Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

 Nasib Baik Aku Dah Katham Plot Twist Ala - ala Ramlee Awang Murshid 😆


Hye You All, sampai lagi awak - awak semua ke blog Milo ni... seriusly speaking aku rase bersalah pula sebab pakai nama Milo. Korang tahu tak betapa aku terseksa dengan pemboikotan ini, sesungguhnya Milo itu lah life line aku ketika aku berdiet. Sebab dengan minm milo je korang dah rase kenyang.... tapi apa kan daya.

Baiklah semua, seperti tajuk kita di atas... kini tibalah masanya giliran Filem kesukaan ramai yang meletop - letop di pawagam dan menggegar dunia Polis dan semuanya enjoy melihat polis tangkap polis. Kalau di dalam badan uniform ni kita panggil MP = Military Police, kalau dieoerg datang dikkkknooon lari tak cukup tanah lah korang.

Apa persamaan Ramlee Awang Murshid dan juga director filem ni Shafiq Yusoff? Mesti korang tertanya - tanya kan setelah melihat sub Title aku begitu. Mudah je kalau korang adalah salah seorang daripada peminat Ramlee Awang Murshid, buku - buku beliau semuanya penuh dengan Plot twist, di awalan cerita lagi korang dah kena alert walaupun detail - detail yang kecil. Dan kalau korang nak tahu, itulah penulis yang aku teringin nak jadi namun aku tiada kehebatan itu,

Untuk post kali ni, aku rasa macam malas nak tulis review sebab aku tahu ramai dah tengokkan hahahahahahaha bukan aku tak nak kritik, aku nak kupas dan ulas serta aku nak gunakan otak aku yang telah lama di asah menggunakan penulisan Ramlee Awang Mushid ini ke atas filem Sheriff... jadi korang dah bersedia ke untuk bersama - sama aku di dalam kemungkinan - kemungkinan yang mengarut ini. Jadi jom ikut penulisan aku

 SIAPA SUSPEK AKU YANG MENJADI KELDAI @ TIKUS @ ORANG SURUHAN

Seperti yang korang menonton Filem Sheriff ini, Tikus - Tikus atau orang suruhan atau mata- mata tidak mengenali satu sama lain, dan watak Aaron Aziz sendiri ada memberi tahu yang polis dah salah buru, salah kepala naga yang di potong... jadi siapakah naga yang sebenar. Semestinya kita akan berfikir yang lebih besar, orang yang lebih berpangkat kerana di scene terakhir watak utama Sya yang di lakonkan oleh Azira D'Fam berjumpa dengan Ketua Hakim negara.

Sya adalah penolong ketua unit Narkotik, dan adik Sya iaitu Insp Naz yang membawa watak pembunuh setiap Tikus - Tikus Tony iaitu watak Aaaron Aziz. Secara logik akal, boleh ke adik beradik satu Unit? sedangkan aku kerja Aeon dulu, management tak bagi adik beradik bekerja di dalam satu Line, apetah lagi di bawah satu Cosignment atau department.... oleh yang demikian aku mula merasakan musykil sangat kenapa dua beradik ini bermula di dalam Filem ini boleh berada di bawah unit yang sama.

Apa sebenarnya yang Shafiq Yusof nak sampaikan, dan juga yang menggangu fikiran aku ialah, Girl Fren Insp Naz mati kena rogol sebab kantoi undercover masa siasat kes Tony. Takkanlah kakak tak backup lansung GF adik, sedangkan dia tahu betapa bahayanya kerja Undercover ni, dan siapa pula yang kantoikan GF Insp Naz tu kan?

Suspek aku tak lain dan tak bukan Sya, watak Sya ni macam sesuatu sangat... terlampau banyak persoalan mengenai tindak tanduk dia, korang ingat orang di sebalik orang - orangan tu bodoh ke...mestilah dia dah letakkan mastermind kan di dalam sesebuah organisasi.. kemudian Sya di tarik dan di masukkan pula bersama Sheriff kononnya untuk meneruskan apa yang dia lakukan... Mungkin Sya ni lah yang akan tikam belakang Sheriff di akhir nanti... mungkin... kita tidak tahu...

Jika nanti dah keluar Sheriff 2, n sya tu sebenarnya jahat... korang baca dari sini dulu tau... Hahahaha


Seperti yang korang baca apa yang aku rasa, jadi dengan kemunculan Elizabeth Tan, awal lagi aku dah tahu dia tu Tikus, masuk masuk je... aku dah bagi tahu kawan aku ni jahat ni... dan tikus ke2 tu cara dia jawab soalan dan perangai kerek dia, senang sangat orang teka. Dan opkos masa Insp Naz kantoi dia jumpa dengan orang dia tu obvius sangat espcially bila dia ialah suspek utama yang membunuh orang - orang suruhan Tony.... kamonnnnnnnnnnn dah tentu - tentu pada waktu Insp Naz pergi berjumpa dengan orang dia tu DI KAWASAN RUMAH dan PADA HARI SHERIFF kata semua staff dia takkan pergi mengintip semua staff unit narkotik....opkos itu UMPAN je..orang kelas belakang pun paham nokkkkkk.... 😅

Alamak aku dah tercerita banyak sangat pulak... apa - apa pun best lah cara dan jalan cerita ni, tetapi bagi aku, predictable sebab aku selalu kena Scam dengan penulisan Ramlee Awang Murshid, jadi aku menjadi amat amat detail bila menonton filem - filem yang kena berfikir macam ni. Itu sebab aku tak puas hati bila watak Sya macam tak di kembang kan... itu jugaklah sebabnya aku rasa Sya ni TIKUS BESAR dan Shafiq Yusof simpan untuk next episode bagi mengembangkan watak dia.

Apa -apa pun, teruskan menghasilkan filem - filem seperti ini.. sesuatu yang boleh di banggakan dan membuatkan seluruh rakyat Malaysia teringin untuk menonton dan memeriahkan semula industri Cinema kita.... bila Orang Ramai sudi meng invest duit dan masa untuk menonton filem itu... maka ketahuilah anda telah membuat filem yang terbaikkkkk.....

BINTANG : 3.95/5 



p/s: Aku pernah tulis mengenai FILEM dan DRAMA melayu... memang tak lari dengan adegan ROGOL, aduhhhhhh kamon... dah tahu 2024, Type M ni memang suka main rogol - rogol ke.... korang yang tulis skrip tu dalam otak ade tu je ke... please lah be a bit more creative bile nak mematikan watak seorang wanita... sooooo damn disgusting... yang paling bodoh skali cerita drama Lelaki itu.... dah lah FILEM KITE WAJAH KITE KAN.... jadi pikir piir kan lah wahai director dan skrip write TYPE M sekalian buana........

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu