Sunday, 26 April 2026

JANJI YANG TAK TERUCAP : AISENAI AISHITAI OUTRO 3

DUNIA DI BALIK HIJAB ELINA

POV ELINA:

"Aku ada lima orang adik-beradik. Tiga perempuan, dua lelaki. Semuanya dah berkahwin dan tinggallah aku seorang bersama Umi dan Ayah. Aku bukan anak manja, tapi aku dimanjakan. Mungkin sebab aku sorang je yang belum 'lepas', jadi Umi dan Ayah sentiasa ada di sisi support apa sahaja aku buat."

​"Lulusan Ijazah UiTM bahagian Fesyen... well, guess who is my senior? Boleh dikatakan brand-brand besar Malaysia semua owner dia adalah alumni UiTM. Itu sahaja dah buatkan aku yakin yang aku akan berjaya, terutamanya fesyen muslimah. Cantik, bergaya, tapi tetap menutup aurat."

​"Ayah selalu ingatkan, 'El jangan nak buat fesyen balut aurat, pastu pakai tudung macam takde pin nak tutup apa yang patut tutup. Kalau El buat fesyen yang mengundang dosa... Ayah tanggung sekali tau sebab duit Ayah pun ada situ. Tak memasal pulak Ayah tak boleh masuk syurga... sebab orang lain.' Aduhhhh... menikam sungguh kata-kata Ayah. Menusuk sampai ke tulang rawan."

​"Sebab itu aku teliti. Aku suka ruang privacy aku dihormati. Percaya atau tidak, dah berapa ramai pekerja diberhentikan sebab aku—bodyguard, tukang kebun, tukang bersih rumah. Sesiapa je yang buat aku rasa tak selesa atau menceroboh had yang aku tetapkan, aku pasti mengadu dengan Ayah. Bukan aku sombong, tapi aku perlukan rasa hormat dan tahu limit masing-masing. Tapi bagi yang ikhlas, aku anggap mereka macam keluarga sendiri."

​"Contohnya, Azam. Private cook keluarga aku. Kaki perempuan, loya buruk, perangai tak semenggah. Ayah simpan dia jadi Head Chef hotel sebab masakan dia sedap. Tapi kalau tanya aku, yang sebenarnya memasak tu bukan dia, tapi staf-staf kitchen. Baik lagi Rizqi, Sous Chef kat situ."

​"Rizqi... lama juga aku kenal dia. Dari hari pertama dia menjejak kaki ke Hotel Skies Garden milik Ayah. Setiap kali aku ke hotel, si Azam mesti suruh Rizqi yang layan aku. Aku tahu Azam nak aku bosan dengan Rizqi supaya aku berhentikan dia, tapi dengan aku, Rizqi ni lain macam sikit pedasnya."

DI DAPUR HOTEL SKIES GARDEN (FLASHBACK)

​"Kalau saya ada girlfriend, saya tak bagi dia pakai baju tu keluar dengan saya. Semak saya rasa," kata Rizqi selamba sambil meletakkan makanan di depan aku dan terus berlalu pergi.

​Aku terkedu. "Eh, apa hal pulak budak ni? Siapa yang tanya dia entah!"

​Aku terasa hati. Siang malam aku cari idea, dia kata semak? Tapi bila aku fikir balik, betul juga. Striking sangat warna dia, banyak sangat 'kaki obor-obor' kat skirt ni. Kenapa eh aku nak kena pertimbangkan apa dia fikir? Tapi itulah aku, setiap kali ada assignment, aku mesti masuk dapur cari Rizqi.

​"Warna kurang."

"Tak attractive."

"Buat lain."

"Semak."

​Itu je jawapan dia. Tak pernah sekali pun dia nak tengok muka aku. Sampailah satu malam... malam yang paling gelap dalam hidup aku. Aku duduk di meja dining hotel, menangis sorang-sorang. Aku harap sangat tak ada siapa dengar.

​"Staf saya baru je kemas tempat ni, takkan nak suruh dia tukar alas meja pula sebab air mata awak?"

​Aku menoleh. Rizqi berdiri di situ.

"Kenapa?" tanya dia.

Aku geleng kepala sambil mengelap air mata.

"Azam ke?"

Aku geleng kepala lagi.

"Kalau awak nak nangis, nangis je lah takpe. Saya balik dulu."

​"Ehh... Hmmm... Kalau saya cerita, awak jangan bagi tahu sesiapa tau," kata aku pada Rizqi. "Saya rasa awak tahu saya takda kawan pun kat sini. Mungkin nanti saya cerita kat pinggan, periuk kat dapur tu."

​Aku tersengih sikit dengar kata-kata aku sendiri. "Saya marah, sedih dan tak boleh terima kenyataan."

​"Awak marahkan siapa sebenarnya?" Rizqi memandang aku. Aku hanya diam.

​"Ingatlah suatu benda, ALLAH berikan cabaran dan dugaan kepada hamba-Nya bersebab. Mungkin dari sudut pandangan kita benda tu tak betul, cuba tengok dari sudut lain dan bersangka baik dengan ALLAH."

​Aku memotong kata-kata Rizqi. "Awak tak faham apa yang saya rasa!"

​Rizqi hanya senyum—pertama kali aku tengok dia senyum macam tu—dan terus berlalu pergi. Kata-kata dia tu... buat aku terfikir dalam-dalam. Bersangka baik dengan Allah?

KEMBALI KE REALITI: RUMAH TAN SRI AZIM

POV ELINA:

"Ayah dah lantik bodyguard baru. Syaratnya sama—kena ikut ke mana saja aku nak, drive aku 24 jam. Seorang demi seorang berhenti sebab tak tahan dengan kerenah aku. 'El, esok Ayah dah uruskan seorang bodyguard untuk teman El,' kata Ayah petang tadi."

​"Aku tarik nafas panjang. Hello Kak Mawar, hari ni saya tak nak jumpa dulu bodyguard baru saya. Hantarkan je dia ke pejabat Papa. Malam nantilah aku fikir. Dah tentu-tentu malam ni Azam akan masak makan malam untuk semua staf kat rumah ni. Aku nak tenang-tenang dulu sebelum kena hadap muka 'orang asing' esok."

POV IKMAL:

"Aku baru sampai depan rumah Tan Sri. Puan Mawar kata Cik Elina tak nak jumpa aku lagi. Hmmm... sombong ke apa bos aku ni? Takpe, Ikmal. Kau sabar. Kau ingat pesanan mak kau, bodoh macam mana pun, solat jangan tinggal. Aku kena tunjuk vibe abang kawasan yang beriman sikit kat sini."

SEKITAR SESI MAKAN MALAM DI RUMAH TAN SRI AZIM

POV RIZQI:

"Aku merengus perlahan sambil membetulkan apron. Kalaulah Azam tu tak terjun bangunan tingkat 17, mesti sekarang ni aku dah terlentang kat atas katil kat rumah, melayan Netflix. Tapi tak... disebabkan mamat tu dah selamat 'tidur' dalam koma kat hospital, akulah yang jadi mangsa."

​"Sepatutnya syif aku dah habis. Tapi Puan Mawar punya arahan tak boleh dibuat main. Terpaksalah aku berkampung kat dapur rumah Tan Sri Azim ni. Aku kena siapkan persiapan untuk makan malam semua staf dan yang paling penting, menu khas untuk keluarga Tan Sri. Bukan sikit kerja wey, nak kena pastikan rasa dia standard hotel, tapi vibe rumah."

​"Tangan aku laju menghias hidangan, tapi mulut tak henti-henti mengarah staf dapur yang lain. 'Mat, meja tu pastikan lurus! Pinggan, gelas... semua peralatan tu pastikan tak ada kesan jari! Cik Elina tu kalau dia nampak cacat sikit, masak kita nanti!'"

​"Tengah aku sibuk memantau keadaan dapur dan ruang makan dari celah pintu dapur, mata aku tertancap pada satu susuk tubuh kat luar. Seorang lelaki tengah berdiri tegak. Rambut dia... bapak ah, gaya Takuya Kimura zaman Pride ke apa ni? Tinggi dia lebih kurang aku, tapi mamat ni nampak sasa sikit dan kulit dia sawo matang, nampak macam jenis selalu berjemur tengah panas."

​"Aku senyum sinis sendiri. 'Tu kot bodyguard baru Cik Elina... Hmmm, tengok gaya macam ni, esok lusa berhentilah tu. Tak pun kena pecat sebab Cik Elina rasa dia menceroboh privacy.' Aku dah biasa tengok drama 'keluar masuk' bodyguard kat rumah ni. Tak ada yang tahan lama dengan kerenah Elina yang tersendiri tu."

Aku pusing krmbali ke arah dapur. 'Dah, jangan tengok orang luar! Siapkan dessert tu! Aku nak semua siap sebelum Tan Sri dan Cik Elina turun!'" saja je aku bagi arahan kepada staff dapur. 

POV IKMAL:

"Aku perasan macam ada orang tengah skodeng aku dari tingkap dapur. Aku betulkan kot. 'Relaks Ikmal, kau sado, kau kacak, kau anak Pantai Dalam. Jangan tunjuk sangat kau tengah lapar nasi ayam bapak kau sekarang ni.' Aku nampak kelibat mamat berkacamata kat dalam dapur tu tadi. Nampak macam garang je dia mengarah orang. Tu kot Chef yang Puan Mawar cakap. Nanti kalau aku lapar, aku kena bodek mamat ni sikit tapi staf staf kat sini kate memang tiap tiap malam akan makan macam ni, bestnya selamat duit aku hehehehhee. 

POV ELINA:

"Aku dengar bunyi bising sikit dari tingkat bawah. Bau masakan dah mula naik. Azam punya masakan ke, atau Rizqi yang buat? Aku harap Rizqi yang masak, sebab selera aku malam ni macam tak berapa nak mesra dengan gaya Azam yang over-the-top tu."

​"Aku bangun, capai tudung bawal yang tersangkut. Aku perkemaskan pin. Owh lupa malam ni aku akan jumpa Bodyguard baru aku."EL cuba cuba lah berbaik dengab bodyguard, ayah tak larat dah nak cari bodyguard El kat mana" kata Tan Sri Azim, "El dah besar lah ayah, kenapa nak ada bodyguard semua" aku tunduk melihat hujung kasut ku. "El tahu kenapa kan, ayah risau" aku mengganguk lemah... Itu lah pesan ayah siang tadi.... Hmmmmm iyelah bagi lah chance kat bodyguard baru ni. Yay makannnnnnn 

Zerrrr... Nampaknya aura 'perang dingin' antara Ikmal dan Rizqi dah mula terasa walaupun belum bertentang mata secara rasmi!


No comments:

Post a Comment

JANJI YANG TAK TERUCAP : AISENAI AISHITAI OUTRO 3

DUNIA DI BALIK HIJAB ELINA ​ POV ELINA: "Aku ada lima orang adik-beradik. Tiga perempuan, dua lelaki. Semuanya dah berkahwin dan ting...