Tok Kadi Mana!!!? AprilFool???

Selamat Pengantin Baru Kakakde


Aduhhh!!! macam mana ni... time nilah pulah Cikgu Sham kecik nak buat exam bulanan Sains... macam hari lain takde pulak... betul-betul last day lah baru gedik-gedik nak ada exam... arrggghhh~ takpelah bukan masuk dalam report card pun... dengan ini aku dengan sepenuh hati merelakan dan membiaqkan exam sains aku mendapat markah kosong... aku pun melelapkan mata... kau hingat aku tidur dengan lena, of cos lah tidak bukan sebab exam sains aku tetapi esok ialah satu hari yang sangat bermakna, setelah beberapa bulan yang lepas pelbagai persiapan di buat akhirnya inilah hari yang di tunggu-tunggu.
Aku ingat aku tidak tidur dengan lena... tup tup tup pukul lapan pagi jugak aku bagun selepas terjaga subuh tadi... hahahahahaha bukan selalu dapat sambung tidur, takpelah~ one two go~ i start my engine, tengok apa yang patut, semua orang sudah memulakan tugas masing-masing, well tugas aku sudah bermula lebih awal, terutamanya dalam pemilihan baju pengantin... bunga telur dan pelamin, along kata aku jujur orangnya sebab aku akan kata tak cantik jika sememangnya memang baju tu lansung tidak padan dan nampak pelik.
Setelah meng fresh kan diri, aku pun memulakan regangang badan, yah yah kiri, yah yah kanan, krik kruk (bunyi tulang aku da) dengan muka yang serius, aku grab! bekas telur dan memasukkan telur rebus ke dalamnya untuk di berikan kepada hadirin dan hadirat ke majlis kenduri nanti, dengan muka yang serius dan fokus yang tajam, yah~ aku masuk kan telur yang seterusnya... aku ikatkan tuala di sekeliling kepala ku... SAYA DAH SEDIA!!!!! dengan nada yang pantas seperti irama mambo~ hmmm tak cukup laju~ kita tekan next... yeahhh~ inilah lagu dan iramanya~ BYE BYE BYE dari NSYNC... telah mem vibrate kan badan aku~ dengan sepantas kilat aku membungkus semua telur rebus sambil mengikut irama dan bibior aku menyanyi-nyanyikan lagu NSYNC itu, kalau aku tak buat begini nampaknya sampai tahun depanlah baru aku dapat siapkan seribu ketui telur rebus untuk di letakkan ke dalam bekasnya.
Jiran-jiran tetangga mula membanjiri rumah aku, seakan-akan ada konsert besar bakal berlansung, walaupun cikgu di sekolah panggil aku NSYNC Girl namun hari ini bukanlah hari aku buat konsert tetapi ada yang lebih penting dari konsert aku yakni~ majlis akad nikah Along ku~ aku pun mula mengagih-agihkan pisau-pisau bawang-bawang, dan sayur-sayuran... manakala bahan protein pula seperti ayam,daging, ikan masin dan sebagainya di tugaskan kepada abah and the geng. Geng abah aku ni, memang terkenal di seluruh alam buana, katering??? apa tu... geng abah aku ni, lapan belas kali ganda hebatnya dari katering, sedap dia... pergh jilat jari kaki pun tak cukup, sampai korang mintak nak tumpang jilat jari kaki tangan orang sebelah skali. Nasi minyak En. Sabri, lembutnya nasi minyak tu, tuhan sahaja yang tahu, ayam masak merah dia, ayam yang isinya lembut kuah masak merahnya cukup berharmoni dengan ayam yang telah di goreng terlebih dahulu, dalca sayur dan juga daging masak itam... yang cukup rasa pedas dan daging yang lembut... yummm~ make my mouth watering when im think about it... tetapi satu benda yang En.Sabri tak bleyh lawan ngan Che Toon... Jelatah~ walau mudah tetapi air tangan Che Toon tu yang mahal~ habaq hang~.
Setelah selesai seribu bekas telur aku isi kan... YAY!!! (sambil membuat sign peace) nasib baik aku tidak mengisinya sorang-sorang kalau tidak mahu tumpo jadinya... kawan baik aku yakni nama glamournya Justin (Nad) mula menderingkan telefon rumah aku, dia pun menyampaikan berita Cikgu Sham kecik membebel-bebel aku tak datang sekolah... dia cakap dekat Justin "dia ke yang nak khawin" hamboi, kalau Cikgu Sham datang tolong aku kat rumah ni boleh lah aku attend exam tu~ ye dak?. Takpe jom lupa kan kejap exam sains tu, aku ada benda yang lebih penting dan memelukan lebih dari sekadar sains untuk menyelesaikan permasalahan yang bakal timbul yakni bakal pengantin hilang. "ate bior bebenor... udah nak nikah lepeh isya~ lagi pepagi udah ilang... mampuih aku nak menjawabnyee"  Aku kebingungan seketika, aku tidak sedar pun yang sebenarnya Along dan Angah aku dah menghilangkan diri dari rumah, larikah mereka? nampak sangatlah yang sebenarnya aku terlampau sebuk dengan keadaan sekeliling, mana taknya aku masak nasi sampai lupa lah tekan cook hadoiyai (sigh**) "mane tak sebuk mengkome skalian, sikit-sikit adik, sikit-sikit adik... semua bende tanye adik~ aku kene menjawab seribu satu soklan... aku rase kalau aku bukak kaunter pertanyaan, satu soklan sehinggit... aku da kaye da... mengkome ooiii"
