Saturday, 19 September 2026

HATI

Hari ini aku nak cerita pasal hati.
Tentang memaafkan orang sekeliling.
Tentang menerima ujian yang diberikan.
Tentang memujuk hati sendiri supaya terus kuat melayari apa sahaja yang masih menunggu di hadapan.
Aku cuba belajar untuk redha.
Redha dengan apa yang berlaku.
Redha dengan apa yang aku tak boleh ubah.
Meminta maaf dengan semua orang
Dan cuba memaafkan semua orang.
Sebab manusia tak sempurna.
Mungkin juga ada dosa aku dengan orang
Yang orang tak maaf kan
Itu aku tak tahu... 
Hanya ALLAH maha mengetahui
Aku.... 
Aku pun tak sempurna.
Aku juga pernah buat salah.
Pernah menyakitkan hati orang.
Pernah buat keputusan yang mungkin aku sendiri tak bangga bila mengingatnya.
Jadi bila orang berbuat sesuatu yang tidak baik kepada aku…
aku cuba pujuk hati.
Maafkanlah.
Bukan sebab apa yang dibuat itu betul.
Bukan juga sebab aku tak sakit.
Tapi aku tak mahu hati aku hidup terlalu lama dengan marah.
Aku mahu belajar mendoakan yang baik-baik untuk orang lain, walaupun mungkin apa yang aku terima daripada mereka bukanlah sesuatu yang baik.
Tidak.
Aku bukan orang baik sangat pun.
Jauh sekali sempurna.
Mungkin aku—
…tapi—
Hatiiii shhhhhh. Shhhhh hati.
Jangan macam-macam.
Jom istighfar balik…
Rasa jahat pulak.
ASTAGHFIRULLAH.
Tak jadi.
Tak baik doakan orang bukan bukan
Haishlah.... 
#AkuMasihManusia
Okay.
Yang itu hati aku masih dalam proses.
Insya-ALLAH.
Aku cuba lagi.
Kerana akhirnya aku sedar…
ujian yang diberikan kepada aku mungkin bukan semata-mata tentang apa yang orang lain buat kepada aku.
Mungkin ujian ini adalah kifarah sebab dulu aku pernah buat kat orang... 
Mungkin ujian ini adalah sebab aku rasa, aku perfect tak pernah buat salah
Apatah lagi perkara perkara yang aku sendiri menentang
Mungkin secara tak sengaja aku menzalimi orang yang tak patut... 
Mungkin ada bahagian di dalamnya yang sebenarnya sedang menegur aku.
Ada sesuatu yang ALLAH mahu aku lihat.
Ada sesuatu yang ALLAH mahu aku belajar.
Ada sesuatu dalam diri yang perlu aku betulkan.
Dan kalau itu caranya DIA menegur aku…
Insya-ALLAH.
Aku terima.
Aku bukanlah manusia yang sempurna
Sangat tak sempurna 
Yang sering berbuat salah
Tapi
ALLAH Maha Pengasih.
ALLAH Maha Penyayang.
Dan sebanyak mana pun aku menangis, marah, kecewa atau bertanya kenapa…
aku masih mahu kembali kepada satu perkara yang sama.
ALLAH Maha Baik.
Jadi kepada hati sendiri…
terus kuat.
Aku tahu 
Kadang-kadang salah yang paling susah kita nak maafkan ialah salah kepada diri sendiri
Tapi kehidupan masih perlu kita jalani
Masih kena sayang diri sendiri
Siapa lagi nak sayang diri sendiri melainkan diri sendiri 
Self love is a must
Jadi..... 
Kalau hari ini masih sakit, tak apa.
Kalau masih belum mampu memaafkan sepenuhnya, cuba lagi esok.
Kalau sesekali marah itu datang balik, pujuk lagi.
Doakan yang baik baik
Kemudian jalan.
Sebab mungkin redha bukan sesuatu yang kita cakap sekali kemudian selesai.
Kadang-kadang kita kena memilihnya berkali-kali.
Hari ini.
Esok.
Dan mungkin lusa sekali lagi.
Insya-ALLAH.
Percaya.
And always…
percaya.
ALLAH Maha Baik.

Friday, 18 September 2026

CARAMEL, CLASSIC OR HAZELNUT

Old Town White Coffee.
My favourite place.
Orang kata, tempat utama untuk dituju bila tak tahu nak pergi mana.
Tapi untuk aku dan kawan-kawan?
Sacred place.
Dari tempat tu baru buka.
Tengah hype.
Kemudian jadi tempat mati segan hidup tak mahu.
Menu pun rasanya dah tinggal empat jenis. 
Sampailah dia hype balik.
Yuppp.
Tempat mencurahkan segala bawangan dan gorengan kehidupan di situ.
Bayangkan…
sambut raya pun kat situ.
Dan yang paling menarik, walau di mana kami berada, yuppp…
itu antara restaurant pilihan utama.
Nasi lemak ayam crispy dia?
Fuhhh.
Sedap giler.
Rasanya yang ini tak pernah berubah.
Tambahan pula sekarang ayam goreng dia dah start jadi hero dalam menu.
How about mine?
Aku cari French toast je.
Percaya atau tak, aku boleh lepak makan French toast dengan secawan kopi lama-lama kat situ.
Macam aku cakap…
tempat aku bertenang.
Hectic life macam mana pun, aku boleh bertenang dekat situ.
Masa awal-awal memulakan hidup di tempat baru, rutin aku simple.
Turun je MRT…
terus ke Old Town.
Almost everyday.
Ada hari makan nasi.
Ada hari makan roti.
Ada hari secawan kopi dengan French toast sudah.
Percaya atau tak…
kejap je pekerja kat sana dah kenal aku.
Dah tahu aku nak order apa.
Sehinggalah suatu hari…
ting.
Satu message masuk.
“Balik awal. Jangan lepak mall tu lama.”
Aku macam.... Hmmmmm
Mall kan semua ada kat sini. Surau pun ada.
Yupp.
Orang yang message tu suruh balik.
Rehat.
Spend time kat rumah.
Solat on time.
Bahaya jalan malam-malam.
Try to cook more instead.
HAHAHAHAHA.
Iye encik. Baik. Faham.
Kadang-kadang simple call je.
“Dah solat ke?”
Terus buat aku stay home lepas kerja.
Terus mengopi kat rumah je lah.
French toast?
Buat sendiri.
Tapi masalahnya kalau aku masak…
aku akan makan sampai habis.
Rugi kan.
Penat je masak.
Jangan tanya kenapa jalan banyak tapi tak kurus pun
That's how it changed.
Life changes.
Kadang-kadang tak perlu big gesture pun.
Tak sedar bila.
Tak sedar macam mana.
Tahu-tahu, benda yang kita dah buat jadi routine harian. 
kita dah tak buat dah
Until one day…
aku pergi beli kopi dengan dia.
Asalnya dia suruh beli kopi bancuh.
Bukan 3-in-1.
Kata dia not good, if i want to drink coffee everyday n coffee tu 3 in 1.
Aku hanya mampu bagi satu pandangan bermakna.
Dengan senyuman yang juga sangat bermakna.
Pusing-pusing…
Haaaa.
Jumpa.
Old Town White Coffee.
Aku pun cakap sorang sorang
Hazelnut or Caramel?
Aku tengah memilih.
Tiba-tiba
“Ehhh… tapi Classic lagi sedap.”
Aku melihat wajahnya.
Chop.
“Yang belikan haritu… Classic ke?”
“Haah.”
“Yang minum tapau kat Old Town tu ialah Classic?”
“Yupp.”
Dengan muka selamba dia menjawab.
Aku tengok muka dia.
“Haaa???”
Terus aku tergelak besar.
“Laaaaaaaa… patutlah!”
Aku beli sendiri selama ni, hairan kenapa rasa tak sama.
Aduiiiii
Aku senyum sambil mengambil satu packet Old Town White Coffee Hazelnut.
Okay.
Lepas ni nanti nak cuba Classic 3-in-1 pula.
Nak tahu rasa macam mana.
Dan entah macam mana…
it suddenly leads me to another memory.
Satu cawan kopi.
Satu malam.
Dan satu soalan.
“Perisa apa tu?”
“CARAMEL."
HAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Aku gelak jahat.
Because now I know.
Yang dia selalu beli sebenarnya
Classic.
Aku pandang cawan tu.
“Me like…”
Dia tengok aku.
“Satu je.”
Aku angguk.
Okay.
Satu je.
Dan dengan secawan kopi itu, kami bersembang.
Menghabiskan masa melihat lampu-lampu bangunan di luar.
Aku tengok lampu.
Dia?
Tengok sampah yang dia buat.
Aku senyum tengok dia.
Perangai.
Owh.
Aku lupa.
Dia masih lagi kanak-kanak riang.
And that's how the day ended.
Aku tak nak ubah apa-apa tentang hari itu.
Biarkan ia pause di situ.
Tak perlu sambung.
Tak perlu cari apa yang berlaku selepas itu.
Sebab sesuatu kenangan itu hanyalah satu pit stop dalam kehidupan.
Kita pernah berhenti di situ.
Cara kita mengingatinya…
cara kita menceritakannya…
itulah cara kita menghargai setiap perkara yang pernah ada.
Cerita ni tak besar pun.
Tak ada kejadian luar biasa.
Hanya secawan kopi.
Perisa apa?
Caramel, Classic atau Hazelnut
Tapi mungkin kenangan memang begitu.
Bukan sebesar mana perkara yang berlaku.
But how you interpret the memory, so it lives on.
Dan daripada semua benda yang aku ingat tentang secawan kopi itu…
entah kenapa satu ayat ni datang balik.
“I know you like Old Town White Coffee.”
Aku senyum.
I know.
😊☕️

