Two Different Pictures
Two Different Year
With The same storyline
Would it be the same ending
Would it end the different way
Would it hurt more than before
Or will it be unexpected
Rasenye pernah posting pasal "aku rase aku tak pernah lulus ujian ALLAH kat aku" tu sebab aku di beri test yang sama berulang, mungkin soalan ni ade betulnya atau sebenarnya aku yang overthinking. Menghadapi perkara yang sama, walaupun kalini lebih bersedia dengan apa sahaja akibat yang akan berlaku, tak kira lah positive atau negetif.... Tapi masih rase hati tu tak kuat, walaupun kali ini belum lagi sampai ke penghujungnya namun terasa akan terjadi perkara yang sama.
Ada yang kata, sayang itu perlu dan kena selfish perjuangkan apa yang kita sayang dan ada yang kata sayang itu kadang kadang bukan untuk memiliki, melihat orang yang kita sayang itu bahagia sudah adalah satu pengorbanan dan satu bentuk sayang yang ultimate.
Ada yang kata biar ku genggam api hingga jadi abu... Dan ada yang kata biar aku terbakar demi cinta dan biarkan aku yang sengsara... Sebenarnya apa yang perlu untuk menyatakan sayang, apa itu bentuk kasih sayang...
Mari korang semua ikut Pov aku, maksud sayang pada aku ialah aku nak kan orang yang aku sayang tu bahagia, senyum hari hari, di permudahkan urusannya, di jauhkan penyakit penyakit kronik dari nya, dan di lindungi dari semua bahaya dan Jannah buatnya. Okie kite cerite yang nampak di mata, cukup sekadar aku nmpak kebahagiaan itu, kegembiraan itu terpancar di wajah orang yang aku sayang... Ok cukup... Walaupun bukan aku di sisinya.
Bagi orang yang seperti aku, belajar meredhai sesuatu perkara itu bukan milik diri sendiri dah selalu, untuk menghadapinya lagi.... Bunyi macam mudah sebab dah selalu jadi mesti tahu shortcut.... Tapi setiap perjalanan likunya lain, setiap lorong ada gelap dan cerahnya... Setiap cerite sakit melepaskannya juga tidak sama.
Sekuat mana engkau, sehebat mana engkau... Akhirnya tertidur juga di tikar sejadah... Se independent mana pun engkau, segagah mana pun engkau... Setiap sujud terakhir itu pasti emosi menerjah di setiap pelusuk badan dan minda... Memohon ampun dan maaf setiap salah yang engkau buat sehinggakan menghadapi sakit emosi yang sama berulang kali.
Adakah coretan ini satu komplainan, adakah coretan ini sebuat cerita yang sahaja nak minta simpati orang yang membacanya, tapi sebenarnya coretan ni hanya nk meluahkan rasa hati yang berat lagi bimbang, apakah jalan yang bakal di lalui,
"THE ROAD NOT TAKEN"
Di dalam hutan yang tebal, tiada denai, tiada kesan tapak kaki, tiada kesan laluan,
"Adakah kau sudi membuat jalan yang baru"
"Adakah kau nak menghadapi cabaran yang kau sendiri tak tahu"
"Adakah kau sanggup ambil risiko masok ke dalam hutan tanpa tahu apa pengakhiran hutan tersebuat, mungkin akhirnya akan buat kau bahagia atau sebaliknya"
Sejauh mana "the road not taken" ni kau nak explore? Kau tak takoot sakit ke, dengan durinya, dengan bahaya pokok pokok, Kau tak letih ke nak menebas, buat jalan dan memastikan ada orang boleh ikut kau skali dalam perjalanan "Road Not Taken" kau ni.... Kau percaya orang yang akan ikut kau tu?
Dalam kehidupan ini ALLAH selalu bagi pilihan, A atau B... Kenapa? Sebab ALLAH nak kite bermesyuarah dengan DIA, mengadu dengan DIA, minta pertunjuk dengan DIA, dan kadang kadang sebenarnya ALLAH rindu nak dengar kita berdoa bersungguh sungguh... Jadi balik ke ayat aku yang mula mula... Jawapan dia aku dah jawab sendiri kat sini... Sebagai seorang manusia, rasa sakit macam tu buatkan kita lebih dekat dengan ALLAH dan mula sandarkan semua masalah padaNYA serta serahkan semua urusan kepada ALLAH bg menyusunkan kisah hidup terbaik untukku.
Am i complaining... Nope... Im just sharing the experience that i had... Now n Then exactly 13years apart....
Anyway Here My Fave Poem
THE ROAD NOT TAKEN
but u just red my version Road Not Taken.... Hahahahaha... Mana satu best?
Here The OG
No comments:
Post a Comment