MI AMOR GOES...... TIK TIK TOK FOR YOU (eps 3)

 Monolog Penulis

Kebelakangan ini penulis seringkali menonton LIVE Tiktokers yang menyanyi- nyanyi, dan baru penulis perasan yang sebenarnya jika sering "SEARCH" sesuatu genre, maka itu jelah yang akan keluar jadi kalau korang semua tanya, siapa yang penulis suka pada ketika dan saat ini. Adalah beberapa.... alamak.... nak ke penulis tulis di sini... hahahahaha... meyh korang cek this out kot korang pun suka.

1. ZACK AK ATTAN - penulis rasa beliau hebat giler boleh bermain alat gabus dengan pelbagai jenis lagu dan genre, sebab penulis tak boleh buat macam tu kan.... jadi penulis rase beliau sangat hebat.

2. Reyhanoab (One Avenue Band) - Sebenarnya penulis tak tahu pun yang sebenarnya nilah kumpulan yang nyanyi lagu penulis suka tu "Kisah Antara Kita" siapa yang suka join Tik Tok hanya untuk hiburan...boleh lah go go cek it outttttttt.

3. Putri_Bollycover - Suara beliau kalau di offer oleh pihak Bollywood Filem rasanya korang semua mesti tak percaya kan yang penyanyinya melayu. Kalau tutup mata terasa macam penyanyi asal yang menyanyi, kalau tanya penulis... penulis hairanlah kenapa pengikut beliau ni tak capai lagi 1M...... nampak sangat korang ni pengguna Shell dok select sana - sini... kalau bab membawang, bergussip laju je kan hahahahaha

Baik lah, kembali kita ke cerita Anggun ini, nampaknya Anggun dah terkena panahan asmara Media Sosial, untuk seseorang yang baru sepertinya yang jarang - jarang bermain media sosial kebarangkalian untuk jatuh cinta itu lebih besar berbanding dengan orang - orang yang dah biasa dengan kata - kata manis mereka -mereka yang hanya berbuat baik dengan followers mereka supaya followers mereka tidak lari dan sentiasa bermurah hati untuk memberikan "GIFT" semasa mereka membuat "LIVE".

Siapakah Fakhri RIRI, adakah dia mampu menambat hati Anggun.... 

Jom - jom.......


EPISOD 3

I CHOOSE.... BLOCK YOU 😔


Kedai kopi CEKODOK PISANG SEPINGGAN menjadi tempat lepak Anggun dan Ratna tiap kali mereka mempunyai masa lapang selepas waktu kerja. Bunyi air laut yang mendamaikan walaupun bunyi kenderaan juga sama kuat dengan bunyi ombak yang mampu memberikan pelbagai rentak di dalam otak seseorang. Anggun memejamkan matanya cuba memisahkan dua bunyi tersebut sembil menguyah cekodok pisang yang telah berada di dalam mulutnya selama 5 minit, tiba - tiba sesuatu melintas di dalam fikiran Anggun.

"Ratna, aku ada terjumpa Crush kau kat Tik Tok. Kau tak bagi tahu aku pun yang di ada akaun tiktok, Wow banyaknya followers dia, memang hebatkan dia menyanyi.... dah macam artis" Kata Anggun sambil melihat Ratna.

Ratna hanya menggangukkan kepala nya sambil mengangkat cawan kopi panasnya lalu di hirup perlahan lahan. Ratna terus membuangkan pandangannya ke laut lepas. Sudah pasti satu kenangan yang hendak di buang jauh - jauh dan terlampau pahit untuk di telan.

"Kenapa kau diam weyh" Tanya Anggun dengan raut wajah yang serba salah. Anggun ternyata tidak mengetahui apa yang sebenarya berlaku bagi Anggun, Ratna seorang yang sukar menyintai seseorang dan seorang yang gila kerja. Jika ada lelaki yang Ratna minati, itu hanyalah sekadar memenuhi masa lapangnya dan cukuplah sekadar title crush.

"Aku okay je lah Anggun, well sebenarnya aku ni out of mood sikit harini. Kalau kau nak tahu dan akan aku bawak kau jugak nanti ke Majlis meraikan Influencer TikTok di PESADA Johor nanti. Dannnnnn menambahkan sakit kepala aku ialah aku ni Main AJK, dan sub event manager untuk event di luar dewan. Maaf tau aku tak responsive harini, aku balik dulu ye Anggun" Sambil senyum lembut, Ratna berlalu pergi meninggalkan Anggun dengan seribu satu persoalan.

"Ratna suka Ash lebih dari crush ke? Ratna suka Ash ke yang aku tak tahu" Anggun  berfikir adakah dia terlepas sesuatu yang dia tidak perasan.