Thursday, 17 September 2026

Dua Dunia Kita Berbeza

Kalau orang tanya,
tempat paling romantik yang pernah aku pergi dekat mana?
Ada a few.
Tapi kalau betul-betul kena pilih…
rasanya aku akan pilih beranda atau tepi tingkap yang boleh nampak bandaraya.
Tak perlu candlelight dinner.
Tak perlu bunga.
Cukup duduk dekat tingkap.
Tengok cahaya lampu.
Tengok bangunan.
Tengok kereta.
Tengok manusia yang dari atas nampak kecil, masing-masing sedang menuju entah ke mana.
Dan sesekali keluar soalan romantik seperti—
“Nampak tak sampah kat bawah tu?”
Aku pandang dia.👀👀👀👀 
Dia kire brp banyak putung rokok 
Yang dia buang 
"tu semua saya yang buat" 
😏😏😏😏😏
Ntah lah ae... Tak tahu nak cakap ape 
HAHAHAHAHAHA.
Haishlah
Memang dasar.
Orang tengah tengok city lights.
Dia tengok sampah yang dia buat
Itu pun hiburan kot ae... 
Kadang-kadang ada kopi panas menemani.
Mungkin satu cawan.
Kongsi.
Pernah sekali dia minum, kemudian dia cakap,
“Pekat.”
Aku tengok cawan tu.
Tak habis.
Haishlah.
Membazir.
Tapi kemudian aku tahu kenapa.
Sebab dia beli yang aku suka.
Bukan yang dia suka.
Patutlah tak habis.
Ada masa kami makan sekali dekat situ.
Aku duduk bawah.
Saja cakap,
“Makan kat bawah ni kan sunnah.”
Okay lah tu.
Makan.
Sembang.
Tengok luar.
Sampailah satu malam dia cakap,
“Awak suka ye tengok lampu. Saya suka lagi kampung vibe.”
Aku tengok luar lagi.
“Semua boleh. Kampung ke, bandar ke. Cuma kampung tak berani sangatlah nak duduk kat tingkap macam ni malam-malam.”
“Awak takoot ape?”
Ehhhh.
Tanya pula.
“Kat bandar takde ae?”
Fuhhhhh.
Menikam.
Apa lah manusia ni.
Tak ada moral support langsung.
Aku dah lah tinggal sorang...
Bomba!!!! 
Tolong kutip anak orang ni
Pleaseeeeeeeeee... 
Kemudian dia sambung komplen pasal bandar.
KL sesak.
Jalan sana sini.
Putrajaya okay.
Aman.
Tak serabut sangat.
Aku dengar sambil tengok kawasan sekitar ibu kota.
Betullah kata dia.
Sebab tu aku suka naik train.
Tak perlu fikir jalan.
Duduk.
Tengok bandar bergerak.
“Nanti awak bawak saya naik train ye.”
Aku senyum.
Aku tahu dia nak rasa sedikit dunia aku.
Dunia aku pergi kerja.
Dunia aku berjalan seorang.
Dunia aku melihat Kuala Lumpur dari dalam gerabak.
“Nanti saya bawak sekali pusing KL naik monorel.”
Dan seperti biasa…
setiap kali kami bercerita,
aku ada satu perangai.
Walaupun dekat luar sana ada sebuah bandar penuh dengan cahaya—
my favourite view was always him.
Aku suka tengok muka dia bila bercakap.
Mata.
Kening.
Mulut.
Mimik muka yang berubah ikut cerita.
Kadang-kadang aku stare lama sangat.
Sampai tangan aku naik sendiri.
Pegang muka dia.
Gosok pipi.
“Kenapa?”
Aku tak jawab.
Tengok lagi.
Entah kenapa kadang-kadang air mata jatuh.
“Awak asyik nanges je. Janganlah nanges.”
Aku senyum.
Okay.
Cukup babak sedih.
Tangan turun.
Pergi dekat perut pula.
HAHAHAHAHAHA.
Terus berubah genre.
“Ini apa?”
Dia mula merajuk.
“Tak sukeeeee.”
Aku kacau lagi.
“Ini apa?”
Diam.
“Ini apaaaa?”
Lama-lama dia mengalah.
“Perut.”
Haaa.
Pandai pun.😅😅😅😅 
Kadang-kadang aku fikir…
pelik juga.
Seorang suka melihat cahaya bandar.
Seorang lagi rindukan kampung vibe.
Seorang suka kopi itu.
Seorang lagi minum sebab itu yang seorang suka.
Seorang sudah biasa dengan train.
Seorang lagi mahu ikut supaya tahu bagaimana rasanya.
Dua dunia.
Tak sama.
Dan mungkin memang tak pernah perlu sama.
Sebab kalau semuanya serupa, apa lagi yang mahu kita ceritakan?
Aku boleh tunjuk bagaimana cantiknya bandar dari mata aku.
Dan dia boleh beritahu kenapa ketenangan kampung lebih indah dari matanya.
Aku boleh bawa dia naik monorel.
Dia boleh duduk di sebelah aku sambil komplen KL.
Aku tengok lampu.
Dia tengok sampah yang dia sendiri buatttt
Perfect.
Mungkin manusia tak semestinya dipertemukan kerana mereka datang dari dunia yang sama.
Kadang-kadang yang berbeza itulah yang membuat kita berhenti.
Mendengar.
Mencuba.
Memahami.
Dan perlahan-lahan…
dua dunia yang tidak pernah sama itu menemui satu titik kecil.
Tempat kita duduk bersama.
Kongsi secawan kopi.
Kongsi makanan.
Kongsi pandangan dari sebuah tingkap.
Di luar sana,
sebuah bandar masih bercahaya.
Cantik.
Tapi seperti biasa…
aku tak tengok lama pun.
My favourite view was sitting right next to me. ❤️

Wednesday, 16 September 2026

We Never Coordinated... Somehow, We Still Matched

Aku pernah berdiri dekat seseorang, kemudian dia tiba-tiba cakap,
“Awak kena jauh sikit. Electric kuat sangat.”
Aku?
Mestilah tak faham.
Electric apa bendanya.
Masa tu aku tak tahu pun rupanya ada benda lain yang sedang berlaku dekat dalam hati dia.
Yang aku tahu, kami rapat.
Jadi bila dia menjauh…
aku pergi dekat.
Simple.
Kau lari sana, aku datang sana.
Kemudian entah macam mana mata dia jatuh dekat kasut aku.
“Eh… sama.”
Aku tengok kasut dia.
Eh.
Tomaz.
Jenis tak bertali.
“Ni second pair saya. Dulu dah ada satu.”
Dia pula terus tunjuk kasut dia.
Special sikit.
Ada Batman.
Aku punya?
Tak ada.
Besheeee je nyah.😎😎😎 
Belum habis kami berdua, seorang lagi ahli kumpulan tunjuk kasut dia.
Tomaz juga.
Katanya sebab tengok dia pakai.
Okay.
Rupanya ini bukan kumpulan kik
Ini kelab kasut tak bertali 🤔 
Aku sebenarnya dah mula pakai Tomaz sejak 2024, masa mereka mula keluarkan design tak bertali yang aku suka.
Dan ya…
aku pernah kena kutuk.
“Kasut apa tak ada tali macam budak-budak?”
Aku peduli apa.
Sarung kaki.
Sarung kasut.
Jalan.
Efficient.
Tahun ni kasut aku akhirnya pecah dua.
Sedih juga.
Aku cakap aku nak beli baru.
Sekali dia cakap kasut dia pun dah belah dua.
Ha?
Benda ni pun nak sama ke?
Aku dah pergi cari.
“Dah tak ada jual.”😐 
“Ada.”🙂 
“Tak ada.”🤔 
“Ada.”, 🤗 
“Saya dah pergi! Memang tak ada!”😠 
Dia tetap degil.
Ada.😘 
Bergaduh dalam telefon pasal kewujudan kasut Tomaz macam kami ni pemegang saham syarikat.
Aku pun menjawab 
"maybe sini kedai kecik kot, nanti awak pergi tengok kat sana okie😐" 
"haah sini kedai dia besar sikit... Nanti saya tengok kan ye awak... Kalau ada sama... Nanti saya bagi tahu ok 😘" 
Aku pun iye kan aje... 
Sampailah aku tunjuk kasut-kasut yang aku suka.
Yang ini cantik.
Yang itu nice.
Yang ini nampak comfy.
Dia tengok.
“Asyik kasut sport je lah dia.”
Memanglah.
Comfy kot.
Aku tunjuk pula kasut heel.
“Ni dulu masa mula-mula kerja Pejabat, saya suka pakai macam ni.”
Dia tengok.
“Tu kasut nak ngorat orang.”
Kamonnnnn.
Tak ada maknanya.
Aku suka sebab bila pakai heel, aku rasa tinggi.
Confident.
Smart.
Macam jalan pun ada background music sendiri.
Tapi semakin berusia ni…
lantaklah background music.
Rasa dia macam kat runway tau
Tapi sekarang
Kaki aku lagi penting.👀🤔 
Kerja pula bukan duduk cantik dekat meja sepanjang hari.
Kena berjalan sana sini.
Jadi sekarang aku lebih suka sport shoes, walking shoes, apa sahaja yang selesa dan tak terlalu perempuan sangat.
Dan tentang kasut, ada satu lagi ayat yang sampai hari ini aku masih ingat.
Dulu seseorang pernah pesan kepada aku,
“Kalau malas pakai stoking, pakai kasut. Kaki tu pun aurat.”❤️ 
Simple.
Tapi ayat itu melekat.
Always appreciate.
Insya-ALLAH selepas ni kita cuba lengkapkan lagi.
Stoking.
Stoking tangan.
Perlahan-lahan.
Funny kan?
Kasut cuma kasut.
Tapi bila aku tengok Tomaz…
ada sesuatu tentang you and me yang aku ingat.
We had something in common.
Bukan kasut sahaja.
Banyak benda antara kita berlaku tanpa pernah dirancang.
Aku selalu cakap,
“Jom kita surprise ourselves.”
Sebab kalau plan warna baju…
selalunya tak jadi.
Tapi bila tak plan
hitam.
Biru.
Pink.
Putih.
Silver.
Tiba-tiba sama.
Kemudian pandang sesama sendiri.
Gelak.
“Nak pergi kenduri mana ni?”🤣😂 
Sampailah yang terakhir pun sama.
Aku dah give up nak cari warna yang sama.
Susah tau nak describe warna melalui telefon.
Apa yang dekat mulut “lebih kurang macam ni”, dekat dunia sebenar boleh jadi tiga keturunan warna lain.
Akhirnya aku capai sahaja baju yang sudah lama ada tetapi tak pernah dipakai.
Pakai.
Jumpa.
Tengok.
Eh.🤣😘 
Lebih kurang sama lagi.
Kadang-kadang ada perkara yang kita cuba rancang bersungguh-sungguh, tak menjadi.
Dan ada perkara yang kita biarkan sahaja…
datang sendiri.
Mungkin kebetulan.
Mungkin tidak.
Tak tahulah.
Aku dah belajar untuk tidak mencari jawapan kepada semua benda.
Ada benda lebih seronok kalau kita cuma pandang…
dan senyum.
Jadi kali ini,
biarlah Tomaz menjadi satu benang kecil dalam cerita.
Selepas cerita ini disiarkan, mungkin ada orang dah tak pakai Tomaz.
Tak apa.
Kasut pun ada perjalanan dia sendiri.
Tapi who knows.
One fine day…
kalau ALLAH izinkan dua jalan bertemu lagi,
mungkin mata akan jatuh ke bawah.
Tengok kasut.
Kemudian tengok muka.
“Eh…”
Diam sekejap.
“Sama lagiiiiiii?”
Tak perlu dirancang.
Tak perlu dijanjikan.
Semua ada aturannya.
Till that time…
whenever I wear my Tomaz shoes,
I know somewhere,
you have one too.
Dan paling kelakar…
kita beli pada hari yang sama.
Entah.
Aku senyum lagi.
Dah.
Dah.
Jom g jalan. 😂❤️

Tuesday, 15 September 2026

EVERY LIL MOMENT

Aku perasan satu benda tentang diri aku.
Ada sesetengah cerita, aku boleh ceritakan dengan muka biasa.
Tentang kerja.
Tentang tempat.
Tentang manusia.
Besheeee je nyah.
Tapi ada satu jenis cerita yang pelik.
Belum sampai separuh pun…
aku dah senyum.
Kadang-kadang sebenarnya tak ada benda kelakar pun.
Aku je yang senyum.
Aku suka melihat cara seseorang bercerita.
Mimik muka dia bersungguh-sungguh.
Mata.
Kening.
Mulut.
Semua masuk kerja.
Kadang-kadang aku sendiri tak pasti apa yang aku dengar sebab terlalu fokus tengok muka dia.
Sampailah satu hari dia bercerita,
“Cikgu Fizik masa Tingkatan 4 bagitahu, keliling kita ni penuh dengan gelombang bunyi. Kalau boleh nampak, jenuh nak mengelak… sebab banyak pemancar radio.”
Aku pandang muka dia lagi.
Bersungguh.
Saintifik sungguh.
Masalahnya…
dia tengah duduk atas patung dinosaur.
Ya.
Dinosaur.
Dah macam budak-budak naik permainan depan pintu masuk mall, tunggu mak masukkan seringgit.
Duduk atas dinosaur sambil cerita pasal Tingkatan 4 dan gelombang radio.
Aku pun menyampuk,
“Ohhh… zaman saya, cikgu belum nampak gelombang radio.”
Dia terus jawab,
“Oh lupa… awak dah tua.”
Kurang asamm jawa, garam kunyit... 
Cissss
“Eh salah. Awak tu yang kanak-kanak. Siap cikgu boleh nampak gelombang. Hebat cikgu awak ni.”
Dan bermulalah sesi menganjing antara dua manusia yang sebenarnya langsung tak ada kaitan dengan silibus Fizik.
Dia cuba mencari backup.
Tak ada seorang pun backup.
Kawan dah tantrum. 😂
Kanak-kanak riang lah katakan.
Orang dah Darjah 6…
dia baru masuk Darjah 1.
Siap cerita membuang ayaq besaq lagi dalam seluar... Kannn. 
Hahahahahs
Nasiblah.
Kalau diberikan masa sampai hujung nyawa sekalipun, rasanya point ini memang aku takkan tinggal.
“Owhhhhh… nampak gelombang…” 😅 
Aku tak tahu kenapa benda-benda macam ni yang paling kuat melekat.
Bukan perkara besar.
Bukan ayat romantik.
Kadang-kadang cuma seseorang duduk atas dinosaur, bercakap bersungguh-sungguh tentang Fizik sementara aku langsung tak fokus kepada Fiziknya.
Aku fokus pada muka dia.
Cara dia bercerita.
Cara dia mempertahankan cerita.
Cara muka dia berubah bila kena bahan.
Dan bila aku ceritakan semula sekarang…
ha.
Aku senyum lagi.
Mungkin begitulah hati menyimpan manusia.
Bukan ikut tarikh.
Bukan ikut jarak.
Bukan berdasarkan siapa yang masih berdiri di depan mata.
Hati simpan berdasarkan rasa.
Sebab itu ada manusia yang tidak perlu berada di hadapan kita untuk membuatkan kita tersenyum.
Cukup satu cerita terbuka.
Satu ayat.
Satu perangai.
Satu dinosaur.
Dan tiba-tiba…
ada bunga kecil tumbuh dalam dada.
Satu.
Dua.
Tiga.
Lepas tu dia kurang asam, garam, kunyit sikit.
Satu taman dia buka.
Aku tak tahu sampai bila perkara ini akan berlaku.
Dan buat masa sekarang, aku tak mahu menghalangnya.
Kalau hati mahu berbunga bila bercerita…
berbungalah.
Tak semua bunga perlu dipetik.
Tak semua bunga perlu dibawa pulang.
Ada yang cukup kita pandang…
dan tersenyum kerana pernah melihatnya tumbuh.
Orang lain mungkin nampak aku sedang bercerita tentang dinosaur, gelombang radio dan dua orang manusia yang suka menganjing satu sama lain.
Tapi aku tahu…
aku sedang berjalan sekejap ke sebuah tempat yang pernah membuatkan aku bahagia.
Dan setiap kali aku pulang dari sana,
entah kenapa…
aku masih tersenyum.

Monday, 14 September 2026

PERCAYA... as simple as that

Aku letakkan tangan kananku ke hati.
Ku sedekahkan Al-Fatihah kepada roh dan juga jasad.
Di dalam doa.
Di dalam sujud.
Masih segar.
Semoga nikmat ini ALLAH kurniakan untuk masa yang lama.
Pagi ini aku melangkah dengan senyuman.
Senyumanku berpanjangan sehingga ke tidurku.
Di hujung telinga, samar-samar aku terdengar,
“Tidur pun boleh senyum ke?”
Ku buka mata.
Ku lihat manusia yang berada di hadapanku.
Aku tersenyum lagi.
Dan pagi ini…
aku kembali berjalan menikmati pagiku.
Ku tarik nafas panjang dengan senyuman yang masih ada di wajah.
Terima kasih, Ya ALLAH.
Aku masih dikurniakan nikmat mengejar rezeki-MU.
Masih dikurniakan nikmat mengejar cita-citaku.
Masih diberi ruang melayari impianku.
Entah untuk berapa lama…
aku tidak tahu.
Aku makin belajar mensyukuri.
Aku makin belajar living the moment.
Aku makin belajar betapa pentingnya menikmati setiap saat dan setiap minit yang ALLAH berikan kepada kita di atas dunia ini.
Terutamanya dengan perkara-perkara yang kita cintai.
Yang kita sukai.
Yang kita hargai.
Sebab kadang-kadang kita terlalu takut kehilangan sesuatu sehingga terlupa…
ia masih ada hari ini.
Maka nikmatilah.
Selagi boleh ketawa, ketawalah.
Selagi boleh melihat, lihatlah.
Selagi boleh mendengar, dengarlah.
Selagi boleh menghargai, hargailah.
Kerana mungkin suatu hari nanti kita akan sedar bahawa perkara-perkara kecil itulah yang paling lama tinggal di dalam hati.
Dan untuk segala yang pernah hadir…
Terima kasih.
Sesingkat itu.
Kadang-kadang dua perkataan sudah membawa terlalu banyak makna.
Tak perlu diterangkan.
Terima kasih.
Dan selebihnya…
PERCAYA.
Percayakan ketentuan-NYA.
Percayakan takdir-NYA.
Percayakan bahawa semuanya milik-NYA.
Suatu hari nanti,
mungkin akan sibuk berlari.
Sibuk mengejar.
Sibuk meneruskan tanggungjawab.
Sibuk dengan kehidupan…
dan mungkin,
sibuk menyayangi.
Sehingga lupa.
Tetapi sehingga waktu itu tiba…
nikmatilah moment-moment indah yang masih melekat di fikiran dan hati.
Tak perlu dilawan.
Tak perlu dipaksa pergi.
Jika sesekali dada terasa penuh,
ingat.
Sedekahkan Al-Fatihah kepada roh dan jasad.
Letakkan tangan kanan di hati.
Buatlah.
Esok, buat lagi.
Sehinggalah suatu hari nanti…
ALLAH lupakan.
Tak perlu bertanya apa yang dilupakan.
Biarkan masa melakukan kerjanya.
Biarkan ALLAH menentukan selebihnya.
Hari ini masih ada.
Hari ini masih mampu tersenyum.
Hari ini cukup.
Cinta itu milik ALLAH.
Hati itu milik ALLAH.
Takdir juga milik ALLAH.
Aku tak perlu tahu bagaimana cerita ini akan berjalan.
Cukuplah aku tahu siapa yang menulisnya.
PERCAYA.
ALLAH Maha Baik.
Insya-ALLAH.

Sunday, 13 September 2026

Untill ALLAH say so....

Some people fall in love loudly.
Some people fall in love like a storm.

But some…
feel like home.

Not the kind of love that needs to be proven every second,
not the kind that begs the world to look at them,
but the kind where silence feels safe,
where tired eyes still search for one another,
where a simple “dinda😊😊😊”
sounds more romantic
than poetry.

And maybe that’s why it’s terrifying.

Because when someone becomes your peace,
you start praying life will never be cruel enough
to take them away from you.

I do not know what ending is written for us.
Only Allah knows where every road finally leads.
Maybe we are forever.
Maybe we are simply two souls
who were meant to heal each other for a little while.

But until Allah says otherwise,
stay.

Stay even when life becomes heavy.
Stay when misunderstandings arrive uninvited.
Stay when the world grows loud around us.
Stay through storms,
through tornadoes,
through deserts that try to dry the love out of us.

Fight for me
the same way I fight for you.

Because in a world where people leave so easily,
there is something sacred
about two hearts still choosing each other
again and again.

And if one day this story must end,
let it never be because our hearts gave up first.

So for now…
come closer.
Tell me about your day.
Let me hear your laugh one more time.

Because loving you
has felt like resting after a long journey.

And no matter what tomorrow brings,
a part of me will always be grateful
that somehow, in this chaotic world,

I found home in you.

26 Mei 2026


To U, ALLAH... i return him to U with gratitude 💜❤️♥️

Some people fall in love loudly.
Some fall in love like a storm.
And some…
somehow feel like home.
I wrote those words when loving you was still new.
Back then, I thought the frightening part of love was the possibility of losing it.
I prayed that if storms ever came, we would hold on.
Through misunderstandings.
Through distance.
Through everything that tried to pull two hearts apart.
I once wrote:
If one day this story must end, let it never be because our hearts gave up first.
I didn't know then how much those words would one day mean.
Because the storm did come.
Not as rain.
Not as thunder.
It came like everything at once.
And somewhere in the middle of it all…
you looked at me.
I looked at you.
And I smiled.
I don't know why I smiled.
Perhaps I had already cried enough.
Perhaps after falling from such a great height, after being wounded by everything I hit on the way down, pain had finally taught me a strange kind of calm.
Or perhaps…
I simply wanted the face you remembered that day to be smiling.
So I smiled again.
You kept looking at me.
And for one brief moment, I imagined reaching out my hand.
I wanted to touch your cheek.
Just once.
I knew if I did, my eyes would betray me.
The tears would come.
And perhaps everything I had been holding together inside me would fall apart.
So I didn't.
I kept my hands to myself.
And I smiled.
But inside me, there were so many things I wanted to say.
Ya Allah… thank You for lending him to me.
Thank You for allowing our paths to cross.
Thank You for placing him beside me during a part of my life when I needed him.
Thank You for every ordinary day that became a memory simply because he was there.
For every conversation.
Every laugh.
Every ridiculous little moment.
Every silence that felt safe.
Every time tired eyes still searched for one another.
Even the simplest,
“dinda 😊😊😊”
that somehow sounded more beautiful to me than poetry.
I wouldn't exchange even a fragment of those memories for something else.
Not one.
I don't regret loving you.
I don't regret knowing you.
And despite everything that came after…
I don't regret us.
There was a time when I was genuinely happy.
Completely.
Unapologetically.
And during the time Allah allowed you to walk beside me,
I was one of the happiest women alive.
That is how I choose to remember it.
Not only by how much it hurt when the storm arrived.
But by how beautiful the sky had once been before it.
Maybe that is why, even now, the memories still make me smile.
The love may have reached its final day in the form we once knew.
But strangely…
inside my heart, it still feels fresh.
Not demanding.
Not chasing.
Not asking the universe to return anything to me.
Just…
there.
Alive in the memories.
Quietly accompanying my smile.
And I need you to know something.
I did not stop fighting because I stopped loving you.
If I had given up easily, I would never have made it this far.
There were moments when my own heart whispered that perhaps there was no beautiful garden waiting at the end of this road.
Perhaps there was only another desert.
Another storm.
Another place where both of us would be wounded.
And still…
I came.
I stayed as long as I knew how.
Because even for that small piece of love Allah allowed me to hold,
I was willing to fight.
But there comes a point when love must understand something that the heart does not want to understand.
There are things beyond us.
There are roads we cannot see.
There are answers that do not belong to us.
And there are endings we have no authority to write.
Allah knows.
Allah has always known.
Maybe this is the end.
Maybe it is only a pause.
Maybe somewhere in a page neither of us has been allowed to read yet, our story continues.
Or perhaps Allah brought two souls together only for a certain season—
to teach,
to change,
to heal,
to love,
and then to return each of them to the road He had already written.
I don't know.
And for the first time…
I don't need to pretend that I do.
Because destiny has always been one of Allah's secrets.
So on 13 September, I will not write THE END.
I cannot.
Those words belong to an Author greater than me.
I will simply place this story down.
Gently.
On hold.
Not because I am waiting for a particular ending.
Not because I am making promises about tomorrow.
But because I have finally understood that I do not have to force an ending onto something whose destiny I cannot see.
What belongs to me is gratitude.
What belongs to me is prayer.
What belongs to me is to continue living the life Allah has given me.
And what belongs to Allah…
is everything else.
So today, with the same hands that once wanted so badly to hold onto you,
I open them.
And I return you to Him.
Ya Allah, I return to You the person You once lent to me.
Please take care of him where I no longer can.
Protect him from harm I cannot see.
Ease the burdens he carries quietly.
Guide every step he takes.
Make him stronger without making his heart hard.
Make him successful without allowing success to take him away from You.
Make him a good man.
A good servant of Yours.
And wherever his road leads after this…
let goodness find him there.
If he is tired, give him rest.
If he is lost, guide him.
If his heart becomes heavy, give him peace.
And when life becomes too loud around him…
Ya Allah,
be the home his heart is searching for.
As for me…
I will walk.
I will live.
I will laugh again.
I will carry on with the responsibilities that still have my name written on them.
And sometimes, without warning, a memory of you will appear.
Perhaps something you once said.
A place.
A scent.
A stupid little moment nobody else would understand.
And I know myself.
I will probably smile.
Let me.
Because a memory does not have to become painful simply because the story changed.
Some memories deserve to remain beautiful.
And ours…
despite everything,
was beautiful to me.
Once, loving you felt like resting after a very long journey.
Today, loving you means something different.
It means being grateful that the journey happened at all.
It means accepting that I cannot control where your road goes next.
It means trusting Allah with the person my hands can no longer hold.
And perhaps…
that is the final thing love is asking from me now.
Not to forget.
Not to erase.
Not even to stop feeling.
Just…
to surrender what I cannot control.
So if this truly is where our love story ends,
then let it end with gratitude.
Not anger.
Not hatred.
Not regret.
And if it isn't…
Allah knows the road back better than either of us ever could.
Until then,
I will not chase tomorrow.
I will not rewrite yesterday.
I will simply treasure what was given to me.
Because once, somewhere in this chaotic world,
I found home in you.
And whatever destiny writes after this will never change one simple truth:
you were here.
I loved you.
I was happy.
And even after the storm,
when your memories quietly walk beside me…
dinda still smiles.
So this is not goodbye, Kanda.
Nor is it a promise to wait.
It is simply Dinda placing something precious back into the hands of the One who gave it.
Ya Allah…
I have loved him as far as I know how.
Now I entrust him to You.
Take care of him for me.
Amin.
13 September 2026


Friday, 11 September 2026

MiloAisSechawan

“Milo ais satu!”
Kalau dapat Milo Dinasour lagi nalek
Itulah aku.
Makan Milo.
Minum Milo.
Tidur Milo.
Kalau boleh mandi Milo, mungkin dah lama aku cuba. Tapi ALLAH kate membazir itu amalan syaitan... Jadi
Janganlah buat okay
Sampai satu ketika orang sibuk suruh boikot Milo pun aku pernah termenung tengok nama blog sendiri.
Patut ke aku tukar nama blog?
Serious.
Pernah terfikir.
KopieAisSechawan
TehXimutAisSechawan
AirMineralAisSechawan
Aaarghhhh Biarkannnnnn
Bukan sebab aku tiba-tiba dah tak suka Milo. Tapi sebab isu boikot waktu itu buat aku rasa macam… alamak, nama blog aku ni dah jadi satu isu geopolitik pula.
Nope
Will never Tukar
Lagi tak.
SirapBandungSechawan?
Ya ALLAH.
Lagiiii lah Tak boleh.
Milo terlalu besar dalam hidup aku.
Jadi biarlah.
Milo kekal Milo.
Aku pernah terbaca satu puisi Bahasa Inggeris lama. Kalau aku tak silap sekitar tahun 80-an. Tajuknya aku dah lupa. Penulisnya pun aku dah lupa.
Yang aku ingat cuma lebih kurang bunyinya,
as it rains outside, having a hot Milo makes me comfortable…
Kemudian ada sebut sesuatu tentang duduk di meja sudut.
Atau mungkin meja tu datang dulu.
Entahlah.
Dah lama sangat.
Aku pun tak pasti aku ingat puisi sebenar atau otak aku dah buat director’s cut sendiri.
Tapi ada sesuatu tentang ayat itu yang aku ingat sampai sekarang.
Milo. Hujan. Duduk diam-diam. Selesa.
Simple.
Sebab zaman aku kecil dulu, Milo ni bukan minuman yang kau boleh bancuh sesuka hati tujuh belas kali sehari.
Hello.
Milo mahal.
Zaman 80-an, bagi aku Milo ni macam minuman orang kaya.
Kalau kau kaya, kau boleh minum hari-hari.
Kalau kau tak kaya…
kau minum bila mak kau kata boleh.
Itu sahaja.
Tak ada negotiation.
Tak ada freedom of beverage.
Zaman tu pula Milo dalam tin
Cara kau nak curi curi bancuh air milo, kena datang dengan skill membuka penutup tin n tutup, sebab kalau sampai ketahuan... Mampuihhhhhh
Aku pula bukan setakat suka minum Milo.
Aku makan Milo.
Caranya?
Ambil roti.
Letak susu.
Lepas tu tabur serbuk Milo atas susu tu bagi dia melekat.
Banyak sikit.
Jangan kedekut.
Kemudian lipat roti dua.
Makan.
Ya ALLAH.
Lain macam sedap dia.
Susu tu buat Milo melekat dekat roti. Lepas tu bila gigit ada roti lembut, susu manis dan serbuk Milo yang tak sempat larut sepenuhnya.
Wahhhhhhhhhhh.
Lagi satu, ambik biskut hup seng hancur hancur kan, jangan halus sangat, jangat besar sangat, letak susu, letak milo sedikit je.. Hmmm aku tipu tp jangan banyak sangat
Letak air sejuk sikit sekadar moist kan die... 
Ehhh kejap macam buat biskut batik
Tapi bukan tuan tuan, zaman awal 80an n awal 90an kek batik takde kene mengena dengan milo... 
Cuba try resepi di atas... 
Bila makan ni, mesti korang akan ingat aku... Hahahaha
Ada texture.
Ada crunch sikit-sikit.
Gitu.
Michelin 5 star kompem, cumanya diaorang tak tahu lagi benda ni.
Kalau viral, dah bercheese cheese 
Harga pun pergi haji balik hari 
RM47 tu dalam tangan... Hahaha
Padahal kita dulu makan atas lantai depan TV sambil tengok power rangers... 
Aku memang dari kecil suka mencari cara buat air Milo yang sedap.
Dan bagi aku Milo is special
Milo letak gula sahaja?
Nope.
Milo tak letak gula, tak letak susu?
Lagi nope.
Milo cair?
Jangan bercakap dengan aku.
Sampailah satu hari masa sekolah rendah, aku jumpa satu Milo yang bagi aku sangat sedap.
Milo kantin sekolah.
Abah bagi aku seringgit untuk pergi sekolah.
Seringgit tu bukan hari hari tau, mungkin seminggu sekali kadang kadang sebulan pun jarang nampak kecuali kau simpan duit sendiri. 
Dengan seringgit itu aku sepatutnya fikir pasal makanan.
Nasi Lemak 
Nugget
Mee goreng 
Bihun sup
Okie aku nak reveal, zaman aku sekolah rendah, makcik kantin perform gile... 
Aku pulak selalu sampai awal sekolah lepas subuh dah naik van
Selalu jadi orang terawal makan nasi lemak... Aduhhhhh lagi satu kesukaan
Ni nantilah aku cerita... 
Masok balik cerite milo... 
Bagi Aku?
Aku cari air Milo.
Dan hari-hari juga aku meratib benda yang sama.
Tak sabar nak bawak sehingghit datang sekolah
Semua sebab milo sekolah
Kenapa Milo sekolah ni sedap sangat?
Aku cuba buat dekat rumah.
Tak sama.
Tambah Milo.
Tak sama.
Tambah susu.
Tak sama.
Tambah macam-macam sampai boleh menyebabkan krisis stok dapur pun…
Boleh menyebabkan menteri ekonomi kat rumah, hambat kau keliling rumah tau... 
Tetap tak sama.
Sampailah satu hari aku buat keputusan bahawa persoalan ini sudah terlalu lama menghantui kehidupan akademik aku.
Aku berdiri depan abang yang buat air tu.
Aku tengok.
Betul-betul tengok.
Biarlah abang tu nak rase perasan atau tidak... 
Research.
Budak lain mungkin sibuk menghafal sifir.
Aku tengah menjalankan industrial espionage dekat kantin sekolah.
Dan akhirnya…
aku jumpa rahsianya.
2 × 2 sudu.
Milo dua sudu.
Susu pun guna sudu yang sama.
Tapi susu tu tak sebanyak dua sudu Milo.
Yang penting, sudu mana kau guna ambil Milo…
sudu itulah kau guna untuk susu.
Bancuh dengan lebih kurang suku gelas air panas.
Kacau.
Kemudian letak ais banyak-banyak.
Wahhhhhhhhh.
Itu dia.
Bertahun aku mencari formula.
Rupanya abang kantin sekolah rendah aku dah crack the code.
Dan sampai sekarang kalau aku fikir pasal Milo ais yang sedap, otak aku masih boleh balik kepada satu gelas dekat kantin sekolah.
Satu ringgit dalam poket.
Seorang budak berdiri memerhatikan abang kantin bancuh air.
Funny kan?
Kadang-kadang benda yang kita ingat sampai tua bukan benda besar pun.
Bukan hari kita dapat nombor satu.1
Bukan hari naik pentas.
Bukan hari orang puji kita.
Kadang-kadang…
cara seseorang menyenduk Milo pun boleh tinggal dalam kepala berpuluh tahun.
Dan mungkin sebab itulah nama ini akhirnya wujud.
MiloAisSechawan.
Okay.
Sekarang soalan penting.
Kenapa chawan?
Actually sebelum pergi kepada CH, aku ada satu lagi masalah.
Kenapa cawan?
Milo ais kot.
Minuman berais kan sepatutnya minum dalam gelas?
Gelas besar.
Banyak sikit.
Barulah berbaloi.
Cawan ni kecik.
Dah lah design kopitiam lama pula tu.
Kalau aku order Milo ais, mestilah aku nak banyak.
Ini bukan tamak.
Ini pemahaman asas mengenai isipadu.
Takkan aku nak bukak kelas, acah acah berlakon cikgu math aku mase sekolah
Tidak tidak
Tapi aku memang pilih chawan.
Dan aku sengaja tulis:
SeCHawan.
Bukan secawan.
CH.
Ejaan lama. We goin back to 1957
Aku suka rupa perkataan itu.
Ada sesuatu yang sentimental pada CH.
Macam perkataan yang datang daripada zaman lain tetapi masih boleh duduk elok dalam dunia aku hari ini.
Bahasa berubah.
Tulisan berubah.
Manusia pun berubah.
Apa yang dahulu ditulis satu cara, hari ini mungkin ditulis dengan cara yang lain.
Tapi aku tak perlukan satu bab sejarah bahasa untuk menerangkan nama blog aku.
Cukuplah CH itu menjadi sesuatuq11 yang lama…
yang aku sengaja simpan.
Sebab bukankah itu juga yang aku buat di sini?
Aku menyimpan benda lama.
Memori.
Tempat.
Dialog.
Bau.
Bunyi.
Orang.
Benda-benda kecil yang pernah berlaku dalam hidup aku dan mungkin satu hari nanti aku sendiri akan lupa kalau aku tidak menuliskannya.
Tapi sebelum CH, ada satu lagi bahagian.
SE.
Se-chawan.
Satu.
Sekali.
Seketui.
One.
Uno.
Hanya satu.
Kenapa satu?
Sebab kadang-kadang sekali itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan kau ingat.
Sekali kau rasa sesuatu yang betul-betul sedap, kau akan ingat.
Sekali kau pergi ke sesuatu tempat pada waktu yang tepat, tempat itu takkan pernah jadi tempat biasa lagi.
Sekali seseorang berkata sesuatu kepada kau pada saat tertentu, ayat itu boleh tinggal bertahun-tahun dalam kepala.
Sekali.
Satu.
Dan satu itu…
Sekali itu orang membuka hati kau, 
Sekali itu ia akan tetap di situ
Sekali itu, 
Hanya sekali 
Dan sekali itu akan membuatkan seluruh dunia kau berubah
Uno
memang hanya satu.
Cuba korang cari blog macam aku.
Takkan jumpa.
Cuba cari orang yang sama macam aku.
Lagi takkan jumpa.
Bukan sebab aku manusia paling special atas muka bumi.
Relax.
Tapi sebab aku cuma ada satu.
Macam korang juga.
Dalam dunia ni mungkin akan ada orang yang... 
Kerja sama.
Minum Milo sama.
Perangai pun mungkin sama-sama pelik.
Tapi tak ada seorang pun yang menjalani setiap saat yang sama seperti kau.
Tak ada orang yang menyimpan susunan memori yang sama.
Tak ada orang yang melihat sesuatu melalui mata yang sama.
Kita masing-masing cuma ada satu.
Se.
Dan yang penting hanya ada SATU SANG PENCIPTA, ALLAH swt. 
CHawan.
Dan kemudian…
ada Milo di dalamnya.
Ini bahagian yang aku paling suka.
Pernah tak korang bancuh Milo ais kemudian tinggal lama sangat?
Jangan habiskan cepat.
Biarkan.
Nanti tengok.
Koko dan malt dalam Milo itu perlahan-lahan akan turun ke bawah.
Mendap.
Bahagian atas mula berubah.
Kalau air banyak sangat, atas tu boleh jadi cair.
Rasa pekat tadi semuanya macam berkumpul dekat dasar.
Sebab itulah kalau Milo dalam gelas besar dan kau biarkan lama sangat…
kau minum bahagian atas dan rasa,
eh…
mana pergi Milo aku tadi?
Dekat bawah, nyah.
Kau ingat KoKo tu nak stay forever ke? 
Haishhhhlah... 
Semua yang sedap duduk dekat bawah.
Jadi kau kne kacau semula dengan kuat, 
Godak balik... 
Tapi aku pilih chawan kecil.
Chawan kopitiam lama.
Kecil.
Orang selalu fikir tak best sebab tak sebesar gelas.
Tak banyak.
Tak puas.
Tapi dalam chawan kecil…
dasarnya tidak jauh daripada permukaan.
Bila Milo mendap, rasa itu tidak pergi terlalu jauh.
Yang pekat masih dekat.
Yang manis masih dekat.
Koko itu masih dekat.
Malt itu masih dekat.
Kau kacau sedikit…
Goyang je ais tu sedikit... 
semuanya naik semula.
Atau mungkin rasa milo tu tak mendap pun, sebab cawan terlalu kecil, semua rasa masih sama
Masih di situ cuma tidak nampak
Sering di salah tafsirkan kerana hiasan chawan kopitiam di luarannya. 
Dan tiba-tiba aku rasa…
mungkin itulah juga cara aku menulis.
Setiap cerita yang aku ceritakan datang daripada satu memori yang pernah aku jalani.
Kadang-kadang aku cerita pasal tempat.
Kadang-kadang pasal makanan.
Kadang-kadang pasal perfume.
Kadang-kadang pasal kasut.
Kadang-kadang pasal bandar.
Kadang-kadang benda random yang langsung tak ada kepentingan kepada pembangunan negara, bangsa dan agama
Serta ekonomi setempat dan pakar it
Selamat Hari Malaysia
Perghhhh bapak randommm giler... 😅 
Cerita aku... 
Di permukaan, itulah ceritanya.
Tapi dalam setiap memori itu…
selalunya ada layer lain yang aku cuba sampaikan.
Kadang-kadang aku sendiri tak sedar layer itu ada ketika mula menulis.
Aku cuma menulis.
Kemudian semakin lama aku kacau…
semakin banyak benda dari dasar naik ke permukaan.
Ada rasa.
Ada manusia.
Ada kehilangan.
Ada kasih.
Ada benda kelakar.
Ada benda yang dulu aku tak faham tetapi sekarang baru aku faham.
Dan ada juga perkara yang aku sengaja biarkan dekat dasar.
Tak semua benda perlu aku angkat dan tunjuk kepada orang.
Kalau kau baca permukaannya sahaja…
tak apa.
Cerita itu masih cerita.
Milo itu masih Milo.
Tapi kalau kau jenis yang suka mengacau sampai bawah…
mungkin kau akan jumpa rasa yang lain.
Rasa koko, 
Rasa Susu
Rasa Sejuk
Ibarat puisi, ini bukan cerita sekadar MiloAisSeChawan, 
Jika kau memahaminya, maka kau faham setiap rasa di dalam minuman itu
Sebab tulisan aku memang begitu.
Mungkin sebab itu juga aku tak pernah jadi menukar nama blog ini.
Sebab selepas bertahun-tahun…
aku baru sedar aku bukan sekadar menamakan blog aku berdasarkan minuman yang aku suka.
Tanpa aku sedar…
aku sudah menamakan cara aku mengingati hidup.
Satu memori.
Satu rasa.
Satu cerita.
Dan di bawah setiap satunya…
ada sesuatu yang mendap.
Kalau kau mahu tahu keseluruhan rasanya,
jangan tengok permukaan sahaja.
Kacau sedikit.
Kadang-kadang yang paling pekat…
memang duduk dekat dasar.
Dan kerana ini bukan gelas besar,
dasarnya tidak pernah terlalu jauh.
Ia masih di situ.
Dekat.
Pekat.
Manis.
Seperti dulu.
Aku menulis blog dari hati
Aku menutup tulisan aku kerna hati
Semoga ada hati yang membaca dan memahami cerita ku ini... 
Itulah MiloAisSechawan.

Jom Sakit Hati Sama - Sama

sakit hati la hai tulis blok pakai komputer.... jenuh dah ni tulis line by line... nak bagi effect emosi.. last skali habis jadi 1 perenggan.. tulis pakai enpon jugak baru jadi.. tapi kan tengah buat kerje.. aduiiiii.. bagi lah chance komputer... jadikanlah .. line by line .. baruuuuu panjanggggg sampai 18 muka surat.... lately ni cerite penuh emosi kan cerite kelakar takde nak tulis ke? ada.... banyak.... dah list kan dah.... mungkin nanti kita akan beralih ke cerite kelakar, easy reading ... fun fun tiada arah tujuaan.... cerite yang pelik pelik je hahahahahah betullah korang imagine ae tajuk cerite japppppppppp haaaaaaa OLD town White Coffee kenapa sebab aku suka tu je sekian hahahahahah betullah tapi ni bukan sebab aku nak cerite bab tu ni aku nak luahkan perasaaan... aduiiii komputer.... pleaseeeeeeeeeee whyyyy jadi 1 perenggan penatlah macam ni malas nk edit pakai telepon dah lah sye nk sambung kerje.... sekian jom dengar lagu cina

Thursday, 10 September 2026

Owhhh Angin... Dengan Mu... Ku teruskan Berjalan

Di saat aku merasakan dia berhenti menggenggam erat tanganku… aku pula yang melepaskan tangan. Bukan kerana tangannya menarik pergi. Tidak. Dia tidak menolakku. Dia tidak pernah menolak tubuhku jatuh dari curam itu. Dia juga tidak menarik tangannya lalu meninggalkan aku di situ. Cuma… genggaman itu terasa semakin longgar. Sedikit demi sedikit. Dan aku mula takut. Takut kalau suatu hari nanti aku masih menggenggam sekuat hati… sedangkan tangannya sudah tidak mempunyai kekuatan untuk menggenggamku kembali. Aku pandang tangan kami. Aku pandang dia. Aku senyum kecil Kemudian aku lepaskan. Bukan kerana aku mahu. Kerana aku sayang. Aku tahu ada kehidupan yang sedang menunggunya. Ada tanggungjawab yang perlu dia pikul. Ada manusia yang memerlukannya. Ada jalan yang perlu dia teruskan. Dan mungkin… selagi tanganku masih berada di situ, dia akan terus cuba menggenggam. Walaupun penat. Walaupun sakit. Walaupun seluruh dunianya meminta dia melepaskan. Jadi biarlah aku yang melakukannya. Aku buka jemariku satu persatu. Dan aku jatuh. Aku senyum kepadanya Aku biarkan tubuhku dibawa ke dasar. Kayu menghentam. Batu melukakan. Ranting mengoyakkan. Aku tidak tahu berapa lama aku jatuh. Sehingga akhirnya tubuhku terhempas di dasar. Sunyi. Aku masih hidup. Tapi untuk beberapa ketika… aku takut membuka mata. Bukan kerana takut melihat darah. Bukan kerana takut melihat luka. Bukan juga kerana sakit tubuhku yang baru sahaja dihentam sepanjang kejatuhan tadi. Aku takut membuka mata kerana apabila aku membuka mata… aku perlu menerima bahawa orang yang tangannya aku genggam tadi sudah tiada di sini. Mungkin aku tidak akan melihatnya lagi. Mungkin aku tidak akan mendengar suaranya lagi. Mungkin untuk seluruh kehidupan selepas ini… aku perlu belajar hidup tanpa susuk itu. Dan fikiran itu membuatkan dadaku sesak. Ya ALLAH… sakitnya. Lebih sakit daripada luka pada jasadku. Lebih sakit daripada batu yang menghentam tubuhku. Lebih sakit daripada ranting yang mengoyakkan kulitku sepanjang perjalanan tadi. Kalau aku mati ketika itu… mungkin bukan kerana tubuhku cedera akibat jatuh. Mungkin kerana rasa sakit yang memenuhi dadaku sehingga aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak bernafas. Aku letakkan tangan di dada. Masih berdegup. Laju. Seolah-olah jantungku sedang mencari seseorang. Aku pejam mata semula. Dan entah daripada mana datang kekuatan itu… aku berdiri. Kemudian aku berjalan. Kemudian… aku berlari. Iya. Aku mampu berlari. Aku berlari ketika dadaku masih sesak. Aku berlari ketika kakiku masih sakit. Aku berlari ketika sebahagian diriku masih mahu duduk di dasar itu dan menunggu. Aku berlari selaju yang aku mampu… mengejar kehidupan yang sudah bergerak jauh di hadapan. Kerana hidup aku tidak berhenti hanya kerana hati aku mahu berhenti. Ada kerja. Ada tanggungjawab. Ada manusia yang menunggu aku. Ada impian yang masih mempunyai nama aku padanya. Ada kisah hidup aku sendiri yang masih perlu diteruskan. Semuanya perlu berjalan seperti biasa. Jantung aku masih laju, memanggil nama si pemiliknya aku pegang jantung ku mengharapkan ia reda semoga aku dapat meneruskan perjalanan ini Maka aku berjalan seperti biasa. Aku bercakap seperti biasa. Aku bekerja seperti biasa. Aku ketawa seperti biasa. Kadang-kadang terlalu kuat… supaya tiada siapa mendengar sesuatu yang masih menangis di dalam. Dan manusia melihat aku berlari. Mereka mungkin fikir… dia dah okay. Mungkin juga mereka fikir… dia dah move on. Biarlah. Kerana hanya aku tahu… kaki boleh berlari jauh mendahului hati. Hatiku masih jauh di belakang. Masih menyebut satu nama. Masih menyimpan satu rasa. Masih memberitahu aku apa yang sebenarnya dia mahu. Aku tahu. Aku dengar. Setiap hari aku dengar. Tapi aku pujuk perlahan-lahan. Redalah, wahai hati. Jangan kau nyanyi-nyanyikan lagi nama yang sudah jauh dariku. Berhentilah berdegup terlalu laju, wahai jantungku. Tiada susuk yang engkau nanti di sini. Janganlah membungkam, wahai dadaku. Leraikanlah sedikit demi sedikit ikatan rindumu. Kalau rindu itu terlalu berat untuk kau bawa… jadikanlah ia doa. Titipkan kepadanya setiap hari. Ya ALLAH… jagakan dia. Permudahkan jalannya. Lapangkan dadanya. Kuatkan langkahnya. Jadikan dia manusia yang dia perlu jadi. Bawalah dia kepada kejayaan yang selama ini dia kejar. Dan kalau untuk dia sampai ke sana… aku tidak boleh berjalan di sebelahnya, maka ajarkan aku berjalan di jalan aku sendiri. Aku tidak meminta rasa ini dibunuh. Tidak. Kerana rasa kasih itu juga datang daripada-Mu. Aku cuma meminta… ajarkan aku membawa kasih ini tanpa mengganggu langkahnya. Itu sahaja. Hari demi hari aku berjalan. Semakin jauh meninggalkan hutan. Semakin jauh meninggalkan curam. Pokok-pokok yang dahulu tinggi menutupi pandanganku semakin kecil di belakang. Aku tidak lagi nampak puncaknya. Dan aku tidak tahu apa yang sedang berlaku di atas sana. Kadang-kadang aku mahu berpaling. Kadang-kadang hati berbisik, What if? malangnya If itu tidak wujud Aku diam. erus berjalan. Kerana kalau aku berpaling terlalu lama… aku takut kakiku akan mahu pulang. Sedangkan aku tahu kenapa aku melepaskan tangan itu. Bukan kerana aku tidak mahu menggenggamnya. Aku lepaskan kerana aku tahu… kalau aku benar-benar menyayanginya, aku juga perlu memberi ruang untuk dia bergerak. Untuk dia bernafas. Untuk dia menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan. Untuk dia menjadi manusia yang dia perlu jadi. Dan aku? Aku perlu belajar sesuatu yang sama. Menjadi manusia yang aku perlu jadi… walaupun kali ini, aku perlu berjalan seorang diri. Aku terus melangkah. ketika aku sedang berjalan meninggalkan hutan itu, angin datang perlahan. Menyusuri celah-celah daun. Daun-daun bergesel sesama sendiri. seakan membisikan sesuatu Shhhhhhh… aku terpinga pinga Aku berhenti. bunyi daun itu sangat aku kenali Entah kenapa bunyi itu membuatkan aku rasa tenang. Aku tutup mata. Untuk sesaat… aku rasa seperti ada sesuatu yang berjalan bersama aku. Bukan jasad. Bukan tangan. Bukan suara. Cuma rasa. Aku tersenyum. Mungkin cuma angin. Iya. Angin sampaikan khabar ku padanya samapikan rinduku padanya semoga aku terus kuat untuk berjalan Aku sambung berjalan. Tetapi selepas beberapa langkah… angin itu datang lagi. Kali ini aku tidak berhenti. Aku biarkan ia menyentuh wajahku. Aku tersenyum merasa hadirnya angin itu terasa gembira terasa hidup dan rasa itu membuatkan hati ku kembali bernyawa Kemudian aku berjalan lagi. Kerana akhirnya aku faham… aku tidak perlu berhenti menyayangi seseorang untuk melepaskannya. Aku tidak perlu melupakan seseorang untuk meneruskan kehidupan. Dan aku tidak perlu memiliki seseorang… untuk mendoakan seluruh dunianya. Kerana sayang, aku doakan. dan di dalam doa ku dia ada jika dia masih di dalam doa ku setiap waktu maka ALLAH izinkan dia untuk tetap berada dalam hati ku Mungkin suatu haari dia melupakan aku Maka ALLAH izinkan untuk dia terus hilang dari diri ku sehingga saat itu Aku tersenyum kecil. Angin masih berada di sekelilingku Menemani Ku di setiap langkah Aku pejamkan mata Duhai angin temanilah aku Kemudian terus berjalan.

