Sunday, 18 October 2026

JANJI YANG TAK TERUNGKAPKAN : BAB 4 SUATU HARI YANG INDAH

Telefon Sophia berbunyi.
Sekali.
Dua kali.
Tiga kali.
Kemudian bertalu-talu.
Sophia yang sedang berdiri di hadapan mesin kopi hanya memandang telefonnya dari jauh.
“Kenapa?”
Telefon berbunyi lagi.
Dia mengambil cawannya.
Berjalan ke meja.
Skrin telefon penuh dengan notification.
Instagram.
TikTok.
WhatsApp.
Group office.
Group production.
Group yang dia sendiri tidak ingat bila dia join.
Sophia membuka satu.
WEH DAH 48K!
Satu lagi masuk.
SOPHIAAAA 62K!
Sophia mengerutkan dahi.
“Apa benda?”
Dia membuka Instagram ThrowBag.
Video semalam sedang bermain.
Seorang wanita berpakaian zaman silam berdiri di bawah teduhan rumah kayu. Seorang lelaki datang menghampirinya membawa sebuah beg.
Dinda…
Kanda hadiahkan ini untuk Dinda.
Kemudian visual bertukar pantas.
Beg yang sama berada di tangan seorang wanita moden.
Tulisan muncul perlahan di skrin.
THROWBAG: ONCE UPON A TIME
Sophia melihat jumlah tontonan.
“Oh.”
Refresh.
Nombor berubah lagi.
“Ohhh.”
Refresh.
Naik lagi.
“OHHHH.”
Pintu biliknya tiba-tiba terbuka.
“SOPHIA!”
Sophia hampir tertumpahkan kopi.
“Ya Allah, Jess!”
Jess masuk sambil mengangkat telefonnya.
“You tengok tak?!”
“Tengah tengok.”
“Comments!”
“Aku belum baca.”
“Baca!”
Sophia scroll.
Ada yang memuji beg.
Ada yang bertanya harga.
Ada yang bertanya bila design tertentu akan restock.
Tetapi semakin ke bawah, semakin ramai yang bermain dengan dialog iklan mereka.
Kanda, Dinda nak warna hitam.
Kanda, kalau sayang Dinda belikan dua.
Kanda jangan bagi harapan kalau beg pun tak mampu bagi.
Sophia pecah ketawa.
“Yang ni bodoh.”
Jess merampas telefonnya.
“Tengok ni!”
Satu komen lain muncul.
Suatu hari yang indah, Kanda akan datang dengan ThrowBag… kalau Kanda masih hidup.
Sophia terus ketawa.
“Netizen memang tak boleh bagi chance.”
Jess pula sudah tidak boleh duduk diam.
“We need to do something.”
Sophia memandangnya.
“Buat apa?”
“Engagement.”
Sophia diam sekejap.
Kemudian mengambil telefonnya kembali.
Dia scroll.
Scroll lagi.
Matanya berhenti pada satu komen.
Suatu hari yang indah…
Sophia mengetuk meja perlahan.
Sekali.
Dua kali.
Jess kenal sangat muka itu.
“What?”
Sophia mengangkat kepala.
“Kita bagi ayat ni dekat orang.”
“Ayat apa?”
“Suatu hari yang indah.”
Jess menunggu.
Sophia mula tersenyum.
“Kita jangan habiskan.”
“Habis tu?”
“Kita suruh dia orang habiskan.”
Petang itu satu posting baru naik di semua platform ThrowBag.
Tidak banyak visual.
Tidak banyak tulisan.
Hanya satu ayat:
SUATU HARI YANG INDAH…
Dan di bawahnya:
Sambungkan ayat ini dan rakamkan dalam versi zaman silam yang paling menarik anda.
Sophia menyandarkan tubuh di kerusi.
“Now kita tengok.”
Jess yang berdiri di belakangnya masih ragu-ragu.
“Orang nak buat ke?”
Sophia mengangkat bahu.
“Kalau tak buat, tak buatlah.”
Malam itu mereka mendapat tujuh penyertaan.
Esok pagi—
tiga puluh dua.
Tengah hari—
lebih seratus.
Hari ketiga, Sophia sudah tidak mampu menonton semuanya.
Ada yang menyewa baju.
Ada yang menggunakan langsir rumah sebagai tanjak.
Ada yang membawa bakul.
Ada yang menggunakan sudip sebagai keris.
Seorang lelaki muncul lengkap berpakaian tradisional, berdiri di hadapan pintu rumah sambil berkata dengan penuh perasaan,
“Suatu hari yang indah… Kanda akan pulang kepada Dinda.”
Pintu terbuka.
Seorang wanita menjawab dari dalam,
“Tak payah. Sampah belum buang.”
Video tamat.
Sophia terdiam.
Kemudian ketawa sampai terpaksa menutup muka.
“Aku tak boleh buat kerja macam ni.”
Aiman dari meja sebelah menjenguk.
“Kenapa?”
Sophia menunjukkan telefon.
Beberapa saat kemudian satu bahagian pejabat ketawa.
Kempen itu hidup dengan sendirinya.
Orang tidak lagi sekadar menonton iklan ThrowBag.
Mereka menjadi sebahagian daripadanya.
Dan dalam hampir setiap video—
beg Jess ada.
Nama Jess ada.
ThrowBag ada.
Beberapa hari kemudian Jess berdiri di hadapan Sophia dengan wajah yang terlalu gembira untuk disembunyikan.
“I nak keep.”
Sophia masih menaip.
“Keep apa?”
“Konsep ni.”
Sophia berhenti.
“Zaman silam?”
Jess mengangguk laju.
“Untuk beberapa series.”
Sophia bersandar.
“Jess…”
“Please.”
“Kita baru habis satu.”
“I know.”
“Team aku dah rupa mangsa perang.”
Jess ketawa.
“Tapi sekarang orang tengah tunggu.”
Sophia diam.
Jess duduk di hadapannya.
“Before people lose interest. Kita kena cepat.”
Sophia memandang ke luar bilik.
Teamnya memang masih bekerja.
Ada yang sedang menyusun footage.
Ada yang menjawab enquiries.
Ada yang menyunting content daripada penyertaan orang ramai.
Minggu-minggu kebelakangan itu mereka hampir tidak berhenti.
Sophia kembali memandang Jess.
“Okay.”
Mata Jess terus bersinar.
“Tapi aku ada syarat.”
“Apa?”
“Three days.”
“Hah?”
“Cuti.”
Jess terdiam.
“Untuk seluruh team aku.”
“Sophia…”
“Three days, Jess.”
“Dua.”
“Tiga.”
“Dua setengah.”
Sophia mencebik.
“Cuti apa ada setengah?”
Jess ketawa.
“Okay, tiga.”
Sophia terus menghulurkan tangan.
“Deal.”
Jess menyambutnya.
“Lepas tiga hari terus start.”
“Lepas tiga hari baru boleh sebut perkataan kerja depan aku.”
“Deal.”
Hari pertama cuti, Sophia bangun lewat.
Tidak ada alarm.
Tidak ada orang memanggil namanya.
Tidak ada WhatsApp berbunyi:
Kak, artwork ni okay?
Sophia, client nak amend.
Sophia, video dah export.
Sophia, boleh tengok kejap?
Tidak ada.
Sophia berbaring sambil memandang siling.
Sunyi.
Seekor kucing melompat naik ke katil.
Sophia memandangnya.
Kucing itu memandang Sophia.
“Jangan suruh aku buat kerja.”
Kucing itu berjalan atas perutnya.
“Beratlah.”
Sophia menarik selimut.
Untuk beberapa minit dia cuba tidur semula.
Tak boleh.
Akhirnya dia bangun.
Rumah yang selama beberapa minggu hanya menjadi tempat dia mandi, tidur dan menukar pakaian terasa asing pula apabila dapat dilihat pada waktu siang.
Sophia membuat kopi.
Menyiram pokok.
Mengemas sedikit.
Kemudian tidak tahu mahu buat apa.
Dia duduk di sofa.
Bangun.
Masuk bilik.
Keluar balik.
“Patutlah orang pergi kerja.”
Dia mencapai telefonnya.
Tangan hampir membuka group office.
Sophia cepat-cepat meletakkan telefon terbalik.
“Tak.”
Dia sudah berjanji.
Tiga hari.
Petang semakin senyap.
Sophia akhirnya mengambil kain kecil dan mula mengelap barang-barang di atas meja hiasan.
Frame gambar.
Buku.
Bekas kecil.
Kemudian tangannya berhenti.
Ada sesuatu di hujung meja.
Panjang.
Bersarung.
Sophia memandangnya beberapa saat.
“Oh…”
Baru dia teringat.
Keris.
Sudah berapa lama benda itu berada di situ?
Sejak Melaka.
Sejak kedai itu.
Sejak cebisan kertas pelik itu jatuh tepat ketika jam berdentang dua belas malam.
Sophia mencapai keris tersebut.
Kemudian tangannya terhenti di udara.
Keningnya perlahan-lahan berkerut.
“Hmmm?”
Dia mengambilnya.
Beratnya masih sama.
Bentuknya masih sama.
Tetapi—
Sophia membawanya dekat ke tingkap.
Cahaya petang jatuh pada permukaannya.
Dia memusingkannya sedikit.
Pantulan cahaya bergerak di sepanjang ukiran.
Sophia diam.
Dia memusingkannya ke sebelah lagi.
Ada warna keemasan yang dia tidak ingat pernah nampak.
Kusam yang dahulu menutupi beberapa bahagian hampir tidak kelihatan.
Ukirannya pula lebih jelas.
Lebih hidup.
Lebih… cantik.
Sophia mengerutkan dahi.
“Eh?”
Dia cuba mengingat kembali malam dia membelinya.
Kedai keris.
Pekerja kedai.
Perempuan air mineral.
Bismillah.
Kertas jatuh.
Jam berdentang.
Tetapi rupa keris?
Sophia tidak pasti.
Malam itu dia terlalu sibuk dengan cebisan kertas sehingga hampir tidak memerhatikan keris tersebut.
Dia mengangkatnya sedikit tinggi.
Cahaya menyentuh bahagian ukirannya sekali lagi.
Emas itu berkilau.
Sophia mengecilkan mata.
“Adakah…”
Dia memusingkan keris itu perlahan.
“…kau memang secantik ini…”
Satu lagi sudut.
“…sewaktu aku membeli kamu?”
Sunyi.
Sudah tentu tiada jawapan.
Sophia masih memandang.
Kemudian bibirnya perlahan-lahan tersenyum.
“Hmmm.”
Telefon di atas meja langsung tidak disentuh.
Cebisan kertas juga tidak terlintas di fikirannya.
Buat pertama kali sejak membawa pulang keris itu dari Melaka, Sophia tidak tertarik kepada apa yang jatuh daripadanya.
Dia tertarik kepada keris itu sendiri.
Sophia membawa wajahnya semakin dekat.
“Kiri cantik…”
Dia memusingkannya.
“Kanan cantik…”
Sophia tersenyum.
“Cantik rupanya kau ni.”
Dan tanpa Sophia sedari—
rasa ingin tahu yang selama ini melekat pada sehelai kertas lama…
akhirnya berpindah kepada sebilah keris.

No comments:

Post a Comment

JANJI YANG TAK TERUNGKAPKAN : BAB 4 SUATU HARI YANG INDAH

Telefon Sophia berbunyi. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Kemudian bertalu-talu. Sophia yang sedang berdiri di hadapan mesin kopi hanya memandan...