Aku berada di tepi curam yang tinggi.
Di sekelilingku dipenuhi pokok-pokok tinggi, ranting-ranting tajam dan batu-batuan yang entah berapa lama sudah berada di situ.
Aku berdiri semakin hampir ke tepinya.
Aku tunduk memandang ke bawah.
Dalam.
Gelap.
Aku sendiri tidak nampak di mana penghujungnya.
“Dengan sekali tolak je… boleh jatuh ke bawah ni.”
Aku berkata sambil memandang insan yang aku sayang.
Dia menggenggam tangan aku.
“Taklah. I will go with you through thick and thin. Genggam tangan sampai bila-bila… walaupun tsunami melanda.”
Aku tersenyum.
Tapi jauh di dalam hati…
I doubt about it.
Entah kenapa.
Kata-kata daripada hati aku jarang memberikan jawapan yang salah.
Aku mahu percaya.
Sungguh.
Aku mahu percaya tangan itu akan terus menggenggam tangan aku.
Aku mahu percaya kalau dunia datang dengan ributnya, kami akan berdiri di tempat yang sama.
Aku mahu percaya kalau aku tergelincir, tangan itu akan menarik aku kembali.
Tapi hati aku masih berbisik.
Are you sure?
Dan akhirnya…
tangan yang menggenggam tanganku itu melepaskan.
Aku jatuh.
Bukan ditolak.
Bukan juga kerana aku tidak sempat berpaut.
Aku jatuh kerana pada saat tangan itu melepaskan aku…
aku juga berhenti berpaut kepadanya.
Kerana mungkin jauh di sudut hati, aku sudah tahu.
Hal ini akan berlaku.
Tubuhku mula menjunam ke bawah.
Mata aku masih melekat kepadanya.
Semakin jauh.
Semakin kecil.
Sehingga wajah itu hampir tidak lagi kelihatan.
Anehnya…
aku tidak marah.
Aku tidak menyalahkan dia kerana melepaskan aku.
Kerana aku tahu…
aku juga melepaskan genggaman itu.
Kemudian aku pejamkan mata.
Aku diam.
Aku biarkan jasadku jatuh.
Biar.
Biar jasadku dihentak.
Biar maruahku dihempas.
Biar emosiku dipukul.
Biar mentalku dihancurkan.
Kayu.
Batu.
Ranting.
Pokok.
Apa sahaja yang berada sepanjang kejatuhan itu…
biarkan.
Tubuhku terhentak ke sana sini.
Ada yang mencalarkan.
Ada yang mengoyakkan.
Ada yang mematahkan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak membaikinya.
Aku masih menutup mata.
Aku tidak mahu melawan.
Aku tidak mahu berpaut lagi.
Aku cuma mahu jatuh.
Dan untuk suatu ketika…
aku biarkan diri aku berada dalam keadaan itu.
Entah berapa lama.
Sehingga akhirnya semuanya berhenti.
Sunyi.
Aku tidak tahu sama ada aku sudah sampai ke dasar atau aku sekadar berhenti di suatu tempat.
Yang aku tahu…
aku tidak lagi jatuh.
Perlahan-lahan aku membuka mata.
Aku cuba berasimilasi dengan keadaan sekarang.
Aku berada di bawah sebuah curam yang sunyi.
Tiada suara.
Tiada tangan.
Tiada manusia.
Yang aku dengar cuma hening.
Aku mendongak.
Mencari puncak tempat aku berdiri tadi.
Tapi puncak itu sudah tidak kelihatan.
Terlindung oleh pokok-pokok.
Batu-batuan.
Ranting-ranting yang bersilang.
Seolah-olah tempat itu tidak pernah wujud.
Aku masih terbaring di sini.
Dan buat pertama kali…
aku tidak memikirkan bagaimana hendak kembali ke atas.
Aku memikirkan sesuatu yang jauh lebih asas.
Bagaimana aku hendak bangun?
Bagaimana aku hendak bernyawa semula?
Bagaimana aku hendak berjalan?
Bagaimana aku hendak berlari?
Bagaimana aku hendak menjadi seperti biasa?
Aku cuba melihat diri sendiri.
Dan dalam kepala aku hanya ada satu ayat.
Now I'm only half of the woman I was.
Separuh.
Mana pergi separuh lagi?
Entah.
Mungkin tersangkut dekat ranting tadi.
Mungkin pecah dekat batu.
Mungkin terkoyak sepanjang perjalanan aku jatuh.
Atau mungkin sebahagiannya masih berada di atas sana.
Aku pejam mata semula.
Penat.
Aku tak tahu dari mana hendak bermula.
Kemudian entah bagaimana…
aku bangun sedikit.
Longlai.
Sakit.
Aku memandang satu jasad di hadapan aku.
Aku kenal dia.
Aku merangkak menghampirinya.
Aku memeluk dia.
Rapat.
Dan akhirnya aku berkata,
“Dah…”
“Cukup.”
“Jom.”
Aku peluk dia lagi.
“Mari kita bangun.”
Dia tidak bergerak.
Aku tahu dia penat.
Aku tahu dia sakit.
Sebab dia…
adalah aku.
“Jomlah…”
Aku pujuk lagi.
Walaupun memerlukan seribu kali ganda kekuatan.
Walaupun memerlukan seribu kali ganda tenaga.
Walaupun untuk berdiri sahaja terasa seperti perlu mengangkat seluruh dunia…
kita terpaksa.
“Bangunlah, duhai myself.”
“You need to wake up.”
Aku tarik tangannya.
“We didn't belong up there.”
Aku berhenti.
Kemudian perlahan-lahan aku berkata,
“We never were.”
Mungkin itu yang paling sakit untuk diterima.
Ada tempat yang kita terlalu mahu menjadi milik kita…
sehingga kita sanggup berdiri terlalu lama di tepinya.
Sedangkan mungkin dari awal lagi…
kita tidak pernah benar-benar mempunyai tempat di situ.
“Jomlah…”
Aku berkata kepada diri sendiri.
Aku mula mengutip satu persatu apa yang jatuh bersama aku.
Sedikit maruah yang masih tinggal.
Sedikit keyakinan.
Sedikit keberanian.
Sedikit harga diri.
Impian.
Kepercayaan.
Senyuman.
Aku kutip semuanya.
Ada yang masih sempurna.
Ada yang retak.
Ada yang pecah.
Ada yang terkoyak sehingga aku sendiri tidak tahu bahagian mana harus dicantumkan dengan bahagian mana.
Aku cuba juga.
Satu demi satu.
Yang tercicir…
aku kutip.
Yang terkopak…
aku pegang.
Yang terkoyak…
aku cuba cantumkan.
Yang sudah hancur…
aku masukkan sekali.
Entahlah.
Mana tahu suatu hari nanti aku tahu bagaimana hendak membaikinya.
Longlai tubuhku.
Tapi aku gagahkan juga untuk berdiri.
Kemudian datang satu bisikan.
Run.
Aku diam.
Berlari?
Mampukah aku?
Mampukah aku berlari semula?
Mampukah aku tersenyum seperti biasa?
Ketawa seperti biasa?
Berdiri di hadapan dunia dengan keyakinan yang sama?
Mampukah aku menjadi perempuan yang bijak…
pandai…
cantik…
confident…
seperti dahulu?
Aku tunduk melihat diri sendiri.
Nope.
That was the woman I used to be.
Half of her already crumbled.
Dan walaupun suatu hari nanti aku berjaya mencantumkan semuanya…
aku tahu kesannya akan tetap ada.
It will always stain me.
Aku mungkin boleh berjalan seperti biasa.
Aku mungkin boleh ketawa.
Aku mungkin boleh bekerja.
Aku mungkin boleh masuk ke bilik mesyuarat dengan kepala tegak seperti tiada apa pernah berlaku.
Aku mungkin boleh kembali memakai lipstick, perfume, kasut cantik dan bercakap dengan penuh yakin.
Orang mungkin melihat aku dan berkata,
“She is okay.”
Tapi aku akan tahu.
Ada bahagian dalam diri ini yang pernah pecah.
Ada tempat yang kalau disentuh…
masih sakit.
Dan tiba-tiba aku terfikir…
kalau aku tidak mampu menjadi perempuan yang dahulu…
adakah itu bermaksud aku sudah kalah?
Aku diam.
Kemudian aku angkat tangan kananku.
Aku letakkan perlahan-lahan di dada.
Ada degupan.
Masih ada.
Aku pejam mata.
Dan kali ini…
aku tidak bercakap kepada dunia.
Aku tidak bercakap kepada manusia yang pernah menggenggam tanganku.
Aku bercakap kepada hati.
Duhai hati…
kau bukan milik aku sepenuhnya.
Kau milik SANG PENCIPTA.
Rasa kasih itu datang daripada-NYA.
Rasa sayang itu datang daripada-NYA.
Dan kalau semua rasa itu datang daripada-NYA…
maka sumber kekuatan untuk membawa aku keluar daripada tempat ini juga datang daripada-NYA.
Aku tarik nafas.
Kun Fayakun.
Jadilah.
Maka jadilah ia.
Ada perkara yang sekuat mana kita cuba menghalangnya…
kalau ALLAH mengizinkan ia berlaku,
ia tetap akan berlaku.
Dan ada perkara yang kita fikir mustahil untuk kita lalui…
tetapi kalau ALLAH mahu kita melaluinya,
entah bagaimana…
kita akan melaluinya juga.
Mungkin bukan dalam keadaan yang sama.
Mungkin bukan sebagai manusia yang sama.
Tapi kita akan melaluinya.
Jika inilah jalan yang SANG PENCIPTA mahukan…
maka inilah jalan yang harus aku jalani.
Aku membuka mata.
“Marilah, wahai diri…”
“Kembalilah dikau kepada kehidupan.”
Aku tahu kau penat.
Aku tahu tubuhmu masih sakit.
Aku tahu ada bahagian daripada dirimu yang mungkin tidak akan kembali seperti dahulu.
Tapi pandang aku.
Kita masih di sini.
Masih bernafas.
Masih mempunyai hati.
Masih mempunyai Tuhan.
Bukankah itu sudah cukup…
untuk kita bermula?
Tak perlu berlari hari ini.
Berdiri dulu.
Kalau tak mampu berdiri…
duduk.
Kalau duduk pun terasa terlalu berat…
merangkaklah.
Perlahan-lahan.
Kita tidak sedang berlumba dengan sesiapa.
Curam itu sudah terlalu banyak mengambil daripada kita.
Jangan kita serahkan kepadanya satu perkara terakhir yang masih kita ada.
Keinginan untuk hidup.
Aku pandang tangan kananku.
Tangan yang suatu ketika dahulu mengharapkan genggaman manusia lain.
Aku genggam tangan itu sendiri.
Kuat.
“Jom.”
Aku memujuknya.
“Kita balik.”
Tapi…
balik ke mana?
Aku mendongak.
Puncak itu sudah tidak kelihatan.
Jalan yang membawa aku ke sana sudah tertutup.
Aku tersenyum sedikit.
Mungkin…
aku memang tidak perlu kembali ke sana.
Mungkin tugas aku bukan memanjat semula curam yang sama.
Mungkin dekat bawah sini…
ada jalan lain.
Jalan yang aku tidak pernah tahu wujud kerana selama ini aku terlalu sibuk memandang ke atas.
Aku bangun.
Untuk pertama kali sejak aku jatuh…
aku berhenti mencari manusia yang pernah melepaskan tangan aku.
Aku tidak lagi mendongak untuk melihat sama ada dia masih berada di atas sana.
Aku pandang ke hadapan.
Sunyi.
Gelap.
Aku tidak tahu apa yang menunggu aku.
Tapi dari celah-celah ranting…
ada sedikit cahaya.
Kecil.
Sangat kecil.
Tapi cukup untuk aku melihat satu langkah di hadapan.
Hmmm.
Satu langkah pun jadilah.
Kerana mungkin selama ini aku salah.
Aku fikir untuk meneruskan hidup…
aku perlu menjadi semula perempuan yang pernah berada di atas sana.
Bijak.
Pandai.
Cantik.
Confident.
Perempuan yang ketawa seolah-olah dunia tidak pernah menyentuhnya.
No.
Aku tak perlu menjadi dia semula.
She existed.
She loved.
She fell.
And perhaps that should have been the end of her story.
But it wasn't.
She survived.
Perempuan yang akan berjalan keluar daripada dasar curam ini mungkin tidak akan sama.
Akan ada parut.
Akan ada bahagian yang tidak sempurna.
Akan ada hari tertentu apabila dia teringat bagaimana rasanya jatuh.
Biarlah.
Kerana parut tidak bermaksud aku masih terjatuh.
Parut cuma membuktikan…
aku pernah jatuh.
Dan tubuh ini masih memilih untuk sembuh.
Aku letakkan tangan di dada sekali lagi.
Degup.
Degup.
Degup.
Masih ada.
Perlahan…
tetapi ada.
Dan selagi ALLAH masih mengizinkan jantung ini berdegup…
ceritaku belum selesai.
Kun Fayakun.
Jika DIA mengizinkan aku jatuh sehingga ke dasar ini…
DIA juga mampu membuka jalan yang aku tidak pernah tahu wujud.
Maka hari ini…
aku tidak berjanji untuk menjadi kuat.
Aku tidak berjanji esok aku tidak akan menangis.
Aku tidak berjanji aku tidak akan memandang curam itu lagi.
Dan aku juga tidak tahu bila aku akan mampu berlari semula.
Aku cuma berjanji satu perkara kepada perempuan yang sedang aku genggam tangannya ini.
Aku tidak akan meninggalkan kau di sini.
Jom.
Kita jalan.
Satu langkah.
Kemudian satu lagi.
Dan satu lagi.
Tak perlu tahu sejauh mana.
Tak perlu tahu bila akan sampai.
Kita cuma perlu terus hidup cukup lama untuk melihat ke mana jalan ini membawa kita.
Dan mungkin…
suatu hari nanti…
aku akan berlari semula.
Bukan seperti perempuan yang dahulu.
Tetapi sebagai perempuan yang pernah jatuh dari curam paling tinggi dalam hidupnya…
mengutip dirinya satu persatu di dasar…
dan memilih untuk bangun.
Pada hari itu aku mungkin akan menoleh ke belakang.
Curam itu masih ada.
Parut itu juga masih ada.
Memori itu mungkin masih ada.
Tapi aku sudah tiada di sana.
Aku sudah berjalan jauh.
Dan akhirnya aku akan faham—
curam itu bukan tempat hidup aku berakhir.
Ia cuma tempat…
aku memilih untuk hidup semula.
No comments:
Post a Comment