Tuesday, 8 September 2026

Janji Genggam Tangan Ini?

Aku berada di tepi curam yang tinggi.
Di sekelilingku dipenuhi pokok-pokok tinggi, ranting-ranting tajam dan batu-batuan yang entah berapa lama sudah berada di situ.
Aku berdiri semakin hampir ke tepinya.
Aku tunduk memandang ke bawah.
Dalam.
Gelap.
Aku sendiri tidak nampak di mana penghujungnya.
“Dengan sekali tolak je… boleh jatuh ke bawah ni.”
Aku berkata sambil memandang insan yang aku sayang.
Dia menggenggam tangan aku.
“Taklah. I will go with you through thick and thin. Genggam tangan sampai bila-bila… walaupun tsunami melanda.”
Aku tersenyum.
Tapi jauh di dalam hati…
I doubt about it.
Entah kenapa.
Kata-kata daripada hati aku jarang memberikan jawapan yang salah.
Aku mahu percaya.
Sungguh.
Aku mahu percaya tangan itu akan terus menggenggam tangan aku.
Aku mahu percaya kalau dunia datang dengan ributnya, kami akan berdiri di tempat yang sama.
Aku mahu percaya kalau aku tergelincir, tangan itu akan menarik aku kembali.
Tapi hati aku masih berbisik.
Are you sure?
Dan akhirnya…
tangan yang menggenggam tanganku itu melepaskan.
Aku jatuh.
Bukan ditolak.
Bukan juga kerana aku tidak sempat berpaut.
Aku jatuh kerana pada saat tangan itu melepaskan aku…
aku juga berhenti berpaut kepadanya.
Kerana mungkin jauh di sudut hati, aku sudah tahu.
Hal ini akan berlaku.
Tubuhku mula menjunam ke bawah.
Mata aku masih melekat kepadanya.
Semakin jauh.
Semakin kecil.
Sehingga wajah itu hampir tidak lagi kelihatan.
Anehnya…
aku tidak marah.
Aku tidak menyalahkan dia kerana melepaskan aku.
Kerana aku tahu…
aku juga melepaskan genggaman itu.
Kemudian aku pejamkan mata.
Aku diam.
Aku biarkan jasadku jatuh.
Biar.
Biar jasadku dihentak.
Biar maruahku dihempas.
Biar emosiku dipukul.
Biar mentalku dihancurkan.
Kayu.
Batu.
Ranting.
Pokok.
Apa sahaja yang berada sepanjang kejatuhan itu…
biarkan.
Tubuhku terhentak ke sana sini.
Ada yang mencalarkan.
Ada yang mengoyakkan.
Ada yang mematahkan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak membaikinya.
Aku masih menutup mata.
Aku tidak mahu melawan.
Aku tidak mahu berpaut lagi.
Aku cuma mahu jatuh.
Dan untuk suatu ketika…
aku biarkan diri aku berada dalam keadaan itu.
Entah berapa lama.
Sehingga akhirnya semuanya berhenti.
Sunyi.
Aku tidak tahu sama ada aku sudah sampai ke dasar atau aku sekadar berhenti di suatu tempat.
Yang aku tahu…
aku tidak lagi jatuh.
Perlahan-lahan aku membuka mata.
Aku cuba berasimilasi dengan keadaan sekarang.
Aku berada di bawah sebuah curam yang sunyi.
Tiada suara.
Tiada tangan.
Tiada manusia.
Yang aku dengar cuma hening.
Aku mendongak.
Mencari puncak tempat aku berdiri tadi.
Tapi puncak itu sudah tidak kelihatan.
Terlindung oleh pokok-pokok.
Batu-batuan.
Ranting-ranting yang bersilang.
Seolah-olah tempat itu tidak pernah wujud.
Aku masih terbaring di sini.
Dan buat pertama kali…
aku tidak memikirkan bagaimana hendak kembali ke atas.
Aku memikirkan sesuatu yang jauh lebih asas.
Bagaimana aku hendak bangun?
Bagaimana aku hendak bernyawa semula?
Bagaimana aku hendak berjalan?
Bagaimana aku hendak berlari?
Bagaimana aku hendak menjadi seperti biasa?
Aku cuba melihat diri sendiri.
Dan dalam kepala aku hanya ada satu ayat.
Now I'm only half of the woman I was.
Separuh.
Mana pergi separuh lagi?
Entah.
Mungkin tersangkut dekat ranting tadi.
Mungkin pecah dekat batu.
Mungkin terkoyak sepanjang perjalanan aku jatuh.
Atau mungkin sebahagiannya masih berada di atas sana.
Aku pejam mata semula.
Penat.
Aku tak tahu dari mana hendak bermula.
Kemudian entah bagaimana…
aku bangun sedikit.
Longlai.
Sakit.
Aku memandang satu jasad di hadapan aku.
Aku kenal dia.
Aku merangkak menghampirinya.
Aku memeluk dia.
Rapat.
Dan akhirnya aku berkata,
“Dah…”
“Cukup.”
“Jom.”
Aku peluk dia lagi.
“Mari kita bangun.”
Dia tidak bergerak.
Aku tahu dia penat.
Aku tahu dia sakit.
Sebab dia…
adalah aku.
“Jomlah…”
Aku pujuk lagi.
Walaupun memerlukan seribu kali ganda kekuatan.
Walaupun memerlukan seribu kali ganda tenaga.
Walaupun untuk berdiri sahaja terasa seperti perlu mengangkat seluruh dunia…
kita terpaksa.
“Bangunlah, duhai myself.”
“You need to wake up.”
Aku tarik tangannya.
“We didn't belong up there.”
Aku berhenti.
Kemudian perlahan-lahan aku berkata,
“We never were.”
Mungkin itu yang paling sakit untuk diterima.
Ada tempat yang kita terlalu mahu menjadi milik kita…
sehingga kita sanggup berdiri terlalu lama di tepinya.
Sedangkan mungkin dari awal lagi…
kita tidak pernah benar-benar mempunyai tempat di situ.
“Jomlah…”
Aku berkata kepada diri sendiri.
Aku mula mengutip satu persatu apa yang jatuh bersama aku.
Sedikit maruah yang masih tinggal.
Sedikit keyakinan.
Sedikit keberanian.
Sedikit harga diri.
Impian.
Kepercayaan.
Senyuman.
Aku kutip semuanya.
Ada yang masih sempurna.
Ada yang retak.
Ada yang pecah.
Ada yang terkoyak sehingga aku sendiri tidak tahu bahagian mana harus dicantumkan dengan bahagian mana.
Aku cuba juga.
Satu demi satu.
Yang tercicir…
aku kutip.
Yang terkopak…
aku pegang.
Yang terkoyak…
aku cuba cantumkan.
Yang sudah hancur…
aku masukkan sekali.
Entahlah.
Mana tahu suatu hari nanti aku tahu bagaimana hendak membaikinya.
Longlai tubuhku.
Tapi aku gagahkan juga untuk berdiri.
Kemudian datang satu bisikan.
Run.
Aku diam.
Berlari?
Mampukah aku?
Mampukah aku berlari semula?
Mampukah aku tersenyum seperti biasa?
Ketawa seperti biasa?
Berdiri di hadapan dunia dengan keyakinan yang sama?
Mampukah aku menjadi perempuan yang bijak…
pandai…
cantik…
confident…
seperti dahulu?
Aku tunduk melihat diri sendiri.
Nope.
That was the woman I used to be.
Half of her already crumbled.
Dan walaupun suatu hari nanti aku berjaya mencantumkan semuanya…
aku tahu kesannya akan tetap ada.
It will always stain me.
Aku mungkin boleh berjalan seperti biasa.
Aku mungkin boleh ketawa.
Aku mungkin boleh bekerja.
Aku mungkin boleh masuk ke bilik mesyuarat dengan kepala tegak seperti tiada apa pernah berlaku.
Aku mungkin boleh kembali memakai lipstick, perfume, kasut cantik dan bercakap dengan penuh yakin.
Orang mungkin melihat aku dan berkata,
“She is okay.”
Tapi aku akan tahu.
Ada bahagian dalam diri ini yang pernah pecah.
Ada tempat yang kalau disentuh…
masih sakit.
Dan tiba-tiba aku terfikir…
kalau aku tidak mampu menjadi perempuan yang dahulu…
adakah itu bermaksud aku sudah kalah?
Aku diam.
Kemudian aku angkat tangan kananku.
Aku letakkan perlahan-lahan di dada.
Ada degupan.
Masih ada.
Aku pejam mata.
Dan kali ini…
aku tidak bercakap kepada dunia.
Aku tidak bercakap kepada manusia yang pernah menggenggam tanganku.
Aku bercakap kepada hati.
Duhai hati…
kau bukan milik aku sepenuhnya.
Kau milik SANG PENCIPTA.
Rasa kasih itu datang daripada-NYA.
Rasa sayang itu datang daripada-NYA.
Dan kalau semua rasa itu datang daripada-NYA…
maka sumber kekuatan untuk membawa aku keluar daripada tempat ini juga datang daripada-NYA.
Aku tarik nafas.
Kun Fayakun.
Jadilah.
Maka jadilah ia.
Ada perkara yang sekuat mana kita cuba menghalangnya…
kalau ALLAH mengizinkan ia berlaku,
ia tetap akan berlaku.
Dan ada perkara yang kita fikir mustahil untuk kita lalui…
tetapi kalau ALLAH mahu kita melaluinya,
entah bagaimana…
kita akan melaluinya juga.
Mungkin bukan dalam keadaan yang sama.
Mungkin bukan sebagai manusia yang sama.
Tapi kita akan melaluinya.
Jika inilah jalan yang SANG PENCIPTA mahukan…
maka inilah jalan yang harus aku jalani.
Aku membuka mata.
“Marilah, wahai diri…”
“Kembalilah dikau kepada kehidupan.”
Aku tahu kau penat.
Aku tahu tubuhmu masih sakit.
Aku tahu ada bahagian daripada dirimu yang mungkin tidak akan kembali seperti dahulu.
Tapi pandang aku.
Kita masih di sini.
Masih bernafas.
Masih mempunyai hati.
Masih mempunyai Tuhan.
Bukankah itu sudah cukup…
untuk kita bermula?
Tak perlu berlari hari ini.
Berdiri dulu.
Kalau tak mampu berdiri…
duduk.
Kalau duduk pun terasa terlalu berat…
merangkaklah.
Perlahan-lahan.
Kita tidak sedang berlumba dengan sesiapa.
Curam itu sudah terlalu banyak mengambil daripada kita.
Jangan kita serahkan kepadanya satu perkara terakhir yang masih kita ada.
Keinginan untuk hidup.
Aku pandang tangan kananku.
Tangan yang suatu ketika dahulu mengharapkan genggaman manusia lain.
Aku genggam tangan itu sendiri.
Kuat.
“Jom.”
Aku memujuknya.
“Kita balik.”
Tapi…
balik ke mana?
Aku mendongak.
Puncak itu sudah tidak kelihatan.
Jalan yang membawa aku ke sana sudah tertutup.
Aku tersenyum sedikit.
Mungkin…
aku memang tidak perlu kembali ke sana.
Mungkin tugas aku bukan memanjat semula curam yang sama.
Mungkin dekat bawah sini…
ada jalan lain.
Jalan yang aku tidak pernah tahu wujud kerana selama ini aku terlalu sibuk memandang ke atas.
Aku bangun.
Untuk pertama kali sejak aku jatuh…
aku berhenti mencari manusia yang pernah melepaskan tangan aku.
Aku tidak lagi mendongak untuk melihat sama ada dia masih berada di atas sana.
Aku pandang ke hadapan.
Sunyi.
Gelap.
Aku tidak tahu apa yang menunggu aku.
Tapi dari celah-celah ranting…
ada sedikit cahaya.
Kecil.
Sangat kecil.
Tapi cukup untuk aku melihat satu langkah di hadapan.
Hmmm.
Satu langkah pun jadilah.
Kerana mungkin selama ini aku salah.
Aku fikir untuk meneruskan hidup…
aku perlu menjadi semula perempuan yang pernah berada di atas sana.
Bijak.
Pandai.
Cantik.
Confident.
Perempuan yang ketawa seolah-olah dunia tidak pernah menyentuhnya.
No.
Aku tak perlu menjadi dia semula.
She existed.
She loved.
She fell.
And perhaps that should have been the end of her story.
But it wasn't.
She survived.
Perempuan yang akan berjalan keluar daripada dasar curam ini mungkin tidak akan sama.
Akan ada parut.
Akan ada bahagian yang tidak sempurna.
Akan ada hari tertentu apabila dia teringat bagaimana rasanya jatuh.
Biarlah.
Kerana parut tidak bermaksud aku masih terjatuh.
Parut cuma membuktikan…
aku pernah jatuh.
Dan tubuh ini masih memilih untuk sembuh.
Aku letakkan tangan di dada sekali lagi.
Degup.
Degup.
Degup.
Masih ada.
Perlahan…
tetapi ada.
Dan selagi ALLAH masih mengizinkan jantung ini berdegup…
ceritaku belum selesai.
Kun Fayakun.
Jika DIA mengizinkan aku jatuh sehingga ke dasar ini…
DIA juga mampu membuka jalan yang aku tidak pernah tahu wujud.
Maka hari ini…
aku tidak berjanji untuk menjadi kuat.
Aku tidak berjanji esok aku tidak akan menangis.
Aku tidak berjanji aku tidak akan memandang curam itu lagi.
Dan aku juga tidak tahu bila aku akan mampu berlari semula.
Aku cuma berjanji satu perkara kepada perempuan yang sedang aku genggam tangannya ini.
Aku tidak akan meninggalkan kau di sini.
Jom.
Kita jalan.
Satu langkah.
Kemudian satu lagi.
Dan satu lagi.
Tak perlu tahu sejauh mana.
Tak perlu tahu bila akan sampai.
Kita cuma perlu terus hidup cukup lama untuk melihat ke mana jalan ini membawa kita.
Dan mungkin…
suatu hari nanti…
aku akan berlari semula.
Bukan seperti perempuan yang dahulu.
Tetapi sebagai perempuan yang pernah jatuh dari curam paling tinggi dalam hidupnya…
mengutip dirinya satu persatu di dasar…
dan memilih untuk bangun.
Pada hari itu aku mungkin akan menoleh ke belakang.
Curam itu masih ada.
Parut itu juga masih ada.
Memori itu mungkin masih ada.
Tapi aku sudah tiada di sana.
Aku sudah berjalan jauh.
Dan akhirnya aku akan faham—
curam itu bukan tempat hidup aku berakhir.
Ia cuma tempat…
aku memilih untuk hidup semula.

SELESANYA BAJU RUNNING N SELUAR RM10

Hari ni aku kembali memakai seluar makcik dan T-shirt sukan... selesanya hidup   Seluar RM10, T-shirt pergi running, rambut bun... maka bangun pagi pun tak adalah rambut singa mengembang satu kepala. Baju-baju comei yang dibeli khas kononnya untuk sleeping tu kita letak tepi dulu... lain kali lah pakai balik, ataupun rindu-rindu nanti kita pakai balik. What is your comfy outfit at home? Aku... sport attire, dulu, kini dan selamanya. Mudah, senang dan pantas. Tapi masa aku dekat tempat kerja lama, kalau duduk rumah memang banyak pakai skirt panjang dengan blouse... senang, kalau orang datang terus sarung cardigan atau sweater, settle. Sebab tu aku ada banyak skirt dan blouse panjang. Bila pindah apartment ni... kembali semula kepada baju running dan seluar RM10 pujaan hati. Pernah orang tegur, “Memang suka pakai baju makcik-makcik ye kat rumah?” Aikkkkkk... blouse aku dikatakan makcik? Kamonnnn... bunga-bunga tu design okay, bukan makcik. 
Bila bercakap tentang pakaian dekat rumah, paling relatable dengan perempuan mestilah T-shirt besar-besar... pakai dengan seluar boleh, pakai begitu pun boleh... faham-faham sendiri lah.  Sebab dekat rumah kita sebenarnya bukan mencari pakaian paling cantik, kita mencari keselesaan. Tapi menariknya... keselesaan tak semestinya datang dalam satu hari. Ada baju baru sekali sarung terus rasa, “Haaa... ni aku.” Ada pula dah berkali-kali pakai pun masih rasa tak kena... padahal duduk rumah je. Cuba buka almari dan fikir, daripada berpuluh-puluh helai baju yang kita ada... berapa helai sebenarnya yang kita ulang pakai? Yang tu juga kita cari, yang tu juga kita capai. Kadang-kadang terjumpa pula baju Under Armour lama yang dah berkurun tersimpan... brand tu mungkin dah tak berada dalam zaman kegemilangannya dalam almari kita, tapi bila sarung balik... eh, masih sedap, masih ngam, masih rasa sesuai untuk ke mana-mana. Mungkin sebab kita pernah terlalu biasa dengannya... kita dah tahu bagaimana ia terletak pada badan, bila sesuai dipakai, apa yang sesuai dengannya... tak perlu fikir banyak, kita cuma pakai.
Tapi tak semua pakaian begitu... ada yang kita nak pakai lagi, ada yang kita dah tak nak, ada yang masih mempunyai sebab untuk dipakai dan ada yang hanya kita keluarkan pada waktu-waktu tertentu. Ada juga pakaian yang kita suka sangat dulu... kita jaga, kita cari kalau tak jumpa, kita rasa cantik bila memakainya, malah mungkin pernah menjadi benda pertama yang tangan kita capai setiap kali membuka almari... tetapi akhirnya kita lipat dan abadikan sahaja di dalam laci. Bukan sebab pakaian itu tiba-tiba buruk, bukan juga sebab kita menyesal pernah memakainya... mungkin ia masih cantik, masih elok dan kalau ditanya kita mungkin masih suka. Cuma... sebab untuk memakainya telah hilang. Rupanya bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru, sama seperti bukan semua benda yang pernah membuat kita selesa perlu kekal digunakan selama-lamanya... dan sesuatu yang kita simpan juga tidak bermaksud kita membencinya. Kadang-kadang kita simpan sebab kita tahu... ia pernah sangat sesuai dengan kita, pada satu waktu dahulu.
Jadi pilihlah apa yang sesuai dengan anda... apa yang anda selesa, apa yang anda mahukan. Tak perlu paksa sesuatu hanya kerana ia pernah menjadi kegemaran, dan tak perlu membuangnya hanya kerana hari ini kita sudah tidak memakainya... simpan kalau mahu, pakai kembali kalau suatu hari nanti masih sesuai, dan kalau tidak... biarkan ia berada di tempatnya. Mungkin itu yang terbaik untuk anda. Anyway... selepas panjang lebar berfalsafah mengenai pakaian, keselesaan, almari dan kehidupan pada pagi ni... kesimpulannya tetap satu — seluar RM10 menang.  Sport attire dulu, kini dan selamanya... baju sleeping comei-comei tu kita simpan dulu. Rindu-rindu nanti... kita pakai balik.

Sunday, 6 September 2026

Bau Yang Mempunyai Memori : The Scent That Stays

Aku baru sedar satu benda. Dunia perfume ni bahaya. Bukan bahaya sebab apa. Bahaya sebab semuanya selalu bermula dengan ayat, “Aku nak tengok je.” Masuk kedai. Spray sikit dekat tangan. Bau. Hmmm. Not bad. Jalan lima langkah. Bau tangan lagi. Eh... sedap pula. Masuk kedai lain. Bau tangan lagi. Setengah jam kemudian kau masih berjalan sambil hidu pergelangan tangan sendiri macam mempunyai masalah. Balik rumah... Google. HAHAHAHAHAHA. Begitulah bermulanya kehancuran kewangan. Kalau nak murah Perfume Paradise, RM10 ni bersepah dekat rumah aku bau fruity tapi aku ni jenis, lantak kan aje Pastu Lotion Bath & Body Wash Ni kedai paling aku suka sebab orang orang encema macam aku sangat berkawan baik dengan lotion sephora, ni kalau agak agak nak menghabiskan duit CK memang favourite dari dulu yang lain lain tu depend aku ni sejenis... orang bagi je aku pakai tak kisah lah bau di macam mana skali pun Lately aku banyak nampak perfume Arab dekat pasaran. Dan satu benda pasal perfume Arab ni... kat tiktok bersepah sepah tapi aku baru dalam bidang ni botol dia bukan main lagi. Ada yang nampak macam perfume. Ada yang nampak macam barang perhiasan istana. Ada yang kalau letak atas meja, aku sendiri tak pasti nak spray dekat badan atau gosok botol tu tiga kali sambil tunggu Aladdin keluar. Tapi aku suka perfume Arab sebab bagi aku bau dia ada character. Ada oud. Ada amber. Ada musk. Ada vanilla. Ada macam-macam notes yang aku sendiri baru belajar. Tapi lately bau coconut macam trend plal BBW ada buat tapi ok je lah CK body mist berjaya bagi aku n aku tak sangka bauan arab pun ada juga Tapi please. Bukan coconut yang bau macam santan nak buat rendang. Kita masih ada standard. Aku suka coconut yang creamy, warm, ada sweetness sikit... kemudian bila lama-lama keluar fruity notes dekat belakang. Jenis yang first spray kau bau, “Eh... sedap.” Lima minit kemudian, “Eh, lagi sedap.” Dua jam kemudian masih melekat dekat baju. Macam aku cakap tadi, kebijaksana sini siti situ tiada dalam bidang bau bauan Aku cakap bau coconut tu sedap sbb tetibe semua pun di coconut kan kalau macam yang normal aku cari yang bau macam chewing gum or bubble gum lah kan Then one day aku mendapat kelas tambahan yang aku tak pernah minta. Tentang perfume. Daripada seorang manusia yang apparently mempunyai banyak perfume. Aku ingat perfume ni konsep dia simple. bau dia wangi... spray kat tangan dua kali, kat tengkok 2 kali siapppppppp dah jom mulakan hari anda dengan vico Rupanya tidak. Ada silibus. Ada teori. Ada practical. Ada assessment berdasarkan cuaca. mande siakkkkkkk Katanya sesetengah perfume boleh layer. Layer? Ini dak echah punye cerite, sampai berbotol beli... yang sales girls tu pun mengajar mula - mula bau ni kak, akak jalan sikit pastu nanti jadi bau ni Iye. aku tak tipu cerite ni kisah benar Satu perfume jadi base. Kemudian tambah satu lagi scent. Kadang-kadang gabungan dua bau tu menghasilkan character yang lain. Aku dengar dengan penuh khusyuk. Dalam kepala aku cuma fikir... Patutlah sesetengah manusia lalu sebelah kita macam mempunyai background music sendiri. music kan banyak layer bunyi, ada bass, ada lead, ada drum, ada backap vokal macam tu lah bau bauan wangian, konpius.... korang konpius tak Belum habis kelas dari orang yang banyak perfume... jom kita sambung kelas Rupanya jangan terus judge perfume daripada first spray. Katanya... bagi dia duduk dulu. jangan tanya aku... suruh dia duduk kat mana mungkin duduk atas kerusi duduk kat tangga suka hati dia lah nak duduk mana bende bolehhhh dikkkkkkk Bagi alcohol dia settle. Tunggu middle notes keluar. Kemudian tengok macam mana dry down dia. Aku dengar. “Iye.” Angguk. Faham. Kononnya. Perfume ada opening. Ada middle. Ada base notes. Projection. Longevity. Macam-macam. Haaaaa... besheeee je nyah bau die. HAHAHAHAHAHA. Jangan marah. Aku dengar lagi. Belum habis rupanya kelas hari ni. setakat bab ni aku dah pening da.... tapi aku buat buat faham haaaaa iyelahhhh Perfume juga katanya kena tengok dekat mana kita nak pakai. Kalau dalam mall... meeting... tempat aircond... sesetengah scent lebih sesuai. Kalau outdoor, tengah panas, berjalan sana sini... lain pula perfume yang sesuai. Ada scent yang cantik waktu malam. Ada yang sedap waktu siang. Ada yang dekat kulit lain. Dekat baju lain. Aku diam sekejap. terasa panjang cerite perfume ini tapi itulah yang beliau kata kan sebab dia professional kita kena dengar dengan teliti Owhhhhhhh. Baru tahu perfume pun ada tempat kerja. Okay. Roll call semua. Perfume indoor? Hadir. Perfume outdoor? Hadir. Perfume meeting? Hadir. Perfume toilet? Eh. Eau..... de Toilette encikkkk okay Biar dia yang pergi, kang tercicir di sini susah pula EHHHH SALAH. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Okay okay. Teruskan penerangan, Encik. Apa tadi? Projection? Longevity? Dry down? Iye iye. Saya dengar. Katanya bila outdoor dan cuaca panas, body heat pun boleh affect macam mana sesuatu fragrance berkembang. Ada bau yang cantik dalam aircond tetapi dekat luar character dia berubah. Ada yang projection dia sesuai untuk ruang terbuka. Ada yang lebih intimate, duduk dekat kulit je. Hmmm. Interesting. Tapi aku ada satu masalah dengan Encik Pensyarah Perfume ni. Dia suruh aku tunjuk demo pakai perfume Aku pun pakailah. Sikit-sikit. Sebab pada aku perfume ni bukan air paip. jadi spray lah sikit. Dah. Cukup. Tiba-tiba dia ajar aku, “Pakai banyak-banyak.” skali dia sprayyyyyyyyyy Pssst. Pssst. Pssst pssst pssst. PSSST PSSST. Ya ALLAH habis lah perfume aku woiiiiii, Aku terus pandang dia. “Kenapa pakai macam spray ubat nyamuk? Habis lah cepat.” Dengan muka paling tenang dalam dunia dia jawab, “Memang tu tujuan dia.” Hah? Aku ingat aku salah dengar. “Kenapa nak habiskan cepat? Sayanglah. Bukan selalu nak beli” Sebab... katanya perfume tu tak wangi. Aku tengok botol. Aku tengok dia. Aku tengok balik botol. Wangi ke tak wangi, dah beli kan? Pakai je. Tak payah cerewet. Beshe ke tak beshe... Kalau semua benda kita tak berapa suka terus nak habiskan dengan kaedah fogging, lepas ni memang aku nak bukak kedai jual perfume juge encik tersebut telah men suggest 1 jenis minyak wangi Wangi. Sweet. Ada character. Dan paling aku suka... tahan lama. Jenis yang berjam-jam kemudian masih boleh bau dekat baju. Haaaa. Yang ni favourite aku. Aku suka. Tapi aku tetap tak sampai hati nak spray macam ubat nyamuk. Tidak. Kalau aku suka perfume tu lagi aku kedekut nak spray. Sikit. Cukup. Esok boleh pakai lagi. Lusa boleh pakai lagi. Minggu depan masih ada. berbulan akan datang masih wujud di situ haaaaaaaa Itu baru perancangan kewangan. Lepas tu keluar pula cerita pasal perfume Arab. Tapi satu benda aku belajar bila semakin banyak tengok perfume Arab dekat pasaran sekarang— jangan main beli je. Sebab terlalu banyak pilihan. Ada original. Ada inspired. Ada dupe. Ada packaging yang hampir sama sampai kalau tengok sepintas lalu memang susah nak beza. Kalau memang mencari original, check seller betul-betul. Tengok sumber barang. Packaging. Batch information kalau ada. Dan kalau perfume tu memang pernah kita pakai, kita biasanya tahu sedikit sebanyak macam mana performance dia. Sebab dua perfume boleh claim notes yang hampir sama... tapi dekat kulit belum tentu jadi benda yang sama. Segala penerangan profesional di atas adalah berdasarkan ilmu yang aku kutip daripada pembacaan... dan juga penerangan seorang manusia yang mempunyai banyak perfume, tahu pasal layering, boleh explain perfume ikut cuaca, tempat, waktu dan occasion... tetapi menyembur perfume macam menyembur ubat nyamuk. So credibility dia... korang nilai sendiri. Ambil ilmu dia. Teknik semburan tu jangan. HAHAHAHAHAHA. Tapi semakin aku belajar pasal perfume... aku rasa perfume ni interesting juga. Sebab perfume berubah mengikut masa. Opening tak semestinya sama dengan ending. Ada bau yang datang kuat pada awalnya... kemudian perlahan-lahan menjadi lembut. Ada yang first spray kita rasa, “Hmmm... besheeee je nyah.” Tapi bila dah lama sedikit... eh? Lain pula. Ada pula bau yang kita suka sejak pertama kali... dan berjam-jam kemudian masih tinggal. Kemudian ada satu lagi benda yang aku baru tahu. Kadang-kadang bila kita dah lama memakai sesuatu perfume, hidung kita sendiri boleh jadi kurang sensitif terhadap bau tu. Kta rasa macam dah hilang. Kita dah tak bau. So kita assume... dah tak ada. Padahal orang yang baru lalu sebelah kita masih boleh hidu. Apparently ada benda macam olfactory adaptation. Atau bahasa mudahnya... hidung kau dah biasa. Hmmm. Funny kan? Ada benda yang hilang. Ada benda yang berubah. Dan ada benda yang sebenarnya masih ada... cuma kita yang dah terlalu biasa dengannya. Maybe that's the funny thing about scent. You don't always notice what stays. Kadang-kadang kita tak perlukan pun botol itu berada depan mata untuk mengingati baunya. Satu hari... dekat mall. Dalam lift. Dalam kereta. Atau sekadar seseorang lalu sebelah kita. Tiba-tiba satu scent datang. Dan sebelum sempat kepala fikir apa-apa... memory dah sampai dulu. Entah dari mana. Entah kenapa. Sekejap je. Kemudian hilang. Aku rasa itu yang paling pelik tentang perfume. Kita pakai sesuatu sebab nak wangi. Tapi tanpa sedar... kita mungkin sedang meninggalkan sesuatu dekat tempat, dekat waktu... atau dekat ingatan seseorang. Hmmm. Okay. Cukup. Dah jauh sangat kita berfalsafah pasal benda yang asalnya aku cuma nak cakap— aku suka perfume coconut, sweet and fruity n bubblegum Sekian review perfume daripada orang yang masih berpegang teguh kepada satu prinsip: Perfume mahal... spray berpada-pada. Kalau korang nampak seseorang pegang perfume kemudian— PSSST PSSST PSSST PSSST PSSST PSSST— jangan panik. Mungkin bukan fogging. Mungkin dia cuma sedang cuba menghabiskan perfume yang katanya... “tak wangi.” Besheeee je nyah. sye tinggalkan anda semua hari ini dengan lagu Dari Micheal Wong - Tong Hua (fairytale)

HATI

Hari ini aku nak cerita pasal hati. Tentang memaafkan orang sekeliling. Tentang menerima ujian yang diberikan. Tentang memujuk hati sendiri ...