Mi Amor Goes Tik Tik Tok..... For U ( eps 1 )

EPILOG PENULIS

Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, banyak laman - laman sosial yang baru muncul, satu - persatu menjadi terkenal dan ada juga yang telah berkubur. Sensasi terkini pastinya aplikasi TikTok daripada China, maka muncul lah juara - juara, pakar- pakar video di applikasi ini, pelbagi transaksi muncul dan tahun berganti tahun imej Tik Tok mula berubah menjadi medium manusia menjadi terkenal dengan pelbagai jenis 'CONTENT" ada yang isinya hanya untuk menarik perhatian dan penipuan sahaja, ada yang penuh dengan nasihat dan bermesej dan ada juga menjadikan Tik Tok medium mencari pendapatan. 

Bagi penulis pula, Tik Tok ini hanyalah medium hiburan dan untuk mencari ilmu yang dahulu nya kita perlu menghadiri kelas - kelas dan majlis -majlis ilmu dan akhirnya sekarang tinggal keinginan kita sahaja untuk mencari dan memperolehi ilmu yang kita mahukan.

Penulis tersenyum sendirian memikirkan betapa banyanya applikasi kini menggantikan apa yang pernah kita suka dan enjoy suatu ketika dahulu. Sekarang buku - buku, novel - novel, surat khabar, majalah dan bahan bacaan bagaikan telah berganti sepenuhnya.Pelajar juga membawa laptop kemana - mana dan MEMBACA? juga telah bertukar kepada menonton, novel juga ada versi drama pendek.... adoiiiii macam mana penulis hendak memastikan penulisan kali ini mendapat sambutan.

Penat penulis berfikir, terutamanya penulis sudah lama tidak menulis di mana - mana, berkarya apatah lagi. Penulis juga risau jikalau ejaan penulis ke sana - sini... Oleh yang demikian Penulis memohon maaf dahulu kepada semua pembaca.

Kebelakangan ini penulis di kelilinggi dengan kawan - kawan yang sangat teruja dengan applikasi Tik Tok ini, pelbagai kisah, pelbagai drama dan pastinya I fell for the Man that's on Tik Tok,

Pastiya bukanlah Penulis... penulis akan bersama anda semua menerusi penggembaran MI AMOR GOES TIK TIK TOK FOR YOU


EPISOD SATU 

TIK TOK ACCOUNT OPENING... LOADING

Anggun membelek - belek smartphone nya, sambil mengumam seorang diri, entah apa yang di bebelkan seorang diri. Terlihat daripada jauh seperti orang gila yang bercakap seorang diri namun pada zaman sekarang bercakap seorang diri itu tidak lagi di pandang serong kerana ramai di antara kita selalu melepak di kedai - kedai kopi viral seorang diri tetapi sebenarnya " ON THE PHONE" kalau tidak bergayut, sudah semestinya VC atau nama panjangnya  Video Call.

Anggun memilih Applikasi Tik Tok, bersedia dengan microphone wirelessnya dan memilih LIVE

"Hye Mine Ageless Sweet Heart, apa khabar harini... Anggun baru je nak santap makan petang, So sambil makan apa kata kita spend time sama - sama share about yourday" kata Anggun sambil tersenyum di hadapan handphonenya.


SOMEWHERE 2022

"Anggun... pagi tadi I dah bermesyuarat bersama ahli lembaga Pengarah dan juga Ceo kita, We are all agreed that untuk melantik you sebagai Face of our Company dan akan make sure you boleh menjadi Influencer di dalam applikasi Tik Tok" Kata Veronica iaitu Pengarah Pengurusan Marketing Strategies.

"You have it all... cantik, pandai, pandai in public relation, I suka content you di  Instagram cuma yang i rase wasted sikit sebab you private. Imagine semua video - video yang you edit tu dan semua make up - make up yang you buat tu goes viral. Kalah semua influencer yang ada tau" tambah Veronica lagi.

Anggun menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal, bagi Anggun hidup sebagai seorang yang terkanal bukanlah pilihannya. Dia kalau boleh nak balik rumah, edit video ashtetic, rekod diri sendiri dan buat make up - make up yang over the top. Bukan lah yang nampak macam pengantin atau make up persis bak seorang putri, Anggun lebih memilih untuk lebih extreme atau make up ala - ala Halloween. 

Veronica merapati Anggun apabila melihat rupa Anggun yang stress setelah mendengar pendapat daripadanya.

"Ok how about this, I bagi you time untuk you fikir. Lagi pun produk yang kita nak buat bersama dengan you tu baru di dalam fasa experimen dan i nak you tahu dahulu, produk tersebut akan menggunakan nama you serta you akan dapat persen dari setiap jualan. Rugi tau kalau you tak grab" Veronica cuba menghasut Anggun bagi meneruskan project Anggunism With U.

"Hmmmmmmm, boleh tak you and your team bagi I masa, walaupun you tengok I easy going atau good in public relation tapi sebenarnya I ni sangat lah tak tahu macam mana nak bergaul, nak cakap depan komputer sorang - sorang.... macam pelik gila. So i need to get to know this Tik Tok apps first okay" kata Anggun.

