LAST CHRISMAST.................... i gave you my one and only heart
NOT JUST A ANY XMAS MOVIE |
Dah kenapa aku nak cerita pasal Xmas
AKU SUKA CERITA NI
Korang dah tengok ke cerita ni,
Dah lama dah Tahun 2019, cerita ini di keluarkan
Film romantik yang menarik penonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut
Terutamanya setelah munculnya watak lelaki utama di dalam Filem ini.
Maafkan aku ye kawan - kawan, aku terpaksa merosakan mood korang
Tapi aku berharap korang akan rasa lebih lagi nak tengok selepas korang membaca
review daripada aku =)
Apakata aku terus ke KESIMPULAN
Cerita ini di buka dengan watak seorang perempuan yang agak huru - hara hidupnya,
Tiada rumah sendiri, masih duduk bersama dengan ibu bapanya dan bukan lah orang Inggeris
Ibu bapanya immigrate dari negara lain dan tinggal di England.
Oleh kerana watak heroin ini rimas dengan ibu bapanya maka dia pun hidup nomad.
Sanggup tidur bersama dengan mana - mana lelaki hanya untuk ada tempat bermalam.
Naseblah perempuan ni bukan orang Islam kan, mana mungkin orang putih nak tulis begitu.
Cuba, kita alihkan kalau ini cerita pasal hari raya,
Takkan watak perempuan tu nak jadi nomad macam cerita ni kannnnnn...
Dah macam cerita Azura... ehhhhhh melalut pulak aku ni kan.
Watak perempuan ni nama dia Katarina, dan pada suatu hari dia berjumapa dengan Tom
Tom ni macam watak pelik sikit, sejak mula watak ini keluar je beliau dah macam "something"
Untuk orang - orang yang macam aku, yang suka cerita Ramlee Awang Murshid,
Dengan membaca buku beliau, membuatkan aku mula alert di awal Filem kerana di awalan
itulah tersembunyi seritu satu jawapan yang akan berlaku di akhir filem nanti.
Kejapppppp....Kejap.... Ape kaitan cerita misteri dengan cerita Last Xmas ini?
pelik bukan???!!!! ahhahahahaha... memang pelik, kerana misterinya cerita ini apabila
Tom sudah tidak lagi kelihatan, Tom tidak di jumpai di mana - mana.
Bahkan tempat yang Tom bagi tahu Katarina yang di membuat kerja amal juga, tidak mengenali Tom.
Jadi siapakah Tom yang sebenar, kenapa perkara ini berlaku dan Katarina hampir bengong dalam
Mencari di manakah Tom berada.
Katarina mula berasa menyerah dalam mencari Tom dan akhirnya, Tom muncul di hadapan mata.
Tom membawa Katarina ke rumah beliau dan memberitahu Katarina bahawa dia sentiasa di dalam
hati Katarina, dan pada malam Katarina berada di rumah Tom, tiada apa yang berlaku tetapi hanyalah
kata - kata semangat untuk hidup dan meneruskan kehidupan kepada Katarina.
Katarina terharu dengan semua nasihat Tom dan pada esoknya Tom kembali hilang.
Katarina yang mendengar kata - kata dan nasihat daripada Tom, pulang ke rumah
Mencuba untuk hidup dengan lebih baik dan bersemangat sehinggalah suatu hari,
Katarina mendapat tahu yang sebenarnya Tom telah lama meninggal.
Tom yang hanya muncul dihadapan Katarina kerana Katarina adalah pemilik hati Tom,
dan Katarina adalah pemilik hati Tom sekarang dan semangat Tom telah menjelma di saat Katarina
merasakan dia tiada arah lagi untuk hidup, semangat Tom lah yang membuatkan Katarina kembali
bangkit, dan mula menerima ahli keluarganya semula.
Katarina mula meredhai yang sebenarnya, dialah pemilik hati Tom
dan dari situ dia dapat merasakan kasih sayang Tom kepada dirinya
Dan jika Tom masih hidup, mungkin Katarina juga pemilik hati Tom, cinta Tom
kerana itulah yang telah di takdirkan.
Apa sahaja jalan hidup kita, jika sesuatu itu telah di takdirkan maka ia akan mencari jalan untuk
bertemu dan apa sahaja yang bukan milik kita, ia akan senantiasa mencari jalan untuk pergi.
Mencintai dan di cintai adalah perkara yang hanya akan berlaku jika pemilik - pemilik hati manusia
ini izikan, apa pun yang berlaku di dalam dunia ini hanya akan berlaku dengan izin ALLAH.
Last Xmas... I gave u my heart...
but the very next day.... u gave it away
This year... to save me from tears
i'll give it to someone special.
p/s: kita tidak boleh menghalang orang datang dan pergi dari hidup kita, apa yang kita boleh buat ialah dengan berlajar menerima segala pengalaman dan pembelajaran yang datang dengannya.... key word dia mudah, tapi susah nak buat iaitu MEREDHAI dan MOVE ONπ
Comments
Post a Comment