Raya Ke-3, Jom Kita Ke UTARAAA!!!
Dapat Pekena Laksa Pah Chu, Syoknya rasaaaa!!!!!
Selepas raya ke-2 yang cukup mengejutkan, aku dan keluarga aku mula melakukan kerja pembaikan atap bumbung rumah kami yang mempunyai skyview atau pun dengan fesyen terkini di panggil atap penjimatan elektrik jadi, apabila matahari sudah naik dengan sendirinya seluruh ruang rumah bercahaya dan terang benderang seakan-akan menggunakan cahaya lampu elektrik. Pagi itu aku di kejutkan oleh mama aku, dimana Angah aku menyuruh mama untuk menjenguk rumah yang dia beri sewa kepada sebuah keluarga, dan pada pagi itu, aku pun membawa mama dengan kelajuan sebanyak 20km/h. Kami seolah-olah wakil rakyat yang sedang melihat kawasan bencana, di waktu itu tidak kira bangsa, semua pun terkena musibah serta termenung di luar rumah melihat kerosakan yang berlaku. Mama menangis melihat rumah-rumah orang yang rosak, terutamanya masjid yang mengalami kerosakan yang paling maksima dan orang-orang yang sedang meratapi kerosakan rumah mereka. Apabila selesai melawat kawasan kejadian, mama menelifon Angah untuk mengetahui samada dia join atau tidak untuk pulang ke TAIPING, Angah memberitahu mama bahawa dia tidak cukup sihat untuk pulang secepat yang mungkin, tetapi Angah juga memberitahu mama yang dia tetap akan ikut pulang ke Taiping kerana Angah sudah berjanji dengan opah chu.
Actually aku sudah berasa tidak sedap hati, aku rasa macam tak perlu je Angah nak drive cepat-cepat semata-mata untuk pulang ke Taiping, Mama boleh bagi tahu Opah Chu atau bertanyakan kepada dia samada dia ada menyediakan apa-apa hidang yang istimewa untuk Angah atau tidak, sebaliknya aku yang kena marah dan mama kata janji mesti di tepati... dalam hati aku cuma berkata "KESIAN ANGAH"
Selesai je mandi, aku terus mengenakan pakaian raya aku yang aku beli online di My Little Hut, cantik jugak, nampak macam sebijik baju songket, walaupun sebenarnya bukan, hanya corak dia sahaja seperti songket. Tiba-tiba Along menelifon aku dan berkata dia akan terus ke Taiping setelah selesai beraya di Bota,dengan sepantas kilat, aku memakai tudung... memang sangat pantas aku memakai tudung giler punye cepat, sampaikan mama yang dari tak mandi lagi time aku pakai tudung tudung sampailah dia dengan abah dan ready lam kereta... cepat tak aku pakai tudung, anak-anak mak semua.
Perjalanan kami ke Taiping agak smooth sehinggalah sampai di batu 9, Taiping... errrrkkkk mak ni sebenarnya anak-anak, mak ni jenis mabuk kenderaan, tak kisah lah kenderaan apa yang mak naik, kalau dah jem teruk, break... break... jalan break lagi... memang mak rasa nak muntah sangat-sangat dah, lagi dulu sebelum kerajaan Perak buat jalan baru untuk ke Grik, kalau balik rumah kakak abah je, memang abah dah readykan aku plastik untuk aku supaya aku mudah untuk mengeluarkan semua isi perut aku. Atau pun aku akan mengambil jalan mudah iaitu tidoq sepanjang jalan yang kona-kona atau jem teruk supaya aku tidak berasa pening. Kalau jalan kona-kona macam tu, aku really jadi driver, kalau jem pun aku tak rasa sangat sebab aku sibuk memikir untuk menghadapi jalan jem berserta kenderaan yang banyak.
Sampai sahaja di Taiping, Along dan familinya sudah ada di rumah Opah Chu, Along bagi tahu aku supaya aku makan laksa dengan cepat sebab Along kata laksa dah habis. Wow~ aku berbisik dekat Along, takde apa masakkan special ke, Along kata takda.... huhuhuhu kesian Angah dia memang tengah on the way, tetapi nani iaitu isterinya yang driving. Aku bagi tahu mama untuk bagi tahu dekat Angah especially jalan sangat jem dan konduksi Angah yang tidak sihat, tetapi mama ingkar... yeah aku kena marah balik... hmmmm cedeyh, malas nak cakap apa dah.
Hari raya kali ini, di penuhi dengan buah durian, yeah abah sangat gembira dapat makan durian kampung, kalau tak salah aku abah makan 3 biji durian, yelah apak~ kecik je ye~ baiklah saya terima kata-kata apak. Kelihatan Opah Chu seperti sangat letih dan tidak berdaya, jadi aku sangat faham jika opah chu tidak memasak apa-apa yang special seperti tahun-tahun yang lalu, biasalah, manusia bukan sentiasa sihat dan bukan menjadi semakin muda, tak apalah dapat makan laksa Opah Chu dah cukup... sangattttt sedap!!!
with my crazy mak lang lia and my maksu zana |
sakan nye hangpa semua ni makan durian... huluq lah sikit nak rasa~ |
Akhirnya kami pulang ke rumah pada jam 12.30 malam, memang lembik lah di buatnya... sampai rumah pun dah pukul satu lebih, kami tak berani nak guna highway sebab hotfm traffic asyik cakap semua jalan highway kat Perak dok jem je, hmmm terutamanya menuju ke selatan... tak pelah, jalan lama pun jam jugak tapi tak lah sampai berhenti... ok lah tu.... argghhhhh~ mengantuknyaaaaa.... raya ke-4 adalah hari terakhir aku bercuti untuk raya, Along pun dah nak balik, jadi Abah masak special untuk famili iaitu, ikan stim, memang besh.
Hari raya ke-4 barulah kami semua berkumpul, Shahmi sangat suka dekat baby Shazrin sebab dia takde adik lelaki dan Sarah pulak... yeahhh~ Tiesue nampak!!!! awak jeleskan.... nasib baik baby Shazrin tu lelaki kalau perempuan... tak tahu lah Tiesue nak cakap... tapi Sarah jangan risau kerana awak tu always our PINKSESS, cuma sekarang abang Shahmi sekarang sudah ada protege dan juga geng di rumah ini.
Yeah that is how my third day of raya... yeah aku mengumpat mama aku... ahak ahak ahak that is how she is... maaf ye cik toon... rasanya cerita raya aku sampai raya ke 3 jelah ye... sebab gambar raya ke 4 aku takde lah... semua kat Angah ngan Along... lagi pun raya ke 4 cuma kami melepak, makan, tengok tv dan kacau baby shazrin jangan bagi dia tidor je... family time... i love my family... apa-apa pun steady jeee~ hahahahah
SELAMAT HARI RAYA!!!!!
p/s: yay dah habis cerita raya, sekarang kita akan kembali ke alam Rykal dan Kristal... apa agaknya akan terjadi kepada hubungan mereka berdua dan adakah Rykal berjaya untuk membawa Kristal pulang ke kampungnya... yeahhh~ mak nak kene bukak buku balik ler nak menengok ape jadi lepeh nie~ mampuih... dah lame bebenor mak lupekan kisah cite deme berdue neyh~
Comments
Post a Comment