Tiba - Tiba Veronica ketawa mengilai dengan kuatnya sehinggakan staff yang berada di luar bilik Veronica berpaling melihat.

"Wait? you buat apa masa time Covid... don't tell me you stuck dengan Blog you... Hey Anggun, orang dah tak baca blog lah, zaman sekarang its all about video, Live stream. Ok... Ok... fine... you have your time but i take this answer as a YES from you, when the time have come and the product is ready... you should already at least dah ada more than two thousand followers di tik tok" wajah Veronica yang tersenyum tadi terus berubah serius dan merenung Anggun sebagai tanda dia bukan bermain.

Anggun menelan air liurnya dengan wajah yang takut dan merasakan dirinya terancam. Perlahan - lahan Anggun menggukkan kepala dan menggankat punggungnya daripada kerusi dan meminta untuk pergi dari situ.

Anggun berjalan laju menuju ke mejanya dengan jantung yang berdebar - debar dan kepala yang melayang.

"Aku?! jadi influencer.... lutut dia.... Ingat aku ni apa?"

"Aku ni tulis blog sebab aku segan nak jadi orang gila, cakap sorang - sorang"

"Blur weyh... argggghhhhhhhhhhh Why me Why Me!!!!!!!"

Anggun menarik nafas sambil memandang pemandangan luar syarikatnya yang cantik, berhadapan dengan laut selat Tebrau. Anggun mengangkat telefonya dan tanpa berfikir panjang dia terus mendail nombor yang paling banyak di call

"Hello Ratna..... i have to talk to you right NOW"


👀 Ratna angkat ke Call dari  Anggun tu. Hahahahahaha Penulis pun tak pasti, sama seperti Anggun... Penulis pun suka menulis lagi daripada buat Live dan kadang - kadang Penulis malas nak mengedit video walaupun gambar dan video bersepah je dalam Handphone Penulis.

Tadi Veronica ada berkata, ZAMAN SEKARANG ORANG DAH TAK BACA BLOG! Geram je Penulis rasa, kalau ikut kan hati... nak padam je watak Veronica tu. Kalau iye pun nak marah Anggun jangan lah libatkan Penulis skali kan 😅

hmmmmmm Ratna tolonglah angkat telefon Anggun tu, penulis risau nanti Anggun pergi terjun laut pula.


"Yooooooo Wahtttttttuppp babeh... Ape keheinye bunyi macam serius sangat je tu, ko  stress pasal boyfren ko lagi ke.... dah lah cari lain je sudah" Jawab Ratna yang mengkhinzir buta tanpa mengentahui asal usul masalah Anggun.

"Bodo... bukan lah!!! bukan pasal boyfren aku and yess walaupun dia buat aku menyampah hari - hari tapi kali ni bukan pasal dia, ni pasal kerja aku" Jawab Anggun dengan nada suara yang sedikit rendah seakan - akan motivasi dirinya hilang.

"Besar sangat ke masalah ko tu, mesti pasal bos ko kan... si rambut penyapu tu kan" jawab Ratna

"Yes... pasal veronica, kejam seyh ko tu tak baik tau ko cakap macam tu kat dia. Tak lah dia nak aku jadi Influencer tik tok... aku bukan macam ko tu... extra extrovert... pastukan ada hati pulak nak suruh aku buat LIVE.... bangang ape aeh?" jawab Anggun pula.

"Hahahahahaha aku sendiri tak pernah buat LIVE... aku pun boleh jadi mati akal nak cakap depan telefon, aku lebih rela lagi jumpa orang ke, buat konsert ke, jadi pengacara ke? itu aku lebih rela... tapikan sebenarnya ramai je TikTokers ni yang introvert, sebabkan dieorang cakap sensorang dan rase macam takde tekanan untuk bersosial... sesuailah dengan ko tu" jawab Ratna dengan panjang lebar.

"Aku ade satu cadangan, apa kata ko buka akaun Tik Tok... try tengok orang buat Live... tengok cara orang bersembang dan apa yang boleh menarik minat orang untuk menonton... kalau ko tanya aku kan... muke ko je dan beribu orang sanggup masok live ko... Just give it a try" Macam biasa, Ratna sentiasa menjadi Anggun biggest supporter tidak pernah pun lelah mendengar keluh kesah rakannya.

Anggun menamatkan panggilannya dengan Ratna dan mula menekan - nekan smartphone nya. Google play, search dan pilih applikasi Tik Tok. 

SIGN UP, DONE!

"The Day Im get into your LIVE, im already In Love" - Anggun

Kalau tanya macam mana rupa Anggun, 
Penulis Rasa macam ni lah
dan belakang tu watak Ratna =)





Jangan tipu penulis, kalau korang yang membaca ni tidak pernah jatuh hati dengan personaliti tv mahu pun artis... seperti cerita penulis ini dan penulis pasti korang ada juga yang jatuh hati dengan Tiktokers yang korang follow kan. Episod Satu ini, penulis sangkutkan dahulu di sini, semoga idea penulis akan terus membuak - buak supaya korang akan stay bersama blog ini.

LOVE YOU ALL TO THE MOON AND BACK
 AND I WILL BE BACK
😆😆😆

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu