Mi Amor Goes...... Tik Tik Tok For You (Episode 4)

KEBAHAGIAN ITU MILIK KITA



Sudah seminggu Ratna dan Anggun tidak berjumpa, alasan yang di berikan oleh Ratna dia terlalu sibuk untuk melepak dan meluangkan masa bersama Anggun.
Anggun cuba memenuhi masa dengan membuat video - video asthetic, meng upload video - video daripada gambar - gambarnya sendiri. Mencuba memeriahkan akaun tik toknya, mencuba mengedit dan belajar menggunakan applikasi tersebut seorang diri. Anggun berasa bersalah kerana mengungkit kembali serta menyegarkan kembali kenangan yang tidak ingin di ingati oleh Ratna lagi. 

Kebergegasan Ratna meninggalkan Anggun semalam membuatkan Anggun berfikir dengan mendalam, perpindahan Ratna ke Johor adalah beberapa hari sebelum hari pernikahan Ash. Adakah alasan ini yang membuatkan Ratna meninggalkan Kuala Lumpur sehinggakan Ratna tidak sempat memberitahu Anggun sebelum ke Johor. Adakah sesuatu telah berlaku yang sebenarnya tanpa Ratna bercerita dengan lebih mendalam atau Anggun sendiri yang tidak memberi ruang dan peluang kepada Ratna untuk mengadu domba kepadanya. Pada saat Ratna muncul di Johor Bahru dan mencari rumah untuk tinggal Anggun menolak pemohonan Ratna untuk tinggal sebentar di rumah sewanya. 

Anggun mengeluh panjang, dia masih ingat lagi Ratna merayu padanya untuk tinggal di rumah sewanya sementara dia mencari rumah, dan Anggun sekeras - kerasnya tidak membenarkan Ratna ke rumahnya kerana rakan - rakan serumahnya tidak suka akan privasi mereka di cerobohi. Anggun merasakan pada saat itu dia tidak layak di panggil sebagai rakan baik.

"Please Anggun, seminggu je kau bagi aku tumpang rumah kau. Aku dah bawak barang - barang semua nak pindah sini, aku tak kenal siapa - siapa pun kat sini melainkan kau. Cakap je berapa yang aku kena bayar, aku sanggup bayar" Merayu Ratna kepada Anggun.

"Aku bukan tak bagi, tapi rakan serumah aku tu semua cerewet. Diaorang tak suka ada orang tak kenal datang rumah, diaorang tu jenis yang suka privasi Ratna" Terang Anggun.

"Kau tak tanya pun lagi, cuba kau call dulu Anggun... please Anggun" Rayu Ratna lagi.

"Apa kata kau tinggal dulu kat hotel OYO ke dahulu, lepas tu kau claim lah kat syarikat kau. Aku rasa boleh buat macam tu kan Ratna" kata Anggun lagi.

Ratna yang rasa letih setelah memandu lebih Lima jam daripada Kuala Lumpur, hanya mengganguk lemah tanda faham. Ratna tidak lagi bercakap, dia hanya menghirup airnya dan menyuap makanan kedalam mulutnya. 

"Kau okay kan Ratna, aku tahu kau boleh handle situasi kau ni...Insya ALLAH ada tu rumah sewa yang kau boleh jumpa dalam waktu terdekat" Kata Anggun, Ratna hanya melihat Anggun sambil meneruskan menjamah makanan di hadapannya.

"Kau tak masuk kerja ke Anggun, dah nak jam 3 petang ni nanti bos kau cakap apa pulak. Nanti pandai - pandailah aku nak selesaikan masalah aku" Jawab Ratna hambar.

"Haah aku tak perasan Ratna, maaf tau aku tak dapat bantu kau... serius aku nak sebenarnya cuma di luar kawalan aku" terang Anggun lagi

Ratna hanya menggangukkan kepala, dan meneruskan makan makanan yang terhidang di hadapannya. Tanpa Ratna sedar, air matanya turut jatuh ke dalam makananannya, tiba - tiba dunia ini terasa sepi dan gelap, seakan - akan hanya ada dia seorang diri menghadapi hidup ini, orang yang di sangkakan rakan baiknya rupanya hanya rakan sahaja.

"Kalau ada komplain makanan saya masin, itu bukan salah cafe ni tau... masin tu awak yang tambah sendiri" Ratna melihat seorang perempuan tinggi lampai, wajah ke arah timur tengah, sedikit tomboy tetapi lawa, rambut ikal mayang panjang dan di ikat ke belakang menghulurkan tisu muka kepadanya.

"Hye nama saya D, saya kerja kat sini. Saya dengar awak nak cari rumah sewa kan, saya tinggal kt bangunan sebelah ni je, kalau awak minat boleh lah tengok - tengok kejap lagi lepas sye habis kerje" kata D. 

Ratna terpinga - pinga melihat D sambil mengambil tisu daripada tangannya, Ratna cuba menganalisa apakah niat sebenar wanita yang berdiri di hadapannya, tanpa di jemput dan tanpa di alu - alukan membawa khabar gembira untuk Ratna di ibaratkan kanak - kanak yang di umpan dengan gula - gula hanya untuk menculik kanak - kanak tersebut. Adakah wanita di hadapannya juga berniat untuk menculik Ratna setelah memasang telinga dan mengambil tahu akan kesusahnya.

"Kenapa tengok macam tu, awak tak percaya saya ke? tak percaya sudah... sebab saya sendiri select siapa yang bakal jadi rakan serumah saya" Terang D sambil menarik kerusi di hadapan Ratna dengan gaya yang sangat stylo.

Ratna menganalisa setiap sudut dan tingkah laku wanita di hadapannya, kerjaya Ratna sebagai Event Planner menjadikan dia sedikit pakar di dalam membaca gerak - geri manusia. Ratna senyum sinis melihat gelagat D tanpa berbicara sepatah perkataan. D yang berlagak macho dan maskulin merasa malu dengan tiba - tiba apabila di renung tajam oleh Ratna dengan senyumannya.

"Awak tak nak ke?" Tanya D
"Saya tak cakap apa - apa pun" Jawab Ratna
"Sebab awak tak cakaplah saya tak tahu awak nak riki rumah ke tak" jawab D dengan nada cemas.
"hmmmmmm" belum sempat Ratna menjawab D, Pengurus Cafe menghalau D untuk tidak melepak sawaktu bekerja. 

"Hye awak, lepas kerja tu pukul berapa... hmmmm boleh saya terus tinggal kat rumah sewa awak, saya takde tempat untuk tinggal harini" kata Ratna sebelum D berlalu pergi, D senyum dengan gembira dan mengganguk tanda faham.

"Kul 6.30 tau awak" Jawab D ringkas.

Begitulah bermulanya persahabatan D dan Ratna, setelah sebulan tinggal bersama Ratna mula bercerita kepada D kenapa dia berpindah ke Johor serta perasaannya yang hancur dan Ratna dahagakan permulaan yang baru bagi membantunya melepaskan semuanya.

*********************************************************************

"Hye Ratna... sibuk ke? sampai aku call dan what'sapp pun kau tak balas" tegur Anggun yang muncul tiba - tiba 
"Bila last aku sampai kat cafe ni, aku macam tak ingat yang dekat dengan rumah kau ada tempat ngopi jugak kan" Ratna yang terkejut dengan kehadiran Anggun hanya membalas dengan senyuman sambil menghirup kopinya.
"Aikkkkk.... look who have here? nak minum apa ye cik, kat sini takde jual cekodok pisang ye... sebab takda monyet untuk pergi ambil" jawab D sini.
"Kau ni kenapa ae, tiap kali jumpa aku mesti buat aku rasa menyampah... kau ada masalah dengan aku ke D, padahal kau tak kenal aku pun" Tanya Anggun.
"Tak payah kenal sangat pun takpa, sebab tengok kau je dah tahu perangai kau macam mana" Jawab D tajam.
 
Kedua - duanya mula bertentang mata, sambil membuat mimik muka marah sama seperti dua ekor kucing yang sedang bergaduh, namun tiada yang di cakar atau di tarik rambut atau tudung, hanya mula yang berbunyi.

"Korang ni kadang - kadang macam takde rasa malu kan, kat mana - mana pun boleh gaduh, aku nak buat kerja pun tak aman. Anggun kalau kau takda apa hal yang penting... balik je lah" cakap Ratna pelahan..

"Sekarang apa masalah kau yang tak contact aku lansung, weyh aku risau tau tak... aku rasa bersalah gile sebab cerita pasal Ash" kata Anggun.

"Kau ni, tak habis - habis Ash... memang kena sebut ke nama dia selalu, get a life kalau kau rase salah kat situ, cer datang sini kau bawak cerite lain" Jawab D pula.

Ratna melihat Anggun dan D dengan pandangan yang tidak mempunyai perasaan.

"oklah kalau korang tak perasan, Cafe budak D bekerje ni dah macam workstation aku je sekarang ni. kertas bersepah, dengan presentation board lagi, dengan apa - apa aja lagi. Program kat PESADA tu lagi ENAM bulan dan aku nak kena manage dan design ok.... ASH ke ASS ke whatever ke... aku takda masa nk fikir, JADI!!!!! korang berdua boleh berambus dan bagi aku ruang untuk buat kerja dannnnnn semua ni aku kena present next week" terang Ratna panjang lebar.

"Tolong korang berdua, berambus....pergi - pergi dan Anggun... i will call you later but not now, please" Pinta Ratna kepada Anggun.

Anggun terus berlalu pergi, geram dengan perangai D yang tidak habis - habis memerlinya. Anggun tahu yang D bersikap begitu kerana Anggun tidak berhubung lansung dengan Ratna selepas Ratna pindah ke Johor dan Anggun tahu, sebagai kawan rapat Ratna dia gagal melindungi dan memberi keselesaan kepada Ratna di saat Ratna memerlukan dia.

Anggun kembali termenung di temani dengan sepinggan cekodok dan seteko Earl Gey Tea, rasa teh yang sedikit pahit dan sugar free membuatkan Anggun bertenang dan cuba berfikiran dengan waras. Anggun membuka applikasi Tik Tok dan mula skroll video - video di tik tok dan akhirnya Anggun berhenti, video sambutan hari lahir Mama&Baby Birthday oleh Ashem Boi.

"Dah setahun dah anak Ash, wah siap buat video suprise masak and deco - deco rumah untuk wife dan anak!!!! Hebat betul Ash ni.... untung wife dia" Anggun menekan nama Ash untuk melihat video yang lain - lainnya dan Anggun menekan video yang bertajuk Gimme The Limelight 

"Hye semua... Your Ashem Boi di sini menginginkan bantuan pada followers untuk mengundi Ashem Boi ke peringkat Akhir... sebelum itu Ash memohon para followers untuk membantu bersama - sama Ash setiap pusingan. Bantuan dari para followers amatlah Ash hargai" 

"kompem menang lah Ash, dah lah handsome pandai pula menyanyi"
"Ehhhhhh"

Anggun terus keluar daripada akaun Ash terus mencari Fakhri RiRi dan mencari video yang mempunyai tajuk yang sama.

"Alamak!!!!! Fakhri pun masuk jugak pertandingan tu.... yay" Anggun terus mengundi Fakhri dan memmastikan Fakhri mampu ke pusingan yang seterusnya.
"Fakhri tengah live lah" Anggun terus menekan masuk untuk melihat Fakhri sambil menekan - nekan skrin dengan lajunya.

Fakhri yang tengah menyanyi terus menengur Anggun 
"Cik Anggun!!!! lama tak nampak, terima kasih tap tap skrin"

Anggun terus tersenyum keseronokan seorang diri, perkara yang merunsingkan dia terus hilang dan Anggun terus memasuki alam Tiktok dengan berkomentar serta memberi gift kepada Fakhri. Terasa seperti tengah bersembang dengan seorang rakan melalui video call, dan Fakri membaca semua komen - komen Anggun tanpa gagal sehinggalah berakhirnya sesi live Fakhri.

"macam ni lah, tadi muka sedih... ni dah gembira" kata tuan kedai cekodok sepinggan

Anggun tersenyum puas, setelah membuat pembayaran Anggun berjalan dahulu ke tepian pantai melihat laut dan seberangnya terlihat negara Singapura, gembira dengan layanan Fakhri sebentar tadi.

Tingggg!!!!! bunyi notification smartphone Anggun

"Dah lama tak masuk live? ingatkan dah tak sudi" Tulis Fakhir
"Sebuk sikitlah awak, tak sempat masuk live" Jawab Anggun
"Tapi sempat je kan update VTT baru" tulis Fakhri lagi.
"Kenapa tu, rindu kat saya ke" Tulis Anggun sambil ketawa besar
"Nak nombor telefon, susah sangat nak mesej kat sini" Tanya Fakhri
"Ehhhhhhh.... seriuslah hahahahahahaha" Anggun gembira dengan situasi ini
"hmmmmmm tak nak bagi ke, awak tak nak kawan dengan saya ke? or awak isteri orang" tanya Fakhri panjang lebar
"kalau isteri orang kenapa?" usik Anggun lagi.
"melepas lah awak, ceritenya" jawab Fakhri ringkas.
"hahahahahahha nah lah nombor telefon saya 017- 9174847" tulis Anggun.

Anggun menjerit kecil, seperti kanak - kanak mendapat gula- gula kegembiraan yang tidak dapat di gambarkan, perasaan seperti remaja yang baru hendak bercinta. Sedang Anggun melayan perasaannya tiba- tiba notifikasi What'sapp telefon Anggun berbunyi

"Salam, ini anak orang yang nama dia cik Anggun ke.... saya nak buat tempahan kek birthday" Tulis Fakhri.
"Wsalam anak orang... tempahan kek takde sini.... awak salah nombor lah saya rasa" jawab Anggun 

Anggun terus tekan di profile gambar Fakhri sambil tersenyum sendiri, Anggun tidak menyangkakan yang harinya akan bertambah lebih baik dan menarik selepas kejadian pagi tadi.

Bermula dari saat itu, kedua - dua mereka terus bermesej tanpa henti

AKAN KU GENGGAM BAHAGIA INI, WALAU PUN UNTUK SEKETIKA - ANGGUN



Kali ini penulis terus masuk ke penceritaan sebabnya, penulis tak tahu nak merepek apa guys. Cumanya sekarang ini tak habis - habis cerita mengenai rumah tangga yang berantakkan, semoga yang sedang melayari alam rumah tangga tu mohon untuk tabah menjalani apa jua ujian dan ingatlah semuanya yang anda lakukan adalah ibadah.

sekian dahulu untuk minggu ini
love you guys to the moon and back
don worry
i always make a comeback
hahahahahaha

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu