Sunday, 31 May 2026
UNIVERSITI KEHIDUPAN CERITE ASAL PAKCIK RENJER KEM INTAN SURAYA
Monday, 25 May 2026
Warkah Buat Kanda Yang Annoyingly Comel....
Ini bukan surat cinta biasa...
Ini surat cinta yang tidak pernah terfikir akan wujud dalam dunya penceritaan kita.
Kepada insan yang tidak pernah dijangka, namun tiba-tiba menyinggah dan menyinari hari-hari dinda yang dulunya sepi tanpa sebarang rentak. Insan yang membuatkan sebutan perkataan 'Kanda' dan 'Dinda' itu kedengaran sangat mahal. Sehinggakan setiap kali berbicara menggunakannya, terasa diri dinda seakan sedang bertakhta indah di dalam lubuk hati si penyebutnya.
Kanda ku,
Kehadiran surat ini bukanlah untuk membuatkan kanda pening kepala mahu pun sakit hati. Tapi, saja... dinda memang suka buat macam tu. Geram juga dinda kadang-kadang, sebab kanda selalu sangat tak faham lawak dinda! Penat dinda perah otak fikir punchline yang paling kelakar, rupanya kanda langsung tak dapat detect. Haishlah kanda ni... sejenis loading yang comel tapi bikin dinda gigit bibir!
Kanda ku,
Perjalanan yang kita pilih ini bukanlah sebuah jalan yang mudah. Sejak dari awal lagi, kita berdua sudah tahu bahawa trek yang kita lalui ini penuh dengan onak duri, paya bakau, kelapa sawit, curam yang dalam, cuaca yang tak menentu, bahkan mungkin ribut taufan yang sedia melanda. Tapi pelik kan? Kita masih tetap memilih untuk melangkah dan melaluinya juga, berdua.
Kanda ku,
Jika engkau mengharapkan sebuah jalan cerita cinta yang penuh dengan kegilaan drama, maka... hahaha, dinda mengaku dinda tak cukup gila untuk itu. Mungkin cara dinda mencintai seseorang itu sikit berbeza daripada wanita lain. Dinda lebih suka memerhati dalam diam, suka mendengar dengan tekun, dan suka memahami tanpa lelah. Dinda cuma berharap, dinda dapat menyalurkan tenaga ketenangan di sebalik keributan hati kanda, dan memberikan seulas senyuman yang mampu membuatkan hari-hari kanda yang dingin kembali bercahaya.
Kanda ku,
Untuk pengetahuan kanda, sometimes you really annoy me. Tahu tak kenapa? Sebab bila dinda rasa nak marah atau merajuk, terus tak jadi! Macam mana dinda nak marah kalau kanda bagi 'muka' macam tu? Agaknya lepas ni, kalau dinda tengah geram, dinda kena tutup mata dan tutup telinga rapat-rapat. Marah bagi habis dulu, baru dinda buka mata balik. Senyuman kanda, gelak tawa kanda... semuanya terlalu cukup untuk mencairkan sekeping hati dinda. Gerammm je dinda tengok tahu tak?
Kanda ku,
Dinda tidak pernah tahu yang perasaan seindah ini sebenarnya ada tersimpan kemas untuk kanda. Tidak pernah dijangka, tidak pernah cuba difahami, malah tidak pernah cuba diperhati sebelum ini. Kehadiran kanda sekarang sudah cukup menyenangkan hidup dinda. Sesi berbincang, berborak, dan berfikir bersama... cuma tulah, bab nak sembang merepek dan merapu tu, frekuensi dinda dengan kanda belum betul-betul sync lagi. Mungkin sebab kita terlalu banyak berbicara hal-hal serius sebelum ini, kan?
Kanda ku,
Aturan Allah tu sangat cantik, kan? Jika rasa ini hadir lebih awal dalam hidup kita, mungkin jalan ceritanya tidak akan sama macam hari ini. Mungkin kita akan menjadi pelik, mungkin kita tak berkawan, atau mungkin kita langsung takkan bertegur sapa dah. Tetapi Allah Maha Adil. Dia telah menyediakan waktu dan keadaan yang paling tepat untuk membuatkan kita percaya... sebenarnya apa yang kita ada hari ini, jauh lebih dalam daripada itu. Lebih dari sekadar seorang kenalan, dan jauh lebih bermakna daripada seorang kawan. Rupanya, tanpa kita sedar, dah lama hati dan perasaan kita berdetak ke arah kasih dan sayang yang sama.
Kanda ku,
Di hujung warkah cinta dinda buat mu ini, kutitipkan setulus doa dan harapan. Semoga yang terbaik sahaja yang Allah bentangkan buat kanda dan dinda, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap yang tersirat. Dinda tahu, apa yang ada di hadapan kita ini seakan sebuah perkara yang mustahil. Tetapi dinda sangat percaya, semua yang terjadi pasti ada sebabnya, dan semua pertemuan ada jalan ceritanya yang tersendiri.
Terima kasih, kanda... kerana sudi membuka pintu dan berbicara mengenai isi hati serta perasaan kanda pada dinda. Terima kasih kerana tidak menyimpannya sendirian sebagai rahsia. Dan terima kasih yang paling dalam, kerana kanda telah mengambil seluruh keberanian yang ada demi memastikan dinda tahu apa yang terbuku di dalam dada kanda.
Dan ketika saat ini... dinda mahu percaya pada apa yang ada sekarang. Bersyukur dengan setiap detik kebahagiaan yang dipinjamkan, dan meredhai setiap helaian Qada & Qadar yang telah dituliskan. Sehingga saat itu tiba...
Stay a little longer.
Stay until Allah says so.
And please... do not let your heart give up on me.
— Dari Dinda Yang Selalu Geram Dengan Kanda
Saturday, 23 May 2026
Untill ALLAH say so....
Some people fall in love loudly.
Some people fall in love like a storm.
But some…
feel like home.
Not the kind of love that needs to be proven every second,
not the kind that begs the world to look at them,
but the kind where silence feels safe,
where tired eyes still search for one another,
where a simple “dindaπππ”
sounds more romantic than poetry.
And maybe that’s why it’s terrifying.
Because when someone becomes your peace,
you start praying life will never be cruel enough
to take them away from you.
I do not know what ending is written for us.
Only Allah knows where every road finally leads.
Maybe we are forever.
Maybe we are simply two souls
who were meant to heal each other for a little while.
But until Allah says otherwise,
stay.
Stay even when life becomes heavy.
Stay when misunderstandings arrive uninvited.
Stay when the world grows loud around us.
Stay through storms,
through tornadoes,
through deserts that try to dry the love out of us.
Fight for me
the same way I fight for you.
Because in a world where people leave so easily,
there is something sacred
about two hearts still choosing each other
again and again.
And if one day this story must end,
let it never be because our hearts gave up first.
So for now…
come closer.
Tell me about your day.
Let me hear your laugh one more time.
Because loving you
has felt like resting after a long journey.
And no matter what tomorrow brings,
a part of me will always be grateful
that somehow, in this chaotic world,
I found home in you.
Thursday, 21 May 2026
Mamat Satria Silver
Yes U Are
"Kereta awak ke?"
Aku berdiri kaku di tengah ruang parkir, memandang seorang lelaki dari atas ke bawah. Aku judging setiap inci penampilannya dengan penuh prasangka. Dia berbaju-T putih yang nampak sedikit pudar, berjaket biru, bertopi, dan berseluar ala budak Politeknik Jabatan Kejuruteraan. Kasutnya pula jenis Converse atau Vans yang nampak sudah sangat lasak, seolah-olah sudah ribuan batu berjalan.
Dia menegur aku dengan wajah yang tenang, seolah-olah kami sudah kenal lama. Aku? Aku tidak tersenyum mahupun memberi respon. Aku hanya merenung mukanya dengan pandangan "siapa kau?" yang paling tajam.
"Tu kereta saya," katanya sambil tersenyum nipis lalu berlalu pergi menuju ke arah sebuah Proton Satria Silver. Aku masih terpinga-pinga dalam fasa krik-krik aku yang paling tegar. "So... kenapa kalau kereta kau Satria?" bisikku sendirian sebelum melangkah masuk kerja seperti biasa.
Esoknya, rutin aku bermula lagi. Aku nampak lagi kereta Satria Silver itu terparkir di tempat yang sama, tetapi kelibat lelaki itu tiada di mana-mana. Begitulah seterusnya untuk beberapa minggu sehingga perasaan ingin tahu aku mula mengatasi rasa ego. Aku memberanikan diri bertanya kepada salah seorang staf Bluewave, syarikat pengawal keselamatan di pejabat itu.
"Kereta Satria Silver tu siapa punya?" tanya aku pendek.
"Kenapa?" jawab staf tersebut dengan senyuman yang sukar ditafsirkan. Bermulalah sesi tanda tanya dalam kepalaku yang tidak berkesudahan: Siapa lelaki itu? Kenapa dia nekad menegur aku? Dan apa sebenarnya jawatan dia di syarikat ini sampai keretanya boleh "bermukim" di situ setiap hari?
KEHADIRAN YANG TAK DIJEMPUT
Aku jenis yang tidak suka diganggu. Waktu rehatku biasanya dipenuhi dengan timbunan buku cerita dan komik kerana aku lebih suka melayan dunia imaginasi daripada bersembang kosong. Foodcourt di tepi tingkap adalah tempat perlindungan kegemaranku. Di situ, aku boleh duduk diam-diam sambil melihat deretan kereta di jalan besar, mencari sedikit ketenangan dari hiruk-piruk pejabat.
"Sorang je ke?"
Muncul lagi mamat Satria itu. Kali ini aku memandang wajahnya dalam-dalam, cuba membaca apa sebenarnya niat di sebalik setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya.
"Awak tak suka eh makan kat kantin? Mi tikus kat situ sedap, saya suka makan tapi jarang-jarang sebab makan kat mamak lagi sedap," katanya selamba. Aku masih berkerut muka. Siapa panggil mi tu 'mi tikus'? Geli pula aku dengar. Tapi mamat ni, dia langsung tidak faham (atau buat-buat tak faham) yang aku tengah bagi muka serius. Aku sebenarnya dari awal menunggu dia memperkenalkan diri, tapi akhirnya dia pergi begitu sahaja.
"Arrrrrrggghhh!!!! Siapa mamat ni sebenarnya?!" Aku hampir menjerit dalam hati. Kelakuannya yang 'senget' itu secara tidak sengaja mewujudkan keinginan yang tinggi untuk aku tahu siapa dia. Namun, hari berganti hari, dia terus hilang dari radar. Sehinggalah suatu petang, aku terlihat kereta Satria itu di sebuah pusat karaoke keluarga. Aku melihat pusat karaoke tersebut, teringat pada adik angkatku yang pasti akan mengajak aku menyanyi kalau nampak aku di situ, jadi aku biarkan sahaja kepelikan itu berakhir di situ.
DARI MESEJ MISTERI KE MAGGI GORENG
Setelah berbulan dia hilang, tiba-tiba matanya terpana kepada satu susuk lelaki. Familiar. Sangat familiar. "Alaaaaa bodo laaaaaa, kenapa aku tengok mamat bodo ni, macam mana boleh ada pulak!" bisik aku bila nampak dia muncul semula dengan senggihan yang sama. Dia berlalu pergi begitu sahaja, seolah-olah kemunculannya memang sekadar mahu mengusik ketenangan aku.
Malam itu, telefon aku bergegar. Ada mesej dari nombor misteri. Dia menceritakan segalanya tentang hari aku—ke mana aku pergi, apa aku buat, buku apa aku baca. "Ehhhhhhh stalker gila lah lelaki ni! Takut pula rasa!" Jantung aku berdegup kencang antara takut dan rasa ingin tahu yang membuak.
Keesokannya, dia menyapa lagi. "Awak, jom pergi makan tengah hari sama-sama."
"Boleh... nak pergi makan mana?" jawab aku, mencabar keberanian diri sendiri.
"Kalau saya, saya suka mamak depan tu," terangnya ringkas.
"Bukan awak suka makan restoran kat dalam Jusco ke?" soalnya lagi, membuktikan dia memang memerhatikan setiap gerak-geri aku.
Di kedai mamak, berbekalkan Maggi goreng ayam dan teh ais limau, aku duduk di hadapannya. Setiap soalanku dijawabnya secara main-main. Ada sahaja jawapan yang buat aku rasa nak baling sudu. Akhirnya aku letak sudu dan mahu terus balik ke pejabat.
"Membazir makan tak habis," tegurnya.
"Saya kenyang lagi lah, sarapan pagi tadi kat kantin!" balas aku terus berlalu.
Tapi siapa tahu, itulah permulaan kepada banyak lagi sesi makan bersama. Itulah harinya aku tidak membawa kereta, dan lelaki yang rupa-rupanya bernama Malik ini menawarkan diri untuk menghantarku. Gila ke? Takkan aku nak suruh stranger hantar balik rumah? Tapi itulah Malik, dia berjaya meyakinkan aku. Memang betul dia hantar aku balik sampai depan pintu rumah. Aku mula terpesona. Percaya atau tidak, bermulalah episod Malik mengambil dan menghantar aku kerja, malah kadangkala dia 'menculik' aku untuk jalan-jalan mencuci mata.
ISI KETAM DAN AIR MATA
"Awak, saya teringin nak makan seafood tomyam," katanya suatu hari. Aku setuju dan mengajak ke kedai berdekatan.
"Bukan lah, kat kedai yang tomyam dia special lah," katanya lagi. Aku layankan sahaja.
Sedang aku kalut hendak mula makan, dia bertanya, "Awak nak makan ketam?"
"Takpelah, saya malas nak kotorkan tangan saya," jawab aku ringkas.
"Aahhhh," Malik mengeluh kecil.
"Awak, saya ada tangan, saya bukan OKU. Awak letak je isi ketam tu kat nasi ni, nanti saya makan sendiri," tegasku.
Malik tetap Malik. Dia mengambil pinggan aku, perlahan-lahan mengopek kulit ketam itu, mengeluarkan isinya yang putih, kemudian dia menyuapkannya kepadaku. Aku melihat Malik tepat ke matanya, cuba memahami apa yang sebenarnya sedang terjadi. "Ehhhh kamon lah, I’m an independent woman, apa barang main suap-suap... leceh lah dia ni!"
"Letihkan hari ni? Banyak kerja kan tadi? Meh saya suapkan," kata Malik lembut sambil tersenyum.
"Nah cepat, tangan saya dah lenguh," sambungnya lagi.
"Kalau lenguh, tak payah sibuk lah nak suap-suap!" Aku masih berkeras, tapi dia menjauhkan pinggan itu supaya aku tidak dapat mencapainya. Akhirnya aku akur, membiarkan dia menyuap aku sambil dia sendiri makan bersama-sama.
Balik dari kedai tomyam itu, aku terduduk di katil. Aku terfikir, apa benda sebenarnya yang terjadi tadi? Kenapa hati aku rasa gembira sangat dilayan begitu? Rupanya Malik nampak kepenatan aku hari itu—dengan pelanggan yang cerewet, kerja yang menimbun, dan tekanan orang atasan. Hari itu sebenarnya adalah bad day aku, dan Malik ada di situ untuk mencerahkannya. "Nahhhhhh jangan perasan please!" aku mengingatkan diri sendiri berulang kali.
HIDUP DALAM TENANG MALIK
Pagi esoknya, kereta Satria Silver Malik sudah tercongok di depan rumah aku.
"Awak takpe awak... saya boleh drive sendiri, betul!"
Penat aku bergaduh di depan rumah, namun akhirnya aku akur untuk mengikutnya. Malik tiba-tiba ada dalam hidup aku setiap hari, setiap masa. Dia memastikan aku tahu kewujudannya walaupun kami tidak berjumpa secara fizikal. Apa sahaja yang aku buat, dia tahu.
Malik mula melembutkan hati aku yang keras. Senyumannya, gelaknya, ketenangannya—semuanya seolah-olah menjadi ubat kepada hidup aku yang ketika itu sangat huru-hara. Maliklah yang melayan emosi aku yang up and down. Kadang-kadang aku menyampah melihat mukanya yang nampak macam tidak ada perasaan; aku marah ke, angin ke, dia tetap tenang dan tersenyum.
"Ceritalah pasal buku yang awak baca tu," katanya. Aku peminat novel 'orang putih', Malik pula tidak suka membaca novel. Jadi, dia akan paksa aku ceritakan dari A sampai Z. Dia mendengar dengan penuh minat seolah-olah cerita itu sangat penting buatnya.
"Kalau nak nangis, nangis je lah," kata Malik lembut suatu ketika. Masa itu keadaan keluarga aku sedang berkecamuk. Malik memegang pipi aku sambil menatap mataku. Macam biasa, dia membalas dengan senyuman dan menyuruh aku memandu keretanya, berpusing-pusing di pekan sehingga kami berhenti melihat sebuah kereta besar di tepi jalan.
"Wahhhhhb kereta siapa ni?" tanyaku kagum.
Malik duduk di sebelah aku, memandang ke arah yang sama. "Saya ada okie," katanya perlahan.
Dalam hati aku berkata, "Bodoh siak kau ni... jangan berjanji benda yang tak pasti. Semua lelaki sama." Ternyata, Malik tidak sama.
TAKDIR YANG MEMISAHKAN
Aku mahu bercerita lebih panjang, tetapi memori tentang wajah Malik secara realiti pun mula kabur dalam otakku. Baru-baru ini aku bertembung dengan seorang lelaki yang tiba-tiba tersenyum melihat aku. Aku yang tengah bising terus terdiam.
"Dak? Kenapa tu? Siapa lelaki tu?" tanya kawan aku.
"Entah eh," jawab aku pendek, padahal dalam hati aku teringatkan Malik.
Malik. Lelaki yang telah meruntuhkan Tembok Besar China yang aku bina di sekeliling hati aku. Lelaki yang memberikan aku keselesaan dan membuatkan aku percaya bahawa wujud cinta yang boleh dipercayai. Lelaki pertama yang sanggup menyuap aku makan sampai habis sambil memerli dan membebel. Dialah yang mengajar aku ayat, "Kesiannya dia, banyak eh kerja hari ni?"
Tapi di mana Malik hari ini?
Dia memenuhi takdir yang telah tertulis untuknya. Dia berjalan mengikut jalannya, dan aku mengikut jalanku. Aku berpindah tempat kerja kerana naik pangkat dan berharap tidak akan berjumpa dengannya lagi, walaupun kadangkala ekor mataku terasa seperti melihat kelibatnya dari kejauhan.
Hari berganti tahun, Malik kini hanya sekadar nama. Nama yang membuatkan aku kenal apa itu solat Istikharah. Nama yang membuatkan aku menangis di sejadah lima waktu. Nama yang membuatkan aku belajar erti Tahajud dan merapatkan aku dengan surah Yasin.
Adakah Malik jahat? Tak... tak langsung.
Walaupun hati aku terluka kerana perpisahan ini, aku percaya ada cinta di luar sana. Jika dulu aku terlampau feminis dan skeptikal, sekarang aku percaya pada Takdir. Setiap orang yang hadir dalam hidup kita adalah apa yang kita perlukan pada ketika itu. Kita cuma tidak tahu berapa lama Allah mahu meminjamkan seseorang itu kepada kita. Apabila babaknya dalam hidup kita selesai, dia akan pergi—sama ada kembali ke Pencipta atau mengikut takdir yang telah ditetapkan untuknya.
Perpisahan itu sakit, tetapi semua yang bermula pasti akan berakhir. Setiap awal cerita pasti ada akhirnya. Semoga yang indah-indah sahaja kekal sehingga ke penghujung usia. Amin.
Janji Yang Tak Terucap - Material On Hold
JANJI YANG TAK TERUCAP :AISENAI AISHITAI PART 2
JANJI YANG TAK TERUCAP: AISENAI AISHITAI
TAJUK: RASA KEENAKAN KEBEBASAN DAN NASI AYAM TEPI JALAN
POV ELINA
"MAK TERKEJUT!!!!!!!!!!!!"
Aku hampir terlepas beg tangan bila dengar jeritan tu pagi-pagi buta. Aku tengok mamat kat depan aku ni—Ikmal. Ayah cakap dia bodyguard baru, tapi bagi aku, dia macam pelakon filem aksi yang tersesat zaman. Rambut dia? Seriuslah, siapa lagi yang pakai rambut macam Takuya Kimura zaman mak bapak kita muda-muda dulu?
Dia nampak sasa, tegap, dan jujurnya... memang ada rupa. Tapi bila dia menjerit macam kena histeria masa nampak aku kat belakang dia, terus hilang segala imej macho yang dia cuba bina. "Nyah ke?" spontan aku tanya. Dah kenapa menjerit macam nampak hantu?
Aku masuk dalam kereta dengan hati yang sebal. Sejak Rizqi tegur pasal "obor-obor" kat rekaan aku malam tadi, mood aku memang ke laut. Aku perlukan inspirasi. Aku perlukan KL. Tapi aku tahu, bagi Ayah dan Umi, KL tu macam zon larangan buat aku.
"Ikmal, bawa saya pergi KL," arah aku pendek.
Aku nampak dia teragak-agak. Dia mesti ingat pesan Ayah. Tapi bila aku mula rasa sesak, rasa macam dunia ni makin sempit, air mata aku tak boleh tahan. Aku menangis. Bukan sebab aku manja, tapi sebab aku rasa tak ada sesiapa faham kenapa aku nak sangat keluar dari 'sangkar' ni.
Tiba-tiba, Ikmal pusing stereng. Dia tak banyak tanya. Aku diam, mengelap air mata dalam kedinginan aircond kereta. Sampailah dia berhenti mengejut kat satu kawasan yang aku tak pernah nampak seumur hidup aku.
"Sekarang dah sampai Pantai Dalam. Ni kunci kereta kau ambil. Janji balik nanti kau ambil aku kat sini."
Dia tinggalkan aku macam tu je? Aku terkedu. Berani dia tinggalkan Elina Al-Attas kat tepi jalan macam ni? Aku keluar, aku kejar dia. Tak pasal-pasal kain aku tersangkut. "Ikmal! Awak nak pergi mana?!"
"Aku makbulkan doa kau nak datang KL kan? Sekarang dah sampai..."
"Aku mana tahu jalan KL! Bodoh!" aku menjerit geram.
Aku rasa nak lari balik dalam kereta, tapi tiba-tiba muncul seorang makcik yang nampak sangat baik, tapi tangan dia... pegang sudip! Pukk! Dia hempuk kepala Ikmal. Aku terpaku. Siapa berani buat macam tu kat bodyguard tegap ni?
"Ni bos baru Ikmal, Cik Elina. Cik Elina, ni mak saya. Okay, done. Saya nak pergi makan..." Ikmal selamba je kenalkan aku macam tu sebelum dia melangkah masuk ke sebuah kedai kayu yang nampak usang tapi baunya... ya Allah, harumnya!
Aku masuk perlahan-lahan. Semua orang kat dalam kedai tu pandang aku macam aku ni makhluk asing yang turun dari planet lain dengan baju designer aku ni. Ikmal duduk, depan dia ada tiga pinggan nasi. TIGA!
"Kenapa tak makan?" tanya dia garang.
Aku pandang pinggan tu. Selama ni, Rizqi atau Azam akan hidang makanan kat atas meja marmar, dalam pinggan porselin putih bersih. Tak pernah aku makan kat bangku kayu yang bunyinya 'kriekk' setiap kali aku bergerak. Aku geleng kepala. Bukan sebab tak lapar, tapi aku tak tahu macam mana nak mula.
Tiba-tiba, Ikmal suapkan nasi tu ke mulut aku. "Makan!"
Aku terkedu. Berani dia suap aku? Tapi entah kenapa, aku tak boleh nak marah. Aku buka mulut, dan sebaik saja nasi ayam tu menyentuh lidah aku... jantung aku rasa macam nak berhenti. Sedapnya! Jauh lagi sedap dari masakan hotel. Dia rasa macam... kasih sayang. Dia rasa macam 'rumah'.
Aku ambil sudu sendiri. Aku makan sampai habis. Ikmal pandang aku dengan muka dingin dia, tapi aku tahu, dia tengah perhatikan aku. Selesai makan, dia bawa aku jalan-jalan. Aku jumpa kain damascus yang dah lama aku cari. Dia belikan aku dessert tepi jalan yang harganya cuma dua tiga ringgit, tapi rasa dia lebih manis dari macaron paling mahal kat KL.
Kami singgah di Putrajaya untuk solat. Aku duduk kat belakang kereta masa perjalanan balik, memeluk kain damascus tadi. Aku tersenyum sorang-sorang.
Aku terus capai telefon, hubungi satu-satunya orang yang aku percaya. Rizqi.
"Rizqi! Awak tahu tak saya kat mana tadi? Saya makan nasi ayam kat tepi jalan! Sedap sangat! Lepas tu saya jumpa kain damascus warna emerald yang kita bincang hari tu! Ikmal bawa saya jalan-jalan!" aku bercerita dengan nada yang sangat excited.
Rizqi kat hujung talian cuma diam. Lepas tu dia jawab pendek, "Hmm, baguslah kalau tak semak lagi kepala tu. Balik nanti jangan lupa minum juice."
Aku gelak. Aku tahu Rizqi mesti tengah buat muka nonchalant dia, tapi aku tahu dia dengar.
Aku pandang cermin depan, nampak Ikmal tengah tersenyum sendiri. Mamat Takuya Kimura ni... walaupun dia kasar, walaupun dia tak ada protokol, tapi hari ni dia bagi aku sesuatu yang Ayah dan Umi tak pernah bagi. Kebebasan.
"Ikmal," panggil aku perlahan.
"Hmm?"
"Nanti kita pergi lagi ya? Makan nasi ayam ayah awak."
Dia tak jawab banyak, cuma "Iyalah." Tapi aku tahu, untuk hari ini, aku dah jumpa seorang pelindung yang faham apa maksud 'privacy' yang sebenarnya. Dia tak menceroboh, tapi dia menemani.
Tapi dalam hati aku tertanya... kenapa Ayah dan Umi takut sangat aku keluar KL sorang-sorang? Adakah sebab mereka takut musuh perniagaan? Atau ada sesuatu yang lebih besar yang aku sendiri belum tahu?
JANJI YANG TAK TERUCAP : AISENAI AISHITAI Part 1
TAJUK: PERTEMUAN YANG TAK TERDUGA... NAMUN KAU KU LIHAT GARANG SENTIASA
POV IKMAL
Hari ini hari pertama aku menemani Cik Elina Al-Attas. Sebagai pengawal peribadi, imej itu segalanya. Aku berdiri di depan cermin, membelek otot lengan yang nampak pejal di sebalik kemeja. "Yahhh... mestilah ada muscle," bisik aku sendiri. "Yahhh... mestilah ada style." Walaupun rambut aku ni gaya Takuya Kimura era 90-an, come on lah, aku rasa akulah lelaki paling stylo dalam daerah ni. Handsome ada, manis ada, sasa jangan cakaplah. Dengan suit hitam ni, kalau Mamu Sharnaaz Ahmad tengok, kompen dia mengaku aku ni saudara mara dia.
Aku melangkah gagah menuju ke arah kereta, menantikan buah hati kesayangan Tan Sri Azim. Tengah aku syok membetulkan rambut pada pantulan cermin tingkap kereta, tiba-tiba satu suara menegur kasar.
"Kenapa lambat?"
Aku tersentak. Rupanya Mak Nab, ketua bibik rumah ni. Amboi, suka-suka je nak marah aku. Padahal baru malam tadi berkenalan. Nasib baik dia perempuan, kalau lelaki... haaa, memang kena zerrrr dengan aku tadi.
"Eh Mak Nab! Cantik berseri-seri macam bidadari. Saya ingatkan model mana tadi. Kenapa tu Mak Nab? Kan Cik Elina pergi kerja pukul 8.30 pagi? Sekarang baru jam 8.00 pagi. Ni haaa, kalau tak percaya..." Aku suakan jam tangan aku tepat ke muka Mak Nab.
Belum sempat Mak Nab membalas, satu suara garau mencelah dari arah belakang.
"Semua staf diwajibkan solat Subuh berjemaah. Kemudian ada sedikit tazkirah dan sesi bersama staf. Selepas itu, semua kena sarapan sama-sama. Tak kisahlah kau bodyguard ke, chef ke, tukang kebun ke... hari-hari kena macam tu. Faham?"
Itu mamat berkacamata semalam. Rizqi. Dia pandang aku macam aku ni budak sekolah yang lambat masuk kelas. "Ni air lemon epal juice untuk Cik Elina. Dan ni sarapan untuk kau. Tak payah nak makan makanan tepi jalan tu sangat. Rehat, makan petang... semuanya makan kat hotel saja. Hmmm, itu saja."
Halah, halah mamat sekor ni. Acah-acah lebih sia! Aku pakai suit macam ni memanglah aku tak makan tepi jalan... aku makan atas jalan! Hahaha! "Haaa... iyalah, faham," jawab aku acuh tak acuh sambil mengambil bekalan tu. Aku biarkan dia berlalu pergi, sampailah...
"MAK TERKEJUTTTTTT!!!!" Aku menjerit sekuat hati bila terasa ada orang berdiri rapat di belakang aku.
"Apa masalah kau ni? Ishhh, menjerit macam perempuan. Nyah ke?"
Cik Elina. Betul, dia memang lawa. Putih, mata bulat, bibir merah delima. Tapi kalau dah terjengil mata macam tu, siapa yang tak luruh jantung? Pagi itu bermula dengan kedinginan. Elina langsung tak pandang aku. Dia masuk ke dalam kereta dengan muka ketat. Aku pun apa lagi? Aku buat kepala aku sendiri juga. Kalau bos nak somber, aku pun boleh jadi batu.
Sepanjang jalan, suasana dalam kereta sunyi sepi. Tiba-tiba, Elina bersuara. Dia nak pergi ke Kuala Lumpur (KL), tapi aku teringat pesanan Tan Sri Azim pagi tadi—Cik Elina tidak dibenarkan keluar kawasan tanpa izin khas. Aku tersepit. Nak ikut cakap Tan Sri ke, atau ikut cakap bos depan mata?
Elina mula menangis. Bukan tangisan biasa, tapi tangisan yang buat aku rasa bersalah gila. Tanpa banyak soal, aku nekad. Aku pusing stereng menuju ke KL. Elina diam, cuma esakannya saja kedengaran. Bila sampai di satu kawasan, aku berhentikan kereta secara mengejut.
"Kenapa berhenti?!" Elina melenting, matanya sembab.
Aku matikan enjin, cabut kunci dan hulurkan pada dia. "Sekarang dah sampai Pantai Dalam. Ni kunci kereta, kau ambil. Pergilah mana kau nak pergi, janji balik nanti kau ambil aku kat sini." Aku terus melangkah keluar, tak toleh belakang.
"Ikmal! Awak nak pergi mana?" Elina mengejar aku. Entah macam mana, dia tersadung kainnya sendiri. Nasib baik tak tersungkur.
Aku pusing belakang, muka aku tetap dingin. "Aku makbulkan doa kau nak datang KL kan? Sekarang dah sampai... apa masalah kau nak ikut aku pula?"
"Aku... aku mana tahu jalan KL! Bodoh!" jawab Elina, suaranya pecah antara marah dan takut.
Aku ketawa besar. "Ehhh, tadi nak sangat datang KL. Tak tahu jalan rupanyaaaaa! Hahahahahaha!"
PUKKKK!
Kepala aku kena hempuk. Bukan dengan tangan, tapi dengan sudip!
"Dari jauh mak dah dengar suara kau! Kata dapat job kat Melaka, apasal ada kat sini? Kau lari eh Ikmal? Mak tahu sangat perangai kau ni!"
Mak aku. Di depan kedai nasi ayam bapak aku. Aku menggosok kepala yang pedih. "Mak... mak... sebelum mak bebel, Ikmal nak bagi tahu dulu. Ni bos baru Ikmal, Cik Elina. Cik Elina, ni mak saya. Okay, done. Saya nak pergi makan... pandai-pandailah Cik Elina ya."
Aku tinggalkan Elina yang terpinga-pinga dan terus masuk ke kedai. Aku minta nasi tiga pinggan dengan bahagian ayam yang paling terbaik. Elina masuk perlahan-lahan, duduk di bangku kayu tu dengan muka keliru.
"Kenapa tak makan?" tanya aku tegas bila tengok dia cuma pandang pinggan. Dia diam. Agaknya betul cakap Rizqi, orang kaya ni cuma makan kat hotel. Aku capai sudu, aku ambil nasi dan ayam, aku suakan ke mulut dia.
"Makan." Dia geleng. "Makanlah!" Aku paksa sikit. Akhirnya, dia buka mulut. Kunyahan pertama dia nampak ragu-ragu, tapi lepas tu dia terus ambil sudu sendiri dan makan dengan selera.
"Kau nak aku suap sampai habis nasi ni ke?" sakat aku lagi. Elina tak jawab, dia sibuk menyuap. Dalam diam, aku perhatikan dia. Nampak gaya dia suka sangat masakan bapak aku. Selepas kenyang, aku bawa dia jalan-jalan sekejap. Aku belikan dia kain damascus yang dia suka sangat belek tu, kemudian aku belikan dessert kegemaran dia. Kami singgah solat di Putrajaya sebelum bertolak balik.
Sepanjang jalan pulang, aku perhatikan dari cermin pandang belakang. Elina tersenyum-senyum sorang diri.
"Nanti kita pergi lagi ya? Makan nasi ayam ayah awak," katanya perlahan, tapi cukup untuk aku dengar.
"Iyalah," jawab aku pendek. Sepanjang jalan, dia sibuk berbual di telefon. "Besfren" dia agaknya. Dia bercerita punya gembira tentang makan tepi jalan dan kain yang aku belikan tadi. Aku tersenyum sendiri tanpa sedar.
Rupanya, anak jutawan ini tidak pernah dibenarkan berjalan di KL sendirian. Patutlah dia rasa dunia ni macam sangkar emas. Kenapa eh Tan Sri dengan Umi dia tak pernah biarkan dia jalan sorang-sorang? Rahsia apa yang mereka sorokkan sampai Elina rasa begitu terkurung?
JANJI YANG TAK TERUCAP : AISENAI AISHITAI OUTRO 3
DUNIA DI BALIK HIJAB ELINA
POV ELINA:
"Aku ada lima orang adik-beradik. Tiga perempuan, dua lelaki. Semuanya dah berkahwin dan tinggallah aku seorang bersama Umi dan Ayah. Aku bukan anak manja, tapi aku dimanjakan. Mungkin sebab aku sorang je yang belum 'lepas', jadi Umi dan Ayah sentiasa ada di sisi support apa sahaja aku buat."
"Lulusan Ijazah UiTM bahagian Fesyen... well, guess who is my senior? Boleh dikatakan brand-brand besar Malaysia semua owner dia adalah alumni UiTM. Itu sahaja dah buatkan aku yakin yang aku akan berjaya, terutamanya fesyen muslimah. Cantik, bergaya, tapi tetap menutup aurat."
"Ayah selalu ingatkan, 'El jangan nak buat fesyen balut aurat, pastu pakai tudung macam takde pin nak tutup apa yang patut tutup. Kalau El buat fesyen yang mengundang dosa... Ayah tanggung sekali tau sebab duit Ayah pun ada situ. Tak memasal pulak Ayah tak boleh masuk syurga... sebab orang lain.' Aduhhhh... menikam sungguh kata-kata Ayah. Menusuk sampai ke tulang rawan."
"Sebab itu aku teliti. Aku suka ruang privacy aku dihormati. Percaya atau tidak, dah berapa ramai pekerja diberhentikan sebab aku—bodyguard, tukang kebun, tukang bersih rumah. Sesiapa je yang buat aku rasa tak selesa atau menceroboh had yang aku tetapkan, aku pasti mengadu dengan Ayah. Bukan aku sombong, tapi aku perlukan rasa hormat dan tahu limit masing-masing. Tapi bagi yang ikhlas, aku anggap mereka macam keluarga sendiri."
"Contohnya, Azam. Private cook keluarga aku. Kaki perempuan, loya buruk, perangai tak semenggah. Ayah simpan dia jadi Head Chef hotel sebab masakan dia sedap. Tapi kalau tanya aku, yang sebenarnya memasak tu bukan dia, tapi staf-staf kitchen. Baik lagi Rizqi, Sous Chef kat situ."
"Rizqi... lama juga aku kenal dia. Dari hari pertama dia menjejak kaki ke Hotel Skies Garden milik Ayah. Setiap kali aku ke hotel, si Azam mesti suruh Rizqi yang layan aku. Aku tahu Azam nak aku bosan dengan Rizqi supaya aku berhentikan dia, tapi dengan aku, Rizqi ni lain macam sikit pedasnya."
DI DAPUR HOTEL SKIES GARDEN (FLASHBACK)
"Kalau saya ada girlfriend, saya tak bagi dia pakai baju tu keluar dengan saya. Semak saya rasa," kata Rizqi selamba sambil meletakkan makanan di depan aku dan terus berlalu pergi.
Aku terkedu. "Eh, apa hal pulak budak ni? Siapa yang tanya dia entah!"
Aku terasa hati. Siang malam aku cari idea, dia kata semak? Tapi bila aku fikir balik, betul juga. Striking sangat warna dia, banyak sangat 'kaki obor-obor' kat skirt ni. Kenapa eh aku nak kena pertimbangkan apa dia fikir? Tapi itulah aku, setiap kali ada assignment, aku mesti masuk dapur cari Rizqi.
"Warna kurang."
"Tak attractive."
"Buat lain."
"Semak."
Itu je jawapan dia. Tak pernah sekali pun dia nak tengok muka aku. Sampailah satu malam... malam yang paling gelap dalam hidup aku. Aku duduk di meja dining hotel, menangis sorang-sorang. Aku harap sangat tak ada siapa dengar.
"Staf saya baru je kemas tempat ni, takkan nak suruh dia tukar alas meja pula sebab air mata awak?"
Aku menoleh. Rizqi berdiri di situ.
"Kenapa?" tanya dia.
Aku geleng kepala sambil mengelap air mata.
"Azam ke?"
Aku geleng kepala lagi.
"Kalau awak nak nangis, nangis je lah takpe. Saya balik dulu."
"Ehh... Hmmm... Kalau saya cerita, awak jangan bagi tahu sesiapa tau," kata aku pada Rizqi. "Saya rasa awak tahu saya takda kawan pun kat sini. Mungkin nanti saya cerita kat pinggan, periuk kat dapur tu."
Aku tersengih sikit dengar kata-kata aku sendiri. "Saya marah, sedih dan tak boleh terima kenyataan."
"Awak marahkan siapa sebenarnya?" Rizqi memandang aku. Aku hanya diam.
"Ingatlah suatu benda, ALLAH berikan cabaran dan dugaan kepada hamba-Nya bersebab. Mungkin dari sudut pandangan kita benda tu tak betul, cuba tengok dari sudut lain dan bersangka baik dengan ALLAH."
Aku memotong kata-kata Rizqi. "Awak tak faham apa yang saya rasa!"
Rizqi hanya senyum—pertama kali aku tengok dia senyum macam tu—dan terus berlalu pergi. Kata-kata dia tu... buat aku terfikir dalam-dalam. Bersangka baik dengan Allah?
KEMBALI KE REALITI: RUMAH TAN SRI AZIM
POV ELINA:
"Ayah dah lantik bodyguard baru. Syaratnya sama—kena ikut ke mana saja aku nak, drive aku 24 jam. Seorang demi seorang berhenti sebab tak tahan dengan kerenah aku. 'El, esok Ayah dah uruskan seorang bodyguard untuk teman El,' kata Ayah petang tadi."
"Aku tarik nafas panjang. Hello Kak Mawar, hari ni saya tak nak jumpa dulu bodyguard baru saya. Hantarkan je dia ke pejabat Papa. Malam nantilah aku fikir. Dah tentu-tentu malam ni Azam akan masak makan malam untuk semua staf kat rumah ni. Aku nak tenang-tenang dulu sebelum kena hadap muka 'orang asing' esok."
POV IKMAL:
"Aku baru sampai depan rumah Tan Sri. Puan Mawar kata Cik Elina tak nak jumpa aku lagi. Hmmm... sombong ke apa bos aku ni? Takpe, Ikmal. Kau sabar. Kau ingat pesanan mak kau, bodoh macam mana pun, solat jangan tinggal. Aku kena tunjuk vibe abang kawasan yang beriman sikit kat sini."
SEKITAR SESI MAKAN MALAM DI RUMAH TAN SRI AZIM
POV RIZQI:
"Aku merengus perlahan sambil membetulkan apron. Kalaulah Azam tu tak terjun bangunan tingkat 17, mesti sekarang ni aku dah terlentang kat atas katil kat rumah, melayan Netflix. Tapi tak... disebabkan mamat tu dah selamat 'tidur' dalam koma kat hospital, akulah yang jadi mangsa."
"Sepatutnya syif aku dah habis. Tapi Puan Mawar punya arahan tak boleh dibuat main. Terpaksalah aku berkampung kat dapur rumah Tan Sri Azim ni. Aku kena siapkan persiapan untuk makan malam semua staf dan yang paling penting, menu khas untuk keluarga Tan Sri. Bukan sikit kerja wey, nak kena pastikan rasa dia standard hotel, tapi vibe rumah."
"Tangan aku laju menghias hidangan, tapi mulut tak henti-henti mengarah staf dapur yang lain. 'Mat, meja tu pastikan lurus! Pinggan, gelas... semua peralatan tu pastikan tak ada kesan jari! Cik Elina tu kalau dia nampak cacat sikit, masak kita nanti!'"
"Tengah aku sibuk memantau keadaan dapur dan ruang makan dari celah pintu dapur, mata aku tertancap pada satu susuk tubuh kat luar. Seorang lelaki tengah berdiri tegak. Rambut dia... bapak ah, gaya Takuya Kimura zaman Pride ke apa ni? Tinggi dia lebih kurang aku, tapi mamat ni nampak sasa sikit dan kulit dia sawo matang, nampak macam jenis selalu berjemur tengah panas."
"Aku senyum sinis sendiri. 'Tu kot bodyguard baru Cik Elina... Hmmm, tengok gaya macam ni, esok lusa berhentilah tu. Tak pun kena pecat sebab Cik Elina rasa dia menceroboh privacy.' Aku dah biasa tengok drama 'keluar masuk' bodyguard kat rumah ni. Tak ada yang tahan lama dengan kerenah Elina yang tersendiri tu."
Aku pusing krmbali ke arah dapur. 'Dah, jangan tengok orang luar! Siapkan dessert tu! Aku nak semua siap sebelum Tan Sri dan Cik Elina turun!'" saja je aku bagi arahan kepada staff dapur.
POV IKMAL:
"Aku perasan macam ada orang tengah skodeng aku dari tingkap dapur. Aku betulkan kot. 'Relaks Ikmal, kau sado, kau kacak, kau anak Pantai Dalam. Jangan tunjuk sangat kau tengah lapar nasi ayam bapak kau sekarang ni.' Aku nampak kelibat mamat berkacamata kat dalam dapur tu tadi. Nampak macam garang je dia mengarah orang. Tu kot Chef yang Puan Mawar cakap. Nanti kalau aku lapar, aku kena bodek mamat ni sikit tapi staf staf kat sini kate memang tiap tiap malam akan makan macam ni, bestnya selamat duit aku hehehehhee.
POV ELINA:
"Aku dengar bunyi bising sikit dari tingkat bawah. Bau masakan dah mula naik. Azam punya masakan ke, atau Rizqi yang buat? Aku harap Rizqi yang masak, sebab selera aku malam ni macam tak berapa nak mesra dengan gaya Azam yang over-the-top tu."
"Aku bangun, capai tudung bawal yang tersangkut. Aku perkemaskan pin. Owh lupa malam ni aku akan jumpa Bodyguard baru aku."EL cuba cuba lah berbaik dengab bodyguard, ayah tak larat dah nak cari bodyguard El kat mana" kata Tan Sri Azim, "El dah besar lah ayah, kenapa nak ada bodyguard semua" aku tunduk melihat hujung kasut ku. "El tahu kenapa kan, ayah risau" aku mengganguk lemah... Itu lah pesan ayah siang tadi.... Hmmmmm iyelah bagi lah chance kat bodyguard baru ni. Yay makannnnnnn
Zerrrr... Nampaknya aura 'perang dingin' antara Ikmal dan Rizqi dah mula terasa walaupun belum bertentang mata secara rasmi!
JANJI YANG TAK TERUCAP : AISENAI AISHITAI OUTRO 2
CHEF, BUNGA TALANG DAN GENG 'MAN IN BLACK'
Sambil Ikmal tengah bergelut dengan realiti 'loading' dia kat lobi, di satu sudut lain bangunan yang sama—iaitu di Hotel Skies Garden yang juga milik empayar Al-Attas—suasana kat dapur tengah panas. Bukan panas sebab api dapur gas, tapi panas sebab 'tetamu' tak diundang.
POV RIZQI:
"MAAF!!!! Boleh kami jumpa Chef Azam?"
Aku tersentak. Nyaris-nyaris tweezers kat tangan aku ni tercucuk jari sendiri. Aku tengok lima orang lelaki berpakaian serba hitam tiba-tiba menerjah masuk ke zon suci aku, dapur Hotel Skies Garden. Bapak ah... korang ingat ni set penggambaran filem action ke apa main terjah-terjah?
"semak... kenapa masa ni jugak korang nak datang!"
Aku tengah fokus nak letak bunga talang atas kek ni punyalah payah. Menggigil-gigil tangan aku nak bagi nampak on point, nak bagi nampak aesthetic tahap dewa. Tiba-tiba, bahu aku kena sentuh dari belakang.
"Argggghhhhhh! Kenapa?! Habis... habis jatuh bunga talang aku!"
Aku pusing belakang, tengok muka si jahanam yang sentuh aku tadi dengan mimik muka tak puas hati gila. Adakah dia tak tahu bahawa masakan high-end ni, presentation adalah segalanya? Orang bayar mahal bukan sebab kenyang je, tapi sebab nak tengok seni! At least tunggulah aku siap letak bunga tu dulu, eeeiiiii geramnya aku!
"Maaf encik... staf kat sini kata encik mungkin tahu di mana Chef Azam," tanya lelaki Man In Black di hadapan aku dengan muka ketat macam tak pernah makan sebulan.
Aku tarik nafas panjang, cuba kawal amarah Sous Chef aku ni. "First, I don’t give a damn Azam nak ada kat mana. Dia tu tak habis-habis cari masalah. Secondly..."
Aku angkat kening, bagi isyarat supaya Man In Black tadi dekatkan telinga dia kat mulut aku. Aku pun bagi bisikan asmara paling 'manis' kat mamat tu.
"PENTHOUSE!!!!!!!!!!"
Ambik kau! Terkejut beruk mamat tu dengar aku jerit betul-betul kat telinga dia. Hahaha! Gembira aku dapat balas dendam. Aku senyum senget tanda puas hati. Tu untuk bunga talang aku yang dah jatuh tadi... hahahahaha! Rasakan!
Aku Rizqi Haniff. Anak kepada kakitangan kerajaan yang biasa-biasa je. Tak ada apa sangat aku nak ceritakan pasal diri aku ni. Aku cuma manusia biasa yang bekerja keras sebagai Sous Chef kat hotel mewah ni. Chef Azam pula ketua chef kat sini, tapi dia punya perangai... hurm, malas aku nak ulas.
Aku memang tak ambik port pasal Azam. Lantaklah dia nak buat apa, nak hutang Along ke, nak lari dari bini ke. Tapi kalau dah sampai main aci kejar dalam hotel sampai kacau bunga talang aku, itu dah melampau!
Aku tengok geng baju hitam tu bergegas lari ke arah lif. Azam, Azam... kau memang dah bertekad nak buat drama hari ni kan? Tapi aku tahu, hari ni bukan sekadar hari Azam lari dari masalah, tapi hari di mana 'skrip' hidup aku pun bakal berubah.
Sambil geng Man In Black tadi lintang-pukang naik ke penthouse cari Chef Azam, aku pula ambil peluang nak luruskan pinggang kejap. Penat wey hadap bunga talang dengan drama terjah tadi. Tengah aku sedap melayan perasaan kat satu sudut dapur, kelibat Puan Mawar muncul.
"En. Rizqi, sebentar boleh tak?"
Adoiiiiii... kalau Puan Mawar dah turun dari pejabat sebelah, maknanya ada benda yang tak okie lah tu. Setiausaha Tan Sri ni kalau tak bawa berita besar, dia takkan jejak kaki ke dapur yang berkuap ni.
"Iye Puan Mawar yang cantik lagi berseri, nak apa?" tanya aku sambil menantikan jawapan yang sebenarnya aku dah agak tak nak dengar.
"Qie, Azam koma."
Aikkkk? Biar betul mamat ni. Tadi aku nampak dia sihat walafiat tengah main aci kejar dengan Man In Black, tiba-tiba Puan Mawar datang cakap dia dah koma?
"Seriuslah Puan Mawar, jangan main-main. Baru tadi kut dia lari-lari," kata aku sambil memandang Puan Mawar dengan penuh perhatian.
Puan Mawar mendekatkan mukanya ke arah aku, nampak macam nak bagi info yang sangat rahsia.
"Haish Puan Mawar ni janganlah daring sangat, walaupun saya belum kahwin tapi iman penuh lagi dalam hati ni tau!" sakat aku. Puan Mawar ni pun satu, tudung bidang 60 tapi kalau nak bergosip, dekat dia lain macam.
"Taklah Qie! Rupanya si Azam tu ada berskandal dengan isteri Dato’ Ramlan yang buat program kat sini hari tu lah!" terang Puan Mawar dengan nada berbisik tapi juicy.
"Habis tu macam mana boleh koma?" aku makin kehairanan. Takkan kena penampar Dato’ Ramlan terus koma?
"Masa tengah lari-lari tu, Azam pergi terjun dalam swimming pool dari tingkat 17! Kepala dia terhantuk kat lantai swimming pool, terus koma budak Azam tu," terang Puan Mawar panjang lebar.
"Ish, ish, ish... koma ye? Ish ish ish..." Aku tersengeh sendiri. Bukan aku jahat, tapi aku dah cakap dah, Azam tu memang jenis cari masalah. Aku sambung buat jadual kerja untuk kakitangan kitchen dan service kat atas meja.
"Kau ni Qie, memang tak ada perasaan eh? Haaa... ni saya nak cakap. Kerja Azam sebagai private chef Tan Sri Azim sekarang ni kosong."
Aku terus menepuk dahi. Aduh! Aku dah nampak dah apa yang bakal jadi. Cik Elina, anak Tan Sri tu, baru je menang besar kat Malaysian Fashion Week hari tu. Dia nak buat majlis besar-besaran, nak panggil semua orang kuat industri makan-makan kat rumah dia.
Puan Mawar buat muka berlagak—muka "kau... jangan... nak... bantah" pn. Mawar mengangkat kening sambil menolak cermin matanya terus berlalu pergi dari dapur.
"Maksudnya... sebab Azam dah 'tidur' kat hospital, aku yang kena galas tugas dia. Aku kena jadi Ketua Chef, kena berulang-alik dari hotel ke rumah Tan Sri Azim. Habislah masa aku!"
Siang aku kena hadap dapur hotel, malam pula kena entertain keluarga Tan Sri dengan semua kakitangan dia. Penatnya jangan cakaplah! Tapi nak buat macam mana, dah terpaksa kan? Redha jelah Rizqi Haniff oi.
Dalam aku merungut tu, aku terfikir... siapa pulak bodyguard baru yang Puan Mawar cakap nak datang hari ni? Harapnya bukan jenis yang menyakitkan hati elina
macam budak-budak baru selalu buat.Biar Makanan berbicara, walaupun aku terlihat tidak mengambil peduli namun aku tahu apa yang berlaku.
Janji Yang Tak Terucap: Aisenai Aishitai PEMBUKA KATA
I want to lay a playful kiss on you
My desire to love you overflows
But I can't love you, you are always my best friend
MI AMOR GOES TIK TIKTOK FOR U... Special Rafiq Edition
POV RAFIQ: ANTARA AMANAH DAN RESAH
Aku meraup wajah berkali-kali. Fail di atas meja ni rasa macam nak tembus aku pandang. Syarikat hartanah baru aku, Rafiq Estates, nampak macam hidup segan mati tak mahu. Projek dah cantik, tapi pemasaran? Kosong. Tak ada siapa tahu kewujudan kami.
"Tuan Syed, saya pening. Saya perlukan sesuatu yang drastik. Video promo yang ada sekarang ni semua hambar. Tak ada soul," adu aku pada Tuan Syed Al Kauf, orang lama yang dah aku anggap macam mentor sendiri.
Tuan Syed hanya tersenyum tenang. "Sabar, Rafiq. Rezeki tak pernah salah alamat. Eh, hujung minggu ni datang rumah Uncle. Ada majlis merisik anak Uncle, si Diana tu. Datanglah, kita sembang santai."
Aku sekadar mengangguk. Tak sangka, kehadiran aku di majlis itu bakal menjadi titik mula kepada kekacauan jiwa yang paling dahsyat dalam hidup aku. Di celah-celah kemeriahan majlis, aku nampak dia. Ratna. Dia nampak sangat fokus, sangat profesional menguruskan kamera dan krew. Ada satu aura pada dia yang buatkan aku tak boleh berhenti memandang. Tapi waktu tu, aku nafikan. "Mungkin sekadar crush biasa," fikir aku.
Beberapa minggu kemudian, aku kembali ke pejabat Tuan Syed.
"Uncle, saya dah buat keputusan. Saya nak minta bantuan Ratna untuk projek baru saya," kata aku tegas.
Tuan Syed ketawa kecil, bahu aku ditepuknya mesra. "Kau ni Rafiq... kau betul suka kerja Ratna ke, atau kau sebenarnya dah mula suka kat Ratna ni?"
Kami berdua ketawa besar. Aku anggap itu sekadar seloroh orang tua. Aku? Rafiq Ismail? Seorang devoted husband, seorang bapa yang penyayang, dan ketua keluarga yang sentiasa menjaga batas. Tak mungkin aku akan hanyut. Selama ni, ramai saja wanita yang mengejar—isteri orang ada, anak dara jangan cakaplah. Tapi semuanya aku tepis macam angin lalu. Hati aku kebal.
Tapi kali ini... irama jantung aku berbeza. Setiap kali aku duduk berbincang dengan Ratna, jantung aku mengalunkan rentak yang sukar aku mengertikan.
Bekerja dengan Ratna asalnya adalah alasan untuk aku mengesahkan perasaan ni. Aku fikir, kalau aku selalu depan dia, mungkin perasaan ni akan hilang sebab aku akan nampak "cacat cela" dia. Rupanya aku silap besar. Bila berada lebih dekat, hati aku mula menjerit. Bila lebih banyak masa dihabiskan bersama, jiwa aku mula memberontak.
Ratna bukan sekadar cantik; dia bijak. Dia tahu macam mana nak hidupkan jenama aku. Setiap sudut kamera yang dia pilih, setiap arahan yang dia beri, menampakkan betapa dia sangat mencintai kerjanya. Dan tanpa sedar, aku mula mencintai cara dia melihat dunia.
Hari pelancaran tiba. Video promosi Rafiq Estates meletup! Strategi Ratna berjaya meletakkan syarikat aku sebagai video paling banyak ditonton sepanjang bulan ini. Nama aku mula meniti di bibir pelabur.
Ratna berjalan ke arah aku dengan senyuman yang paling girang pernah aku lihat. "Tahniah En. Rafiq. Kita berjaya!" katanya. Dia mengemas barangnya, kemudian berpaling sebelum berlalu. "See you tonight," bisiknya sambil tersenyum manis.
Senyuman itu... cukup untuk memberikan keresahan yang luar biasa dalam diri aku. Senyuman yang buatkan aku rasa bersalah, tapi dalam masa yang sama, buatkan aku rasa hidup semula.
Malam itu, di bawah keremangan lampu Danga Bay, aku tahu aku tak boleh simpan lagi. Aku tahu ini "kegilaan", aku tahu status aku adalah tembok yang paling tinggi. Tapi melihat dia berdiri di depan aku, aku nekad.
"I think I like you," kata aku, memecah keheningan malam.
Aku nampak dia terkedu. Aku nampak kekeliruan dalam matanya. Dia sebut pasal status aku sebagai suami orang. Aku tahu, Ratna. Aku sangat tahu. Tapi jika kau sanggup melalui kegilaan ini bersama aku, aku dengan gembira akan pimpin tangan kau.
Aku memandang tepat ke matanya. Di saat itu, aku bukan lagi Rafiq yang hebat di mata Tuan Syed. Aku hanyalah seorang lelaki yang sedang menawarkan separuh daripada dunianya yang retak kepada wanita yang berjaya mencuri jiwanya.
CINTA INI MUNGKIN SATU KESALAHAN DI MATA DUNIA, TAPI DI MATA HATI AKU, IA ADALAH SATU-SATUNYA KEBENARAN YANG TINGGAL - RAFIQ
MI AMOR GOES TIK TIKTOK FOR U.... FINALE
PELABUHAN TERAKHIR
Langit petang di pesisir Selat Tebrau nampak keemasan, memantulkan cahaya yang menenangkan ke atas permukaan air yang tenang. Setahun telah berlalu sejak segalanya bermula—sejak Anggun pertama kali menekan butang Sign Up di TikTok, sejak Ratna membawa hatinya yang luka ke bumi Johor, dan sejak D mula mengenal erti tanggungjawab.
Anggun Amandasari kini bukan lagi sekadar jurucakap produk. Strategi "Hook" yang disusun rapi oleh Veronica ternyata membuahkan hasil yang luar biasa. Kisah cinta Anggun dan Mohd Helmi Rykal yang telus, dari detik perkahwinan gilang-gemilang mereka sehinggalah ke kehidupan harian sebagai suami isteri, menjadi dambaan jutaan pengikut. Mereka bukan sekadar menjual gaya hidup, tetapi berkongsi keberkatan melalui kerja-kerja amal yang konsisten.
Duit royalti hasil jualan Anggunism masuk mencanak setiap bulan ke dalam akaun mereka. Dengan hasil titik peluh itu, Anggun dan Helmi akhirnya berjaya memiliki sebuah banglo mewah di Ipoh, Perak. Dari balkoni rumah baru mereka, Anggun sering tersenyum melihat suaminya yang masih setia menyokong setiap langkahnya. Anggun sedar, populariti boleh pudar, tetapi cinta yang berpijak di bumi nyata itulah yang membawanya pulang ke pangkuan bahagia.
Sementara itu, nama Fakhri RiRi kini sudah terbang tinggi. Bukan sekadar di Malaysia, malah Fakhri berjaya menembusi pasaran antarabangsa sehingga ke negara China. Suaranya yang lunak dan ketampanannya sering menjadi bualan media luar negara. Ramai yang mengatakan Fakhri dan Diana Al Kauf adalah pasangan paling ideal—bagai pinang dibelah dua. D juga tidak lagi bermalas-malasan. Jenama Al Kauf kini berkembang pesat; bukan lagi sekadar kaftan, malah D mula mengeluarkan rekaan kebaya dan baju moden yang menjadi jenama eksekutif paling dicari setiap kali menjelang Hari Raya.
Namun, di sebalik kejayaan rakan-rakannya, Ratna masih berdiri di persimpangan hatinya sendiri.
Hari itu, Ratna baru sahaja selesai melancarkan video promosi besar-besaran untuk syarikat baharu Rafiq. Video itu tular dalam masa beberapa jam sahaja, membuktikan kehebatan "tangan emas" Ratna dalam bidang videografi. Rafiq, yang berdiri di sudut dewan pelancaran, hanya memerhatikan Ratna dari jauh dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Bagi Ratna, tugasan ini adalah noktah terakhir. Dia merasakan kisahnya dan Rafiq sudah berakhir di sini—sebagai rakan profesional, dan tidak lebih daripada itu.
Ratna berjalan menuju ke arah tempat letak kereta, cuba mengelak daripada bertembung mata dengan Rafiq buat kali terakhir. Langkahnya pantas, seolah-olah ingin melarikan diri daripada debaran yang masih bersisa.
"Ratna!"
Langkah Ratna mati. Suara garau itu memanggil namanya dengan nada yang cukup tenang namun penuh autoriti. Ratna berpaling perlahan, melihat Rafiq yang sedang berjalan mendekatinya dengan tangan di dalam saku seluar.
"Awak tak jawab soalan saya," tanya Rafiq sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Ratna.
Ratna cuba memberanikan diri, walaupun lututnya terasa lemah. "Soalan apa Encik Rafiq? Saya rasa semua urusan kontrak syarikat dah selesai."
"Soalan peribadi saya," celah Rafiq pantas. Mata sawo matangnya merenung tepat ke dalam mata Ratna. "I like you... do you like me?"
Ratna menarik nafas panjang. Matanya mula berkaca. "Tapi..."
Belum sempat Ratna menyambung kata-katanya, Rafiq memotong seolah-olah sudah tahu apa yang bermain di fikiran wanita itu. "Because I’m a married man?"
Ratna mengangguk lemah. Kepalanya tunduk memandang hujung kasutnya. Realiti itu adalah tembok besar yang menghalang nafasnya. Dia tidak mahu menjadi punca kepada runtuhnya sebuah masjid, walaupun hatinya sendiri sedang menjerit mahukan lelaki di hadapannya ini.
Rafiq melangkah setapak lagi, merapatkan jurang antara mereka. Suaranya kini bertukar lembut, hampir seperti satu bisikan yang mendebarkan.
"If you are willing to go through this madness with me... I gladly welcome you to walk hand in hand with me. Saya tak menjanjikan jalan yang rata, Ratna. Tapi saya janji, saya takkan lepaskan tangan awak dalam ribut ini."
Ratna mengangkat mukanya, memandang tepat ke dalam mata Rafiq. Dia mencari sisa penipuan, namun yang dia temui hanyalah satu kejujuran yang menakutkan. Segalanya terasa seperti deja vu, namun kali ini pelakonnya berbeza. Rafiq bukan Ash. Rafiq tidak meminta Ratna bersembunyi. Rafiq menawarkan sebuah perjalanan, walaupun dia tahu dunia akan memandang serong.
D dari jauh memerhati dengan hati yang berat. Dia tahu Rafiq seorang yang nekad, dan dia tahu Ratna seorang yang dahagakan kasih sayang yang sejati. Konflik antara moral, maruah, dan kehendak hati kini sedang berperang hebat di dalam jiwa Ratna.
Angin laut bertiup kencang, menerbangkan beberapa helai rambut Ratna yang terkeluar. Mereka berdua berdiri kaku, saling berpandangan di bawah sinaran matahari yang kian menghilang. Tiada jawapan yang keluar dari bibir Ratna, dan tiada desakan lagi dari Rafiq. Hanya keheningan yang penuh dengan seribu satu kemungkinan.
Adakah Ratna akan memilih untuk berjalan ke dalam kegilaan itu demi cinta yang baru ditemuinya? Atau adakah dia akan berpaling dan membiarkan Rafiq menjadi satu lagi bab kenangan dalam hidupnya? Takdir tidak memberi jawapan yang mudah, kerana kadang-kadang, pengakhiran yang paling jujur adalah sebuah soalan yang tidak terjawab.
DI HUJUNG JALAN INI, AKU SEDAR BAHAWA CINTA BUKANLAH TENTANG MENCARI PENGAKHIRAN YANG SEMPURNA, TETAPI TENTANG KEBERANIAN UNTUK MEMILIH SIAPA YANG AKAN KITA GENGGAM TANGANNYA DI DALAM GELAP - RATNA
-TAMAT-
MI AMOR GOES TIK TIKTOK FOR U... EPISODE 9
YANG DI JAUHI, YANG TIDAK DI JANGKAKAN... ITU YANG MENGUJI
Sejak majlis merisik D yang gilang-gemilang itu, bayangan Rafiq tidak pernah sekali pun meninggalkan kotak fikiran Ratna. Namun, dalam kemanisan senyuman lelaki itu, ada duri yang mula menusuk.
"Ratna, aku nak kau tanya betul-betul siapa Rafiq tu sebenarnya," bisik D satu petang ketika mereka sedang mengemas stok kaftan. Wajah D nampak serius, tiada lagi nada gurauan. "Aku dengar cerita... status Rafiq tu bukan single man. Dia suami orang. Aku pun pelik kenapa ayah aku perkenalkan korang berdua."
Zappp! Jantung Ratna rasa seperti direntap. Hatinya kecewa yang amat sangat. "Jika aku tahu..." rintih Ratna dalam hati. Dia baru sahaja hendak membuka pintu hatinya yang sudah lama berkarat, tiba-tiba dia dihidangkan dengan realiti yang pahit. Ratna bertekad, makin takdir cuba mendekat, makin kuat dia akan menjauh. Dia tidak mahu menjadi pemusnah kebahagiaan sesiapa.
Namun, takdir itu memang pelik. Semakin kita lari, semakin dia mengejar.
Suatu petang, ketika Ratna sedang menyemak jadual penggambaran di kafe D, kelibat Rafiq muncul di pintu masuk. D kebetulan tiada di situ kerana ada urusan keluarga.
"Hai Ratna... kenapa macam lama sangat kita tak jumpa? Awak dah tak cover program empayar Al Kauf ke?" tegur Rafiq sambil tersenyum.
Lesung pipitnya yang dalam dan kulit sawo matang itu memang menampakkan dia sebagai lelaki Melayu yang sempurna. Ratna terpaku sejenak. "Manalah tak semua perempuan jatuh hati kalau dah senyum sebegitu," bisik hati kecil Ratna. Dia cuba berlagak tenang, membetulkan kedudukan cermin matanya walaupun tangannya sedikit menggigil.
"Saya sibuk sikit Encik Rafiq. Banyak backlog kerja nak kena settle," jawab Ratna pendek, matanya tetap pada skrin laptop.
Rafiq tidak berganjak. Dia menarik kerusi di hadapan Ratna. "Sebenarnya, saya nak minta tolong awak boleh? Saya nak launching new business. Tuan Syed cakap you have the best eyes and hands dalam industri ni. Jadi saya percaya cakap dia. Sudi tak ambil job ni?"
Ratna seolah-olah 'hang'. Hatinya berdebar, emosinya bercelaru. Matanya terpana melihat keikhlasan di wajah Rafiq. Belum sempat dia menjawab, Tuan Syed Al Kauf yang kebetulan lalu di situ menepuk bahu Ratna.
"Ambil sajalah Ratna... Peluang besar tu. Uncle rasa sekarang masanya awak berhenti kerja dengan TikTok dan buka syarikat videography dan photography sendiri. Mungkin di bawah payung Empayar Al Kauf. Senang Uncle nak bagi projek lepas ni," celah Tuan Syed dengan penuh harapan.
Ratna tidak mampu menolak. Akhirnya, sepanjang bulan itu, dia dan Rafiq banyak menghabiskan masa bersama. Dari sesi perbincangan konsep di kafe hingga ke tinjauan lokasi penggambaran, kelibat mereka sering kelihatan berdua. Ratna mula menipu dirinya sendiri. Dia cuba meyakinkan hati bahawa perasaannya ini hanyalah sekadar crush biasa dan dia mula berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Ratna mula selesa. Dia mula ketawa dengan jenaka Rafiq, mula berkongsi idea dengan penuh semangat, sambil di sudut hatinya dia sering mengingatkan diri sendiri: "Ini hanya kerja. Rakan sekerja sahaja. Titik."
Sehinggalah pada suatu petang, ketika mereka sedang meninjau cahaya matahari terbenam untuk sesi pelancaran, Rafiq berhenti melangkah. Dia memandang tepat ke dalam mata Ratna.
"Ratna... I think I like you."
Dunia seolah-olah berhenti berputar. Ratna terkedu. Nafasnya seakan tersekat di kerongkong. "Apa ni? Jadi... awak pun rasa apa yang saya rasa selama ni?" jerit hati Ratna, namun lidahnya kelu.
Ratna memandang Rafiq dengan pandangan yang penuh kekeliruan. Dia teringat amaran D. Dia teringat status Rafiq yang dikatakan suami orang. Tapi dalam masa yang sama, pengakuan Rafiq itu adalah apa yang selama ini dia dambakan di sebalik tembok trauma yang dia bina.
Ratna buntu. Dia keliru dengan situasi ini. Bagaimana mungkin seorang lelaki yang sempurna di matanya, yang diakui hebat oleh Tuan Syed, datang membawa pengakuan cinta di saat Ratna sedang cuba memadam rasa itu?
Yang ingin dijauhkan, makin mengejar. Yang cuba dielakkan, itulah yang dihidangkan di depan mata. Ratna berdiri di tepi pantai Danga Bay, membiarkan angin laut menyapa wajahnya yang kini basah dengan air mata kekeliruan. Adakah ini satu lagi ujian, atau adakah ini kebahagiaan yang terselubung dalam rahsia?
ADAKAH AKU SEDANG MENUJU KE ARAH PELANGI, ATAU AKU SEDANG BERJALAN MASUK KE DALAM RIBUT YANG BAKAL MEMUSNAHKAN SEGALANYA? - RATNA
MI AMOR GOES TIK TIKTOK FOR U.... EPISODE 8
ANTARA TRAUMA DAN SINARAN BARU
Masa berlalu bagaikan air pasang yang tidak menunggu sesiapa. Beberapa bulan selepas pelancaran rasmi, jenama Anggunism bukan lagi sekadar nama di skrin telefon, tetapi sudah menjadi fenomena nasional. Wajah Anggun Amandasari kini terpampang megah menghiasi billboard gergasi di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Dari satu bandar ke satu bandar, wajah ceria Anggun menyambut pemandu yang lalu-lalang.
Di pusat bandar, Anggun dikerumuni wartawan yang tidak henti-henti memetik lampu denyar kamera. Di sisi Anggun, Veronica berdiri tegak dengan senyuman kemenangan. Veronica sudah menyusun strategi yang cukup rapi—dia meminta setahun daripada Anggun untuk menyerahkan privasi hidupnya demi perniagaan. Kisah cinta Anggun dengan Helmi Rykal dijadikan unique selling point. Dari detik mereka keluar makan, bercuti bersama rakan-rakan, fasa bertunang, hinggalah ke persiapan hari bahagia, semuanya akan dijadikan kandungan eksklusif Anggunism.
"Kastemer kena rasa hooked dengan hidup awak, Anggun. Mereka bukan beli produk, mereka beli impian awak," bisik Veronica. Malah, Veronica memastikan sebahagian keuntungan jualan digunakan untuk program amal melawat orang miskin, sekaligus membina imej Anggun sebagai influencer berhati mulia.
Ratna memerhati segala perkembangan itu melalui skrin TikTok di pejabatnya. Iklan Anggun muncul bertalu-talu. Ratna tersenyum bangga. Sepanjang beberapa bulan ini, dialah yang banyak membantu di belakang tabir melakukan sesi shoot untuk Anggun. Malah, Kedai Cekodok Pisang Sepinggan yang menjadi saksi suka duka mereka kini turut tular kerana sering menjadi latar belakang video Anggun.
"Tak habis-habis Anggun..." tegur satu suara dari arah belakang yang membuatkan Ratna tersentak hingga terlanggar bahu rakannya itu.
"Aikkk... kenapa kau ni? Why are you so jealous? Please lady... I'm straight okay," jawab Ratna sambil membetulkan bajunya, cuba menutup rasa terkejut.
"Aku tahulah sengal! Sekarang ni aku nak kau ikut aku," balas D dengan nada tegas yang tidak boleh dibantah.
Ratna menurut sahaja tanpa banyak soal sehinggalah mereka tiba di kediaman mewah keluarga Al Kauf. Tanpa pengetahuan Ratna, hari ini merupakan hari yang sangat penting bagi empayar keluarga tersebut. Sebaik sahaja melangkah masuk, Ratna melihat hiasan bunga-bungaan segar dan bau haruman gaharu yang menusuk kalbu.
"Eh? Kejap... hari ni Fakhri datang merisik ke?!" Ratna menepuk dahi sendiri dengan kuat. Dia hampir terlupa akan janjinya untuk membuat video khas hari merisik D! Kerana terlalu sibuk menguruskan urusan Anggun, dia hampir terlepas detik bersejarah sahabatnya sendiri.
Majlis tersebut berlangsung dengan sangat gilang-gemilang. Kepopularan Fakhri sebagai selebriti yang sedang naik daun digabungkan dengan pengaruh besar empayar Al Kauf menjadikan majlis itu tumpuan ramai media. Di tengah kemeriahan itu, D nampak begitu jelita, jauh beza dengan imej kasarnya di kafe dahulu.
Namun, di satu sudut dewan, Ratna mula rasa tidak senang duduk. Dia rasa seakan ada sepasang mata sedang memerhatikannya dengan tajam. Ke mana sahaja dia pergi, perasaan itu tetap ada.
"Ratna, perkenalkan... ini Rafiq. Rakan kepada sepupu aku," suara Tuan Syed Al Kauf tiba-tiba kedengaran, memperkenalkan seorang lelaki yang berdiri tegak di sebelahnya.
Ratna terpaku. Lelaki bernama Rafiq itu memiliki senyuman yang cukup menawan, jenis senyuman yang mampu menggetarkan hati mana-mana wanita yang memandang. Tuan Syed Al Kauf melayan Ratna seperti keluarga sendiri, malah beliau secara terang-terangan nampak ingin menjodohkan mereka berdua.
"Hai, Ratna. Banyak saya dengar pasal kehebatan awak uruskan branding Kaftan Al Kauf," kata Rafiq dengan nada suara yang rendah dan maskulin.
Ratna cuba berlagak cool, namun trauma silamnya dengan Ash tiba-tiba menjalar kembali ke tangkai hati. Senyuman Rafiq itu... itulah jenis senyuman yang Ratna paling ingin jauhi. Baginya, lelaki yang terlalu sempurna senyumannya selalunya menyimpan rahsia yang paling gelap. Sepanjang majlis, Ratna cuba mengelak daripada bertembung mata dengan Rafiq, namun lelaki itu tetap mencari peluang untuk mendekatinya.
D yang sedang duduk di pelamin mini memandang dari jauh. Kerisauan jelas terpampang di wajahnya. D tahu siapa Rafiq—seorang lelaki yang menjadi kegilaan ramai wanita, namun Rafiq bukanlah seorang yang mudah untuk didekati atau difahami. D risau jika Ratna yang baru sahaja hendak pulih daripada luka lama, akan terjerumus ke dalam satu lagi permainan perasaan yang lebih rumit.
Malam itu, majlis berakhir dengan jayanya. Anggun sudah pun bersetuju dengan segala rancangan syarikatnya demi masa depan, manakala D kini secara rasmi sudah menjadi tunangan seorang selebriti. Namun bagi Ratna, kepulangannya ke rumah malam itu ditemani dengan satu debaran baru yang menakutkan.
"Kenapa dia pandang aku macam tu?" bisik Ratna sendirian sambil teringat kembali wajah Rafiq.
Permulaan kisah cinta Anggun mungkin indah di depan kamera, namun bagi Ratna, pertemuan dengan Rafiq adalah satu permulaan kepada peperangan dengan emosinya sendiri.
TAKDIR ITU PELIK, IA MEMBERI APA YANG KITA TAKUTKAN UNTUK MENGUJI SEJAUH MANA KITA SUDAH SEMBUH - RATNA
Diary Of My Life? : Come Back Series???
MekDi… Ada orang boikot, ada orang tak. Ada orang layan kan aje, dan ada orang yang mencari time teringin je. Aku? Opkos lah jenis yang ...
-
Wait Until You See the Whole Movie... Untuk pengetahuan korang aku bekerja di tempat menjual CD, DVD dan VCD, jadi apa-apa yang terjadi ...
-
Nasib Baik Aku Dah Katham Plot Twist Ala - ala Ramlee Awang Murshid π Hye You All, sampai lagi awak - awak semua ke blog Milo ni... seriu...
-
Berkesan??? Does it Really Work??? or not??? sebelum aku mencuba dan membeli Inner Shine Pati Prune dan Camu Camu ini, aku search thr...