Thursday, 3 September 2026
Keris Of My Heart... Ur Heart...
The Key Is (secret password)
*gambar kucing gosok gosok kepala yang warna putih, kelabu kat wassa
Semakin lama aku tengok, semakin aku rasa keris ni pelik sebenarnya.
Bukan pelik seram.
Pelik sebab setiap satunya macam ada cerita sendiri.
Setiap keris ada sejarahnya.
Setiap keris ada jalan ceritanya.
Setiap keris ada memorinya.
Dan mungkin setiap keris juga akan mengingatkan seseorang kepada sesuatu yang hanya dia sendiri tahu.
Ada yang diwariskan.
Ada yang disimpan.
Ada yang dibawa ke mana-mana.
Ada juga yang mungkin bertahun-tahun hanya diam di tempatnya, tapi pemiliknya masih tahu...
itu keris dia.
Sehebat mana pun sebilah keris, ia tetap setia kepada pemiliknya.
Tugasnya satu.
Melindungi.
Macam Taming Sari yang namanya hidup jauh lebih lama daripada manusia yang pernah memegangnya. Kita ingat kerisnya, kita ingat pemiliknya. Entah kenapa dua benda itu macam susah nak dipisahkan dalam satu cerita.
Aku pandang pula bahagian hulunya.
Baru aku terfikir...
Sebilah keris boleh mempunyai bilah yang sangat cantik. Pamornya boleh luar biasa. Loknya boleh sempurna.
Tapi tanpa hulu...
macam mana nak menggenggamnya?
Hulu mungkin bukan bahagian yang orang paling lama pandang.
Tapi dengan hulu itulah Pemiliknya berpaut untuk menghunus keris itu
Setianya sang Hulu kepada Pemilik... memegang erat segala janji yang pernah di ucapkan
ehhhhhhhh tak tak tak
sebenarnya aku nak cerite pasal aku nak masok briswalk 10km...
tapi kan korang.... aduiiiii kenapa kena trainning ni
Aku dah penat...
Owhhh salah.
Sepatutnya aku lari.
Aku kan tengah struggle nak berlatih run 10km.
Tapi aku stop makan nasi lemak.
Bau ayam dia...
Hmmmmmm.
Buat perut berkeroncong guys.
Nak salahkan siapa? Salah ayam tu lah. Dah tahu orang tengah training pergi bau sedap-sedap buat apa.
Aku cuma mangsa keadaan.
Selesai bersantap sambil mata dilepaskan ke Sungai Melaka, aku duduk kejap menikmati angin malam.
Kononnya kejap.
Tiba-tiba aku terdengar...
“Dah... dah... jangan panggil saya pakai nama dah. Panggil macam biasa.”
Suara seorang lelaki.
Kemudian diikuti dengan gelak seorang perempuan.
Nakal bunyinya.
Perempuan tu macam sengaja mengejek dia lagi. Aku tak dengar sangat apa yang dia cakap, tapi lelaki tadi membalas sesuatu sebelum akhirnya dia stop.
Aku pandang dua ketui tu berlalu pergi.
Hmmm.
Orang bercinta.
Begitulah.
Owhhh...
Mungkin aku juga harus sambung dengan niatku.
Run.
Aku bangun.
Dua tiga langkah...
Ya ALLAH.
Perut berat guyssss.
I'mmmm sorrryyyyy. ðŸ˜
Siapa suruh makan nasi lemak tengah-tengah training?
Aku.
Siapa yang menyesal?
Aku juga.
Tapi dah makan takkan nak keluarkan balik.
So jalan.
Jalan pun jalanlah.
Asalkan bergerak.
Aku pun menyusuri Sungai Melaka dengan kelajuan yang kalau dekat Strava mungkin dia sendiri malu nak record.
Tapi Melaka waktu malam memang cantik.
Lampu daripada bangunan lama jatuh dekat permukaan air, sesekali cruise lalu penuh dengan manusia
yang entah datang dari mana, kedai-kedai masih ada yang buka dan manusia pula masih ramai berjalan
walaupun malam dah semakin lewat.
