Saturday, 19 September 2026

HATI

Hari ini aku nak cerita pasal hati.
Tentang memaafkan orang sekeliling.
Tentang menerima ujian yang diberikan.
Tentang memujuk hati sendiri supaya terus kuat melayari apa sahaja yang masih menunggu di hadapan.
Aku cuba belajar untuk redha.
Redha dengan apa yang berlaku.
Redha dengan apa yang aku tak boleh ubah.
Meminta maaf dengan semua orang
Dan cuba memaafkan semua orang.
Sebab manusia tak sempurna.
Mungkin juga ada dosa aku dengan orang
Yang orang tak maaf kan
Itu aku tak tahu... 
Hanya ALLAH maha mengetahui
Aku.... 
Aku pun tak sempurna.
Aku juga pernah buat salah.
Pernah menyakitkan hati orang.
Pernah buat keputusan yang mungkin aku sendiri tak bangga bila mengingatnya.
Jadi bila orang berbuat sesuatu yang tidak baik kepada aku…
aku cuba pujuk hati.
Maafkanlah.
Bukan sebab apa yang dibuat itu betul.
Bukan juga sebab aku tak sakit.
Tapi aku tak mahu hati aku hidup terlalu lama dengan marah.
Aku mahu belajar mendoakan yang baik-baik untuk orang lain, walaupun mungkin apa yang aku terima daripada mereka bukanlah sesuatu yang baik.
Tidak.
Aku bukan orang baik sangat pun.
Jauh sekali sempurna.
Mungkin aku—
…tapi—
Hatiiii shhhhhh. Shhhhh hati.
Jangan macam-macam.
Jom istighfar balik…
Rasa jahat pulak.
ASTAGHFIRULLAH.
Tak jadi.
Tak baik doakan orang bukan bukan
Haishlah.... 
#AkuMasihManusia
Okay.
Yang itu hati aku masih dalam proses.
Insya-ALLAH.
Aku cuba lagi.
Kerana akhirnya aku sedar…
ujian yang diberikan kepada aku mungkin bukan semata-mata tentang apa yang orang lain buat kepada aku.
Mungkin ujian ini adalah kifarah sebab dulu aku pernah buat kat orang... 
Mungkin ujian ini adalah sebab aku rasa, aku perfect tak pernah buat salah
Apatah lagi perkara perkara yang aku sendiri menentang
Mungkin secara tak sengaja aku menzalimi orang yang tak patut... 
Mungkin ada bahagian di dalamnya yang sebenarnya sedang menegur aku.
Ada sesuatu yang ALLAH mahu aku lihat.
Ada sesuatu yang ALLAH mahu aku belajar.
Ada sesuatu dalam diri yang perlu aku betulkan.
Dan kalau itu caranya DIA menegur aku…
Insya-ALLAH.
Aku terima.
Aku bukanlah manusia yang sempurna
Sangat tak sempurna 
Yang sering berbuat salah
Tapi
ALLAH Maha Pengasih.
ALLAH Maha Penyayang.
Dan sebanyak mana pun aku menangis, marah, kecewa atau bertanya kenapa…
aku masih mahu kembali kepada satu perkara yang sama.
ALLAH Maha Baik.
Jadi kepada hati sendiri…
terus kuat.
Aku tahu 
Kadang-kadang salah yang paling susah kita nak maafkan ialah salah kepada diri sendiri
Tapi kehidupan masih perlu kita jalani
Masih kena sayang diri sendiri
Siapa lagi nak sayang diri sendiri melainkan diri sendiri 
Self love is a must
Jadi..... 
Kalau hari ini masih sakit, tak apa.
Kalau masih belum mampu memaafkan sepenuhnya, cuba lagi esok.
Kalau sesekali marah itu datang balik, pujuk lagi.
Doakan yang baik baik
Kemudian jalan.
Sebab mungkin redha bukan sesuatu yang kita cakap sekali kemudian selesai.
Kadang-kadang kita kena memilihnya berkali-kali.
Hari ini.
Esok.
Dan mungkin lusa sekali lagi.
Insya-ALLAH.
Percaya.
And always…
percaya.
ALLAH Maha Baik.

No comments:

Post a Comment

HATI

Hari ini aku nak cerita pasal hati. Tentang memaafkan orang sekeliling. Tentang menerima ujian yang diberikan. Tentang memujuk hati sendiri ...