ThrowBag: Once Upon A Time
Jess memandang skrin di hadapannya lama.
Sophia pula bersandar di kerusi, menunggu.
Satu minit.
Dua minit.
“Jess.”
“Hmm.”
“Kalau tak suka, cakap tak suka.”
Jess masih memandang visual konsep yang Sophia bentangkan.
“Siapa cakap I tak suka?”
Sophia mengangkat kening.
“Dah dua minit you diam.”
“I tengah imagine.”
“Oh.”
Sophia kembali duduk tegak.
Jess menganalisa beberapa visual di skrin. Rekaan beg yang moden digandingkan dengan latar dunia lama—kain, rumah kayu, lorong-lorong sempit, suasana yang seolah-olah datang daripada zaman yang sudah lama berlalu.
“I suka.”
Sophia tersenyum.
“Kan?”
“Tapi…” tarik Jess
Sophia terus mencebik.
“Aku dah tahu dah mesti ada tapi.”
Jess ketawa.
“I nak campaign ni betul-betul kuat. Bukan cantik aje.”
“Of course.” jawab Sophia
“I suka macam Cristy Ng. Dia tak takut letakkan diri dia dengan brand dia. Orang nampak dia, orang tahu produk dia. I nak macam tu.” Terang Jess
Sophia mengangguk.
Itulah sebabnya sejak awal dia mahu Jess berada di hadapan.
Bukan sekadar nama kecil di hujung iklan.
Bukan sekadar designed by.
Jess adalah wajah di sebalik ThrowBag. Kalau orang jatuh cinta dengan produk itu, Sophia mahu mereka mengenali perempuan yang menciptanya sekali.
“That's why I letak you as main character.”
Jawab Sophia sambil berdiri menunjukkan Sophia
Jess memandangnya.
“Serious?”
“Serious. Beg you. Cerita you. You duduk belakang buat apa?”
Jess tersenyum puas “Okay. I trust you.”
Sophia terus bangun “Good. Sebab production dah nak start.”
“Hah?” Jess terkejut dengan reaksi pantas sophia.
Sophia sudah mencapai telefonnya.“Bye.”
“Sophia!” Jerit Jess
“Too late!” Sophia terus berlalu pergi
Set penggambaran pagi itu kelihatan seperti dunia lain.
Sophia berdiri di tengah-tengah kekecohan sambil memegang beberapa helai storyboard yang sudah penuh dengan contengan.
“Yang kain belakang tu turunkan sikit!”
Crew di hujung set mengangkat tangan.
“Bukan naik! Turun!”
Kain turun.
“Ha. Situ.”Sophia memandang monitor.
“No, no, no…” Dia bangun.
“Lighting ni terlalu clean. Kita nak old-world feel. Bukan dia pergi photoshoot raya dekat studio.”
Beberapa orang ketawa.
Sophia berjalan masuk ke set.
Hari itu ThrowBag tidak lagi berada dalam tahun 2026.
Sophia mahu membawa beg itu jauh ke belakang.
Ke sebuah zaman yang dia sendiri tidak pernah kenal.
Bahasanya lama.
Geraknya perlahan.
Visualnya romantik, tetapi bukan terlalu manis.
Dan entah kenapa, semakin lama Sophia membina dunia itu, semakin mudah segala-galanya muncul dalam fikirannya.
“Okay, kita try scene ni.”
Sophia menunjukkan posisi kepada talent lelaki.
“Awak datang dari sebelah sana.”
Kemudian dia memandang Jess sebagai watak wanita
“Dinda dekat sini.” Jess hanya mengangguk.
“Awak jangan terus senyum. Kanda baru datang.”
Sophia berhenti.
“Kanda…”
Dia mengulang perlahan, cuba merasakan bunyinya.
“Okay. Nice.”Dia kembali ke monitor.
“Rolling!” Kamera bergerak.
Talent lelaki berjalan masuk.
“Dinda…”
“Cut!”
Sophia terus bangun.
“Too modern.”
Talent itu terpinga-pinga.
“Modern?”
“Cara awak pandang dia tu macam awak baru jumpa girlfriend dekat Starbucks.”
Satu set ketawa.
“Again.”
Sophia masuk ke tengah set.
“Macam ni. Awak dah lama tak jumpa dia. Awak datang bawa sesuatu. Jadi bila awak panggil dia…”
Sophia memandang Jess dengan lembut.
Suaranya berubah sedikit.
“Dinda…”
Jess buat mimik geli geleman... YUCKSSS
"U sana lah Sophia, i dan in character dinda ni"
Di sebuah rumah yang jauh dari situ, sebilah keris yang terbiar di atas meja hiasan bergetar halus.
Sophia sudah lama tidk mengambil tahu mengenai kewujudan keris tersebut.
Dia masih berdiri di hadapan talent.
“Then awak cakap…”
Sophia mengambil ThrowBag daripada tangan crew.
“Kanda bawakan sesuatu untuk Dinda.”
Pada permukaan keris itu, satu tompok kusam yang sudah bertahun-tahun melekat pada logamnya mula merekah.
Sedikit.
Terlalu sedikit untuk disedari sesiapa.
“Macam tu,” kata Sophia.
Talent lelaki mengangguk.
“Okay.”
“Again!”
Kamera kembali rolling.
Tengah hari semakin panas.
Sophia masih belum berhenti.
“Wardrobe!”
“Ya!”
“Pin belakang tu nampak.”
“Okay!”
“Camera, tadi movement cantik. Kita repeat.”
“Okay!”
“Jess, jangan tengok camera!”
“I tak tengok!”
“You tengok.”
“I tak!”
Sophia menjeling.
Jess ketawa.
“Okay, sorry.”
Sophia menggeleng sambil kembali memandang monitor.
Seseorang tiba-tiba berdiri di sebelahnya.
“Boleh ke air sejuk?”
Sophia yang sedang fokus terus menyambut botol yang dihulurkan.
“Oh… boleh. Thank you.”
Perempuan itu tersenyum.
Kemudian berlalu.
Sophia membuka botol tersebut dan minum beberapa teguk sambil matanya masih melekat pada monitor.
“Okay, yang tadi kita ambil lagi sekali.”
Dia menutup botol.
Kemudian berhenti.
Matanya bergerak perlahan ke tepi.
Perempuan tadi sudah beberapa meter daripadanya, sedang menghulurkan air kepada crew lain.
Sophia memandang.
Macam pernah nampak.
Dia mengecilkan mata.
Perempuan itu berjalan lagi.
Sophia terus memerhatikannya.
“Eh…”
Satu memori muncul.
Melaka Straits.
Malam.
Seorang perempuan berjalan semput sambil bergelut membuka botol air mineral.
Sophia terus menegakkan badan.
“Tu bukan ke kakak yang briskwalk malam-malam tu?”
Perempuan itu sudah semakin jauh.
Sophia masih cuba melihat mukanya.
“Kak Sophia!”
“Hah?”
“Ready.”
Sophia memandang set.
Kemudian kembali memandang perempuan tadi.
Dah hilang di sebalik crew.
“Hmmm…”
“Kak?”
Sophia menggeleng.
“Nothing. Okay, rolling.”
Dan begitu sahaja, fikirannya kembali kepada kerja.
“Action!”
Talent lelaki masuk ke frame.
“Dinda…”
Sophia memerhati monitor.
“Kanda kembali membawa sesuatu untuk dinda".
Sophia sudah lupa berapa kali dia menyebut perkataan itu.
“Kanda masuk frame.”
“Kanda tunggu.”
“Kanda jangan jalan dulu.”
“Close-up masa Kanda bagi beg.”
“Expression Kanda terlalu happy.”
“Okay, Kanda sekali lagi.”
“Cut!”
“Again!”
“Good!”
Setiap kali perkataan itu keluar daripada bibir Sophia, sesuatu berlaku pada keris yang ditinggalkannya.
Sedikit demi sedikit.
Karat menghilang.
Kusam berundur.
Ukiran yang selama ini tersembunyi mula timbul.
Seolah-olah masa sedang berjalan secara terbalik pada sebilah keris yang sudah lama dilupakan.
Tetapi di tengah-tengah set yang penuh manusia, lampu dan suara—
Sophia tidak memikirkan keris itu langsung.
Yang sesekali muncul dalam kepalanya hanyalah cebisan kertas.
Kunda?
Kundur?
Entah apa.
“Okay!”
Sophia bertepuk tangan.
“Last shot!”
Semua orang bersorak kecil.
Sophia kembali memandang monitor.
Di skrin, seorang lelaki dari zaman yang tidak pernah wujud menyerahkan sebuah beg moden kepada seorang perempuan yang menunggunya.
Sophia tersenyum.
“Cantik.”
Jess datang berdiri di belakangnya.
“Title?”
Sophia tidak perlu berfikir lama.
Matanya masih pada skrin.
“ThrowBag: Once Upon A Time.”
Jess tersenyum.
Sophia menyandarkan tubuh ke kerusi.
Penat.
Tetapi puas.
Di rumahnya yang sunyi, sebilah keris terbaring di atas meja.
Tidak lagi sama seperti pagi tadi.
Dan buat pertama kali setelah sekian lama, di celah ukirannya yang tua—
emas mula berkilau.
No comments:
Post a Comment