Melepak Sambil Berfikir ( Apa yang hendak di fikirkan)
TAK PIKIR APE PUN... HAHAHAHA
Kebelakangan ini, menulis mengenai diri sendiri seakan menarik pula bila di baca kembali, kenangan lama yang indah di tukar formatnya menjadi tulisan yang boleh di baca berkali - kali sambil tersenyum sendiri.
Pejam celik - pejam celik tahun 2024 bakal berlabuh tirainya, aku melihat kembali blog milo ini, yang pada mulanya aku bersungguh untuk menghabiskan cerita tiktok aku itu namun tidak berjaya... hmmm kenapa agaknya, adakah aku terlampau sibuk, atau aku sudah malas untuk mengadap komputer yang dari siang hari aku menatap.
Mungkin betul juga, setiap saat aku tengok bende empat segi ini, makin menyampah pula hahahahaha Baiklah marilah kita mulakan penceritaan, cerita ini tidak ada kena - mengena sama ada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia tetapi hanya aku sahaja yang suka throwback... ibaratkan cerita novel yang pernah aku baca cerite ini terjadi tidak lama dahulu...
jeng jeng jeng.... pada ketika dan saat ini, aku hairan kenapa korang masih membaca cerita dongeng orang zaman dulu - dulu ini... hahahah nampak sangat korang bosan kan... jadi tidak ada apa - apalah.. teruskan membaca.
"Saya dah kenal awak tahun lepas lah"
"aikkkkkkk" aku terpinga - pinga
Jika ada yang bertanyakan pada aku mengenai tahun 2023, ibaratkan tahun covid.... ia berlalu seperti angin, tiada apa yang aku ingatkan hanya beberapa perkara. Pada tahun itu pelbagai masalah melanda diri... kalau korag nak tahu, tahun 2024 ibaratkan aku bangit dari kematian... Kenapa aku kate kematian, sebab segala rase, segala emosi, depressi, mental emosi aku semua sakit... Kerja aku tak terjaga, aku rase mcm nak melarikan diri dari dunia aku... Cuma lupekan segala tekanan dan masalah aku... Akhirnya terbaring sepi aku di dalam rumah tanpa sebarang bunyi... Aku pernah 3 hari begitu... Pandangan aku kosong, tiada data yang berfungsi dalam otak aku dan emosi aku hilang entah kemana... aku terpakse re format diri aku, berhusnuzon, berdamai dengan takdir, menggunakan segala tenaga yang aku ada untuk bangkit dan kembali berlari walaupun larian aku agak tempang untuk tahun 2024 ini.
Aku pun bertanyakan di mana orang itu mengenali aku, owh sewaktu sukan.... seperti yang aku katakan tadi tahun 2023 aku tidak tahu siapa yang aku kenal dan aku tidak berminat untuk registerkan sesiapa di dalam minda dan otak aku ini. Nak di jadikan cerita aku bertemu lagi orang itu pada tahun ini, dan yang menariknye patutlah dari awal jumpa dah macam mesra sangat.... Aku sendiri lost in translation... Aku hanya boleh memberi reaksi "wahhhhh setahun yeeeee tak sangka"
Nasib lah yang tegur aku tu tak terase hati mahupun marah, lagi pun aku dah terbiase dengan orang berkata pernah jumpa aku di mana - mana....al maklumlah... Muke pasar malam... Tanggal 1 Januari 2024 aku dah tanam pada diri aku sendiri... Let Be Single throughout the Year... siapa cakap ko akan hidup dengan aman tanpa sebarang cabaran untuk mengekalkan azam tersebut. Yeah aku ade terbabas kejap dari landasan, terlalai kejap dengan ayat - ayat manis lelaki... benar aku ade menitiskan air mata kerana kecewa. Namun aku kembali mengingatkan diri aku yang "They r all just want to test u"
Makin lama mungkin aku jadi manusia yang tidak ada perasaan? Semua di sebabkan perkara yang terjadi dalam hidup aku... dan mungkin aku dah tidak tahu jika ada yang benar benar ikhlas dengan aku? Mungkin juga di sebabkan aku hanya tempat singgah jodoh orang lain... ayat yang aku hendak tulis selepas soalan tadi ialah "persetankan semua" agak keraskan ayat tersebut.
Jadi apa yang aku fikirkan ialah, "Cubalah belajar buka pintu hari tu, jangan nak tutup sangat" jika lah orang yang bagi statement kat aku ni tahu ape yang jadi dalam hidup aku, berapa kali kekecewaan dan harapan yang di berikan sehingga aku susah hendak percaya lagi... Aku dah tidak mampu untuk memproses ape yang benar... Dari dulu hanya ada perasaan marah kerna di tinggalkan... Yg masih menebal sehingga kini...
Seterusnya apa? hadapi kehidupan ini dengan senyuman... selagi nyawa belum di ambil... jangan sesekali menyerah kalah atau give up dengan apa yang kamu ada dan hargailah orang - orang di sekeliling kamu. Mudahkan konklusi begitu, ibaratkan semuanya akan hilang dengan satu senyuman.. Kalau aku berkata itu benar... Adakah engkau akan mempercayainya... Kerna senyuman fi hadapan cermin itu seakan engkau memberikan semangat dan motivasi utk diri engkau yang sangat rapuh...
Semoga ALLAH sentiasa melindungi hati, perasaan dan diri ini dari sebarang musibah.
Terima Kasih kepada yangmembacanya sehingga akhir
saya doakan kehidupan anda semua di jalankan dan di permudahkan urusan
semoga yang baik - baik sahaja untuk anda semua.
HADAPILAH SETIAP PERMASALAHAN DENGAN SENYUMAN
Comments
Post a Comment