Untitled 13

Babak 17.
Competition Is ON

"Rykal jangan risau, kalau nak pakcik pujuk Kristal keluar dengan Rykal boleh, tapi Rykal kena janji dengan pakcik yang Rykal jangan buat benda yang tak baik dengan Kristal dan jaga Kristal sebaik yang mungkin, dan terima kasih di atas bantuan Rykal pagi tadi"

Rykal gembira melihat mesej yang baru di hantar oleh Pakcik Usop, sekarang rancangan Rykal menjadi lebih mudah lagi kerana, segala aktiviti Kristal di pantau secara sepenuhnya oleh Rykal. "Kristal baby, you just had no way to run or hide". Rykal mula berkira-kira berapa hari lagi yang dia ada untuk membuka hati Kristal tetapi di dalam hati kecil Rykal dia tahu yang Kristal sudah mula menerimanya walaupun sedikit, sekarang adalah masanya untuk ke rancangan seterusnya. Rykal terus bergerak ke ke hotel untuk menyegarkan diri sebelum mempunyai business dinner bersama Andrew Leong, banyak lagi kerja yang harus di lakukan sebelum mega projek di kawasan Lumut di lancarkan.

Krital menantikan kepulangan ayahnya untuk mengetahui bagaimana ayahnya boleh berkenalan dengan Rykal sehinggakan membawa Rykal datang ke rumahnya untuk makan tengah hari. Kristal tersenyum apabila teringat akan kejadian tengah hari tadi dimana Rykal bersama ibu dan bapanya, ketawa dan bergembira bersama "kalau Rykal khawin dengan aku, dah tentu-tentu dia tahu macam mana nak hormat kedua-dua libu bapa aku" Kristal ketawa seorang diri.
"kamu dah kenapa Kristal? mak tak tahu lah macam mana nak menormalkan orang macam kau ni" kata makcik Biah.
"Orang okay je, mak je yang macam-macam" jawab Kristal
sambil menjeling tajam mak biah berkata "tadi mak tengok si budak lelaki yang ayah kamu bawak balik tu macam suka kat kamu je Kristal, baguslah kalau ada orang suka kat anak mak yang senget ni. Dulu dah elok-elok kerja KL ada boypren hensem, tinggal habis balik Ipoh, entah kerja apa-apa tak tahu"
"mak ni, habis sebut benda lama, Insya ALLAH kalau kita kerja betul, kat mana-mana pun boleh hidup, kat mana-mana pun boleh naik pangkat janji kena rajin" Kristal buat muka dekat makcik Biah.
"Suka hati kamu lah Kristal, tapi kalau budak lelaki tadi masuk meminang kamu mak terima tau, tak kisah lah kamu suka ke tak. Nampak macam elok je budaknya" kata makcik Biah sambil berlalu pergi.
"Iyelah terima, bukan main baik lagi si Rykal bongok tu berlakun, kalau mak tahu dia tu buaya darat yang paling hebat kat malaya ni, belum tentu mak nak terima" Kristal membebl seorang diri sambil membuat mimik muka menyampah dengan kata-kata makcik Biah tadi.
"Ayah rasa, kamu memang kena cek kepala kamu lah Kristal, risau pulak ayah. Ingatkan mak kamu tu main-main bila dia kata kamu tu suka masuk dalam alam fantasi... muda-muda dah nak gila, bersalah pulak ayah rasa sebab selalu biar kamu sorang-sorang dari sekolah sampai ke KL" kata Pakcik Usop yang muncul entah dari mana.
"Ayyiiikkk, dari mana ayah muncul ni, mana ada orang jadi gila, cakap sorang-sorang tu biasalah... adoiyaiii... anyway ayah mana ayah jumpa lelaki tadi" tanya Kristal yang curiga.
"Owhhh Rykal tu, bagus budak tu, muda-muda lagi dah berjaya baru umur 35 tahun dan macam-macam ada. Budak tu ahli perniagaan, dia tu ada projek buat kat Ipoh ni. Tak tahu pulak Dato Hamzah bagi tahu dia pasal homestay ayah" Pakcik Usop tersenyum dengan hujahnya dan berharap Kristal akan mempercayai setiap butir perkataan yang di katakannya.
"HAH???!!! Rykal nak duduk dekat homestay ayah? kenapa dah takda hotel lapan belas bintang ke yang dia nak stay?" Kristal terus mengelabah apabila mengetahui yang Rykal akan tinggal di homestay ayahnya.
"kamu kenal ke Rykal tu Kristal" makcik Biah mencelah sambil membawa teh o panas untuk suaminya yang baru balik dari kerja.
"kan tadi dia datang" sebelum di tanya soalan yang bukan-bukan oleh ibu bapanya, Kristal terus melarikan diri ke bilik dan bersiap sedia untuk solat maghrib.

Kristal melihat Iphone emasnya, di tekan simbol mesej dan melihat satu mesej yang baru sampai daripada Rykal. Kristal tersenyum melihat mesej tersebut.
"If you don't want be my mistress then i am offering you a vacancy, be my princess probably soon you will be my queen but for now, wanna be my princess? Sleep tight my princess, see you in your dream... and i hope to see you tomorrow and everyday... muahh muaah" 

Kristal menjerit kecil di dalam biliknya, dia terguling-guling di atas katil sambil senyum gembira sehinggakan terlihat semua giginya, oleh kerana terlampau gembira Kristal sudah berguling sehingga jatuh dari katilnya. "Alamak macam nangka busuk daaaa" Kristal ketawa kecil dan dia terus menutup lampunya dan terus bersedia untuk masuk ke alam mimpi dan berjumpa dengan orang yang paling di bencinya tetapi orang itu jugalah yang paling dia rindu.

Keesokkan harinya Kristal pergi kerja seperti biasa dan hari ini dia sudah bersedia dengan kehadiran Rykal untuk mengganggu hari-harinya seperti biasa dan kali ini dia sudah memberi tahu kepada rakan sekerjanya yang dia akan makan tengah hari dengan Prince Charming yang sudah memasukan virus-virus cinta ke dalam hatinya. Sedang Kristal membuat kerja, dia terfikir yang dia lansung tidak membalas mesej Rykal malam tadi, dan adakah Rykal betul akan makan tengah hari dengannya pada hari ini. "takpalah kalau makan sorang-sorang pun tak apa". Hari ini Kristal di datangi oleh pelanggan yang sangat unik, walaupun dia seorang makcik yang berbangsa tiong hua tetapi dia lebih suka akan pakaian yang menutup aurat dan lebih berunsurkan kemelayuan dan juga keislaman, tak mahu ketat, mahu panjang sampai menutup punggung dan dia juga mencari skarf untuk di letakkan di kepalanya. Kristal terkejut dengan pemilihan pakaian oleh makcik tersebut, tetapi Kristal tidak menunjukkan reaksi yang pelik kepada makcik itu tetapi dia memberikan sokongan dan juga memberi sebanyak mana nasihat fesyen kepada makcik tersebut. Kesemua rakan sekerja Kristal melihat makcik itu dengan pelik.

 "dia nak pakai tudung ke" tanya yen
"no lah, dia beli skarf pakai macam tu je, bukan pakai tudung betul-betul" jawab Kristal.
"tapi still macam tudungkan, dia nak khawin dengan orang melayu kaya ke" tanya Yen lagi, tetapi hanya di jawab dengan ketawa oleh Kristal.
Setelah makcik itu selesai membuat pembayaran dan melangkah keluar dari butik, Kristal merasakan seakan-akan dirinya di perhatikan oleh seseorang, Kristal terus berlari ke luar butik dan cuba melihat siapa yang sedang melihatnya secara curi-curi.
"You dah kenapa" tanya Mei Mei yang baru sampai dari meetingnya dengan Jakel.
"saya rasa ada orang tengah melihat saya lah Mei Mei, i do felt it... Oh my GOD, i'm so scared" terang Kristal.
"You punya perasaan je kot, don't worry kat tempat ini ramai orang dan ramai guard siap ada polis bantuan lagi. Kalau betul ada orang stalked you just tell them ok" Mei mei terus bergegas masuk ke pejabatnya untuk menyelesaikan kerjanya yang banyak.

Tiba-tiba telefon Kristal berbunyi, alangkah hampanya Kristal melihat mesej yang di berikan oleh Rykal yang berkata dia tidak dapat menemani Kristal untuk makan tengah hari kerana masih sibuk di Lumut dan melawat bakal tapak pembinaan. Air muka Kristal terus berubah, Yen baru sahaja keluar dan pergi untuk makan makanan cina, pagi tadi baru je Yen meng offerkan dirinya untuk rehat bersama Kristal tetapi Kristal menolak kerana dia takut yang Rykal akan membawanya untuk keluar makan. Kristal melangkah malas ke foodcourt dan kali ini Kristal dapat merasa dengan kuat yang ada orang tengah mengikutnya dari butik, Kristal melangkah laju sehingga ke kedai makanan yang menjual masakan tom yum di foodcourt dan dia terus berpaling ke belakang.

"oppsss nasib baik tak tercium, kalau tercium tadi pun ok jugak kan, kakak cantik" Kata seorang lelaki muda yang memakai pakaian kemeja.
"Bodohhhh!!!!!" kata Kristal sambil mencubit budak lelaki tersebut.
"Is ni, dah buat akak takut tau, ingat siapa tadi yang ikut akak sampai ke sini, mana tahu orang nak culik akak ke kan" kata Kristal lagi, Kristal menghela nafas lega apabila melihat wajah Is dan bukannya orang jahat yang ingin mengapa-apakan dia.

Makan tengah hari Kristal di temani oleh Is atau nama penuhnya Iskandar yang bekerja di Cyber World iaitu kedai yang menjual barangan komputer dan juga telefon. Iskandar seorang yang kacak, berkulit sawo matang, tinggi dan rambutnya yang terpacak memang mudah untuk memikat mana-mana wanita. Tidak di sangka lelaki muda ini suka menyakat dan menyendeng dengan Kristal. Is juga mudah untuk menjadi teman bersembang kerana perangainya yang easy going membuatkan Kristal gembira untuk makan tengah hari bersamanya.

Dari kejauhan terdapat seorang lelaki sedang bersembunyi di balik dinding, berpakaian sweat suit cukup dengan hoodie dan bercermin mata, membuatkan siapa sahaja akan melihatnya dengan pelik. Pandangan lelaki itu tepat ke arah Kristal yang sedang makan bersama Is. Lelaki ini sudah mengintip Kristal dari pagi tadi, setiap gerak geri Kristal di ekorinya sehinggakan Kristal ke tandas juga di ekorinya secara rahsia.

Rykal yang berjalan dengan laju untuk sampai ke butik KMN, apabila di dapati yang Kristal masih lagi berehat, Rykal bergegas ke foodcourt untuk mencari Kristal. Rykal menggunakan jalan dalam iaitu melalui lorong untuk ke tandas yang akan tebus berhampiran foodcourt, dan sebelum Rykal sampai ke foodcourt, Rykal terlihat seorang lelaki yang aneh dan seakan-akan sedang menghendap seseorang. Rykal yang rasa pelik ini cuba melihat dari sudut lelaki tersebut dan apabila di sedari yang dia sedang melihat Kristal, Rykal terus menjerit ke arah lelaki itu. Rykal berlari cuba untuk mendapatkan lelaki tersebut, apabila lelaki yang sedang mengintip Kristal terus berlari setelah mendengar suara Rykal yang menjerit ke arahnya. Kristal terkejut melihat Rykal berlari, 
"YOU!!!!" jerit Kristal memanggil Rykal.
"Are you okay my dear" tanya Rykal yang tercungap-cungap daripada mengejar lelaki misteri.
"Yeah i'm okay, you kejar siapa tu... errr anyway this is Is" kata Kristal sambil memperkenalkan Iskandar.
"hmmm... orang tadi tu stalked you, that is why im chasing him" Kristal membantu Rykal untuk duduk dan di hulurkan minumannya kepada Rykal. Mereka berdua terus bersembang dan membuatkan Iskandar seperti tidak wujud di situ.
"akak, Is balik kedai dulu lah" kata Iskandar dengan nada yang sopan
"okay, hati-hati naik escalator tu" Kristal cuba berseloroh dengan Is sambil tersenyum.
"sebelum Is lupa, Is nak kasi ni, Is harap akak suka lah ye, call me if you free" kata Iskandar lagi sebelum berlalu pergi, dia meninggalkan tiket untuk pergi menonton wayang cerita Fantastic Four.
"no... she not free, she will not call you and you may go now" kata Rykal tanpa melihat wajah Iskandar.
"you ni dah kenapa, jeles yeeee... so sweet... wow you tengok ni, tiket tayangan primer kat KL cerita fantastic 4, i really love this movie, mesti ramai artis dan wartawan pergi kan you, tapi dia bagi satu jelah you, kalau tak i boleh bawa you skali" Kristal memgang tiket tersebut sambil tersenyum.
"maksud tiket satu je tu, dia nak you ajak dia pergi... Is ke I.S ke dia tu, kena cek balik budak tu" Rykal memuncungkan bibirnya sambil menarik tangan Kristal dan memgangnya sambil berjalan pulang ke butik KMN.
"If anything, you just call me okay, kalau i tak boleh datang i akan mintak orang tolong tengok-tengokan you, balik nanti you tunggu sini I datang pick up you okay" pesan Rykal dan satu ciuman singgah di dahi Kristal sebelum Rykal membiarkan Kristal melangkah masuk ke dalam butik KMN.

Petang itu, Rykal membawa Kristal pulang dan makcik Biah dan pakcik Usop mengintai dari tingkap rumahnya untuk melihat siapa yang menghantar Kristal pulang ke rumah, tetapi cermin kereta yang gelap telah menghalang pandangan untuk mengetahui siapakah gerangan yang menghantar Kristal pulang.

"you tak mahu masuk ke?"tanya Kristal.
"kalau i masuk, mesti ayah dengan mak you terkejut. Baru sehari kenal dah macam-macam dengan anak dia ke" kata Rykal sambil tersenyum, Kristal juga ketawa, ya~ mungkin mak dan ayahnya akan ingat yang dia sangat gatal sehinggakan boleh keluar dengan Rykal apabila dia dan Rykal berlakon yang mereka baru berjumpa semalam.
"esok you kerja apa? i hantar you okay" kata Rykal lagi.
"i rasa, esok i bawak kereta sendiri je" jawab Kristal
"my princess, i care for you so much, just you don't want to see... tengok hari ini ada orang stalked you, if anything happen dengan you then i will be... menyesal tak hingat, you nak i rasa macam ni ke?" terang Rykal panjang lebar.
"i cuma tak nak menyusahkan you, don't worry, i put you on speed dial so, kalau jadi apa-apa you are the first person i will call okay, you cepat tengok mak i dah datang... okay.. okay see you tomorrow okay... byeeee" Kristal bergegas turun dari kereta Rykal dan mengarahkan supaya Rykal cepat pergi dari situ sebelum makcik Biah dapat mengetahui yang mereka sebenarnya saling mengenali. Kristal terus melangkah masuk kedalam rumah, sambil makcik Biah dok pot pet pot pet di belangkanya, Kristal terus masuk ke dalam bilik sambil tersenyum. Kristal mencapai telefonnya dan menaip mesej untuk di hantar kepada Rykal, ternyata Kristal gembira mendengar kata-kata Rykal yang dia sangat-sangat risaukan keadaannya dan keselamatannya.

"Dear my Prince to be, thank you for your concern... i do realize everything that you have done for me lately, it is do feel like i'm on cloud nine or in dream land... don't make me always dancing on my toe because i might not want to stop... good nite you~ miss you already"

Rykal merenung tajam mesej yang di hantar oleh Kristal, Is she really falling for me? this is should be great news... Rykal tersenyum dan dia boleh nampak dengan jelasnya yang Kristal akan mengikutnya pulang berjumpa dengan ahli keluarganya.

Pada waktu yang sama, telefon samsung Kristal berbunyi... Kristal berasa hairan kerana Rykal tidak mengetahui nombornya itu, Kristal terus mencapai telefonya dan melihat mesej dari Iskandar.

"kakak cantik, kalau kakak cantik nak body guard Is boleh jadi body guard kakak cantik... nanti Is pergi gym bagi ade ketul-ketul ok... Good nite kakak cantik, sweet dream" 
Kristal kembali berguling-guling di atas katil dan dia sangat gembira apabila melihat dua jejaka yang kacak dan bergaya mengambil berat akan dirinya. Kristal menari-nari, berjoget keriangan sebelum merebahkan diri untuk tidur. "nak mimpi siapa ae malam ni" heheheh Kristal tersenyum gatal dan akhirnya Kristal tidur sambil tersenyum.

p/s: yay!!!! akhirnya aku berjaya siapkan satu episod, setelah berlaku mind blocked. Alhamdulillah back on track... nanti i free i sambung lagi ok.

Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu