Sunday, 26 April 2026

JANJI YANG TAK TERUCAP : AISENAI AISHITAI OUTRO 2

CHEF, BUNGA TALANG DAN GENG 'MAN IN BLACK'

​Sambil Ikmal tengah bergelut dengan realiti 'loading' dia kat lobi, di satu sudut lain bangunan yang sama—iaitu di Hotel Skies Garden yang juga milik empayar Al-Attas—suasana kat dapur tengah panas. Bukan panas sebab api dapur gas, tapi panas sebab 'tetamu' tak diundang.

POV RIZQI:

​"MAAF!!!! Boleh kami jumpa Chef Azam?"

​Aku tersentak. Nyaris-nyaris tweezers kat tangan aku ni tercucuk jari sendiri. Aku tengok lima orang lelaki berpakaian serba hitam tiba-tiba menerjah masuk ke zon suci aku, dapur Hotel Skies Garden. Bapak ah... korang ingat ni set penggambaran filem action ke apa main terjah-terjah?

​"semak... kenapa masa ni jugak korang nak datang!" 

​Aku tengah fokus nak letak bunga talang atas kek ni punyalah payah. Menggigil-gigil tangan aku nak bagi nampak on point, nak bagi nampak aesthetic tahap dewa. Tiba-tiba, bahu aku kena sentuh dari belakang.

​"Argggghhhhhh! Kenapa?! Habis... habis jatuh bunga talang aku!"

​Aku pusing belakang, tengok muka si jahanam yang sentuh aku tadi dengan mimik muka tak puas hati gila. Adakah dia tak tahu bahawa masakan high-end ni, presentation adalah segalanya? Orang bayar mahal bukan sebab kenyang je, tapi sebab nak tengok seni! At least tunggulah aku siap letak bunga tu dulu, eeeiiiii geramnya aku!

​"Maaf encik... staf kat sini kata encik mungkin tahu di mana Chef Azam," tanya lelaki Man In Black di hadapan aku dengan muka ketat macam tak pernah makan sebulan.

​Aku tarik nafas panjang, cuba kawal amarah Sous Chef aku ni. "First, I don’t give a damn Azam nak ada kat mana. Dia tu tak habis-habis cari masalah. Secondly..."

​Aku angkat kening, bagi isyarat supaya Man In Black tadi dekatkan telinga dia kat mulut aku. Aku pun bagi bisikan asmara paling 'manis' kat mamat tu.

​"PENTHOUSE!!!!!!!!!!"

​Ambik kau! Terkejut beruk mamat tu dengar aku jerit betul-betul kat telinga dia. Hahaha! Gembira aku dapat balas dendam. Aku senyum senget tanda puas hati. Tu untuk bunga talang aku yang dah jatuh tadi... hahahahaha! Rasakan!

​Aku Rizqi Haniff. Anak kepada kakitangan kerajaan yang biasa-biasa je. Tak ada apa sangat aku nak ceritakan pasal diri aku ni. Aku cuma manusia biasa yang bekerja keras sebagai Sous Chef kat hotel mewah ni. Chef Azam pula ketua chef kat sini, tapi dia punya perangai... hurm, malas aku nak ulas.

​Aku memang tak ambik port pasal Azam. Lantaklah dia nak buat apa, nak hutang Along ke, nak lari dari bini ke. Tapi kalau dah sampai main aci kejar dalam hotel sampai kacau bunga talang aku, itu dah melampau!

​Aku tengok geng baju hitam tu bergegas lari ke arah lif. Azam, Azam... kau memang dah bertekad nak buat drama hari ni kan? Tapi aku tahu, hari ni bukan sekadar hari Azam lari dari masalah, tapi hari di mana 'skrip' hidup aku pun bakal berubah. 

Sambil geng Man In Black tadi lintang-pukang naik ke penthouse cari Chef Azam, aku pula ambil peluang nak luruskan pinggang kejap. Penat wey hadap bunga talang dengan drama terjah tadi. Tengah aku sedap melayan perasaan kat satu sudut dapur, kelibat Puan Mawar muncul.

​"En. Rizqi, sebentar boleh tak?"

​Adoiiiiii... kalau Puan Mawar dah turun dari pejabat sebelah, maknanya ada benda yang tak okie lah tu. Setiausaha Tan Sri ni kalau tak bawa berita besar, dia takkan jejak kaki ke dapur yang berkuap ni.

​"Iye Puan Mawar yang cantik lagi berseri, nak apa?" tanya aku sambil menantikan jawapan yang sebenarnya aku dah agak tak nak dengar.

​"Qie, Azam koma."

​Aikkkk? Biar betul mamat ni. Tadi aku nampak dia sihat walafiat tengah main aci kejar dengan Man In Black, tiba-tiba Puan Mawar datang cakap dia dah koma?

​"Seriuslah Puan Mawar, jangan main-main. Baru tadi kut dia lari-lari," kata aku sambil memandang Puan Mawar dengan penuh perhatian.

​Puan Mawar mendekatkan mukanya ke arah aku, nampak macam nak bagi info yang sangat rahsia.

​"Haish Puan Mawar ni janganlah daring sangat, walaupun saya belum kahwin tapi iman penuh lagi dalam hati ni tau!" sakat aku. Puan Mawar ni pun satu, tudung bidang 60 tapi kalau nak bergosip, dekat dia lain macam.

​"Taklah Qie! Rupanya si Azam tu ada berskandal dengan isteri Dato’ Ramlan yang buat program kat sini hari tu lah!" terang Puan Mawar dengan nada berbisik tapi juicy.

​"Habis tu macam mana boleh koma?" aku makin kehairanan. Takkan kena penampar Dato’ Ramlan terus koma?

​"Masa tengah lari-lari tu, Azam pergi terjun dalam swimming pool dari tingkat 17! Kepala dia terhantuk kat lantai swimming pool, terus koma budak Azam tu," terang Puan Mawar panjang lebar.

​"Ish, ish, ish... koma ye? Ish ish ish..." Aku tersengeh sendiri. Bukan aku jahat, tapi aku dah cakap dah, Azam tu memang jenis cari masalah. Aku sambung buat jadual kerja untuk kakitangan kitchen dan service kat atas meja.

​"Kau ni Qie, memang tak ada perasaan eh? Haaa... ni saya nak cakap. Kerja Azam sebagai private chef Tan Sri Azim sekarang ni kosong."

​Aku terus menepuk dahi. Aduh! Aku dah nampak dah apa yang bakal jadi. Cik Elina, anak Tan Sri tu, baru je menang besar kat Malaysian Fashion Week hari tu. Dia nak buat majlis besar-besaran, nak panggil semua orang kuat industri makan-makan kat rumah dia.

​Puan Mawar buat muka berlagak—muka "kau... jangan... nak... bantah" pn. Mawar mengangkat kening sambil menolak cermin matanya terus berlalu pergi dari dapur.

​"Maksudnya... sebab Azam dah 'tidur' kat hospital, aku yang kena galas tugas dia. Aku kena jadi Ketua Chef, kena berulang-alik dari hotel ke rumah Tan Sri Azim. Habislah masa aku!"

​Siang aku kena hadap dapur hotel, malam pula kena entertain keluarga Tan Sri dengan semua kakitangan dia. Penatnya jangan cakaplah! Tapi nak buat macam mana, dah terpaksa kan? Redha jelah Rizqi Haniff oi.

​Dalam aku merungut tu, aku terfikir... siapa pulak bodyguard baru yang Puan Mawar cakap nak datang hari ni? Harapnya bukan jenis yang menyakitkan hati elina

macam budak-budak baru selalu buat.

Biar Makanan berbicara, walaupun aku terlihat tidak mengambil peduli namun aku tahu apa yang berlaku. 

No comments:

Post a Comment

SENARIO MENGGANAS LAGI #SenarioUnion30tahun

Hye semua manusia yang membaca blog Milo Ais Sechawan... Tajuk ni paling best untuk kita ceritakan pada harini, apa yang hendak di ceritakan...