Subuh tadi aku bangun awal.
Kononnya nak pergi running.
Telefon pun dah ada dalam tangan.
Tinggal sarung kasut dan keluar sahaja.
Tetapi hujan lebih awal sampai daripada aku.
Jadi aku duduk di tepi pintu balkoni.
Buka sedikit.
Biar angin pagi masuk bersama bau pokok pokok yang baru dibasahkan langit.
Di atas pinggan ada karipap kentang daging.
Masih panas.
Kulitnya rangup seperti bunyi plan jogging yang jatuh pecah berderaian
Aku makan satu.
Kemudian satu lagi.
Dan untuk beberapa ketika, aku berhenti menjadi seseorang yang sedang mengejar sesuatu.
Aku cuma menjadi seseorang yang sedang menikmati pagi.
Lucu juga, dgn dah stand by nak run... Last skali karipap juga menjadi idaman
Kadang-kadang kita bangun dengan tujuan tertentu.
Tetapi pulang dengan sesuatu yang langsung tidak dirancang.
Dan entah kenapa, yang tidak dirancang itu selalu lebih lama tinggal dalam ingatan.
Sambil mengunyah karipap yang semakin sejuk, fikiran aku berjalan lebih jauh daripada kaki yang sepatutnya berlari pagi itu.
Jauh ke tahun 2009.
Zaman aku intern.
Sudah lama rupanya.
Kadang-kadang aku dengar orang bercerita tentang zaman muda mereka.
Tentang perkara yang pernah dicuba.
Tentang kenakalan yang pernah dilakukan.
Tentang fasa hidup yang kononnya mesti dilalui sebelum menjadi dewasa.
Ada juga yang bertanya.
Di mana nakalnya aku?
Baik sangat ke?
Takkan tak pernah?
Aku cuma tersenyum.
Mungkin aku tidak pernah rasa "SEMUA" itu memanggil namaku.
Bukan kerana aku terlalu baik.
Bukan juga kerana aku takut.
Cuma ada jalan yang dari awal lagi aku tahu bukan untuk aku.
Kawan-kawan pernah mengajak.
Bersungguh-sungguh.
"Weyh, aku dah cakap dekat kawan aku yang kau join."
memang dah beratur, tunggu turn untuk masuk,
Tiba tiba kaki ini membawa aku ke arah lain yang berbeza, jadi kadang kadang ada hati lebih tahu dari otak sendiri
Di kala kawan ku cuba memujuk...
Kalau aku sudah kata tidak, maka tidaklah jawabnya.
Letaklah apa sahaja di depan mata.
Malah kalau jatuh bom atom sekalipun, keputusan itu mungkin masih sama.
Dengan releksnya, aku berkata...
"kol je kalau nak aku pickup korang, at least kena ada orang yang waras kan"
Sambil aku cuba berlalu pergi, kawan aku yang lain sorang demi sorang ikut dan akhirnya, semua tak join malam tu.
"matilah kawan aku dah planning nk open table" sambil menjeling kepada ku.
Dan sebenarnya aku tidak pernah rasa kehilangan apa-apa.
Aku tak rasa bersalah pun haritu... Kesian juga kat kawan aku... Tapi aku yang nk berlalu pergi, kenapa yang semua ikut... Entahlah.. Aku pun tak tahu...
Kerana ketika orang lain mencari keterujaan di tempat yang berbeza, aku sudah menemukannya di tempat yang lain.
Dalam Setiap Percutian.
Dalam Setiap filem.
Dalam Setiap buku.
Dalam Setiap note muzik.
Dan sesekali, dalam sukan.
Dan mungkin... Inilah dunia yang aku bina dari kecil untuk diri ku.
Aku memandang pinggan yang semakin kosong.
Karipap terakhir masih berbaki separuh.
Tiba-tiba terlintas satu perkara.
Kalau ada Milo panas pagi ini, tentu lebih lengkap rasanya.
Barulah ngam.
Lucu juga.
Kadang-kadang sesuatu itu sudah sedap dengan seadanya.
Tetapi bila bertemu pelengkap yang tepat, kita mula menikmatinya dengan cara yang berbeza.
Mungkin sebab itu bukan "SEMUA" perkara perlu dicuba.
Ada yang hanya perlu menunggu.
Menunggu waktu yang tepat.
Atau mungkin...
Orang yang tepat.
No comments:
Post a Comment