Best sebenarnya berjalan macam ni.
Kita selalu rushing nak sampai somewhere sampai kadang-kadang tak sempat tengok apa yang ada kiri kanan.
Malam ni aku tengok.
Sebab aku memang dah tak larat nak lari.
Hahahahahaha.
Aku jalan lagi.
Dan lagi.
Dan lagi.
Sampai satu tahap...
Penat oooiiii bawak perut jalan sampai hujung.
Ya ALLAH.
Minta nyawaaaaaa.
Kenapa aku jalan sampai sini?
Kereta aku jauh kot belakang sana.
Siapa punya idea training 10km ni?
Aku tengok jam.
12 malam.
Okay.
Dah time aku pusing balik ke kereta.
Banyak kedai pun dah mula tutup. Orang dah semakin kurang dan sepanjang sungai tu dah tak sesibuk tadi.
Aku pusing.
Jalan balik.
Beberapa minit kemudian...
Eh.
Tak balik lagi rupanya dua ketui tadi.
Nasebbb baikkkk ada kawan.
Aku ikutlah kejap. Kot-kot diaorang pun jalan arah yang sama.
Bukan follow tau.
Kebetulan.
Jangan buat cerita.
Tapi jap.
Aku stop dulu.
Haus.
Aku keluarkan air.
A bottle of wotta, kata orang British.
Aku tak British.
Aku orang Perak.
Tapi takpe.
Wotta tetap wotta.
Tengah minum tu mata aku tertangkap satu kedai yang masih belum tutup.
Owhhh...
Kedai keris.
Dan dua ketui yang aku ikut tadi baru keluar dari kedai tersebut.
Aku pandang kedai.
Pandang pintu.
Pandang dalam.
Hmmmm.
Aku seram nak masuk sebenarnya.
Bukan apa.
Keris ni bagi aku ada aura dia sendiri.
Kalau pisau dekat dapur kita nampak biasa je kan.
Tapi keris?
Kau letak sebilah keris atas meja dengan lampu malap sikit, terus otak mula fikir benda bukan-bukan.
Padahal besi je.
Kot.
Tapi ku gagahi juga.
Jom tengok keris.
Aku masuk.
Rupanya bila tengok dekat-dekat...
Cantik.
Aku selama ni tahu keris sebagai keris je.
Bilah.
Hulu.
Sarung.
Sudah.
Tapi bila kau betul-betul tengok, setiap satu tak sama.
Ada yang lurus.
Ada yang berlok.
Dan lok tu pula bukan main buat sesuka hati.
Aku ingatkan tukang dia tengah ketuk besi lepastu rasa,
“Hmm... bosanlah lurus. Kita senget-sengetkan sikit.”
Tak.
Ada kiraannya.
Biasanya ganjil.
Tiga.
Lima.
Tujuh.
Sembilan.
Sebelas.
Dan semakin aku tengok, semakin aku faham kenapa ada manusia boleh berdiri lama depan sebilah keris.
Sebab sebenarnya kau bukan tengok senjata semata-mata.
Kau tengok workmanship.
Bilahnya.
Bentuknya.
Ukiran hulunya.
Sarungnya.
Kemudian ada pula pamor.
Corak pada bilah yang bagi mata aku pada mulanya nampak macam...
corak dekat besi.
Hahahahahaha.
Sorry.
Tapi bila tahu sedikit bagaimana ia terhasil, barulah nampak seni dia.
Ada sesuatu tentang barang lama yang buat aku curious.
Berapa tangan pernah pegang benda ni?
Siapa pemilik pertama dia?
Pernah dibawa ke mana?
Dan macam mana satu benda boleh survive lebih lama daripada manusia yang memilikinya?
Interesting kan?
Aku bergerak dari satu keris ke satu keris.
Ada yang nampak garang.
Ada yang elegan.
Ada yang aku tengok sekali dah rasa...
Okay awak duduk sana.
Saya dekat sini.
Kita hormat boundaries masing-masing. 😌
Dan kepada sesiapa yang suka buka keris tu guys...
Satu pesanan.
Jangan sampai tercedera ibu jari.
Tapi takpe.
Kadang-kadang penghuni dalam keris tu nak berkawan je.
Hahahahahahahaha.
Takoot tak?
Takoot tak?
Dah lah.
Jangan fikir bukan-bukan.
Nanti aku sendiri takut nak keluar kedai.
Aku tengok beberapa lagi sebelum akhirnya keluar.
Okay.
Sambung perjalanan.
Ya ALLAH...
Penatnye lahai.
Kenapalah aku berjalan sampai hujung tadi?
Kalau tadi aku patah balik awal sikit, sekarang dah duduk dalam kereta.
Tapi tidak.
Nak sangat 10km.
Sekarang rasakan.
Aku jalan.
Jalan.
Jalan lagi.
Sekali lagi aku nampak dua ketui tadi.
Hmmm.
Tadi bukan main gelak-gelak.
Sekarang serius pula.
Aku lalu je lah.
Ehhhh...
Boleh pula main lambai-lambai dekat cruise yang lalu.
Aku tengok cruise tu.
Aku tengok diaorang.
Kawan diaorang ke?
Ramainya kawan.
Satu boat.
Something wrong betul dua ketui ni.
Dah lah.
Baik aku jalan laju-laju melepasi diaorang.
Sekurang-kurangnya ada juga speed training malam ni.
Aku teruskan perjalanan sambil dalam kepala masih teringat keris-keris dekat kedai tadi.
Aku rasa sekarang aku faham sedikit kenapa orang sukakan keris.
Ada benda yang kita tengok kerana cantik.
Ada benda yang kita simpan kerana nilainya.
Dan ada benda yang mungkin pada orang lain cuma sebilah besi, tapi kepada pemiliknya ada cerita yang kita tak pernah tahu.
Keris ni salah satunya.
Kecil je.
Tapi sejarah dia panjang.
Seni dia halus.
Dan somehow setiap keris ada character dia sendiri.
Aku rasa selepas malam ni aku boleh appreciate keris sedikit lebih daripada sebelum ni.
Actually...
Bila difikirkan balik...
Aku pun ada keris.
Haah.
Betul.
Aku ada.
Dekat rumah.
Tak pernah pula aku fikir selama ni aku ni collector.
Keris aku tak ada lok.
Tak ada pamor.
Tak ada ukiran naga.
Tak pernah masuk persembahan.
Tak ada kisah kerajaan Melayu lama.
Tak ada penghuni juga kot...
Kot.
Tapi keris aku ada satu kelebihan yang mungkin keris-keris dekat kedai tadi tak ada.
Keris aku pembuka surat.
HAHAHAHAHAHAHAHA.
Ehhh hallo.
Jangan gelak.
At least keris aku ada pekerjaan tetap hokay.
Hari-hari ada function.
Keris korang?
Duduk dalam sarung.
Keris aku?
Corporate.
Sekian.
Aku nak balik.
Esok kalau kaki sakit, aku salahkan nasi lemak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keris Of My Heart... Ur Heart...
The Key Is (secret password) *gambar kucing gosok gosok kepala yang warna putih, kelabu kat wassa Semakin lama aku tengok, semakin aku r...
-
Wait Until You See the Whole Movie... Untuk pengetahuan korang aku bekerja di tempat menjual CD, DVD dan VCD, jadi apa-apa yang terjadi ...
-
Berkesan??? Does it Really Work??? or not??? sebelum aku mencuba dan membeli Inner Shine Pati Prune dan Camu Camu ini, aku search thr...
-
Nasib Baik Aku Dah Katham Plot Twist Ala - ala Ramlee Awang Murshid 😆 Hye You All, sampai lagi awak - awak semua ke blog Milo ni... seriu...
No comments:
Post a Comment