Mi Amor Goes Tik Tik Tok..... For You (eps 2)

 Pembuka Episod Dua


Kebelakangan ini, penulis banyak menghabiskan masa di hadapan Applikasi Tik Tok, kalau penulis tak kenal applikasi ni macam mana nak tulis cerita kannnnn... sambil tersenyum penulis berfikir "Indah ke hidup sebagai pengpengaruh media sosial ini? attend events sana sini, orang ramai kenal, dan dapat masuk tv lagi" "itu ke yang anak - anak muda suka zaman sekarang ini, ATTENTION?"  dan pada tarikh 27 Mei 2024 telah keluar keputusan SPM. Agak tidak mengejutkan penulis kerana SEPULUH RIBU pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM, "Nak Kerje Apa Dikkkkk" nak kerja AEON pun kena ambik SPM, terima kasih kepada semua INFLUENCER yang banyak mempromosikan "TIDAK PERLU AMBIL SPM" tapikan nak salahkan Influencer pun tak boleh juga, bagaimana pula dengan mak bapak budak tu 😜😜😜😜😜😜

"DI NASIHATKAN KEPADA SEBELAS RIBU YANG DAPAT STRAIGHT As, Kalau nak khawin nanti sila tanya bakal Isteri atau Suami, ada ambil SPM tak? sebab kalau nak khawin kenalah sekufu 😅"


Penulis Done jadi Bitter untuk pengenalan Episode Dua ini,

Dah Dah jom kita ikuti kisah Anggun....


EPISOD DUA

DON'T FORGET... Tekan Tambah dan Follow OKAY 💓


Anggun membelek - belek kontrak di tangannya, 

"ANGGUNISM WTH YOU"

LANTIKAN CIK ANGGUN AMANDASARI BINTI SUFFIAN RAZALI SEBAGAI JURUCAKAP 

Anggun cuba berfikir - fikir dengan lebih mendalam apabila dia melihat halaman seterusnya di dalam kontrak tersebut 

KEBENARAN DAN KELULUSAN PENGGUNAAN NAMA PRODUK ANGGUNISM (COPYRIGHT)

Anggun menghela nafas panjang, ini bermaksud walau apa pun yang terjadi nama ANGGUN akan menjadi milik syarikatnya. Anggun kembali melepaskan kerunsingannya ke pemandangan Selat Tebrau, bangunan - bangunan di negara seberang selat itu seakan dekat baginya.

"Anggun, I nak bagi tahu you yang produk kita akan memerlukan lebih masa untuk dapat approval dari Pemegang Saham dan of course daripada KKM. Jadi i hendak you menggunakan masa ini untuk menarik orang ramai jatuh cinta dengan personaliti you" Kata Veronica.

"Jadi sekarang, you bebas untuk gunakan akaun you sebelum you terikat dengan kontrak syarikat." Jelas Veronica lagi.

"Sebelum I lupa, jangan lupa panggil you punya saudara - mara dan kawan - kawan you untuk follow akaun you OKAY" Veronica berlalu dengan senyuman.

"Gila perempuan ni" kata Anggun di dalam hati.

"Aduii, boleh mimpi apa ae perempuan ni tetiba nak lantik aku pulak, padahal bersepah perempuan lain kat syarikat ni yang mampu jadi FACE OF THE COMPANY."

"Kalau iye pun nak guna nama aku, bolehhhhhhhhhh... bagi aku duit sudah" tetiba Anggun ketawa seorang diri.

Anggun mengalihkan pandangannya kembali ke dalam ruang pejabat, dia melihat semua orang yang ada di situ melihatnya dengan pandangan yang pelik. Anggun senyum tidak ikhlas dan kembali memandangan meja kerjanya.

"Kuat sangat ke SIAAAA aku gelak tadi"


Selesai waktu bekerja, bagaikan tiada tempat yang lebih indah baginya melain kedai CEKODOK PISANG SEPINGGAN, terletak betul - betul di tepi laut. Mungkin inilah tempat Anggun melarikan dirinya daripada relaiti, LAUT boleh menjadi tempat yang mendamaikan dan menenangkan namun jika sekali AIR LAUT ini memuntahkan segala isinya, tiada apa yang dapat menyelamatkan diri daripada kemusnahan. Anggun sekali lagi hilang di dalam pandangan kosong yang tidak mendatangkan apa - apa makna, entah apa yang di fikirkan oleh Anggun

"Baaaaaaaaa!!!!!!!!!" 

Anggun terus memandang dengan pandangan yang terkejut ke arah bunyi tersebut, sambil mengurut dadanya.

"Baaaa Baaa Black sheep have you any wool, terkezut ke tu Cik Infuencer" Tanya Ratna sambil tersenyum.

"Bodoh lah ko ni tahu" Jawab Anggun ringkas.

"ehhhhh Influencer kena jaga percakapan okay, nanti budak - budak ikut perangai ko tu, sila tunjuk yang positif okay" sindir Ratna.

Anggun menggangukkan kepala dan berkata

"Sesungguhnya, kecerdikan itu bukan lah hak milik orang ramai dan ternyata awak alergik dengan kecerdikan itu" 

"Ngekkk lah ko ni, INI SEMUA POYOOOOOO"

"So, apa progress... ko dah follow siapa kat Tik Tok" tanya Ratna

"Entahlah, semua aku tak kenal...aku tak tahu nak follow siapa selain artis" Terang Anggun.

"Camne ko nak dapat Dua Ribu followers sebelum tarikh perlancaran produk tu" Ratna menunjukan rasa risau terhadap Anggun.

"Ko dah kenapa lebih- lebih, nak jadi PA aku ke... nah lah ambik ni... add lah siapa ko nak add. Daripada aku hadap benda tu, aku nak bagi tahu ko yang aku ada beli novel baru dan aku nak baca" Jawab Ratna sambil menghirup Salted Caramel Cappuccino Panas dan mengangkat keningnya ala - ala Ziana Zain.

Sepantas kilat Ratna mengambil smartphone Anggun,dan mula skroll, add, follow dan komen di sana - sini seakan - akan akaun Anggun tersebut adalah miliknya. Ratna senyum seorang diri, entah apa yang di fikirkannya raut - raut wajah nakal muncul di sebalik kelembutan Ratna. Sesekali dia menjeling ke arah Anggun dan kembali ketawa kecil. 

Anggun yang cuba fokus untuk membaca novelnya, terganggu dengan mimik - mimik muka Ratna dan mula menyesal dengan tindakkannya dengan memberikan smartphonenya kepada Ratna. Kerana Anggun tahu, Ratna ibaratkan dewa nakal jika di dalam filem - filem orang putih, jika bab menganjing, mengenakan orang Ratna lah paling EXPERT.

"Dahhhhhhhhh, sudahhhhhhhhhh.... ko tak payah nak seronok sangat" Tegas Anggun

"Alaaaaaa tak habis lagi, bagi lah balik" Jawab Ratna sambi mencebik bibir.

Tanpa sebarang perasaan Anggun meletakkan smartphonenya di dalam beg.

"Makan donut tu bagi habis, dah lewat ni" Anggun terasa dia berjaya mengenakan kawannya. 

Ratna memandang Anggun dengan tidak puas hati sambil mengigit donutnya,

Anggun keta terbahak - bahak melihat Ratna "PERANGAI BETUL PEREMPUAN NI"

Mereka berdua tersenyum sambil ketawa - ketawa kecil.


Seusai Anggun solat isyak, sambil menonton televisyen Anggun membuka applikasi Tik Tok,

"Wah sekelip mata, sudah 700 orang followers, hebatnya Ratna"

di belekkan lagi applikasi tersebut dan di lihatnya di Inbox dengan kebingungan

" ehhhh komen kat video? video apa plak ni"

rupa - rupanya Ratna curi - curi buat video Anggun sedang menikmati minuman sambil membaca novel, cukup seminit gelagat Anggun di rakam oleh Ratna. Kawan baiknya itu selalu membantu saat dia memerlukan dan sentiasa membuat yang terbaik untuknya.

Anggun kembali menghela nafas panjang apabila dia berfikir untuk membuat live.

"Tengok nak orang buat live macam mana" Anggun bermonolog sendiri dan melihat LIVE di sebelah atas kiri screen smartphone nya. Anggun pun menekan dan terus memasuki ke LIVE seorang yang tidak dia kenali, dan orang tersebut bukanlah seorang yang terkenal. Hanya 20 orang sahaja yang melihat Live orang tersebut, di belah Kiri Screen tertulis nama empunya akaun Fakhri Riri

Anggun tersenyum melihat dan mendengar celoteh host tersebut yang melayan komentar - komentar dari entah siapa - siapa. Kadang - kadang ada yang request host untuk menyanyi, bermain gitar dan ada yang minta nasihat. Tanpa Anggun sedari dia sudah menonton live Fakhri RiRi selama sejam.

Anggun tersenyum dan menutup akaunnya, dan kembali menonton televisyen.

Esoknya Anggun membuka applikasi tik tok dan menaip search Fakhri Riri, pelbagai ejaan Fakhri di tulis oleh Anggun 

Fakri, Fahri, Fahkry, Fakhrie... seakan Give Up untuk mencari... Anggun kembali skroll -skroll dan tetiba - tiba dia melhat susuk wajah yang di carinya.

"owh F.A.K.H.R.I ku pikirin fakhry" Anggun seakan gembira menjumpai akaun tersebut.

Bermula hari itu, Anggun telah menjadi peminat setiasa pemilik akaun Fakhri dan setelah seminggu Anggun stalking akaun tersebut dan sntiasa ada setiap kali Fakhri on LIVE sehinggalah

"Takkan tengok and like je Cik Anggun, bila nak follow saya" kata Fakhri di dalam LIVE nya.

Anggun terkejut, lalu dia terus menutup applikasi tersebut. Kebingungan dengan keadaan tersebut, Anggun menggaru garukan badannya dan kepalanya yang tidak gatal.

"ehhhhhhh camna dia tahu ae" Anggun terduduk di atas katilnya sambil berfikir

"Betullah aku selalu like - like gambar dia, tapi takkan aku sorang je kan" Anggun gelak sperti tidak ikhlas dan menarik selimutnya perlahan - lahan sambil memuhasabah diri yang semua ini adalah drama semata - mata.

Esoknya, sedang Anggun bersiap untuk ke tempat kerja

"Salam, suka ke dengan yang awak tengok? kalau awak suka tekkan lah follow tu ye. Saya Done follow awak Cik Anggun" Pemilik akaun Fakhri.

Anggun terkejut dengan mesej di Tik Tok tersebut, 

"OMG, apa ni? apa ni? aku nak buat ape... alaaaaaaa" Anggun tersenyum. Dia meletakkan tangan di dadanya dan merasakan jantungnya berdegup laju dengan tiba tiba.


DONE FOLLOW - PEMILIK AKAUN CIK ANGGUN 😄


Penulis pula yang blushing sambil membayangkan keadaan Anggun ini, kenapa Anggun nak nebes pula kan. Bukanya Riri tu nampak, dah tentu tentu semua ini hanya dalam telefon. persoalan penulis di sini boleh kah kita jatuh hati dengan orang yang ada di dalam media sosial ini? selalunya berapa lama tempoh masa untuk jatuh cinta itu? sehari kah? seminggu kah? atau pun susah untuk semua ni berlaku. Penulis pun tidak pasti.... hahahahaha sebab Penulis tidak pernah jatuh hati dengan orang di dalam media sosial, tapi penulis pernah jatuh hati dengan artis yang berlakon di dalam drama - drama tv.

Owh lupa, penulis pernah follow Aizat Saha masa dia mula - mula nak up dulu dan lagu Sufian Suhaimi tu ngam betul dengan adegan - adegan Aizat tu dengan "GF" dia... yakni kita yang melihat video tersebut.... hahahahaha kalau bukan di sebabkan beliau, penulis tak tahu yang sebenarnya Sufian Suhaimi banyak betholllll lagu sodap sodap....

okaylah, penulis tamatkan dahulu Episod Dua dengan lagu menggengam bahagia Sufian Suhaimi


korang yang layan lagu - lagu healing ni mesti berangan kan yang korang acah - acah jatuh cinta 

mesti ada peminat aizat sahar yang dengar lagu ni pastu rase macam beliau tu bf media sosial korang kan... tak baik tipu... penulis boleh baca hati nurani pembaca blog ni okay... hahaha

UNTIL NEXT WEEK 

LOVE YOU ALL TO THE MOON AND BACK

I WILL BE BACK

😜😜😜

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu