ku tahu ENGKAU merindui
Doa doa di sujud ku
YA ALLAH
ku tahu ENGKAU merindui
Doa di setiap tahjud ku
YA ALLAH
ku tahu ENGKAU merindui
setia doa di dalam istiharahku
Mungkin ENGKAU merindui ku
yang sentiasa mencarimu dulu,
Mungkin sekarang aku hanya mencari MU
Di saat waktu wajib menghadap MU
Sesungguhnya apa sahaja yang ENGKAU
Berikan kepada ku hanya pinjaman untuk seketika.
Di kala subuh yang menerjah setiap tulang temulang ku untuk bergerak, di kala waktu membuatkan aku berkejaran dengan kehidupan duniawi, ku lalui begitu sahaja waktu subuh mu.
Saat train bergerak menuju ke destinasinya, di saat itu otak ku juga laju bergerak ke satu destinasi yang aku selalu terfikir,
Ujian ni.... Ini ujian... Bersedia... Berserah... Redha... Bersyukur... Sangat bersyukur
Makin aku menikmati bunyi train yang bergerak, ia buatkan aku tersenyum sambil aku fikirkan perasaan aku akan datang, tanpa sedar air mata mengalir... Laju aku lap kan... Sbb train penuh dengan orang... Aduiiiiii mesti dieorang ingtkan aku bergaduh dengan boyfriend tapi realitinya aku tengah berperang dengan hati, dengan perasaan dan masa hadapan.
Semenjak banyak perkara yang jadi, aku kembali ke hidup aku 13 tahun lepas. Bersyukur, enjoy the moment, appreciate sebelum semuanya di ambil. Tanpa fikir terlampau jauh, tanpa fikir terlampau panjang... APPRECIATE... SYUKUR... TERIMA KASIH sebab ada harini, Bersyukur kerana masih di pinjamkan satu hari lagi, menghargai setiap saat dan waktu yang di berikan.
Walaupun otak Aku dah jauh berjalan, jauh ke masa depan... Mungkin jalannya gelap, kabur, penuh kabus... Mungkin aku akan jumpa sebuah jambatan... Tapi engkau sendiri takut untuk melintas di sebabkan kabus yang terlampau tebal, jambatan ni kukuh ke? Jambatan ni ada sambungan tak kat depan? Jambatan ni bawa aku ke mana? Macam tu lah otak aku berfikir... Semua bende nak di analisanya dan di hujung fikiran... Ia akan tergantung dengan banyak soalan....
Jadi apa jawapannya
APPRECIATE
BERSYUKUR
TERIMA KASIH
ALHAMDULILLAH di berikan kesempatan oleh ALLAH untuk meminjam sesuatu daripadanya.
Jika suatu hari nanti ALLAH tarik balik, yakni berbalik ke starting cerita ni, mungkin itulah akan terjadi... Tp?
Kenapa nak tunggu terjadi... Buatlah sekarang...
Mungkin ALLAH tengah rindu tu...
Mungkin lepas tu... DIA bagi pinjam lama supaya kita lebih APPRECIATE, BERSYUKUR DAN TERIMA KASIH
kannnn....
"TERIMA KASIH sebab ada dengan saya, saya amat Bersyukur awak ada dengan saya dan saya amat amat menghargai keberadaan awak dengan saya, semoga ALLAH bagi saya peluang untuk ada degan awak lebih lama"
Korang boleh try cakap ni kat korang punye love one ye... Because ayat ni 13 tahun lepas aku create... But after sometimes aku dah lupe... Now aku aku tetibe teringat balik... Something triggering my past memories...
#SeeYaWhenISeeYa❤️
#LotsOfLove💜
No comments:
Post a Comment