Thursday, 10 September 2026
Owhhh Angin... Dengan Mu... Ku teruskan Berjalan
Di saat aku merasakan dia berhenti menggenggam erat tanganku…
aku pula yang melepaskan tangan.
Bukan kerana tangannya menarik pergi.
Tidak.
Dia tidak menolakku.
Dia tidak pernah menolak tubuhku jatuh dari curam itu.
Dia juga tidak menarik tangannya lalu meninggalkan aku di situ.
Cuma…
genggaman itu terasa semakin longgar.
Sedikit demi sedikit.
Dan aku mula takut.
Takut kalau suatu hari nanti aku masih menggenggam sekuat hati…
sedangkan tangannya sudah tidak mempunyai kekuatan untuk menggenggamku kembali.
Aku pandang tangan kami.
Aku pandang dia.
Aku senyum kecil
Kemudian aku lepaskan.
Bukan kerana aku mahu.
Kerana aku sayang.
Aku tahu ada kehidupan yang sedang menunggunya.
Ada tanggungjawab yang perlu dia pikul.
Ada manusia yang memerlukannya.
Ada jalan yang perlu dia teruskan.
Dan mungkin…
selagi tanganku masih berada di situ,
dia akan terus cuba menggenggam.
Walaupun penat.
Walaupun sakit.
Walaupun seluruh dunianya meminta dia melepaskan.
Jadi biarlah aku yang melakukannya.
Aku buka jemariku satu persatu.
Dan aku jatuh.
Aku senyum kepadanya
Aku biarkan tubuhku dibawa ke dasar.
Kayu menghentam.
Batu melukakan.
Ranting mengoyakkan.
Aku tidak tahu berapa lama aku jatuh.
Sehingga akhirnya tubuhku terhempas di dasar.
Sunyi.
Aku masih hidup.
Tapi untuk beberapa ketika…
aku takut membuka mata.
Bukan kerana takut melihat darah.
Bukan kerana takut melihat luka.
Bukan juga kerana sakit tubuhku yang baru sahaja dihentam sepanjang kejatuhan tadi.
Aku takut membuka mata kerana apabila aku membuka mata…
aku perlu menerima bahawa orang yang tangannya aku genggam tadi sudah tiada di sini.
Mungkin aku tidak akan melihatnya lagi.
Mungkin aku tidak akan mendengar suaranya lagi.
Mungkin untuk seluruh kehidupan selepas ini…
aku perlu belajar hidup tanpa susuk itu.
Dan fikiran itu membuatkan dadaku sesak.
Ya ALLAH…
sakitnya.
Lebih sakit daripada luka pada jasadku.
Lebih sakit daripada batu yang menghentam tubuhku.
Lebih sakit daripada ranting yang mengoyakkan kulitku sepanjang perjalanan tadi.
Kalau aku mati ketika itu…
mungkin bukan kerana tubuhku cedera akibat jatuh.
Mungkin kerana rasa sakit yang memenuhi dadaku sehingga aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak bernafas.
Aku letakkan tangan di dada.
Masih berdegup.
Laju.
Seolah-olah jantungku sedang mencari seseorang.
Aku pejam mata semula.
Dan entah daripada mana datang kekuatan itu…
aku berdiri.
Kemudian aku berjalan.
Kemudian…
aku berlari.
Iya.
Aku mampu berlari.
Aku berlari ketika dadaku masih sesak.
Aku berlari ketika kakiku masih sakit.
Aku berlari ketika sebahagian diriku masih mahu duduk di dasar itu dan menunggu.
Aku berlari selaju yang aku mampu…
mengejar kehidupan yang sudah bergerak jauh di hadapan.
Kerana hidup aku tidak berhenti hanya kerana hati aku mahu berhenti.
Ada kerja.
Ada tanggungjawab.
Ada manusia yang menunggu aku.
Ada impian yang masih mempunyai nama aku padanya.
Ada kisah hidup aku sendiri yang masih perlu diteruskan.
Semuanya perlu berjalan seperti biasa.
Jantung aku masih laju, memanggil nama si pemiliknya
aku pegang jantung ku mengharapkan ia reda
semoga aku dapat meneruskan perjalanan ini
Maka aku berjalan seperti biasa.
Aku bercakap seperti biasa.
Aku bekerja seperti biasa.
Aku ketawa seperti biasa.
Kadang-kadang terlalu kuat…
supaya tiada siapa mendengar sesuatu yang masih menangis di dalam.
Dan manusia melihat aku berlari.
Mereka mungkin fikir…
dia dah okay.
Mungkin juga mereka fikir…
dia dah move on.
Biarlah.
Kerana hanya aku tahu…
kaki boleh berlari jauh mendahului hati.
Hatiku masih jauh di belakang.
Masih menyebut satu nama.
Masih menyimpan satu rasa.
Masih memberitahu aku apa yang sebenarnya dia mahu.
Aku tahu.
Aku dengar.
Setiap hari aku dengar.
Tapi aku pujuk perlahan-lahan.
Redalah, wahai hati.
Jangan kau nyanyi-nyanyikan lagi nama yang sudah jauh dariku.
Berhentilah berdegup terlalu laju, wahai jantungku.
Tiada susuk yang engkau nanti di sini.
Janganlah membungkam, wahai dadaku.
Leraikanlah sedikit demi sedikit ikatan rindumu.
Kalau rindu itu terlalu berat untuk kau bawa…
jadikanlah ia doa.
Titipkan kepadanya setiap hari.
Ya ALLAH…
jagakan dia.
Permudahkan jalannya.
Lapangkan dadanya.
Kuatkan langkahnya.
Jadikan dia manusia yang dia perlu jadi.
Bawalah dia kepada kejayaan yang selama ini dia kejar.
Dan kalau untuk dia sampai ke sana…
aku tidak boleh berjalan di sebelahnya,
maka ajarkan aku berjalan di jalan aku sendiri.
Aku tidak meminta rasa ini dibunuh.
Tidak.
Kerana rasa kasih itu juga datang daripada-Mu.
Aku cuma meminta…
ajarkan aku membawa kasih ini tanpa mengganggu langkahnya.
Itu sahaja.
Hari demi hari aku berjalan.
Semakin jauh meninggalkan hutan.
Semakin jauh meninggalkan curam.
Pokok-pokok yang dahulu tinggi menutupi pandanganku semakin kecil di belakang.
Aku tidak lagi nampak puncaknya.
Dan aku tidak tahu apa yang sedang berlaku di atas sana.
Kadang-kadang aku mahu berpaling.
Kadang-kadang hati berbisik,
What if?
malangnya If itu tidak wujud
Aku diam.
erus berjalan.
Kerana kalau aku berpaling terlalu lama…
aku takut kakiku akan mahu pulang.
Sedangkan aku tahu kenapa aku melepaskan tangan itu.
Bukan kerana aku tidak mahu menggenggamnya.
Aku lepaskan kerana aku tahu…
kalau aku benar-benar menyayanginya,
aku juga perlu memberi ruang untuk dia bergerak.
Untuk dia bernafas.
Untuk dia menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan.
Untuk dia menjadi manusia yang dia perlu jadi.
Dan aku?
Aku perlu belajar sesuatu yang sama.
Menjadi manusia yang aku perlu jadi…
walaupun kali ini,
aku perlu berjalan seorang diri.
Aku terus melangkah.
ketika aku sedang berjalan meninggalkan hutan itu,
angin datang perlahan.
Menyusuri celah-celah daun.
Daun-daun bergesel sesama sendiri.
seakan membisikan sesuatu
Shhhhhhh…
aku terpinga pinga
Aku berhenti.
bunyi daun itu
sangat aku kenali
Entah kenapa bunyi itu membuatkan aku rasa tenang.
Aku tutup mata.
Untuk sesaat…
aku rasa seperti ada sesuatu yang berjalan bersama aku.
Bukan jasad.
Bukan tangan.
Bukan suara.
Cuma rasa.
Aku tersenyum.
Mungkin cuma angin.
Iya.
Angin sampaikan khabar ku padanya
samapikan rinduku padanya
semoga aku terus kuat untuk berjalan
Aku sambung berjalan.
Tetapi selepas beberapa langkah…
angin itu datang lagi.
Kali ini aku tidak berhenti.
Aku biarkan ia menyentuh wajahku.
Aku tersenyum merasa hadirnya angin itu
terasa gembira
terasa hidup
dan rasa itu membuatkan hati ku kembali bernyawa
Kemudian aku berjalan lagi.
Kerana akhirnya aku faham…
aku tidak perlu berhenti menyayangi seseorang untuk melepaskannya.
Aku tidak perlu melupakan seseorang untuk meneruskan kehidupan.
Dan aku tidak perlu memiliki seseorang…
untuk mendoakan seluruh dunianya.
Kerana sayang, aku doakan.
dan di dalam doa ku dia ada
jika dia masih di dalam doa ku setiap waktu
maka ALLAH izinkan dia untuk tetap berada dalam hati ku
Mungkin suatu haari dia melupakan aku
Maka ALLAH izinkan untuk dia terus hilang dari diri ku
sehingga saat itu
Aku tersenyum kecil.
Angin masih berada di sekelilingku
Menemani Ku di setiap langkah
Aku pejamkan mata
Duhai angin temanilah aku
Kemudian terus berjalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jom Sakit Hati Sama - Sama
sakit hati la hai tulis blok pakai komputer.... jenuh dah ni tulis line by line... nak bagi effect emosi.. last skali habis jadi 1 perenggan...
-
Wait Until You See the Whole Movie... Untuk pengetahuan korang aku bekerja di tempat menjual CD, DVD dan VCD, jadi apa-apa yang terjadi ...
-
Berkesan??? Does it Really Work??? or not??? sebelum aku mencuba dan membeli Inner Shine Pati Prune dan Camu Camu ini, aku search thr...
-
Nasib Baik Aku Dah Katham Plot Twist Ala - ala Ramlee Awang Murshid 😆 Hye You All, sampai lagi awak - awak semua ke blog Milo ni... seriu...

No comments:
Post a Comment