Dari potong memotong bawang, aku lebih interested dalam memasak makanan di dapur, abah dan gengnya sudah memulakan memasak untuk malam ini seawal selepas solat jumaat, semua barang-barang mula di tumis, Alhamdulillah razeki along murah, bukan setakan dapat bubur lambok sampai dua kawah free sumbangan pakcik Man Dum Dam, nak cakap pasal murah rezeki ni, along dapat orang seponser lapan kapit beras, buah nenas, bunga telur dan ada yang seponser kompang. See kalah artist kan along aku ni, ok back to the main story, MANA PENGANTIN ADIK??? aku pun menggelengkan kepala, tak pulak Along ngan Angah aku punch card dekat aku cakap pergi mana, habis bisinglah satu rumah jenuh aku nak menjawab, tiba-tiba orang yang paling di nantikan tiba, popiau popiau Along kena marah, bukan setakat Along tetapi Angah pun kena jugak sebab dialah yang bawa Along pergi saloon... kekekek
Selesai satu rumah di landa ribut tsunami, keadaan kembali reda apabila sesi memakaikan inai di jalankan, manakala aku pula sebuk di dapur sehinggakan aku di halau dari situ "api! api! api! api!" sakit hati aku, dah tentu-tentu dapur ada api, kenapa nak jerit api! api!... ok fine... tapi aku sempat jugelah menolong masak sup kaki ayam~ yess u read it right~ sup kaki ayam~ yummm~ lepas tu baru aku pergi je dari situ terus ke hadapan yay! Justin datang rumah aku dan kami bersama-sama memulakan tugas dalam menyiapkan bunga mangga, yakni menyiat-yiat daun kelapa dan mendapatkan lidinya, setelah siap bunga mangga kami terus menyiapkan meja, kami mengatur pinggan, tisu, serta cawan, Buffet??? apa tu??? ahahahha
Aku melangkah masuk ke dalam rumah bersama Justin, kerna kami juga mahu berinai dapat lima jari pun jadilah, sedang kami duduk keliling pengantin, dan melihat opah cu sedang memakaikan inai di jari Along, mata aku ini gatai untuk memfolow gerak geri mama, walaupun aku sebuk memakai inai namun aku masih boleh lihat mama dengan hujung mata aku "teman ni kepochi ckit, terutamanya melibatkan Che Toon, seakan detektif... teman memerati aje gerak geri Che Toon" kemudian mama telah melakukan sesuatu yang membuatkan aku rasa gatai mulut untuk menegur, as my mama walked towards me, my gatai mouth pun asked my mama question... curiosity exploded "mama nak bawak baju along tu pergi mana" aku terus kena cubit dengan opah cu, haish! kate opah cu jangan tegur, kemudian mama menjawab "kamu ni sebuk lah adik, buat kerja kamu tu" huh! kecik hati kejap, betul lah orang tua-tua kata Curiosity kill the cat ~meow~ aku lah cat yang baru kena kill tu... "rupa-rupanya petua orang tua-tua untuk mengelakkan hujan pada hari kenduri, baju pengantin perlu di campak ke atas rumah... dan orang yang melakukannya haruslah tindakkannya tidak di tegur atau di tanya untuk mengelakkan petua itu tidak menjadi". aku pun memakai inai di lima jari ku dan di jari kelingking aku memakai inai sehingga 3/4 jari, kemudian aku tersenyum-senyum sorang-sorang seronok dapat buat kerja pelik-pelik lepas kena marah.
Malam pun tiba setelah pada siang hari aku dan seluruh ahli keluarga aku serta jiran tetangga sebuk menyiapkan pelbagai hidangan untuk majlis malam ini, kerja aku tidak siap lagi, banyak lagi perkara-perkara yang aku nak siapkan contohnya, make sure hidangan semua telah di letakkan di atas meja ooopsss itu bukan kerja aku, kerja aku ialah berada di belakang kamera, jadi gambar aku  dengan along semasa Along nak berkhawin memang tiada, kalau ada pun sikit je. Dup Dap Dup Dap jantung aku, setelah Isyak, rumah aku telah di hujani dan di kunjungan oleh ramai sahabat handai dan kenalan, semuanya tidak sabar untuk melihat Along aku dan bakal suaminya, tetapi ini pula yang terjadi "Lamanya adik, pukul berapa akad nikahnya" aku hanya mampu mengerutkan kepala, pada ketika itu Angah aku menjadi reporter yang terhebat bersama motor skuternya dia bergerak dari rumah ke masjid untuk menyampai kan berita terkini, sekarang jam menunjukan pukul 9.30, kelibat pengantin lelaki dan keluarganya tidak kunjung tiba, semuanya masih di masjid. Setelah sampaikan berita Angah terus kembali ke masjid untuk perkembangan yang seterusnya. 

9.30pm Tok Kadi tidak kunjung tiba
9.45pm Tok Kadi tidak ketemui
10pm Tok kadi kat mane, Awak kat mane
10.15pm Tok Kadi!!! Ambush!!!
Owhhh kat rumah, dah nak tidur???
Tok kadi ingat esok bukan hari ini
PLEASE LAH TOK KADI 
JANGAN MAIN 
APRIL FOOL OKAY 
APRIL FOOL TU BESOK!!!!!!!!!!!!!
10.30pm Tok Kadi di ketemui
11 pm Tok Kadi terima kasih  

Pada jam 11 malam barulah majlis berinai di rumah kami bermula, mengikut adat keluarga aku, pasangan pengantin akan di sandingkan di atas pelamin dan ahli keluarga yakni yang paling tua dalam keluarga, seperti opah dan ibu bapa akan memakaikan ini sedikit demi sedikit di jari pengantin, jika ada seperti adik beradik pun boleh pakai kan juga, tetapi kami lebihkan kepada belah keluarga lelaki, owh ya aku lupa nak beri tahu yang abang ipar aku dengan skali lafas Along aku telah menjadi isteri yang sah kepada suaminya. Pada malam itu meriahnya rumah aku seperti artis yang berkhawin, sungguh ramai, dan yang paling menarik, sepatutnya pada malam itu tiada alunan kompang tetapi pakcik yang tinggal belakang rumah aku dan yakni pakcik Zul bersama anak-anak didiknya serta gengnya datang memeriahkan majlis kami, Ya ALLAH meriahnya, bergema-gema alunan kompang di dalam rumah aku ini. Selesai sahaja majlis di malam hari.
Tanggal 1 APRIL 2000 seawal 7.30 pagi aku sudah mandi tetapi aku belum menyarungkan baju untuk kenduri Along nanti, aku sebuk di dapur menolong abah menggoreng ayam, sedang semua orang memuji aku yang rajin menolong di dapur, skali abah aku drop da bom "perempuan nak masak kat dapur kayu ni susah sikit, sebab skill yang pertama haruslah tahu bermain dengan kayu api"  ya~ya~ ya~ sememangnya betul, sebab susah kalau api marak, kena tarik kayu keluar, untuk kecik kan api, kene tahu bila nak tambah kayu api, jika tidak tahu untuk control api nanti, lauk yang di masak tidak masak sehingga ke dalam isi dan tulang temulangnya.
Kawan-kawan aku yang cantik-cantik sudah datang ke rumah, sudah bersedia untuk menerima tugasan yang seterusnya daripada aku yakni menjadi gadis bunga telur, jam sudah menunjukan jam sebelas pagi, aku pun mengenakan pakaian aku dan bersedia untuk majlis persandingan Along aku, kemudian seluruh ahli keluarga di panggil ke khemah utama untuk menjamu selera sebelum para tetamu yang lain hadir untuk menjamu selera, majlis yang penuh bermakna ini di mulakan dengan majlis bacaan doa daripada Pak Abu, dengan bacaan Bismillah aku dan seluruh keluarga serta sanak saudara dan kakitangan kenduri pung mengangkat sesuap nasi menuju terus ke dalam mulut tetapi... breakkkkk!!!!!! tak sempat masuk ke dalam mulut baru je sampai ke bibir tangan kene stop, "bunga telur, mana bunga telur, ni dah ada tetamu datang" aku mengangkat kepala melihat ke arah sisi khemah, Ya ALLAH dah ada ramai orang datang, terkejut aku melihatnya... kawan-kawan aku memberi masa untuk aku dan keluarga aku makan sebelum, kami take over semua kerja mereka, jam di tangan baru menunjukkannn hmmm 11.30???? awainya deme datang.... tak pelah tetamu.... Aku sebagai pengurus bahagian bunga telur, mula ke hulur dan ke hilir, kemudian aku mencari sudu garfu untuk di berikan kepada tetamu yang berbangsa selain melayu, sedang aku mengagih-agihkan sudu garfu, mata aku tertarik dan menarik untuk melihat seseorang ini makan, aku tengok dengan lebih jelas lagi... hmmm tidak puas hati... aku mahu terus berada di hadapan batang hidung orang itu... aramatuan!!! comotnya dia makan... kesian kawan Angah aku, dia redha je makan dengan tangan~ sedangkan selama ini dia bersudu dan garfu~ oklah kata Singh takkan lah tak pernah makan pakai tangan kann~ uhuk uhuk uhuk tiba-tiba terbatuk pula.
Tepat jam 1.30 tengah hari, Pengantin pun tiba, paluan kompang yang kuat menandakan pengantin lelaki sudah tiba di kawasan rumah aku, Along aku yang cantik, di katakan secantik Era Fazira itu melangkah keluar menyambut suaminya, senyuman yang melirik dan matanya yang membulat cukup menyatakan yang Along aku melangkah ke arah kebahagiannya untuk sepanjang hayatnya dan mungkin sehingga Jannah Insya ALLAH. Mata aku, tertakung air mata, terharu, gembira dan pelbagai lagi perasaan yang owhhh ya termasuk sedih, kerana aku sudah kehilangan teman bergaduh, teman bermanja, teman untuk marah-marah, teman untuk kena marah, dan rindu dendam... yeah Along aku bukan hak aku... suaminya akan menjaganya sehingga ke akhir hanyatnya nanti.
1 April 2015, aku kalau boleh nak ceritakan lagi majlis persandingan Along aku ini, mungkin ada part two~ atau sampai sini sahajalah, biarkan memori yang lain itu aku simpan dengan cermatnya di dalam kotak pemikiran aku ini. Setelah 15 tahun berlalu, Alhamdulillah Along di kurniakan dua orang anak yang comel bernama Waliyah dan Fadhulullah dan Alhamdulillah, abang ipar aku juga sudah di naikkan pangkat,walaupun kini mereka sudah tinggal jauh dari aku yakni berada di Kulim, Kedah tetapi mereka tetapi berada di dalam hati aku dan sentiasa aku kasihi dan sayangi, walaupun kadang-kadang gaduh sampai tak tahu lah aku nak cakap apa~ tetapi adik beradik... macam mana teruk pun bergaduh, akhirnya pasti akan kembali terjalin~ tiba-tiba aku teringat lagu kumpulan Slam~ di hari yang sama sperti 15 tahun lepas aku berdoa kepada ALLAH semoga Along dan keluarganya setiasa berada di bawah naungan dan lindungan ALLAH swt di limpahkan rezeki dan kurniakan kesihatan yang baik serta di berikan rahmat, keberkatan dan kebahagian sehingga ke hujung nyawa dan Jannah, Insya ALLAH.
Dan yang paling aku ingat skali, semasa mama merenjis Along di pelamin, seluruh tetamu yang melihat turut menanges, dan time tu pulak, pelamin kami letakkan di dalam rumah, jadi penuhlah keliling rumah, tetamu nak melihat pengantin, habis di bukaknya tingkap luas-luas semata-mata untuk mengsaksikan detik bersejarah Along aku itu. Well Erra Fazira versi Ipoh lah kata kan.... kekekekeke tetapi apa yang paling nerves Tok Kadi ajak main April Fool~ boleh plak lupe ada orang nak khawin~ adoiiiiii~

*Al-Fatihah kepada pakcik Man Dum Dam, Pakcik Talib dan isterinya Makcik Intan serta sebahagian geng memasak abah.. semoga roh mereka semua di cucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. 

inilah muka-muka kaki tangan Bunga Telur aka dayang-dayang istana

Ini adalah contoh fesyen-fesyen yang terkenal pada 15 tahun lepas

Pakaian yang nie, aku yang pilih... kalau pakai zaman sekarang pun still up to date

Pakaian Jawa untuk kenduri belah rumah lelaki

Along bersama Suami tercinta dan dua anak kesayangannya, Semoga berbahagia selalu ya!!!!


p/s: aku berharap, jika aku di ijab kabul kan suatu hari nanti, majlis perkhawinan aku juga akan meriah dan di limpahkan kurniakan rezeki seperti Along~ tapi persoalannya Aku Nak Khawin Dengan Siapa?

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu