Saturday, 25 July 2026

RUNNING LIFE VER 1

The Girl Who Forgot How to Run

Oktober 2025.

Tak sangka pula hidup aku akan buat U-turn dekat situ.

Aku total collapsed.

Semua benda yang aku suka, doktor suruh stop.

"Tak boleh letih."

"Tak boleh stress."

"Jangan duduk tempat panas lama sangat."

"Makan betul-betul."

"Pakai baju longgar."

...dan macam-macam lagi doktor bebel. 😂

Sakit apa?

Biar jelah sampai situ. Yang penting memang sakit. Dan sakit tu cukup untuk buat aku berhenti buat benda yang selama ni aku paling enjoy.

Jogging.

Briskwalk.

Running.

Eh jap... aku sebenarnya bukanlah runner sangat pun. Aku ni lebih kepada easy running. Jogging tu... eh apa beza eh? Hahahahaha. Takpelah, kita sambung cerita.

Kalau dulu, balik kerja tiga hingga empat kali seminggu memang rutin aku keluar berlari. Tak kisah dekat mana, asalkan dapat keluar peluh.

Lepas sakit...

Dua minggu aku duduk rumah.

Tak ke mana.

Tapi degil tu tetap ada. 😂

31 Oktober 2025 aku sempat pergi Night Run. 5KM.

Walaupun masa tu masih sakit, aku berjaya jogging hampir 3KM tanpa berhenti. Tak jalan langsung. Aku pun pelik macam mana boleh lepas.

Kemudian...

8 November 2025.

Aku keluar lagi.

Kali ni 3KM je.

Tapi dah mula semput.

Dan tanpa aku sedar...

Itulah antara larian terakhir aku.

Lepas tu...

Masa berganti masa.

Waktu berganti waktu.

Hmmmmmm...

Semua benda tu aku tinggalkan perlahan-lahan.

Balik kerja dah bukan lagi rutin cari track.

Balik kerja jadi rutin cari makan.

Weekend dah bukan bangun pagi untuk tengok kasut running dekat pintu.

Weekend jadi...

"Hari ni nak pergi mall mana?"

"Restoran mana kita nak try?"

Stress kerja.

Keadaan diri yang tak memberangsangkan.

Aku cakap dekat diri sendiri...

"Kita hold jap."

Kononnya sekejap.

Rupanya...

Berbulan-bulan.

Kemudian...

Putrajaya datang tanpa diundang.

Tak ada expectation langsung.

Bila diajak berjalan, dalam kepala aku...

"Wah... opportunity."

"Ni lah masa nak test drive diri sendiri."

Dengan yakinnya aku cakap,

"Jomlah run. Boleh ni. Kasut ni okay."

Terus kena checkmate.

"Tu bukan kasut running. Berat."

"...jalan je lah."

"Awak kan jalan laju."

Okay.

Another Checkmate.

😂😂😂

Haah...

Memang betul pun.

Kasut tu berat.

Tapi sumpah material dia sedap.

Lembut.

Dalam dia ikut bentuk kaki.

Eh... aku promote kasut pulak dah.

Sudahnya...

Tak run pun.

Jalan laju je.

Hahahahaha.

Lepas tu...

Trip Melaka pula.

Aku di tanya,

"Jauh tak ni, Sha?"

Aku jawab dengan sangat menyakinkan...

"Jauh."

Aku sambung,

"Sejauh mata memandang, berat lagi bahu yang memikul."

Dengan muka paling sinis yang aku mampu buat.

😂😂😂

"Okay... cukup satu pusingan ni 10KM."

Aku tambah lagi tanpa keraguan

Kite pusing sana, pastu pusing sini... Ending die 10km

Sekali lagi aku senyum kambing

"10KM?? Awak pasti" 

Alamak... 

Beliau cek jam... 

Kejap... Jap ade map ke? 

Dalam kepala aku...

Harap sangat orang depan aku ni percaya

Alhamdulillah.

Plan aku menjadi.

Sebab aku sebenarnya nak pergi Kampung Morten.

Bukan sebab nak lari.

Sebab nak makan nasi lemak ayam goreng dekat situ je.

HAHAHAHAHAHA.

Akhirnya termakan jugak umpan.

Dah pakai full running gear.

Ending dia?

Tak lari.

Tak jogging.

Tak briskwalk.

Kami duduk.

Sembang.

Sharing stories.

Sharing thoughts.

A very intimate session.

Jenis sembang yang kita cuma akan ada dengan orang yang kita betul-betul selesa.

Kadang-kadang...

Bila fikir balik...

Tak run pun tak apa.

Sebab malam tu aku balik dengan hati yang lebih ringan.

Lepas tu...

Running terus jadi mimpi yang belum menjadi nyata.

Briskwalk pergi pejabat setiap hari?

Errr...

Yang tu aku tak kira.

Tu bagi aku berjalan biasa je.

Briskwalk ni kena jalan macam nak kejar medal walkathon.

Barulah feel dia sampai.

Hahaha.

Tapi...

Makin hari...

Makin rindu.

Rindu nak berlari

Haah.

Rindu dekat orang yang teman berjalan dekat Putrajaya dengan Melaka tu pun betul jugak.

HAHAHAHAHAHA.

Aduiiii.

Kat sini pun sempat lagi interprem.

Haish.

Okay sambung.

Hari ini.

26 Julai 2026.

Aku berjaya maintain easy running sejauh 1KM.

Pace?

8 lebih je.

Tak laju.

Tak hebat.

Tapi...

Untuk seorang yang pernah fikir mungkin dia dah takkan berlari lagi...

1KM ni rasa macam jauh sangat.

Aku tak nak gelojoh.

Aku nak tengok dulu macam mana badan aku respond.

Aku nak adjust balik jadual.

Aku nak biasakan semula badan ni.

Kalau dulu aku selalu fikir,

"Berapa jauh aku boleh lari?"

Sekarang aku cuma fikir,

"Macam mana aku nak kekal berlari."

Sebab yang susah sebenarnya bukan nak start.

Yang susah...

Nak konsisten.

Doakan aku ya.

Mungkin ini baru Running Life #1.

Mana tahu...

Suatu hari nanti kita jumpa pula Running Life #100.

Dan semoga masa tu...

Aku masih lagi ketawa dekat tengah-tengah cerita macam hari ni.

Marilah bersenam demi kemajuan negara, bangsa dan tanah air.

Sekian.

Terima kasih.

Lots of lov3. ❤️🩷💜


If Only U Knew



If I Could Relive that Week... 

I wouldn't erase the misunderstandings.

I wouldn't take back the tears.

I wouldn't even change the chaos.

Because somewhere between deadlines, checklists, phone calls, and a heart that forgot how to slow down...

we learned each other.

A little more.

I know there were moments when it felt like my work came before you.

I know there were times when all you wanted was a little piece of my attention...

while I kept chasing a programme that I wanted to run perfectly.

I'm sorry.

Not because I loved my work more than you.

But because...

sometimes, this is simply who I am.

When I commit to something,

I disappear into it.

The world becomes quieter.

People become blurry.

My mind only sees one finish line.

It's not an excuse.

It's just... me.

Yet through all of that,

you stayed.

You never demanded more.

You never asked me to become someone else.

You simply...

stayed.

And I don't think you realise what that did to me.

Your smile...

lifted every ounce of tiredness I was trying so hard to hide. 

Easily melts away my anger 

I tried so hard to stay angry and sulking yet im smiling with you... 

Your laughter...

made me believe I could survive another hectic day.

made me forgot what im angry about

made me wanting to look at you more 

One simple,

"Good luck, Dinda."

Somehow...

those three words became stronger than my exhaustion.

Stronger than the pressure.

Stronger than every fear that I wasn't doing enough.

You probably thought you were only wishing me luck.

But to me...

you were giving me strength.

Among hundreds of people,

my eyes never searched for the stage.

Or the guests.

Or the crowd.

They searched for you.

Because somehow...

if you were there,

everything felt a little easier.

You have become so much more than someone I love.

You are my safe place.

My quiet strength.

My courage before every challenge.

My calm after every storm.

My backbone.

And maybe...

without even knowing it...

you became the reason I always wanted to give my very best.

I never wanted to hurt you.

I never wanted to make you feel unimportant.

I never wanted to make you worry.

But sometimes...

I was simply being me.

Still learning.

Still growing.

Still trying to become someone who knows how to love a little better than yesterday.

So...

please...

be patient with me.

Stay with me.

Grow with me.

Laugh with me.

Let me learn your heart the same way you're learning mine.

And if one day I become too lost in another busy week...

don't ever doubt this.

Even when my hands are full of work...

my heart has always been holding yours.

So if you're willing...

don't ever let go.

Because...

I know I never will.

Perhaps that difficult week was never meant to break us.

Perhaps...

it was Allah's gentle way of teaching two imperfect hearts

how to love each other...

a little better

than the week before.


Friday, 24 July 2026

A Small Step Knowing U n Me

"Saat saya perlukan awak sangat... kenapa awak macam ni?"

Begitulah permulaan cerita ini.

Kalau ikut logik pembaca, mungkin selepas ayat pertama tu kita dah boleh agak. Mesti cerita sedih. Mesti cerita kecewa. Mesti ada orang menangis, ada orang marah, ada orang akhirnya pergi.

Biasalah...

Manusia memang suka buat expectation.

Sedangkan masa ayat itu keluar, sebenarnya kedua-dua pihak sedang bergelut dengan expectation masing-masing. Masing-masing rasa diri sendiri betul. Masing-masing mengharapkan seorang lagi faham situasi yang sedang berlaku.

Kemudian...

Telefon itu dimatikan.

Bukan sebab benci.

Bukan sebab merajuk.

Tapi sebab ia disimpan rapat-rapat. Ketat-ketat.

Supaya perhatian tidak berpecah. Supaya kerja berjalan. Supaya fokus hanya ada satu.

Kerja.

Gila?

Haah.

Betul.

Gila.

Pernah tak terfikir, macam mana sebuah telefon yang dicipta untuk menghubungkan manusia, akhirnya sanggup diletakkan ke tepi demi menyiapkan kerja?

Ada tak jawapannya?

Ada.

Workaholic.

Fussy.

Dan perangai yang nak semua benda berada pada tempatnya. Kalau boleh, semuanya berjalan lancar. Semuanya teratur. Semuanya memberi rasa puas hati.

Bunyi penat kan?

Percayalah...

Yang menghadap perangai ni pun penat juga.

Selepas beberapa ketika, telefon itu kembali menjadi alat penghubung.

Dan ayat yang diterima...

Menusuk.

Bukan sebab dimarahi.

Tetapi sebab rasa bersalah.

Bukan sebab kecewa.

Tetapi rasa macam diri ini terlampau meminta.

Telefon itu dimatikan semula.

Sambung kerja.

Masih tersenyum.

Masih menjawab setiap persoalan dengan waras.

Masih cuba menyelesaikan setiap masalah satu demi satu.

Sehinggalah...

Satu perkataan.

Cukup satu perkataan.

Segala yang ditahan sejak ayat pertama tadi akhirnya runtuh.

Air mata yang dari tadi kononnya "tak apa" akhirnya memilih untuk keluar juga.

Kalau masa itu terus berjalan...

Terus fokus...

Mungkin air mata itu masih boleh ditahan.

Cuma...

Mungkin perasaan itu dah jadi rojak.

Atau mungkin lebih teruk daripada rojak.

Kalau sampai di sini, mungkin pembaca fikir,

"Eh... conflict je dari tadi."

Ya.

Memang.

Begitulah kehidupan.

Kadang-kadang satu hari penuh dengan conflict.

Tetapi...

Cerita yang indah bukan selalu bermula dengan hari yang indah.

Bila semuanya selesai...

Tangan mula scroll galeri.

Satu gambar.

Dua gambar.

Kemudian video.

Kemudian cerita-cerita kecil yang berlaku sepanjang hari.

Tiba-tiba...

Cerita ini bertukar.

Air mata tadi?

Jadi bahan usik.

Salah faham tadi?

Jadi bahan gelak.

Rasa bersalah tadi?

Entah bila hilangnya.

Yang tinggal...

Pengalaman.

Rupanya setiap pergaduhan kecil, setiap salah faham, setiap adegan pujuk-memujuk itu sedang mengajar sesuatu.

Belajar.

Tentang seorang yang terlalu gila kerja.

Yang bila dapat tugasan...

Dunia kiri kanan memang hilang.

Fokus.

Aim.

Attack.

Target achieved.

Satisfaction guaranteed.

Kalau program banyak lompong sana sini...

Mulalah nightmare.

Tak boleh tidur.

Kepala asyik ulang tayang.

Mana silap?

Apa boleh baiki?

Apa yang patut dibuat lain kali?

Sampai kena buka nota sendiri.

Tulis satu-satu.

Kenapa program ni tak menjadi?

Apa yang perlu diubah?

Macam mana nak elakkan benda yang sama berlaku lagi?

Aduiii...

Penat juga sebenarnya jadi diri sendiri.

Nasib baik masa mengajar banyak benda.

Perangai yang dulu terlalu keras, sekarang dah mula lembut sikit.

Dulu semua nak sempurna.

Sekarang...

Belajar pejam sebelah mata.

Belajar menerima.

Walaupun...

Masih ada sedikit perangai,

"I want everything smooth... and almost perfect."

Complicated?

Memang.

Itulah diri ini.

Kalau dibaca sekali imbas, cerita ni macam keras.

Macam penuh ego.

Sebenarnya tidak.

Apa yang berlaku sepanjang hari itu membuatkan satu perkara jadi jelas.

Setiap salah faham sebenarnya memendekkan jarak.

Macam belajar satu subjek.

Kalau ikut silibus, mungkin baru nak habiskan Bab 1.

Tetapi kerana macam-macam yang berlaku...

Tanpa sedar dah sampai Bab 5.

Marah itu masih ada.

Merajuk itu pun ada.

Sengaja tak pandang.

Sebab tahu...

Kalau pandang...

Habis.

Lembut balik.

Kalau dengar suara...

Habis.

Cair balik.

Jadi kononnya buat protes.

Diam.

Tak pandang.

Tak cakap.

Padahal dalam kepala cuma ulang satu ayat.

"You know I love working... and I dedicate so much to every task. Kenapa awak tak faham?"

Tetapi peliknya...

Mulut masih senyum.

Masih seronok mendengar cerita.

Masih berjalan bersama.

Masih menghabiskan masa bersama.

Masih...

Menumpahkan air.

Hahaha.

Yang ni memang clumsy.

Tak boleh disangkal lagi.

Ada orang cakap...

Pictures don't lie.

Dan mungkin kali ini mereka betul.

Sebab bila tengok semula gambar-gambar itu...

Tak nampak pun orang yang bergaduh.

Tak nampak pun conflict yang kononnya besar sangat.

Yang ada cuma pandangan mata.

Senyuman.

Gelak.

Dan dua orang yang sedang mencipta memori.

Lucu kan?

Apa yang pada waktu itu terasa seperti hari yang paling menyesakkan...

Hari ini menjadi antara memori yang paling indah.

Mungkin...

Itulah kehidupan.

Bukan sebab semuanya berjalan sempurna.

Tetapi sebab kita memilih untuk terus berjalan bersama.

Dan akhirnya...

Setiap gambar.

Setiap langkah.

Setiap minit yang pernah terasa berat.

Hari ini...

Semuanya hanya tinggal satu sebab untuk tersenyum.

Kami pernah berjanji...

"Jangan cakap lagi pasal hari itu."

Biar ia tinggal di situ.

Kononnya.

Tetapi setiap kali gambar-gambar itu muncul semula...

Cerita itu hidup kembali.

Yang dulu terasa menyesakkan...

Hari ini menjadi bahan usik.

Yang dulu terasa berat...

Hari ini menjadi sebab untuk ketawa.

Barulah kami sedar...

Rupa-rupanya, itulah penutup kepada cerita yang bermula dengan satu konflik.

Bukan lagi sebagai hari yang menyakitkan.

Tetapi sebagai hari yang mengajar.

Dan mungkin...

Itulah memori yang paling cantik.

Memori yang pada mulanya kita mahu lupakan...

Tetapi akhirnya menjadi cerita yang paling kita suka ulang.


RUNNING LIFE VER 1

The Girl Who Forgot How to Run Oktober 2025. Tak sangka pula hidup aku akan buat U-turn dekat situ. Aku total collapsed. Semua benda yan...