Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~
Wait Until You See the Whole Movie...
Untuk pengetahuan korang aku bekerja di tempat menjual CD, DVD dan VCD, jadi apa-apa yang terjadi pada industri muzik dan perfileman negara... aku juga turut merasakan bahananya... bila kastemer datang membeli movie-movie kat tempat aku... dengan jujurnya aku sendiri akan cakap kalau tak bes aku suruh je kastemer tu langgan Astro First... kalau movie tu tahap gaban punye tak bagus... kalau boleh di bagikan bintang... memang movie yang tak layak lansung menerima sebarang bintang dari aku~ aku dengan bangganya akan memberitahu kepada kastemer tu "beli yang cetak rompak jelah Cik". Oleh itu aku memang jujur bila aku judge sesuatu perkara, yeah maybe aku tak pikirkan perniagaan aku tapi aku pikirkan duit yang kastemer aku keluarkan untuk membeli sesuatu produk, kalau produk itu baik... kalau tak sesuatu muvie tu tak femes tapi produknya bagus... aku akan try untuk push jugak muvie tu kasi jual, paksa kastemer untuk beli.
Kebelakangan ini movie yang di hasil oleh MetroWealth kurang mendapat perhatian aku, KUBUR GUDANG... aku ingat cerita ini boleh menandingi PENGANTIN MALAM tetapi... cerita dia seakan-akan tak cukup umpph dan part last skali apabila hantu itu bercerita bagaimana mereka boleh jadi hantu di gudang itu... sangat meleret-leret dan yang pastinya cerita melayu sekarang dah pandai dan tampil dengan begitu berani sekali apabila scene rogol memang menunjukan posisi yang agak over di mata aku, siap Atiqah Suhaime tu bergoyang-goyang mengikut irama... No Wonder lah kalau ade beberapa kastemer aku akan bertanya isi kandungan sesuatu filem itu kepada aku dan siap bertanya kalau-kalau ada scene yang tidak sesuai di tonton oleh budak-budak bawah umur.
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGARAH dan PENERBIT: SILA BERI PERHATIAN, MUNGKIN PANDANGAN SAYA INI AGAK KOLOT TAPI TOLONGLAH HORMATILAH SIKIT SENSITIVITI MASYARAKAT MALAYU dan MALAYSIA... rogol~rogol~rogol~rogol~rogol~ nampak sangat orang melayu kita ni takde kerja lain yang hendak di buat asyiiikkkk rogol orang jeeeee~ boleh di katakan 89% movie dan drama melayu mesti ade scene nie soooo~ PLEASE LAH PRODUCERS and DIRECTORS... PLEASE DO THINK SOMETHING ELSE... MOVIE KITA WAJAH KITA... Ini ke yang hendak kita tunjukkan kepada orang luar.
Now its time to get serius and focus to our main issue, BANGUNAN... at first i heard about the title of this movie, i was like ???? apa yang sebenarnya mereka-mereka semua mahu ceritakan... so i watched the trailer... "owh so this is just another paranormal activities movie" i didn't know when actually malay movie starting to making this kinda of movie, macam betul but its just a movie... nothing is real... macam BLAIR WITCH PROJECT and PARANORMAL ACTIVITIES movies.
So aku tengok cerita Penunggu Istana, Di Larang Masuk, and yang paling semua orang dok cerita ialah Highland Towers... semua movie ini aku rate average 3 bintang sahaja, untuk orang macam aku yang tengok cerita Jangan Pandang Belakang pun boleh ketawa memang aku susuah nak impress dengan movie macam ini, sebab cerita-cerita macam ini... bagi aku lakonan dia nampak sangat... terutamanya yang perlakon kita dah kenal tiba-tiba dalam cerita yang seperti memaparkan alam realiti ini memakai nama lain... aduuuuhhh yaiiii~ fail~
Sebelum aku tengok cerita BANGUNAN ini aku dah menonton cerita PUAKA X... aku lupa tajuk yang sebenar diaaa~ ooohhh~ dah ingat Misteri Balai Gombak, cerita menarik, pelakon dia menarik, jalan cerita cantik, hantuk tak berapa cantik, dan ending dia... ok je lah~ tetapi apa yang aku nak komplainkan di sini ialah skrip cerita ini... siapa yang tulis entah... aku rasa sedikit terkilan sebab di mana kalimah suci ALLAH yang sepatutnya mereka sebut apabila terlampau takut dan panic... owh mungkin alasan cik script writer kita ialah~ budak-budak Puaka X nie... mulut macam puaka jadi takkan lah diaorang nak mengucap pulak kan... aku rase kalau Mat Rempit kene kejor ngan Pontianak pun dieorang pandai sebut ALLAHUAKBAR, betul tak... lantaklah korang~ bukan aku yang buat movie... tapi kalau korang buat movie bagus... aku pon dapat manfaatnyeeeeeee....
Berbalik kepada movie BANGUNAN ini, seriusly aku menulis cerita ini sambil bulu-bulu roma aku berdiri, i still feeling chill and i had goosebumps... Aku menyesal pun ada tengok cerita ini, aku rasa aku tak mahu ingat lansung cerita ini, aku rase nak ambik DVD Bangunan ini kat tempat kerja aku, pastu aku nak bakar dia... Meh sini aku kongsi cerita aku sesudah aku tengok cerita BANGUNAN ini, huhuhuhu sebelum start jom kita baca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM... begitulah penangan cerita BANGUNAN ini, sehingga aku menaip cerita ini, bibir-bibir aku masih berzikir nama ALLAH dan aku akan baca ayat Kursi apabila aku punya goosebumps dah teruk sangat... Ianya bermula semalam apabila DVD cerita ini sampai ketampat kerja aku, tanpa aku berpikir panjang, aku pun terus membuka bungkusan DVD ini dan pasangkan di TV tempat kerja aku, sambil aku menyiapkan kerja aku, aku mencuri-curi melihat cerita ini "aduuhhh cerita bodoh apa pulak ni, banyaknye cakap" lepas tu terdapat tayangan footage dari cctv "hmmm tak habes-habes dieorang nie... sume same je" kemudian aku meneruskan kerja aku, tanpa aku ambil peduli akan cerita BAGUNAN yang sedang aku pasang itu. Akhirnya cerita itu habis tanpa aku tahu apa yang sebenarnya terjadi, jadi aku pun replay kan dia...
Di saat aku replay cerita itu lah, yang aku menyesal sehingga kini, setiap sembangan kosong di anta KHIR RAHMAN dan konco-konconya semuanya menarik, dan secara tidak lansung meraka sudah menarik aku ke alam yang meraka hendak paparkan. Semua scene sangat sempurna sehinggakan aku sudah tidak dapat membezakan samada yang mereka paparkan itu realiti atau pun cuma lakonan semata-mata... Hebat betul Sein dan Aqasha serta Yusran serta yang lain-lain itu lagak mereka sangat bersahaja. Aduuuhhh aku sudah memasuki alam fantasi, otak aku mula memproses kata-kata dan gambar-gambar yang mereka paparkan."Ya ALLAH" scene merasuk tu... aduuuhhhh macam real dowh... lahanat punyer KHIR RAHMAN... kamu telah membuatkan aku berasa sangat seram dan kali ini aku lansung tidak gelak atau senyum di muka aku... tetapi pucat... aku rasa hilang pertimbangan sebab bangunan yang aku kerje tu pun... ade cerita di sebalik cerita~ seremmmm mak ngaahhh tawuuuu. Malam sesudah aku menonton cerita BANGUNAN ini aku... TIDAK TIDOOOOOOO!!!!!! terima kasih skali lagi kepada pengarah cerita BANGUNAN ini... TERBAEEEKKK!!! first time~ first time cerita hantu melayu buat aku tak boleh tido satu malam hebat~ hebat~ permainan dia!!!!
Hari ini, kawan-kawan aku suruh aku on cerita BANGUNAN ini, opkoslah dieorang tahu... cerita baru sampai aku selalunya akan pasang sampai semua orang kat tempat kerja tu rase nak muntah tengok tetapi mereka hairan kenapa aku tidak mahu pasang lagi cerita ini... kemudia aku jawab "takmo, takmo, takmo aku dah serik... semalam satu malam aku tak boleh tido... tolonglah pasang bila aku dah balik nanti" huhuhuu korang henggat budak-budak tu dengor cakap aku~ TAKDE MAKNENYEEE~ jadi semua orang tengok... tujuh orang dok depan TV aku....errrr kat belah tepi sebenarnya sebab mak ngah cakap kat dieorang~ Tolong Tepi Sikit~ Tolong Tepi Sikit... Mak nak berniaga OKKKK!!! semua kawan-kawan mak muka dah pucat lesi, dan siap main pelok-pelok lagi ketakutan... TIBA-TIBA~~~~ jeng~jeng~jeng~ lampu dengan tempat kerja tutup separuh, ngam-ngam time dekat scene krew KHIR RAHMAN kene rasuk kat dalam BANGUNAN itu, ngam-ngam dengan sound effect dia, lampu pun terpadam.... apa lagi kawan-kawan aku sume pun jerit skali lah... "perghhhhh luruh jantung mak" tapi aku sepanjang cerita aku tak tengok~ aku hanya membelakangi TV aku tu... SEBAB AKU NAK TIDO MALAM NIEEEEEE!!!!
aduuhhh~ aku still mahu mencuba untuk menghilangkan rase seram-sejuk dan goosebumps aku ni yang tak hilang-hilang dari semalam... aku menonton cerita ini, seram dia... seakan-akan memang terdapat entiti di dalam movie ini, seram dia seakan-akan cerita yang KHIR RAHMAN buat ini adalah benar berlaka... SERAM SIAL!!!! first time aku maki hamun cerita hantu melayu, selalunya aku tak pernah tergugat lansung dengan cerita macam ini.
Jadi aku dengan sepenoh hatinya, merekemen cerita BANGUNAN ini kepada semua penonton cerita melayu, terutamanya yang susah nak rase impress dengan cerita bergenre seram, anda pasti akan jadi seperti saya. dan kepada KHIR RAHMAN serta rakan-rakan... thumbs up~ kepala otak korang sangat geliga sampai boleh buat itu cincin daaa~ terima kasih kerana berjaya membuatkan aku takut sehingga saat ini~ dan aku memang takmo tengok da cerita BANGUNAN.
A
ReplyDeleteGempak lah review and pandangan cik!! Saya setuju ����
ReplyDeleteAde org baca lagi ke tahun 2021...terima kasih kerana sudi singgah di blog sye yg dah bersawang ni 😊😊😊😊😊 dan terima kasih d atas komen
Delete