UnTittled part.1

Intro
What The Future Hold.

Argggghhhh!!!!! bosannya, aku tak boleh tahan lagi kerja dekat sini, bosan dia ALLAH je yang tahu, memanglah kelayakkan aku yang meletakkan aku berada di meja ini, di syarikat yang well tak berapa besar tetapi famous lah jugak dalam bidang civil engineering ini, berapa banyak bangunan aku dah assist architect, errr baru dua... uhuk! uhuk! uhuk! maaf aku batuk kejap, gaji yang tak berapa nak tinggi menggunung ini serta kehidupan di kota Kuala Lumpur yang serba pantas. arrgghhh "Aku Bosannn!!!" tiru Fazura kejap, aku rasa kehidupan di Kota Besar ini, bukanlah sesuatu yang aku terujakan dan nikmati, walaupun gaji aku okay di Kota Kuala Lumpur ini tetapi aku rasa kecil sangat di sebabkan tol lah, bayar parking lagi, sewa rumah lagi, duit minyak lagi dan duit makan lagi... last skali berapa sen sangatlah duit yang aku ada, nak simpan duit ASB pun tak lepas, aduhhhh!!! lebih baik aku balik kampung tanam kacang. Keluh Kristal seorang diri, dan kali ini dia memang bertekad untuk pulang ke kampung, walaupun pada ketika ini nasib dan rezeki Kritas masih belum jelas.

Babak 1,
Rumah Ibu Bapa Kristal di Kampung Kacang tak Bijak

"Kau ni Kristal, dah elok-elok kerja kat Kuala Lumpur tu, berhenti pulak" bising mak kristal
"hisshhh, awak ini, cuba bagi semangat sikit dekat anak ni, daripada awak bising-bising apa kata awak pergi buat teh ke, masak goreng pisang ke, ada jugak faedahnya" kata ayah Kristal pula, kemudian ayah Kristal sambung lagi dan kali ini, kata-kata dia lebih menuju ke arah Kristal.
"Kamu ni Kristal, berhenti kerja tak cakap dengan ayah pun, kamu tahulah yang kat Ipoh ni kerja semua limited, tapi nanti ayah cuba carikan kerja untuk kamu ye"
"Ayah, Kristal balik ni, bukan nak kerja dekat pejabat lagi. Kristal tahu, kerja dekat pejabat ni bes, cuti hari ahad, ada kelas, orang pandang tapi Kristal tak dapat nak bagi duit lebih dekat mak dengan ayah nak buat apa, lagipun, jiwa Kristal ni, jiwa bebas, Kristal tak boleh tahan lah duduk dalam pejabat yang sebesar ruang tamu rumah kita ni lah ayah. Kristal dah bosan dan mental block bila Kristal buat kerja" jawab Kristal panjang lebar.
"Suka kamulah Kristal, ayah malas nak cakap banyak, dah elok-elok jadi technician tiba-tiba berhenti plak, kamu kerja lah yang sesuai dengan jiwa bebas kamu tu" kata ayah Kristal lagi yang sudah kehabisan idea untuk memujuk anaknya kembali bekerja di pejabat.
"Bukan technician lah ayah, just memproses data and teman architect pergi site, that's all" Kristal sudah mula menyampah untuk menjawab, apabila ayahnya tidak dapat memahami perasaannya pada ketika ini.
"Mak~ setuju sangat dengan apa yang ayah kamu cakap, mak cuma risau, kau nak kerja apa kat sini" kata-kata ibu Kristal itu ibarat menambah garam pada luka yang masih berdarah, pedihnya ALLAH sahaja yang tahu.

Babak 2,
I'm just a stupid Me

"Kanapalah susah sangat mak denga ayah aku nak faham, kalau aku tahu... hmmm aku still akan berhenti jugak, sebab aku dah tak ada jiwa nak buat kerja kat situ lagi. Tapi sekarang ni, AKU NAK KERJA MANA!!!!!!!!" jerit Kristal di tengah-tengah jalan berhadapan dengan bagunan Yikk Foong.
tiba-tiba piiinnnnnnnnn!!!! "OOOIIIITTTTT GILA KAAA!!!???"
dengan muka yang merah padam Kristal cepat-cepat melintas jalan, apabila malu di hon oleh sebuah teksi yang berada di jalan itu. Kristal baru sahaja selesai ke bagunan UTC Ipoh yang dahulunya di kenali sebagai Super Kinta, Kristal cuba mencari lubang-lubang kerja dengan bertanyakan orang-orang di UTC jika terdapat kerja kosong di jabatan kerajaan. "Cik boleh terus isi borang SPA secara online, dan sekarang kita dah tak pakai borang untuk mintak kerja" jawab salah seorang pekerja di bangunan UTC apabila Kristal bertanyakan cara untuk memohon kerja kosong yang terdapat di sektor awam di negeri Perak.
"aku dah blur, tolong? kerja apa lagi yang aku tahu, selain kerja dekat pejabat and yang lagi tak syok semuanya basic rendah, tapi... aduhhh sama je kalau di pikirkan, Kuala Lumpur basic tinggi tapi taraf hidup tinggi... tapi pejabat bukan jiwa aku" 
Kristal tahu selama satu tahun ini, ibu bapanya sangat berbangga dengan dirinya yang berjaya meletakkan dirinya setaraf dengan sepupu-sepupunya yang mempunya kelulusan luar negara dan majoriti daripada mereka menjadi orang-orang yang berjaya dan ada di antara mereka menjadi ketua Doktor bahagian doktor-doktor swasta. Tetapi bagi Kristal, kalau bekerja tetapi hati tidak mencintai kerja itu ibarat memasak daging bahagian sirloin yang mahal itu tetapi tidak masak di bahagian tengahnya, bukan lagi medium raw tetapi ini lansung tak masak, ibarat perkhawinan yang terpaksa, sama seperti "u tidur bilik sana dan i tidur bilik sini" tidak seperti nurul dan ajai serasi bersama tetapi akhirnya bercerai... ooppss apatah lagi irama tidak bersatu dengan muzik, bagaimana harmoninya akan terjadi"
Kristal tidak tahu, sama ada tindakkannya itu bodoh atau sebernarnya dia sudah give up. Sehingga satu tahap, Kristal tidak lagi mampu untuk memproses maklumat kerjanya, apatah lagi untuk menghasilkan satu hasil kerja yang menarik. Bos Kristal pula sudah dapat melihat, Kristal bukan lagi seperti mula-mula Kristal masuk bekerja di situ, dan apabila Kristal memberikan notis untuk berhenti kerja, bosnya cuba memberi nasihat kepadanya tetapi bosnya juga tahu yang Kristal sudah bertekad untuk pulang ke kampung.
Kristal menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal ini, di meja makan di gerak Mat Jasak ini Kristal meratapi nasibnya yang bertidak secara terburu-buru dan ketika Kristal melepaskan rindunya terhadap kueh  teow kicap yang terkenal di Ipoh ini, telefon kesayangannya berbunyi.
"woiiii perempuan!!! okay-okay kat mana? nanti sepantas kilat aku sampai, aku tengah makan Mat Jasak ni, kau nak tak? ok, nanti akua tapaukan ok".

Babak 3,
Mei Mei My Partner in Crime

"Walauweiiii, tengok siapa dah balik sini, sombong bukan main, sudah balik sebulan pun tapi tak mahu jumpa saya pun, sangat baik ini orang" Kata Mei Mei
"Ah Mei, Xiao Jie, saya memang mahu mencari you, tetapi i just didn;t find the right time... since you called me, i guess, now is the right time to see you" jawab Kristal 
"Saya tahu, you duduk Kuala Lumpur sana, you kerje sangat me??? errr hebat kan??? takkan mahu datang sini cari saya yang kerja dekat kedai ini" kata Mei Mei, memerli Kristal yang seakan-akan melupakkannya apabila sudah bekerja di Kuala Lumpur.
"Hey Leng Lui, saya tidak pernah memandang rendah kepada orang-orang yang bekerja di Supermarket or di Butik sendiri macam you, macam saya tak tahu yang you tu berlagak je macam bodoh tetapi kelulusan Lim Kok Wing, ini butik sendiri punya, siap ada francais dekat Penang, u mahu i cakap apa lagi" Sakit hati pulak Kristal dengan kata-kata Mei Mei tadi.
"Hahahaha, you jangan cakaplah, saya tak pernah bagi tahu staff saya yang ini butik saya punya, mereka cuma tahu saya ini supervisor mereka sahaja dan ayah saya serta ma saya ialah bos mereka.... hahahahaha" itulah perangai Mei Mei yang suka merendah diri, tidak pernah sekali pun dalam tempoh masa empat tahun ini, para pekerja butik KeisMeNot atau KMN mengetahui status Mei Mei.
Mei Mei kawan sekolah menengah Kristal, pada mulanya mereka tidak rapat sehinggalah tamat persekolahan apabila mereka berdua mula bekerja di tempat yang bernama Music Valley yang terletak di dalam Jusco Ipoh. Di situlah bermulanya persahabatan yang di jalin, Kristal tidak mengetahui yang Mei Mei mempunyai seorang ayah yang sangat kaya, dan mempunyi sebuah kilang kayu yang terletak di Batu Gajah. Pernah Kristal bertanya kepada Mei Mei, kenapa dia mahu bekerja dengan orang lain dan bukan dengan ayah sendiri, Mei Mei kata, dia perlu berlajar berdrikari sendiri dan berlajar dari orang lain bangaimana untuk menjadi seorang leader berbanding dengan ayahnya. Mei Mei tidak mahu di beri layanan yang special oleh kerana dia anak seorang tauke besar, lagi pun abang Mei Mei sudah ada membantu ayahnya, jadi Mei Mei rasa dia perlu mencari arah tujuan hidupnya sendiri berbanding bekerja di bawah ayah dan abangnya.
Selama empat tahun ini, Mei Mei bekerja dan dalam tempoh masa yang sama dia mula bekerja dan membangunkan KMN, bermula dengan kawan-kawan, kemudian online dan akhirnya dia berjaya membuka butik yang kecil di Greentown Business Center dan apabila Aeon Station 18 mula di buka, dan kebetulan pada ketika itu, peniagaan KMN sudah semakin maju, Mei Mei mengambil keputusan untuk berpindah dan mendapatkan environtment yang lebih baik untuk perniagaannya. Selain daripada supervisor dan executive di KMN, Mei Mei juga adalah main designer dan dari mula-mula KMN memulakan perniagaan, semua jenis pakaian adalah hasil daripada karya Mei Mei sendiri.

Babak 4
Please Hired Me!!!!

"Mei Mei Xiao Jie, memandangkan saya sudah ada di sini, apa kata Mei Mei xiao jie memberi saya sebarang kerja, saya sudah tiadak mempunya sebarang kerja... huhuhuhuh saya sudah meninggalkan pekerjaan lama saya" tanya Kristal, yang bermain-main dengan Mei Mei.
"betul ke, you mahu kerja sini, saya tidak mempunyai wang cukup untuk hired you jadi i punya staff, lagi pun saya punya brand, mana ada standard untuk orang-orang yang ada degree plus master macam you tu" perli Mei Mei lagi sambil menyumbat mulutnya dengan kueh teow kicap yang di beli Kristal terlebih dahulu.
"betullah Mei Mei, you bagi saya kerja jadi tukang cuci lantai pun jadi lah, nanti saya kasi you punya butik, kilat-kilat sana, kilat-kilat sini... boleh lah Xiao Jie" rayu Kristal.
"you betul mahu kerja dengan saya ke, qing buyao dui wo shouhuang!, zhen de ma?" tanya Mei Mei lagi.
"betulah Mei Mei, pleasseeeeeee" rayu Kristal lagi sampai melutut-lutut di lantai dan mengelip-ngelipkan matanya kepada Mei Mei "lagi pun saya ada kereta mahu bayar" Kristal mengambil tisu di atas meja dan kemudian di cariknya menjadi satu garis panjang dan di letakkan di matanya.
"tapi jadi sales assistant je boleh, komisen semua dapat... kalau you mahu, next week boleh start kerja sebab one of my staff sudah mahu berhenti sebab mahu sambung berlajar... ok" kata-kata Mei Mei itu ibarat satu cahaya penyelamat kepada Kristal, dia ingat dia akan mengambil masa yang lama untuk mencari kerja tetapi rezeki sudah sampai, Kristal terus menjawab ok.
Walaupun mendapat tentangan daripada keluarga Kristal, tetapi Kristal telah membuat keputusan untuk bekerja dengan Mei Mei, dan bagi Kristal, mungkin kerja berjumpa dengan orang ramai ini adalah satu kerja yang kena dengan jiwanya, yang sukakan kebebasan dan mungkin dia sebenarnya lebih layak dari hanya menjadi seorang promoter atau sales assistant tapi Kristal tetap mahu teruskan juga kerana semasa kerja di Music Valley dahulu, Kristal amat gembira walaupun kerjanya sangat letih.

Babak 5
My Veri First day at KMN

"Nasib baik you takda lambat ye, ngam-ngam 9.30 pagi you sudah sampai sini, bagus, saya sangat pentingkan itu performance tau, image syarikat kena jaga... saya tak suka late in, but late out ok, hahahaha" kata Mei Mei
"This is all your co-worker, Ah Sa, Yen and Monica, if you have any problem, you just need to ask any of them, don't be shy. In my boutique, every single detail of the cloth you need to know until the what the fabric it used and is it suitable to the customer or not. For me, KMN customers are more like client, we need treat them well ok, did you understand what exactly i'm trying say to you" terang Mei Mei panjang lebar.
"Yes mam, i do understand" jawab Kristal
"tak payahlah panggil mam, panggil nama sahaja sudah, lagi pun kita kawan maa" Mei Mei mula berasa panas di pipi apabila Kristal memanggil Mei Mei dengan gelaran mam.
"here, we are more like consultant than someone who just sell the baju, we not just simply jual baju and seluar, we want orang yang beli baju and seluar kita, wear it good, when the cloth suit them well, nanti mesti orang tanya kan, and more future clients akan datang cari kita punya brand, that is why i don't simply ambik orang kerja, i want someone with class and also friendly... dan orang yang suka senyum macam you" tambah Mei Mei lagi.
"ooowwwhhh patutlah, pekerja you semua cina, takda orang melayu, mo class meh, malay ren?" tanya Kristal.
"you bukan Malay ren meh" Mei Mei bertanya kembali kepada Kristal
"yewlah tu, tapi kalau saya bukan you punya kawan, you ambil, saya kerja tak" tanya Kristal lagi.
"i pikir dulu lah kot... HAHAHAHAHAHAHA" Mei Mei menjawab dengan gelak besar.
Pekerja-pekerja di KMN semuanya sangat friendly, semuanya menolong Kristal dengan hati yang terbuka, kebetulan pada hari ini, semua pekerja KMN perlu bekerja daripada jam 9.30pg sehingga 10 malam, kerana pada hari ini terdapat temubual majalah fesyen yang sangat terkenal iaitu Harper's Bazaar Malaysia di butik KMN. Oleh itu Mei Mei mahu butiknya kelihatan cantik dan kemas, serta semua collection nya di letakkan dengan cantik serta dapat menonjolkan ke unique kan dan kelainan yang terdapat di KMN. 
"Mei Mei, saya pun kena join skali meyh" tanya Kristal
Sambil mengangkat kening "just go, have some make up, i want everyone looking beautiful" ok leng lui jawab Mei Mei
Gila lah baru first day aku dekat sini, dah nak siap-siap masuk majalah, bukan sebarang majalah pula tu Harper's Bazaar... memang Bizare gila aku rasa, macam mana kalau dia tanya macam-macam, apa aku nak cakap, bukannya aku tahu apa yang diaorang jual kat sini, apatah lagi nak explain pasal fabric, kalau tanya untuk pembinaan pakai cerucuk jenis apa, nak pakai bata jenis apa aku tahulah nak cakap apa, kalau nak explain blue print bangunan tu boleh lah sikit-sikit, tapi kalau aku nak cerita pasal baju... memang cari pasal betul aku ni. 
Pelbagai perkara bermain di dalam otak Kristal, dia mula menjadi gelabah, dia tidak tahu di mana dia harus mulakan untuk berkenalan dengan butik KMN ini.
"You jangan kancheong sangat, megazine tu bukan tanya you maa, dia mahu interview saya sahaja, maybe lah kalau you bernasib baik dia akan tanya sikit-sikit, takpelah nanti, saya suruh Monica tolong explain dekat you apa yang important ok" kata-kata Mei Mei itu sedikit sebanyak melegakan hati Kristal.
Akhirnya yang di tunggu-tunggu telah tiba, segerombolan pasukan temubual daripada Harper's Bazaar datang untuk menemu bual Mei Mei, Kristal bersama-sama pekerja KMN yang lain, mengambil gambar sambil berposing di dalam butik mereka. Secara tiba-tiba setelah habis menemubual Mei Mei, mereka memanggil Kristal untuk bertanya sedikit sebanyak dan soalan yang general kepadanya, apabila Kristal menjawab soalan pertama menggunakan bahasa melayu, Mei Mei datang kepada Kristal dan membisik kan sesuatu di telinga Kristal dan Kristal menggangukkan kepalanya tanda faham.
"thank you for having us, and KMN was lucky to have you as their executive designer" kata penemu bual dari Harper's Bazaar dan Mei Mei hanya senyum sahaja
"excuse me, she was the fou hmmmmm" Mei Mei cepat-cepat menutup mulut Kristal dan melambai kepada orang-orang dari Harper's Bazaar sehingga mereka hilang dari pandangan.
"don't tell people lah, anyway, how many cloth did you sell today, don't say you not yet sold even a t'shirt" tanya Mei Mei.
"not yet lah Xioa Jie, sebab tadi customer cari spender tapi sini takda jual, hahahahaha" jawab Kristal.
"you jangan aaaa... you kawan saya... you kena kerja kuat sikit kasi tunjuk performance depan i punya staff, tolong jaga sikit saya punya air muka ok. Before i forget, please next time always used english language, but if malay ren, you boleh lah cakap melayu ok" nasihat Mei Mei kepada Kristal.
Tepat jam 10 malam, akhirnya hari pertama Kristal sebagai promoter dan sales assistant berakhir, dan dia berjaya menjual 3 jenis pakaian, dua t'shirt dan 1 dress, walaupun terasa sangat letih tetapi hari ini Kristal berasa puas dan gembira, segala titik peluhnya hari ini berbaloi. "aku rasa hari ini aku kerja lagi enjoy berbanding, setahun aku kerja sebagai assistant architect, yeah this is what i want, i really don't care what people said" Kristal mengomel seorang diri.
Kristal meletakkan kepalanya di atas bantal dan akhirnya dia terus terlelap dengan sendirinya, dan sekarang Kristal hilang di dalam alam mimpi, tetapi malangnya tiada mimpi yang mengundang, Kristal hilang dalam keletihan, dan dia hilang di atas tilamnya yang empuk, seakan-akan sedang mengurut-ngurut badannya membantu memulihkan semuanya untuk kembali segar.

p/s: sowwie aku tak cek lew die punye ejaan, so mengkome sekalian, faham-faham sendiri sudah lah yew... aku harap aku boleh tulis sambungan dia secepat mungkin... stay tune

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu