UnTittled part2.

Babak 5.
A New LIfe.

Sudah sebulan Kristal bekerja di KMN, pelbagai orang yang di temuinya dan sekarang Kristal sedar yang dia perlu berbuat sesuatu untuk terus maju di dalam arena customer service dan mula faham kenapa Mei Mei hanya mengambil pekerja berbangsa Tiong Hua di butinya ini. Boleh di katakan 90 peratus pelanggangnya adalah orang cina dan hanya sepuluh peratus lagi barulah datangnya daripada bangsa-bangsa lain. Kemungkinan orang ramai tidak perasan yang sebenarnya KMN terdapat pelbagai harga yang mampu milik, cuma suasana butiknya yang nampak high class dan layanan daripada pekerja-pekerja di sini membuatkan orang yang tidak berada berasa kurang selesa, tetapi itulah yang mahu di terapkan oleh Mei Mei terhadap KMN iaitu friendly customer supaya customer akan datang dan datang lagi. Ini kerana terdapat banyak butik dan juga pakaian yang di jual secara online oleh itu yang membezakan semua ini adalah customer service dan apabila pelanggan merasakan mereka di alu-alukan maka mereka akan kembali. Kristal sekarang sudah menjadi seorang yang banyak mulut, dia menjadi seorang yang peramah dan untuk memulakan perbualan dengan seseorang yang tidak di kenali adalah bukan sesuatu yang mustahil. Sejak azali lagi, semua orang mengetahui yang Kristal sangat serius orangnya, dan dia tidak akan mungkin menegur orang yang tidak dia kenali apatah lagi mahu berbicara, ternyata sekarang Kristal sudah berubah. Kristal berasa sangat gembira apabila dapat membantu seseorang kelihatan cantik, dia sungguh tidak sangka yang sekarang dia sudah menjadi di antara sales assistant yang di gemari tetapi Kristal tetap merasakan effort nya tidak cukup, dia merasakan dia perlu menguasai bahasa cina yakni mandrin dan juga kantonis bagi mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam KMN. "Dalam hidup kita mesti ada target, takkan aku nak jadi sales assistant je, so i must try to find a way to be somebody in KMN, first stop i'm gonna brush up my tongue and learn mandrin" Kristal berharap Mei Mei akan melihat effortnya dan jika suatu hari Mei Mei mahu membuka cawangan yang lain Kristal berdoa yang Mei Mei akan memintanya untuk menjadi Shop Manager. Kristal ketawa seorang diri apabila dia hilang dalam angan-angannya "HAHAHAHAAHAHA". Kristal tiba-tiba perasan yang dia sekarang tengah berada di dalam kedai buku MPH, semua orang di dalam kedai itu melihat Kristal sambil membuat-buat muka dan tersenyum sinis "akak? akak dah gila ke? tanjung rambutan dekat je" kata seorang lelaki yang tidak di kenali kepada Kristal dan kemudian girlfriend lelaki itu menarik tangan lelaki itu dan pergi dari situ sambil ketawa besar. "cheeeeehhhh dia yang gila, huh!!!" Kristal membayar buku mandrin communication for dummies dan berlalu pergi pulang ke rumah.

Babak 6
Melayu kalau dah kaya, "Melayu mudah lupa"

Dengan Bismillah Kristal memulakan harinya, dia berharap hari ini dia akan di datangi ramai customer, tidak sabar rasanya untuk membantu orang-orang kelihatan cantik dan menarik. Pelbagai orang yang datang mengunjungi butik KMN dan ada di antara mereka tidak mahu mendengar lansung pendapat pekerja di KMN, kadang-kadang keangkuhan mereka membuatkan semua staff di KMN hanya senyum dan membiarkan sahaja pelanggan mereka membeli apa yang mereka mahu walaupun mereka akan kelihat seperti belon yang mahu meletop dan seperti nangka memakai sarung "how hideous" kata Ah Sa "stupid people no need to say anything" jawab Yen, "sudah lama tak tengok cermin kowt" jawab Kristal "or she just Tak Sedar Diri" kata Monica pula. Kemudian customer yang mencuba baju sleeveless dan short for women pun membuat pembayaran "thank you for coming miss" jawab staff KMN serentak termasuk Kristal "and please, never come again" tambah Yen sambil tersenyum simpul. Wanita berbangsa cina yang bersaiz double XL tidak mahu menerima komen daripada staff KMN untuk membeli pakaian yangg sesuai dengan saiznya tetapi dia tetap bertegas yang sebenarnya dia adalah bersaiz M, seluar short yang di belinya apabila di pakai membolehkan butt cheek dia juga terkeluar berkata "hiiiiii" to everybody. Selang tiga puluh minit kemudian, sepasang suami isteri memasuki butik KMN,
 "haaa~ you punya customer Kristal" kata Ah Sa.
 Kristal terus pergi menyapa pasangan suami isteri tersebut "yea Encik, boleh saya tolong" Kristal tersenyum, "saya nak cara baju macam ini" kata si suami
 "owh ini semua design terbaru coat kami, sekarang design kami lebih modern dan sesuai untuk di pakai ke mana-mana" belum sempat Kristal meneruskan penerangannya, si suami terus memotong dan berkata
 "ini bukan semua coat untuk perempuan ke"
 "errrrrr, ini bahagian lelaki encik, tentulah ini pakaian untuk lelaki" jawab Kristal dan terkedu dengan soalan yang di berikan oleh customernya.
"habis tu kenapa ada pinggang" jawab si suami itu lagi.
"memang coat lelaki sekarang ada pinggang supaya nampak lebih kemas dan bergaya apabila di pakai, tak lah straight macam papan playwood jew" kali ini jawapan Kristal lebih keras
"excuse me, i am businessman, i pergi kerja pakai coat okay, I am here because i need to attend dinner, i terpaksa je datang sini" jawab lagi suami dengan angkuh.
"kalau dah hari-hari pakai, saya dah tak boleh nak cakap apa, Encik pilih lah sendiri kata tahu" jawab Kristal
Kebetulan Mei Mei melalui di belakang Kristal, Mei Mei terus menyampuk dan akhirnya Mei Mei yang melayan suami isteri tadi. Si suami ini juga seperti wanita cina tadi yang tidak sedar diri, entah bila kali terakhir mereka membeli baju atau pun melihat cermin, si suami itu mencuba baju bermula dari saiz M sehinggalah XL dan akhirnya membeli saiz L. Si suami itu lansung tidak melihat muka Kristal dan berulang kali mengatakan dia adalah seorang businessman dan dia tidak mempunya pilihan lain selain membeli coat di KMN walaupun sebenarnya dia tidak mahu.
"Coat kalau ada pinggang okay tak encik daripada yang tak ada" tanya Kristal.
"owh memang patut ada, baru lah nampak shape sikit betul tak" kata lelaki itu sambil memandang muka Ah Sa dan Ah Sa hanya mampu mengukir senyuman yang tidak ikhlas.
Semasa membuat pembayaran, si isteri mengambil satu set barang rantai dan subang untuk di kenakan pada majlis makan malam itu nanti dan Mei Mei berkata "kalu encik nak coat yang lebih selesa dan sesuai, encik boleh pergi ke Butik KiesMeSkies iaitu butik just for men tetapi di Penanglah"
"Kalau dekat Penang buat apa, saya sendiri boleh cari, saya kat sini pun terpaksa je beli, kalau tak saya tak mahu beli pun." jawab si suami.
"Semuanya seribu tiga ratus ringgit" Kata Mei Mei kepada pasangan suami isteri tersebut.
"takkan tak ada discount kot, bukan saya nak sangat beli" jawab si suami itu.
"ini memang dah harga discount, kalau tak total semua seribu lima ratus, ini memang harga sekarang" jawab Mei Mei lagi dengan senyuman yang mesra.
Si suami mengarahkan kepada si isteri untuk membayar semuanya dan dia berdiri sebelah isterinya dengan penuh bongkak, "saya businessman, dekat rumah saya ada banyak coat, kalau tak terpaksa saya tak datang sini, kedai ni ada business card tak, mana tahu kalau saya terpaksa datang sini lagi". Mei Mei melayan dengan penuh kesabaran dan akhirnya pasangan suami isteri itu berlalu pergi dari Butik KMN. Tiba-tiba suasana di dalam butik KMN menjadi sunyi sepi, tiada siapa  berani berkata-kata, ternyata layanan lelaki itu kepada Kristal membuatkan semua staff menjadi kaku dan beku, akhirnya
 "itu orang seperti mengejek kamulah Kristal" kata Yen.
"biasalah orang Melayu, kaya memang macam tu" jawab Kristal.
"dia seakan-akan memandang rendah kamu tau" kata Yen lagi.
Kristal hanya menguntum senyuman, dia tahu dan dia nampak yang si suami itu lansung tidak melihat mukanya, dan lelaki itu kerap kali menyatakan yang dia bussinesman serta si suami itu juga menyebut nama dato-dato serta tuan-tuan yang akan hadir pada majlis makan malam yang akan mereka hadiri.

Biarlah apa orang nak kata, biarlah bagaimana orang nak pandang, asalkan aku tahu di mana taraf aku di dalam komuniti ini, jika mereka fikir aku tak berilmu biarkan, jika mereka mahu memandang rendah aku biarkan, selama mana mahu berjalan sambil mendongak ke atas sahaja, yang penting aku kenal dan tahu siapa yang berada di keliling aku. Ramai kenalan aku yang berdegree tetapi akhirnya berkerja di tempat-tempat yang di pandang rendah oleh orang ramai, bukan kami tidak mahu bekerja di pejabat, tetapi jika jiwa tidak mencintai kerja itu buat apa, dan jika tiada rezeki untuk bekerja di tempat lain itu bagaimana. Ahhhh!!! lantaklah, aku sendiri ada mission untuk diri sendiri, iaitu berharap suatu hari nanti Mei Mei nak bagi aku urusan salah satu cawangannya... Hehehehehee

Sambil mengunyah-nguyah roti di tangan, dan kakinya di hayun-hayun serta di gerak-gerakkan walaupun pada ketika itu tidak mempunyai irama, sambil duduk di kerusi yang berhadapan tempat letak kereta, Kristal terus memujuk hatinya yang terluka dengan attitude si suami tadi. Tiba-tiba pandangan Kristal di halang "kenapa senyum sorang-sorang nak, seronok ye hari ini" tegur seorang pakcik. Kristal mula makan dengan laju dan terus pergi dari situ dengan pipinya kemerah-merahan.

p/s: hatiiii kuuuuu~ hatiiii muuuu~ (credit naik) bersambung minggu depan.... hahahahah macam biasalah tolong abaikan spelling error aku, aku dah tak bleyh nak tulis babak seterusnya, sebab running man throwback ni, best sangat dah mengganggu fokus aku.

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu