Sebuah Jambatan.
Secara zahirnya, ia hanyalah binaan yang menghubungkan Titik A ke Titik B. Ia memendekkan jarak, mendekatkan yang jauh, dan menukarkan kata "mustahil" kepada sebuah realiti yang boleh dipijak dengan kaki. Ia wujud untuk memudahkan urusan manusia, menjadi solusi ringkas tanpa perlu berselindung di sebalik kerumitan yang lain.
Namun, di sebalik kemudahan itu, tersirat sebuah payah.
Membina jambatan bukan sekadar meletakkan sekeping besi di awang-awangan. Ia memerlukan helaian pelan yang teliti—setiap inci diperdebatkan, setiap risiko ditimbang tara.
"Di tingkat mana ia harus berpaut?"
"Bahan apa yang cukup kental untuk membiarkannya kelihatan tergantung megah?"
"Bagaimana reka bentuknya agar tidak tewas pada graviti?"
Ia adalah himpunan kerja-kerja "mustahil" yang akhirnya menjadi saksi kepada kehebatan kejuruteraan manusia.
Lalu, muncullah ia: Jambatan yang berpaut pada Menara Berkembar Petronas.
Ia hadir kemudian, bukan sejak azali. Namun, kehadirannya membuatkan KLCC kelihatan lebih mewah, lebih gah, dan lebih sempurna di mata dunia. Tanpanya, mungkin KLCC hanya sekadar dua menara yang berdiri sendiri. Dengan adanya ia, potret itu menjadi lengkap.
Tetapi... bagaimana jika sudut pandangnya berubah?
Bagaimana jika jambatan itu mula merasa dirinya terlalu istimewa?
Bagaimana jika jambatan itu sebenarnya adalah "pemisah" yang melebarkan jurang antara kiri dan kanan?
Mungkin jambatan itu mula menjadi bongkak, membisikkan kata: "Kerana akulah, urusan kalian menjadi mudah. Tanpa aku, kalian terpaksa berpusing jauh."
Namun, hakikatnya...
Antara jambatan dan menara, manakah foundation yang lebih utuh? Sudah tentu menaranya. Jambatan itu sedar, dia hanyalah pengunci ruang yang menumpang paut. Dia yang paling awal merasa gigilan angin kencang, dia yang pertama disapa karat, dan dia jugalah yang paling rapuh jika ribut taufan melanda. Dia tahu, bila-bila masa sahaja dia boleh runtuh, sedangkan menara akan tetap teguh berdiri memerhati.
Jadi, apa makna Jambatan KLCC ini di POV kau?
Adakah kau melihatnya sebagai jambatan yang mementingkan diri, yang sengaja berdiri di tengah untuk memisahkan dua menara itu daripada benar-benar bersentuhan?
Atau kau melihatnya sebagai sebutir permata yang melengkapkan sebuah potret agung?
Mungkin... jauh di sudut hati jambatan itu, dia tidak pernah meminta untuk wujud di situ.
Dia tidak pernah meminta untuk memikul beban ribuan langkah manusia setiap hari. Dia tidak pernah meminta untuk menjadi tumpuan dunia. Namun, disebabkan keadaan dan takdir yang telah tertulis, di situlah dia ditempatkan.
Dia berdiri di tengah mempersoalkan kehadirannya di situ, terikat antara dua gergasi yang hebat, sambil memikir keberadaannya yang ada di situ hanyalah sementara, jadi apakah maksud sebuah jambatan...
Which POV did u see...
A Selfish Bridge that seperate both KLCC tower
Or
A Bridge that make both KLCC more stunning, completing the Picture of klcc
No comments:
Post a Comment