Untitled part 3.

Babak 7.
Pernah makan sup kasut saiz 6 TAKK!!???, Kau Ni Memang Mohon Penerajang!!!

Yesss, akhirnya hari minggu sudah berlalu, tak ku sangka sudah isnin rupanya yay!!! kata Kristal di dalam hati, sambil mengangkat tangan kanannya ke atas dan membuat simbol peace dan tersenyum lebar
"woiiiii, dah gila ke?, jangan kata you pagi-pagi dah yam seng aaaa" kata Mei Mei
Dengan tersenyum kambing, Kristal menarik tangannya dan kembali melakukan routine harian, iaitu membersihkan butik KMN, mengelap, mengemop dan menyusun kembali semua baju-baju dan seluar di tempat asal, selain itu juga para pekerja KMN akan menambah kembali baju yang telah dijual di tempat display pakaian. Kristal amat suka dengan hari Isnin, kerana inilah hari yang dia akan bermalas-malasan, serta pelanggan KMN biasanya tidak ramai pada hari ini, jadi Kristal dapat berehat walaupun tengah bekerja. Hari isnin ibarat satu hari yang baru, bak kata orang iaitu refreshing day, kerana hari jumaat, sabtu dan ahad adalah hari yang paling sibuk, terlalu ramai customer, terlalu ramai untuk di kritik setiap pakaian, terlalu ramai untuk di layan, walaupun letih, para pekerja di KMN tetap akan memberikan yang terbaik supaya pelanggan KMN berpuas hati dan akan kembali. Bak kata Ah Sa "walaupun menyampah, tetap kena senyum dan layan dengan baik, siapa yang tak mahu duit". Ah Sa di kenali sebagai Top Seller di KMN, ramai pelanggan KMN akan mencari Ah Sa untuk menerima nasihat dan pandangan dalam pemakaian, Ah Sa sangat peramah dan dia sangat fasih dalam berbahasa Inggeris, Melayu, Kantonis, Mandarin, Korea dan Jepun, bak kata orang-orang di Malaysia ini, Ipoh Mari Takda Sombong ma... Walaupun hanya berkelayakkan SPM, tetapi itu bukan satu halangan untuk Ah Sa memajukan diri. Mei Mei berjanji kepada Ah Sa jika dia teruskan dengan semua kerja keras yang dia buat selama ini, Mei Mei akan memperkenalkan Ah Sa sebagai "Image and Wardrobe Consultant" iaitu kerja yang memberi nasihat imej kepada pelanggan dan juga menasihatkan cara pemakaian, pakaian yang pelanggan suda ada menjadikan ia sesuai dengan trend terkini, bak kata Mei Mei "daripada jual baju lama, we make it look like new" dan Ah Sa memang sesuai dengan kerja itu.
Kristal mengucapkan taniah kepada Ah Sa dan berharap dia akan terus menerus menjadi Top Seller, di samping itu Kristal juga cuba mendapatkan khidmat nasihat bagaimana untuk menjadi yang terbaik seperti Ah Sa.
"yang penting, you kena tahu bila you tengok dia punya shape, bila you dah selalu tengok orang punya body, you can define, what is fine and what is not. Especially bila kita berhadapan dengan orang yang lupa dengan diri sendiri itu yang paling susah, sebab mereka tidak dapat terima kenyataan, sebenarnya mereka pakai saiz apa" terang Ah Sa.
"you boleh share sikit tak, saya tengok orang punya body ni.... errrr baru sekarang saya tengok, manalah saya tahu apa yang sesuai, saya sendiri pun tak berapa okay dalam berfesyen nie" kata Krista merendah diri.
"owwwhhh, you punya fesyen okay sahaja saya tengok, tak baik hari-hari datang sini tipu saya aaaa!!!! well it depends, actually for someone so skinny and had collar bone, they actually not suitable wearing something like singlet or something that have tengkuk luas sebab it will fall of their shoulder, you know what i mean right, like you lah, faham" terang Ah Sa memberi sedikit tips kepada Kristal, dan Kristal hanya menggangukkan kepala kemudian Ah Sa meneruskan lagi tips-tipsnya kepada Kristal sehinggalah "haa~ you punya customer dah sampai"
Beberapa orang lelaki melangkah masuk, dan daripada pemerhatian, salah seorang daripadanya adalah bos dan dua orang lagi lebih kepada pekerja kerana mereka tidak bersembang seperti seorang kawan tetapi yang seorang itu sibuk memilih baju dan dua orang lagi hanya menunggu di depan pintu dan di tangan mereka terdapat beberapa paper beg dan plastik beg. Kristal menganalisis pelanggannya daripada jauh, di lihat kepada lelaki yang serba segak, berpakaian formal, coat with tie, maybe dia seorang businessman. "arrrgghhh harap-harap dia tak macam lelaki melayu bodoh sombong haritu" membebel-bebel mulut Kristal sambil menghampiri lelaki yang kacak bergaya di hadapanya.
"Yea Encik boleh saya tolong" kata Kristal sambil tersenyum lebar, lelaki tersebut hanya senyum kembali kepada Kristal dan membuatkan Kristal terkedu seketika. Apa bisu ke lelaki ini kata Kristal di dalam hati.
"Errr, KMN cloth are made from great fabric and some of the fabrics are imported, and the one that you hold are made in Australia" jelas Kristal di dalam bahasa Inggeris setelah lelaki itu tidak menjawab apabila di tanya menggunkan bahasa melayu dan kali ini lelaki itu hanya tersenyum juga. Kali ini Kristal sudah merasa sangat menyampah, bagi Kristal, lelaki ini sama juga dengan si businessman yang bodoh sombong itu.
"Ni xiao shen me? ni fengle ma? chiquai, ni mian ho shui ke shi ni de danao... fengle" kata Kristal sambil senyum di hadapan lelaki itu.
"Ada bahasa lain lagi yang awak nak cakap dekat saya" jawab lelaki tersebut.
"Ya ALLAH, boleh bersuara rupanya, ingatkan bisu tadi, and owwhh faham bahasa melayu, baru ingat nak cakap Jerman" kata Kristal cuba membuat jenaka sejuk.
"okay try convince me, in Jerman" kata lelaki itu.
"cakap Jerman you mean?" tanya Kristal sekan-akan tidak percaya dan lelaki itu tersenyum dan menggangukkan kepala.
"JERMAN" kata Kristal, dan lelaki itu terpinga-pinga tidak faham.
"yewlah, saya kata saya nak cakap Jerman, bukan cakap bahasa Jerman" kata Kristal sambil ketawa terbahak-bahak.
Dengan membuat muka seakan-akan tidak dapat menerima jenaka Kristal, lelaki itu terus menghulurkan sehelai seluar berwarna coklat "saiz M, please" kata lelaki itu
Tanpa berkata, Kristal terus berlalu pergi dan mencari saiz yang bersesuaian untuk lelaki itu.
"encik boleh cuba dahulu, kowt-kowt saiz tidak sesuai" Kristal memanggil lelaki yang segak bergaya seperti anak raja. Lelaki itu terus menghampiri Kristal dan mengambil seluar berwarna coklat perlahan dan terus masuk ke dalam bilik persalinan.
Beberapa minit kemudian, terdengar bunyi pintu bilik persalinan di buka, alangkah terkejutnya Kristal melihat lelaki tadi tidak berbaju dan hanya berseluar yang dia mahu mencuba tadi.
"is this pants make me look good... oowwwhhh i mean look hot" lelaki itu bertanya kepada Kristal tanpa berasa malu untuk menayangkan badannya tanpa sebarang pakaian. Kristal hanya terpengun dan kaku melihat lelaki tadi, agaknya memang lelaki ini gila, sebagai seorang wanita melihat seorang lelaki yang mempunyai six packs dan tone color yang sawor matang sudah cukup mengegarkan jiwa.
"so what did you think, hot or just okay" tanya lelaki itu lagi.
"you are crazy" jawab Kristal.
"what are you looking at, never look at a half naked man are you" kali ini lelaki itu bergerak menghampiri Kristal, dan mata Kristal kini membulat melihat lelaki itu.
"errr, saya tengok ayah saya selalu pakai tuala je kat rumah" jawab Kristal
Ah Sa yang dari tadi melihat Kristal dan lelaki yang kelihat seperti anak raja itu, terus mendekat ke kawasan bilik persalinan.
"what is going on" tanya Ah Sa terkejut melihat seorang lelaki half naked dan hanya berseluar panjang coklat perlahan yang di hasilkan oleh KMN.
"you friend here, could not give me an answer, i'm asking her is this pants make me look hot or not" tanya lelaki itu kepada Ah Sa pula setelah Kristal gagal memberikan jawapan.
"wow, of coz hot dear auuummm" kata Ah Sa sambil membuat bunyi harimau dan terus berlalu pergi meninggalkan Kristal dan lelaki itu.
"errrr kalau suka boleh terus ke kaunter untuk membuat pembayaran... and this is a total sexual harassment" kata Kristal kepada lelaki itu dan lelaki itu hanya ketawa terbahak-bahak dan menuju terus memasuki bilik persalinan, virgin kata lelaki itu seakan berbisik dan kembali ketawa sambil menukar pakaian.
Setelah membuat pembayaran lelaki itu berlalu pergi, dan sebelum itu sempat dia mendekat Kristal dan berkata "Goodbye Virgin Mary". Kristal tersentak dengan kata-kata lelaki itu dan menjawab dengan kuat "of coz lah saya orang ISLAM!!!! bodoh punya lelaki" kemudian Kristal terus membebel seorang diri 
dah tentu-tentu aku ni Islam, takkan aku dah ehem-ehem pulak, memanglah aku tak pakai tudung, tak bermaksud aku ni open minded sangat... arrgghhh!!!! giler punye lelaki agaknya dia nak makan sup kasut saiz 5 dulu baru nak sedor diri yang dia pun Islam, haram $%#**&&# RASA MACAM NAK TERAJANG ORANG!!!!!!"
Ah Sa ketawa melihat Kristal yang tidak dapat menahan kemarahan dengan kelakuan lelaki tadi, tetapi Ah Sa menasihat kepada Kristal untuk melihat sahaja dan berikan sahaja komen yang patut. Sebagai imej consultant dan juga penasihat pemakaian, mereka haruslah menjadi lebih open minded tidak kiralah half naked ke, just cover only 30 percent and 70 percent naked ke, mereka haruslah untuk melihat akan tetapi jika pelanggan sudah bertindak menunjukkan sesuatu yang tidak patut baru lah boleh di panggilkan guard untuk memberi tindakkan yang seterusnya.
Akhirnya shif bekerja Kristal pun tamat tepat jam 6.30 petang, Kristal berasa sangat bertenaga untuk pulang, sedang Kristal berjalan menuju ke arah pintu keluar, Kristal terasa seakan-akan ada orang sedang memerhatikannya, lalu Kristal mengangkat muka dan memandang ke arah kanannya, terlihat seorang lelaki sedang meminum kopi di restaurant Starbuck  senyum ke arahnya sambil mengangkat sedikit cawan yang tengah di pegangnya tanda hormat. Kristal membuat muka marah sambil tangannya membuat penumbuk  ke arah lelaki itu dan kemudian lelaki itu terus ketawa terbahak-bahak, Kristal melibaskan rambutnya yang panjang ikal mayang dan terus berlalu pergi. Kristal kalau boleh mahu cepat-cepat pulang ke rumah, tidak pula dia sangka yang dia akan bertembung dengan lelaki yang menjadi pelanggannya tengah hari tadi. Tak nak jumpa dia dah, Kristal memeluk bantalnya dan terus menghilangkan diri ke alam mimpi yang indah dan dia kalau boleh tidak mahu ingat akan situasi di butik pada siang hari tadi.
GOODNITE WORLD

p/s: berjaya jugak aku tulis, walaupun cik toon kacau di sisi, sian dia nak sembang ngan aku tapi aku tengah fokus tulis cerita nie lah pulak "betuah punya anak" lah aku nie kan, tak hirau mak sendiri... hahahaha

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu