Tuesday, 6 October 2026

SCRAPBOOK NEGENTROPY - Small Step To Pickup Myself

Tajuk tak nak kalah ye korang
Padahal ayat simple dia Daily Diary je
Hahahaha

Apa itu NEGENTROPY

Aku jumpa satu perkataan.
Negentropy.
Mula-mula baca…
Apa benda ni?
Hahahahaha.
Bunyi macam penyakit. Atau nama ubat yang doktor bagi sambil pesan,
 “Sekali sehari selepas makan.”
Tapi bila aku baca maksud dia, aku suka
Sebelum kau kenal Negentropy kau kena kenal partner dia Entropy

Dalam thermodynamics, secara mudahnya entropy berkait dengan bagaimana sesuatu sistem cenderung bergerak ke arah keadaan yang lebih tidak tersusun apabila dibiarkan.

Senang cerita versi aku:
Benda kalau kita biar… dia bersepah.
Rumah contohnya.
Tak payah buat apa-apa pun.
Jangan sapu. Jangan mop. Balik kerja campak tudung atas kerusi. Parcel letak tepi pintu. Baju “nanti aku lipat” letak atas katil.
Tunggu seminggu.
Tahniah.
Itulah Entropy.

Negentropy 
pula membawa arah yang bertentangan
daripada berselerak, 
perlahan-lahan kembali kepada susunan. Bukan terus sempurna. 
Cuma sedikit lebih teratur daripada semalam

Selamat Datang ke Episode 1 
Jom masuk ke dunia aku... 

6 Oktober 2026 — Small Steps
Hari ni 6 Oktober.
Sedar tak sedar, dah beberapa hari aku cuba buat perkara-perkara yang dulu aku malas giler nak buat. Aku doa dalam hati banyak-banyak semoga istiqomah.
Semuanya bermula 1 Oktober.
Hari tu entah macam mana ALLAH memanjangkan kaki aku sampai ke Mr.DIY. Cari reben.
Beberapa jam sebelum tu aku sibuk mencari dulang.
Alhamdulillah… berguna rupanya dulang yang aku beli tu.
Sebab pagi 2 haribulan, aku dah sakit hati tengok dulang tu elok je berada bawah meja.
😂
Okay. Sambung.
Masa berjalan tu aku lalu depan Celebrity Fitness.
Perghhhhh.
Hahahahahaha.
Ya ALLAH apakah…
Duit kalau dapat membazir memang seronok.
Iye tuan-tuan dan puan-puan, aku pun mendaftar.
Aku tengok jadual kelas dia — apa yang tak ada?
Semua ada.
Yoga. Pilates. Combat. Body Pump. Aerobic.
Okay done.
Aku nampak Yoga dengan Pilates, terus aku ONZ.
Kelas lain-lain tu Insya-ALLAH aku cuba. Hahahaha.
Soalan yang menarik sekarang…
Adakah aku tiba-tiba nak jadi cantik, slim and gorgeous?
Kurus melidi?
Well, jawapan dia NOPEEEEEEEEE.
Aku rasa aku hidup dalam depression hampir 26 hari.
Sampai bos aku pun risau aku dapat bipolar.
Kejap gelak.
Kejap nangis.
Kejap murung.
Kejap rasa nak macam-macam lagi.
Penat sebenarnya.
Jadi kali ni aku bukan masuk gym sebab nak kejar nombor atas weighing scale.
Aku cuma nak escape.
Aku nak keluarkan hormon-hormon gembira tu. Aku nak berada di kalangan manusia. Sebab bila balik rumah, duduk sorang-sorang, kepala aku mula fikir macam-macam. Lepas tu mula sedih. Lepas tu nak nangis.
Tak habis-habis.
Hahahahaha.
Jadi jomlah.
Kita sihatkan minda sekali. Kesihatan pun dapat sekali.
Okay. Done part tu.
Malam 3 haribulan kot. Atau dah masuk Subuh.
Lebih kurang dua pertiga malam.
Aku banyak berfikir.
Sepanjang aku dalam keadaan macam tu, tidur memang jadi keutamaan.
Balik kerja, tidur.
Bangun.
Pergi kerja.
Itu je kekuatan yang aku ada.
Rumah?
Dengan tiga ekor anak-anak bulus aku…
Tunggang-langgang dibuatnya.
😂
Tapi sebenarnya 27 September aku dah mula transform bahagian depan rumah. Bila siap sikit-sikit, barulah terasa macam…
Haaa.
Ini rumah manusia yang bekerja.
Bukan rumah tinggal.
Malam tu aku teringat sesuatu.
Aku pernah beberapa kali bangun pukul 5 pagi semata-mata nak masak.
Pernah buat nasi ayam.
Pernah buat kuey teow kicap.
Nasi lemak.
Nasi goreng.
Lepas tu kemas rumah.
Pukul 6 dah siap-siap nak pergi kerja.
Kalau aku pernah buat semua tu dulu…
takkan sekarang aku tak boleh buat lagi?
Tak payah terus jadi Superwoman.
Start balik dengan small step.
So aku start dengan benda paling simple.
Mop lantai pukul 5 pagi.
Masak tu kita letak tepi dulu.
Hahahahaha.
Satu benda dulu.
Kemudian satu lagi.

Kalau dulu aku boleh balik kerja terus pergi supermarket beli barang barang basah n stand by untuk masak esok pagi... 
Takkan kau tak boleh buat lagi nyah... 
Kau pasti boleh... Rakan mudaaaa... 
Hahahahaa
😋 
5 haribulan aku balik kerja. Kepala tengah serabut-serabut pun aku masuk dapur.
Ikan goreng.
Sayur kobis pecah telur.
Siap.
Hari ni, 6 Oktober, aku masak lagi.
Sambal udang.
Dan mestilah…
telur dadar.
Wajib.
😂
Sambil tunggu masakan siap, aku sapu sampah. Kemas apa yang patut.
Mop?
Mop pukul 5 pagi je lah.
Petang-petang macam ni paling kuat pun vacuum. Jangan tamak sangat. Hahahahaha.
Sekarang aku dah mula fikir projek seterusnya.
Bilik.
Nak deco-deco pula.
Aku rasa biarlah rumah aku nanti macam duduk dalam hutan.
Bahagian depan pun dah penuh pokok.
Tambah lagi.
😂
Entahlah.
Bila aku fikir balik, sebenarnya tak ada satu pun benda yang aku buat sepanjang beberapa hari ni luar biasa.
Aku daftar gym.
Aku mop lantai.
Aku masak ikan.
Aku masak sambal udang.
Aku sapu rumah.
Aku alihkan barang.
Aku beli dulang yang pada mulanya aku sendiri sakit hati tengok sebab duduk bawah meja.
Benda-benda biasa je.
Tapi mungkin ada masa dalam hidup kita, bangun pukul 5 pagi dan pegang batang mop pun dah kira satu kemenangan kecil.
Jomlah kawan-kawan.
Life must go on.
Be strong.
Mind strong.
Kadang-kadang kita lupa satu benda yang paling basic.
Bernafas.
Kita terlalu sibuk fikir benda yang dah hilang, benda yang belum dapat, benda yang tak jadi seperti kita nak…
sampai terlupa,
hari ni kita masih boleh bernafas.
Bersyukurnya dapat bernafas hari ni.
Bersyukurnya masih dapat bersama orang yang kita sayang hari ni.
Bersyukurnya masih diberi masa untuk menikmati apa yang ada depan mata kita hari ni.
ALLAH dah bagi macam-macam rezeki yang kita sendiri mungkin dah terlalu biasa sampai tak perasan.
Sedangkan apa yang kita ada sekarang…
mungkin ada orang lain yang sekadar mampu impikan.
Jadi sebelum fikir panjang-panjang tentang esok,
TERIMA KASIH YA ALLAH.
Untuk hari ni.
Untuk nafas ni.
Untuk rumah yang aku tengah kemas balik.
Untuk badan yang masih boleh bergerak.
Untuk rezeki yang masih ada.
Dan untuk peluang bangun pagi esok dan cuba sekali lagi.
Buat yang terbaik hari ni.
Insya-ALLAH, esok masih baik.

Monday, 5 October 2026

JANJI YANG TAK TERUNGKAPKAN : BAB 2


Kunda? Kuda… Apa Ada?

Sophia berdiri di hadapan tingkap besar biliknya.

Dari tingkat itu, laut kelihatan terbentang jauh. Langit pagi sedikit kelabu, dan di kaki horizon, awan dengan laut seakan-akan bersentuhan.

Cantik.

Sepatutnya menenangkan.

Tapi sejak malam tadi, kepala Sophia langsung tak tenang.

Sebilah keris.

Secebis kertas.

Dan beberapa patah perkataan yang entah kenapa masih berlegar-legar dalam fikirannya.

Suatu hari yang indah.

Sophia memicingkan mata.

“Kunda?”

Diam.

“Kuda?”

Dia mengerutkan dahi.

“Apa ada…”

“SOPHIAAAAA!”

Suara dari luar bilik terus memecahkan lamunannya.

Sophia memejamkan mata.

“Yupppp, bossss!”

Pintu biliknya terbuka.

“Idea for new handbag commercial, you dah fikir ke?”

Sophia berpaling.

“Fikir…”

“I tak tengok you pergi R&D beg tu pun. People dekat kilang said you belum pergi lagi.”

Sophia diam.

Bossnya menunjuk kepadanya.

“Uiii, jangan lambat-lambat, ya. Barang nanti sejuk.”

“Yes, bos.”

Pintu tertutup.

Sophia menjeling ke arah anak-anak buahnya di luar pejabat.

Beberapa kepala serta-merta tunduk menghadap komputer.

Sophia tersenyum sinis.

“Okay, korang.”

Semua memandang.

“Jom kilang.”

Keluhan kedengaran serentak.

Sophia mencapai begnya.

“Jangan mengeluh. Aku pun nak mengeluh.”


Sampai sahaja di kilang, satu meja panjang sudah dipenuhi dengan beberapa prototype handbag.

Sophia terus bertukar mode.

“Colour?”

“Empat colourways.”

“Fabric?”

Team mula menerangkan satu demi satu.

Sophia mengambil beg pertama.

Dipegang.

Ditarik.

Dibuka zipnya berkali-kali.

Dia mengambil telefon.

“Ambil gambar bawah natural light.”

Satu beg dibawa keluar.

Satu lagi disimbah air.

Sophia memerhatikan titisan air mengalir turun daripada permukaan fabrik.

“Okay. Water resistance good.”

Beg seterusnya ditarik kuat pada bahagian tali.

“Strap?”

“Reinforced.”

“Good.”

Mereka mencuba macam-macam.

Simbah air.

Tarik.

Tekan.

Gesel.

Letak beban.

Uji zip.

Uji jahitan.

Sampai satu tahap Sophia berdiri sambil memandang sebuah handbag yang baru selesai melalui entah ujian ke berapa.

“Tahan lasak…”

Dia mengangguk.

“Tahan air…”

Angguk lagi.

“Tahan panas…”

Semua menunggu.

Sophia mengangkat beg itu.

“Tahan maki.”

Salah seorang teamnya ketawa.

“Yang tu Kak Sophia punya test.”

“Exactly.”

Sophia meletakkan semula beg itu.

Namun sesuatu pada rekaannya membuatkan dia berhenti.

Dia membesarkan mata.

Kemudian mengecilkannya.

Besar.

Kecil.

Jess yang berdiri di sebelah mula pelik.

“Kenapa?”

“Jap.”

Sophia mengambil beg itu semula.

Rekaannya moden, tetapi ada sesuatu pada tekstur dan motif fabrik yang membawa rasa lama.

Bukan lama yang buruk.

Old-school.

Klasik.

Macam…

Sophia terdiam.

Secebis kertas muncul dalam fikirannya.

Tulisan lama.

Keris.

Suatu hari yang indah.

Tiba-tiba Sophia ketawa kecil.

“Hahahaha…”

Jess memandangnya.

“Apa?”

Sophia mengangkat beg tersebut.

“Aku dah dapat.”

“Apa?”

“Commercial.”

Sophia tersenyum lebar.

“Suatu Hari Yang Indah.”

Jess diam.

Beberapa orang lain turut diam.

Sophia masih tersenyum.

Jess akhirnya bersuara.

“‘Suatu Hari Yang Indah’ apa ni, Sophia?”

“Hah?”

“Tak ada idea lain ke? Penat I design bag cantik-cantik, ada unsur old-school, you bagi tajuk Suatu Hari Yang Indah?”

“Eh, jap. You imagine dulu.”

Sophia meletakkan beg di atas meja dan mula menggunakan tangannya untuk menggambarkan scene yang sedang bermain dalam kepalanya.

“Orang tengah bersilat.”

Jess memandang.

“Okay…”

“Dia menghunus keris.”

“Okay…”

“Nak bunuh orang.”

Jess terus mengerutkan dahi.

“Kenapa commercial handbag I ada orang nak bunuh orang?”

“Belum habis!”

Sophia menyambung dengan penuh semangat.

“Dia tikam.”

Sophia membuat aksi menikam.

“Tikam!”

Sekali lagi.

“Tikam!”

Jess memandang handbagnya.

Sophia mengangkat beg itu sebagai perisai.

“Tak mati!”

Satu meja pecah ketawa.

“Haaa!”

Sophia semakin excited.

“Lepas tu keluar wording—”

Dia membuat gaya voice-over.

“Tahan lasak. Tahan gaduh. Tahan keris.”

Jess menekup muka.

“Di suatu hari yang indah, pastinya—”

Sophia mengangkat handbag itu tinggi.

“Summer Bag by Jess.”

“Sophia!”

“Okay! Okay!”

Sophia ketawa.

“Option two.”

Dia berjalan beberapa langkah.

“Seorang perempuan zaman dahulu…”

Sophia memperlahankan langkah, sengaja membuat gaya perempuan klasik.

“Jalan-jalan pakai you punya bag.”

Jess sudah mula ketawa walaupun cuba menahan.

“Lepas tu…”

Sophia mendongak dramatik.

“Di suatu hari yang indah…”

Tangannya dibuka.

“Hujan!”

Dia menunjuk kepada beg yang baru disimbah tadi.

“Bag you kalis air.”

Jess menggeleng.

“Tak cukup dramatic.”

Sophia tiba-tiba berdiri tegak.

Wajahnya berubah serius.

Dia mengambil handbag itu dengan kedua-dua tangan seolah-olah sedang menyerahkan sesuatu yang sangat berharga.

Suaranya direndahkan.

“Dinda…”

Semua diam.

“Kanda hadiahkan beg ini untuk Dinda.”

Dua saat sunyi.

Sophia sendiri tersenyum.

“Wahhhhh. Best kan cerita ni?”

Jess menjeling.

Sophia menjeling balik sambil tersenyum.

Akhirnya Jess mengeluh.

“Okay. Okay. Yes.”

Sophia terus menunjuk kepadanya.

“Jangan sampai tak jadi, eh.”

“You shoot cepat iklan ni.”

Jess mengangkat tangan menyerah.

“Kalau tak…”

Sophia mahu menyambung tetapi terhenti.

“I kasi…”

Semua menunggu.

Sophia sendiri tak tahu apa yang hendak dikatakan.

“Haish. Tak tahulah nak cakap apa.”

Satu meja ketawa lagi.

“Kasi on sama you punya team!”


Petang semakin lewat.

Sophia masuk semula ke biliknya sambil melepaskan nafas panjang.

“Nasib dia terima idea aku.”

Dia menjatuhkan badan ke kerusi.

“Okay team, jom meeting untuk setup shooting.”

Beberapa orang mula masuk.

“Ikmal, masuk bilik jap. Kita nak set script.”

Sophia mengurut tengkuk.

“Aduiii… penatnya lahai satu hari ni.”

Dia bersandar.

“Macam tak hidup.”

Beberapa ketika kemudian, biliknya kembali sunyi.

Sophia bangun dan berjalan semula ke tingkap.

Laut masih di situ.

Langit sudah berubah warna.

Dia memandang jauh ke horizon.

Entah kenapa fikirannya kembali kepada malam tadi.

Keris itu.

Cebisan kertas itu.

Tulisan yang hampir tidak boleh dibaca.

Sophia menyilangkan tangan.

“Macam mana agaknya zaman dahulu, ya…”

Dia teringat huruf-huruf yang disebut lelaki tua itu.

Kaf.

Nun.

Dal.

Alif.

“Kundur?”

Dia menggeleng.

“Bukan.”

“Kunda?”

Diam.

“Kun…”

Sophia berfikir.

“Kun apa, eh?”

Beberapa saat.

Matanya tiba-tiba terbuka sedikit luas.

“Kun fayakun?”

Dia sendiri ketawa.

“Hahahaha…”

Sophia menggeleng sambil kembali ke mejanya.

“Haishlah.”

Di luar bilik, kehidupan terus berjalan seperti biasa.

Telefon berbunyi.

E-mel masuk.

Orang bercakap tentang deadline.

Production menunggu keputusan.

Dan di dalam beg Sophia, secebis kertas berusia ratusan tahun kekal terlipat—

menyimpan satu perkataan yang masih belum berjaya dibacanya.


SCRAPBOOK NEGENTROPY - Small Step To Pickup Myself

Tajuk tak nak kalah ye korang Padahal ayat simple dia Daily Diary je Hahahaha Apa itu NEGENTROPY Aku jumpa satu perkataan. Negentropy. Mula-...