BARANG YANG LEPAS JANGAN DI KENANG.... BIARKAN IA BERLALU PERGI
PADA SUATU KETIKA DAHULU
Sedang aku bersedia untuk menghadapi pertandingan yang aku sendiri tidak pernah terfikir untuk masuk. Satu pertandingan yang rupenye memerlukan masa dan perhatian yang sangat banyak, walhal kerja aku sendiri aku tidak terkejar, inikan pula bertambah - tambah di atas kerja dan fikiran. Tiba -tiba seperti angin lalu, kenangan menerpa kesegenap tubuh ku, seakan - akan perkara itu seperti baru berlaku semalam.
Mungkin juga apa yang aku ingatkan hanya sebahagian daripada cerita dan sebahagian lagi mainan minda ku. Tidak mungkin aku boleh mengingati semuanya dengan nyata dengan jelas kerana ia sudah pun berlalu berpuluh tahun yang lepas. Cerita mengenai seorang budak berusia 18 tahun yang buat pertama kalinya mempunyai CRUSH, agak kelakarkan... kenapa umur 18 baru crush, bagaimana sebelum - sebelum itu, sebab budak ni perangai dia sangat - sangat confident level tak tinggi, sepanjang kehidupan sekolah dia, perasaan diri tu tidak cantik juga tinggi jadi sememangya di dalam kehidupan dia, untuk menyimpan perasaan terhadap sesorang itu adalah mustahil, apatah lagi nak confess.
Maka bermur 18 lah budak tersebut, dan di terima masuk ke salah sebuah politeknik di Malaysia ini seperti waktu di sekolah, beliau jugak telah menyemat rasa rendah diri, tidak cantik dan tiada confident diri. Niat pada ketika itu hanyalah untuk berlajar dan hanya berlajar, bak kata cikgu sains sebelum mengakhiri tingkatan 5 pada ketika itu, hormon - hormon perempuan akan mula take over diri anda semua dan anda semua akan mula mempunyai keinginan seperti mana perempuan - perempuan yang normal.
Budak berumur 18 tahun tersebut juga di landa hormon tersebut dan beliau ter CRUSH kepada seorang lelaki di dalam kelasnya, dan bukan dia sahaja yang crush kepada lelaki tersebut tetapi 80% daripada pelajar kelas semua tersuka kepada lelaki itu."Lelaki itu" seorang yang good looking, smart nampak confident dan adorable person... tats mean he is charming the way he is.
Persoalanya adakah Budak umur 18 tahun itu mengatur langkah untuk mengorat Lelaki itu, nak di jadikan rezeki mereka pun satu kumpulan untuk satu subjek, dan di sinilah si budak 18 tahun itu cuba untuk berkenalan dengan Lelaki itu, jika saya tulis di sini yang budak tu terhegeh - hegeh... saya rasa terma itu tepat dan yang pastinya tanpa lelaki itu tahu pada suatu hari budak itu menelefon seperti biasa dan excited untuk mendengar suara lelaki yang di sukai tetibe budak itu terdengan yang lelaki itu berkata " kuat giler suara" sambil ketawa sebelum talian di putuskan oleh budak 18 tahun tersebut.
kemudiannya budak itu tidak lagi menelefon lelaki itu, dan beliau juga sudah kurang bercakap dengan lelaki itu walaupuan satu kumpulan dan akhirnya budak itu pun memendam rasa dan cuba berubah supaya tidak menjadi budak yang terhegeh -hegeh lagi.
Sekarang budak 18 tahun itu dah menjadi 19 tahun, iye dia masih crush kepada lelaki itu, tetapi masa tu lelaki itu telah pun mempunyai teman wanita. Sebagai seorang budak yang tidak percaya dirinya cantik dan tidak confident, beliau terima yang crush beliau telah pun keluar dari carta hidup beliau. Life must goes on, takkan nak tunggu lelaki itu... serius aku cakap dalam otak aku tiada register mengenai lelaki itu sehinggalah berumur 20 tahun. Owh lupe.... sewaktu praktikal budak tu masih berumur 19 tahun dan pernah terserempak dengan lelaki itu tetapi tiada apa yang di bualkan mungkin perasaan hati yang terluka itu masih di bawa ke tahun itu.
Tahun akhir di politeknik sebagai student sijil, tetibe satu kumpulan lagi... Budak yang sudah berumur 20 tahun itu tidak lagi excited tetapi dia kalau boleh hendak elakkan daripada satu kumpulan dengan Lelaki itu, namun aturan takdir begitulah ceritanya adakah Budak itu dengan lelaki itu kembali berbaik? Biasa sahaja, tiada cerite yang hendak di cerita kecuali pada suatu petang di waktu praktikal kerja luar, di tepi sungai seorang kawan bertanya "Ko tak nak try ke Lelaki itu, dengar cerita dia dah brake dengan girlfriend dia" budak yang berumur 20 tahun itu hanya melihat wajah rakannya dan dengan perlahan dia mengelengkan kepala."kalau macam tu ko try aku jelah" sambil ketawa kata kawan budak itu..
Maka dengan itu berkahirlah episode sijil politeknik, kita masuk pula fasa diploma... walaupun kesamaran minda mula melanda kenangan yang tidak dapat untuk di panggil, nampaknya tahun itu tiada apa yang menarik kecuali budak itu bekerja di Jusco dan membuat banyak wang kerana MAWI, akhirnya dia mohon untuk sambung belajar. Adakah budak itu menghubugi lelaki itu? mungkin kerana budak itu tidak sabar untuk berjumpa lelaki itu setelah mendaftar masok diploma dan tetiba.....
"ko tahu tak yang dah 6 bulan lelaki itu kapel dengan budak ni..... mereka jalan-jalan sama - sama dan lelaki itu pun ada bawak budak yang sorang ni balik kampung" kata kawan Budak itu
Skali lagi budak itu terdiam dan membeku, di sangkakan akhirnya dia berjaya bersama - sama dengan lelaki yang dia crush sewaktu umur 18 tahun dulu tapi hampa. Budak itu pulang ke rumah dengan hati yang remuk, budak itu tidak bertanyakan apa - apa kepada lelaki tersebut apatah lagi menelefon beliau.
Bagi mengesahkan cerite itu sendiri, budak yang di katakan berkapel dengan lelaki itu sendiri membuka cerita mereka berdua "siap makan masak lemak pisang" budak itu pun menarik nafas panjang dan pergi dari mendengar cerita cinta mereka. Ini berlaku sewaktu semua rakan - rakan sijil berkumpul untuk majlis konvokasyen. Jadi budak itu tidak melihat atau menyapa lelaki itu lansung dan ia berlarutan sehinggalah.
"ko tak nak kol lelaki itu ke, dia dah nak kawen" budak itu pun melihat wajah kawannya dan bertanya "sebab" "aku dengar lelaki itu macam ada problem" terang kawannya lagi "biasalah nak kawen, macam - macam lah masalah timbul" jawab budak itu.
Mungkin patah hati itu benar, mungkin tawar hati itu juga benar dan mungkin marah itu juga benar. semua perasaan ini bersatu menjadi perasaan tidak mahu ambil tahu.
Tiba - tiba mesej di facebook berbunyi "awak bila nak kawen, boleh tak kalau saya nak awak kawen tahun ni juga" budak itu banyak kali membaca dengan penuh berhati - hati, sebenarnya apa yang berlaku, budak itu pun menjawab... "mana ada siapa nak kawen dengan saya lah"
Seterusnya mereka tidak berhubung lagi yang pasti Facebook lelaki itu telah hilang dari pandangannya, masa terus berlalu dan mereka berjumpa lagi.... Kali ini di majlis kawen rakan kelas mereka, Budak itu sengaja pergi lewat bagi mengelak berjumpa rakan - rakan dan terus ke pelamin mencari pengantin kemudian pengantin nampak sahaja budak itu dan menjerit "ehhhh lelaki itu ada kat belakang, dia tak balik lagi" budak itu terpinga - pinga mendengar ucapan pengatin tersebut di saat melihat wajahnya. budak itu pun berpaling ke belakang dan terlihat Lelaki itu mendukung anaknya, budak itu pun menyapa dan terus berlalu ke kemah makan.
Tetiba lelaki itu duduk di sebelahnya dan bersembang sebagaimana rakan yang sudah lama tidak bertemu, namun budak itu masih dengan rasa - rasa yang dia rasakan sewaktu dulu... dengan makan dengan cepat budak itu meminta diri untuk berlalu pergi.
kita cepat kan cerita ini sehingga tahun 2024, budak itu dengan lelaki itu bertemu lagi di whats app... seakan cerita fairytale putera charming kembali namun setiap hari budak itu ingatkan dirinya "ITS TOO GOOD TO BE TRUE" and yess it is....
kamon lah guys... korg expect ape? laki orang kot.....
korang expect cerite ni habis dengan happy ending ke... aduiiii ahahahahahah
dahhhhh.... jangan nak berangan sana.... ini bukan drama korea... ini kisah benar
tapi dengan komunikasi yang singkat itu, cukuplah mengimbau kembali kenangan bagaimana CRUSH pertama di dalam hidup budak itu. Adakah aku masih marah, masih sakit hati, masih patah hati? mungkin sebab - sebab ini lah yang aku tidak mahu jumpa dia sehingga harini walhal benda ni dah lama kan jadi.
kepada Lelaki Itu
Mungkin anda lupe sebahagian cerita di atas,
sebab ia tidak penting pun untuk di ingat
mungkin saya tidak berusaha dulu dan nampak tidak bersungguh - sungguh
dan setelah awak baca cerita ini, mungkin awak dah jumpa jawapan
persoalannya adakah awak hilang saya sebagai seorang kawan
jawapannya tak lah, saya masih rakan kelas awak dan tiada yang berubah.
doa saya untuk awak... semoga di permudahkan urusan awak
dan jika kite terjumpa di masa hadapan
semoga di dalam keadaan baik baik sahaja
takkanlah saya dah tua - tua bak kate orang
dah bau tanah dah... nak emo lagi bak umur budak 18tahun
agaknya.... inilah sebab lagu Mungkin Nanti itu menjadi lagu tema awak.
ok done.... meluahkan perasaan dekat blog
hahahahahahahahahahahaha
jom sambung kerja.
p/s: crush tu bukan jatuh cinta kan,,,, die ter crush secara tak sengaja
Comments
Post a Comment