"Ehhh kejap.... Ratna pindah sini bila?" Anggun terpinga - pinga.

************************************************************

Ratna berlalu pergi terus memasuki keretanya, dengan tenang menghadapi soalan daripada Anggun, dan sebenarnya dia pun tidak pasti bagaimana untuk mengadu dan bercerita kerana dia dengan ASH tiada apa hubungan yang boleh di tafsiran. 

Ratna terus membawa dirinya ke Dangan Bay, mungkin ini bukan lah tempat yang menarik untuk melepaskan sebarang keluh kesah kerana Danga Bay bukanlah seperti lima belas tahun dahulu tetapi cukuplah sekadar untuk melampiaskan rasa sesak di hati Ratna. Sambil termenung Ratna memasuki kembali ke kenangan yang membuatkanya berhijrah ke Johor.

"Awak, saya harap perkenalan kita ni tidak ada siapa yang tahu.Saya tak nak orang - orang di sekeliling kita tahu yang awak dan saya rapat. Harap awak faham ye" Kata - kata Ash itu terngiang - ngiang di kepala Ratna. 

Selepas apa yang Ash pesan kepada Ratna, dia tidak lagi berani mangangkat muka, atau pun bertembung dengan Ash. Seboleh - bolehnya untuk bersembang mengenai Ash skali pun Ratna cuba mengelak.

Ash dan Ratna bekerja di dalam satu bangunan yang sama tetapi di Syarikat yang berbeza, Syarikat Ash di tingkat 30 Sehingga 40 manakala Syarikat Ratna pula di tingkat 4 dan 5. 

Ash seorang yang di pandang tinggi di dalam Syarikat, seorang jurutera yang hebat dan sentiasa menjadi contoh kepada semua pekerja. Dia terkenal di bangunan tersebut kerana kekacakan paras rupanya dan lemah lembut tutur bicaranya, seorang yang aktif bersukan dan pastinya suaranya yang merdu itu menjadikan dia sentiasa di jemput ke majlis - majlis keraian.

"Ratna tu kan lelaki yang kau selalu sembang di telefon tu kan,tegur la" Anggun melambaikan tangan.

"Ehhh, Anggun.... jangan buat macam tu, turun kan tangan tu" Jawab Ratna dengan nada agak keras.

"Tapi kau kan kenal dia" Kata Anggun lagi.

"kenal tak berakti aku boleh tegur dia sesuaka hati aku kan, dah lah jom pergi... ngopi"Ratna terus berlalu meninggalkan majlis perkhawinan rakan sekerja Ash.

Anggun mengikut Ratna dari belakang dengan perasaan terpinga - pinga sambil melihat Ash.

"Maaf awak, saya tak dapat nak tegur awak, saya harap awak faham... saya tak suka jadi bahan gossip"

Ratna membaca pesanan ringkas daripada Ash setelah Ratna tergesa - gesa berlalu daripada majlis itu tadi. Walaupun Anggun asyik bertanyakan kenapa, tetapi Ratna tidak mampu menerangkan semuanya dan Ratna menyatakan kepada Anggun yang dia tidak selesa jika orang tahu bahawa yang Ratna rapat dengan Ash.

Walaupun begitu, Ash sentiasa menjadi Crush Ratna dan Ratna sangatberharap suatu hari nanti Ash akan terbuka hatinya untuk Ratna. 

Pada Suatu hari di luar kawasan Kuala Lumpur di tepian Pantai Morib, sedang mereka menikmati permandangan malam di temani Bulan Bintang yang cukup indah menghiasi malam, Ash cuba memeluk Ratna, tetapi ratna menepis dan terkejut dengan kejadian itu. 

Ash menyalahkan Ratna kerana menolaknya dan mengatakan sebenarnya Ratna tidak menyukainya seperti yang selalu Ratna katakan. Ratna cuba memujuk Ash dan mengatakan yang sebearnya Ratna sangat sayangkan dan suka dengan Ash. Ratna berasa gembira kerana Ash juga merasakan cinta terhadap dirinya

Ratna seorang yang naif akhirnya termasuk di dalam kata - kata manis Ash, bagi membuktikan yang sebenarnya Ratna bukan sengaja untuk menolak Ash pergi, Ratna bersetuju untuk membuat apa sahaja yang Ash pinta, sehinggalah suatu hari.

Pada suatu malam sewaktu Ratna dan Ash ber mesej seperti biasa, tetiba - tiba Ash meminta untuk Ratna membukti kasih dan sayangnya melalui video call.

"Saya nak awak tengok" Ratna cuba berpaling dan tidak melihat.

"Awak kata awak sayang kan saya... kalau awak sayang... tengok lah saya" Ratna di selamatkan dengan line internet yang tidak baik pada malam itu. Ratna tidak memberi tahu sesiapa akan kejadian itu termasuklah Anggun sendiri. Ratna berasa sangat bodoh dengan situasi tersebut sambil menangis teresak - esak

"Inikah yang aku mahukan, ini ke lelaki yang aku pandang tinggi tu" Ratna menangis sehinggakan dia tertidur. 

"Morning Awak" Ratna membaca mesej dariapda Ash, Ratna menghela nafas panjang, Ash masih bersembang dengan Ratna seperti biasa, dan Ratna fikir Ash tidak akan mengulang lagi apa yang dia lakukan malam tadi.

"Awak saya rasa stim nak tengok awak" Tulis Ash di dalam applikasi Whatsapp, setelah seminggu kejadian yang membuatkan Ratna merasakan dia lah perempuan bodoh, dan nampaknya ia kembali dan Ratna tersepit, bagaimanakah dia hendak menghentikan semuanya tanpa Ratna kehilangan Ash.

"Video call jom" Tambah Ash lagi. Ratna kembali runsing, sayangnya kepada Ash kembali di uji dengan Video Call yang tidak mahu Ratna lalui lagi.

"Awak nak reject saya lagi ke? macam tu saya cari perempuan yang lain lah" Sambung Ash

Ratna menarik naafas panjang dan mereka berdua meneruskan Video Call sehingga apa kehendak Ash tercapai.

"Terima kasih Ratna" Ash tersenyum puas, mereka sambung bersembang dan akhirnya menamatkan perbualan mereka.

Ratna menangis sendirian, dan berasa diri sendiri jijik, bodoh, perempuan murahan dan sanggup menjadi bahan tatapan lelaki yang bukan muhrimnya. Ratna hanya mampu berdoa semoga semua ini tamat dan dia tidak mahu lalui lagi.

Selepas Video Call yang hangat dan berunsurkan kemaksiatan dan pengzinaan antara Ratna dan Ash, perangai Ash terhadap Ratna mulai dingin, mesej - mesej Ratna ada yang tidak di balas dan ada yang tidak di baca. Ratna tidak mampu untuk memarahi Ash atau berkata apa mengenainya kerana Ratna tahu, kedudukannya dan status hubungannya dengan Ash tu bukan lah siapa - siapa dan Ash tidak pernah memberi tahu sesiapa yang dia mengenali Ratna sedangkan rakan baik Ash pun tidak mengetahui mengenai mereka.


Dua bulan selepas itu,

UNDANGAN WALIMATUL URUS

ASH & ASREEN

Ratna terkejut dengan membaca kad jemputan tersebut, Ratna terus berlari keluar ke keretanya dan menangis teresak - esak. lalu dia memandu keretanya ke Pantai untuk mlepaskan segala isi hatinya, perasaannya yang hancur.

"Maaf Ratna, maaf tak bagi tahu you awal... ini semua bukan kehendak i.... ini kehendak famili i"

Ratna merasakan dunianya musnah, hancur, hati dan perasaannya musnah. Ratna tidak tahu apayang perlu dia lakukan, pada siapa yang harus dia mengadu... kerana dia merasakan dirinya termpau jijik sehingga di perlakukan begitu dengan senang sekali oleh seorang lelaki atas dasar sayang.


Setahun sudah berlalu

Ash telah di kurniakan seorang anak perempuan dan Ratna telah pun berpindah ke cawangan negeri Johor membawa hatinya yang duka nestapa. Mujurlah Anggun ada di sini jadi tiada siapa mempersoalkan kenapa negeri Johor menjadi pilihan Ratna.

Sebelum Anggun menemui Ash di Applikasi Tiktok, Ratna dahulu telah menjumpai akaun ASHEM BOI

"Kenapa tak letak ASS HOLE je" Kata Ratna di dalam hati, sempatlah Ratna mengskroll apa sahaja video yang ada di akan Ash, kehidupannya bersama isteri dan anaknya juga di pamerkan indah.

"Macam ni kata famili yang paksa... kalau dah dasar asshole tu memang macam tu lah.... arghhhhh merepek semua ni"

Ratna terus memilih gambar anak panah di sebelah atas kanan dan memilih BLOK USER,

click done Blok. Ratna mencari pula di setiap media sosial yang ada sehinggakan youtube, namun di youtube Ratna tidak dapat mem Block Ash, dia hanya boleh limitkan sahaja.

"argghhhh bodoh lah youtube,  takkan takde butang block" Ratna menyapu wajahnya, dan dia kembali menangis dan meraung sekuat hatinya. Tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang faham apabila seorang lelaki yang mengambil kesempatan atas nama sayang itu telah mendirikan rumah tangga dengan gembira tanpa menoleh kebelakang ke arahnya. Seakan - akan Ratna tidak pernah wujud di dalam hidup Ash.

Ratna bertekad, dia tidak lagi mahu mencari pasangan hidup, bagi Ratna semua ini hanyalah sandiwara sekadar memuaskan nafsu lelaki. Perempuan ni hanya alat permainan bagi seorang lelaki, perkataan sayang cinta semua itu tidak lagi berlagu di dalam hati dan perasaan Ratna. Bagi Ratna hidup ini hanya perlu di teruskan, perjalann ke alam barzah itu lebih penting dan tiada lagi rasa cinta untuk seorang mahkluk bernama lelaki.

"Panggil satu ke panggil dua, Panggil Cik Ratna untuk kembali ke bumi over"

"zzzzzzeerrrrr... Mohon mahkluk bumi mendarat..... wengggggwengggg ninininini" Usik D.

D memegang kepala Ratna dan mula membaca mentera yang tidak pernah dan tidak masuk akal. Ratna melihat D dengan perasaan sekan - akan dia ingin menghempuk sahaja wajah yang cantik tetapi mereng itu.

D ialah singkatan bagi nama penuhnya Diana Al - Kauf, seorang berketurunan arab yang tinggal di negeri Johor. D seorang yang humble dan tidak menunjuk - nunjuk kekayaan keluarganya, bahkan dia sendiri bekerja di kafe kepunyaan keluarganya.

"Jauh gila kau termenung, tadi kau kate kau lepak dengan Anggun....pastu macam mana boleh lepak sini. Laut sana dengan laut sini ada beza ke?" sindir D

"Tak pun dari apartment kita pun nampak je laut depan Danga Bay ni" D senyum kambing.

"ehhh yang lagu kau buat tadi.... yang bunyi ni ninininiiiiiii macam pernah dengar lah kat mana ae" tanya Ratna sambil tersenyum. D terus membuka applikasi Tiktoknya dan menunjukan video Street Food in India dan kedua - dua nya ketawa terbahak - bahak.

"Euwwww, pastu kita pun makan... kau mesati buat macam tu kan kat kedai kau" Kata Ratna girang.

"Weyhhhhhh ko ada baca tak pasal Infuencer agama Islam yang suka minta orang sambung ayat Al -Quran tu.... tak sangka kan dia" D membebel - bebel panjang sambil menunjuk - nunjuk video di applikasi tiktoknya.

Ratna faham dan hadam apa sahaja yang di cerita kan oleh D, iye betul seseorang yang baik dan alim walaupun dia yang buat salah, Perempuan itu yang akan di pandang jahat dan membuka aib. Ratna ketawa kecil kerana dia juga berada di dalam situasi yang sama, dan dia tidak mampu berceritakan pada sesiapa.

"Hye perempuan gila, kau habis kerja kul berapa... malam nanti makan kat rumah, aku masak" Kata Ratna kepada D

"argghhhh malas, kau punya level masak macam budak - budak tadika... tak nak aku... melainkan kau masak tom yum dengan telur dadar" senyum D.

Ratna terus tersenyum melihat gelagat D yang ceria dan berlalu pergi sambil membuat OKAY sign dengan tangan kirinya.

DONE I BLOCK YOU, 

MAY WE WILL NEVER MEET AGAIN


Sebenarnya jikalau tanya penulis, ramai sahaja wanita - wanita di luar sana yang menjadi bahan - bahan pemuas nafsu lelaki atas dasar kasih dan sayang, mangsa - mangsa rogol kekasih dan rakan kekasih. Percayalah lelaki - lelaki ini lah yang mencari bakal isteri yang perfect dari segi agama dan menutup aurat.

wow bunyi ayat dari seorang penulis yang sangat feminism namun itulah yang sering kita dengar kan. Penulis bukanlah nak bersikap negetif untuk episode ini, cumanya ianya berdasarkan gossip yang terbaru kan 😂

Minggu depan cerita lain pula.... hahahahhahahaha

maafkan penulis untuk episode ini, jika ada yang terasa hati, oleh itu penulis tinggalkan semua dengan video music daripada kumpulan senario.



kalau boyfriend korang tetibe tinggalkan korang sebab nak kawen dengan pilihan mak bapak tu, percayalah dieorang dah bercinta pun setahun sebelum kawen. Jadi tak payah lah korang nak ala - ala kesian kan boyfriend korang tu... drama je... Nnt keluarlah ayat "Alhamdulillah i found my otherhalf" jd yang korg ni siapa sbnrnye... My other playmates hahahahaahah

Dah dah dah kembali ke alam realiti... If your boyfriend love u truely he will respect u always ❤️

UNTIL NEXT WEEK

LOVE YOU ALL TO THE MOON AND BACK

I WILL BE RIGHT BACK 

💗💗💗💗💗

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu