak pilihan makanan tapi selepas itu banyak kedai dah tiada dan salah satu diantaranya ialah kedai kueh teow kicap MAT JASAK... kueh teow kicap yang terbaik di Ipoh... kalau korang datang Ipoh tanpa mencuba Kueh Teow kicap ini memang tidak lengkaplah trip korang kat ipoh ni... Mesti kebanyakkan korang tak tahu macam mana rupa kueh teow kicap tu dan macam mana rasa dia kan... Apa kata kita bercerita sekejap mengenai Kueh Teow Kicap Mat Jasak... selain menu yang di sebutkan tadi, di kedai Mat Jasak juga terdapat pilihan SUP dan Kari... selain kueh teow, bihun dan mee juga di sediakan. 
Jika nak di gambarkan bertapa sedapnya makanan di Mat Jasak ini, jika kedai ini masih beroperasi di angsana mall... jika anda pergi ke sana selepas jam 5 petang anda hanya mampu mengigit jari sajalah, kompem habis... mungkin apa yang sedapnya ialah bahan-bahan yang di gunakan untuk membuat kuah SUP dan KARI tersebut... macam mana nak explain yew... sebab aku rasa ini adalah resepi rahsia MAT JASAK.. pemilihan fishball dan fish kek walaupun yang asas sahaja tiada yang fensy ia cukup untuk menyempurnakan lagi hidangan tersebut... percaya atau tidak... tiada siapa yang mampu meniru campuran kicap dan sedikit kuah kari? aku pun tak pasti... yang aku tahu... kalau korang rasa pasti korang tidak pandang kiri dan kanan lagi... aku tulis ini, aku sendiri yang terliur... jika korang nak aku gambarkan rasa dia... apabila kueh teow itu telah di campur dengan kicap dan sedikit kari dan di makan dengan kuah sup yang panas... cukup hanya untuk membasahkan sedikit kueh teow itu... kemudian potong sedikit fish kek dan di cicah dengan sos buatan sendiri oleh MAT JASAK... kemudian terus di masukkan ke dalam mulut... yuummm rasa seperti letusan gunung berapi di dalam mulut korang... rasa rempah, kicap serta sosnya membuatkan mahu terus dengan suapan seterusnya... Apa kata korang cuba sendiri.

inilah rupa KUEH TEOW KICAP MAT JASAK
Huhuhuhu tiba-tiba aku terasa lapar... Oklah sekarang kita bercerita mengenai Nasi Ayam Penyet, secara jujurnya aku pernah makan yang terbaik daripada apa yang aku makan hari ini. Aku dah lupa nama kedai yang aku makan dulu, persoalannya adakah kedai itu masih di situ yakni Giant Skudai? kalau korang duduk berhampiran, pergilah ke sana... pasti korang datang lagi. Nasi Ayam Penyet di ipoh pula... kedai AP atau nama panjangnya Ayam Penyet... kat situ sedap juga... kalau tak sedap suruh owner kedai tu tukar nama... kekekeke... apakah kriteria nasi ayam penyet yang sedap... yang pertama haruslah mempunyai semua elemen nasi ayam penyet iaitu, tauhu, tempe, sambal, kubis, sayur kacang panjang, ayam goreng yang di goreng serta di penyet kan, nasi dan kuah....jika kurang salah satu elemen di atas maka nasi ayam penyet itu cacat atau terencat di ibaratkan manusia yang tidak cukup anggota badan atau orang yang buat nasi ayam penyet tu terlampau cut kos... kekeke bila suruh tambah ape-ape up sehinggit kannnn~
Bukan itu sahaja, sambal dia mestilah kaw kaw kaw... pedas dan sedap!!! sebab pedas itu yang akan buat kita ketagih dan mahu lagi... kemudian ayam goreng itu... kalau dapat yang rangup di luar lembut sehingga ketulang itu adalah yang terbaik... tapi susah nak dapat dan akhirnya kuah... kuah apa... sup pun ada tapi yang orinya... aku pon tak tahu kuah apa... nampak macam kari pon ade... tapi pekat ckit... secara keseluruhnya... RINA CATERING nasi ayam penyet sedap di makan dan sangat berbaloi kerana harga dia hanya RM5.50. kalau korang duduk di sekitar ipoh... pergilah cuba ok... sebab aku dah... dua kali lagi... kekeke here some foto fo u guys to enjoy

Nasi Ayam Penyet di kedai NASI AYAM RINA CATERING: RM5.50

muka budak yang tak sabar nak makan: papadom aku add sendiri =D

p/s: enjoying myself... making me happie... becoz wat matter in life is tat to live it to da fullest... righttt!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu