​EPISOD 5 : MY HEART GOES TIKTOK FOR YOU

Kadang - kadang dunia ni datang dengan pelbagai warna, dan angka... Semua tu buat kita berfikir ape yang terbaik untuk kita warna biru ke, hijau ke, putih ke jingga? Penulis pun tak tahu ape sebenarnya yang Penulis nak tulis, korang jangan ambil serius tau... This is just a story ambik yang jernih jernih je... Yang bukan bukan korg stay kan kt sini... Jadi tanpa melengah kan mase.  Jom terjun ke dunia Anggun dan Ratna. ur choice

GIMME THE LIMELIGHT... AND THE TRUTH

Suasana di PESADA Johor Bahru malam itu sangat gamat. Lampu spotlight berwarna-warni membelah ruang dewan yang dipenuhi dengan penyokong fanatik peserta kegemaran masing-masing. Di atas pentas besar itu, terpampang logo gergasi "GIMME THE LIMELIGHT". Malam ini adalah malam penentuan. Malam pusingan akhir yang bakal mengubah nasib seorang insan menjadi bintang.

​Ratna, yang memakai kemeja korporat hitam dengan pas kerja yang tergantung di leher, nampak sangat tenang di luar tapi sebenarnya otaknya ligat berfikir tentang flow majlis. Sebagai AJK Utama, dia perlu pastikan semua mikrofon berfungsi, pemenang diumumkan dengan betul, dan yang paling penting—dia perlu pastikan emosinya tidak terganggu.

​"Pemenang tempat pertama GIMME THE LIMELIGHT musim ini jatuh kepada... FAKHRI RIRI!"

​Suara pengacara majlis memecah gegendang telinga. Sorakan penonton bergema kuat. Ratna tersenyum kecil melihat Fakhri yang terduduk sujud syukur di atas pentas. Dia tahu Fakhri layak. Bakat Fakhri tulus, bukan dibuat-buat. Di satu sudut lain, Ash berdiri kaku. Dia mendapat tempat ketiga, namun riak wajahnya tidak menunjukkan kegembiraan. Matanya tidak memandang trofi di tangan, sebaliknya matanya liar mencari kelibat seseorang di belakang tabir.

​Selesai majlis, ketika orang ramai mula bersurai, Ratna berjalan menuju ke kawasan penyimpanan barang di belakang pentas untuk mengambil begnya. Kawasan itu agak sunyi. Tiba-tiba, satu susuk tubuh berdiri menghalang laluan Ratna.

​"Ratna..."

​Ratna berhenti melangkah. Suara itu. Suara yang dulu pernah menjadi melodi indah dalam hidupnya, kini kedengaran seperti bunyi kuku yang mencakar papan hitam. Ash berdiri di situ, masih lengkap dengan baju persembahannya.

​"Tahniah Ash, tempat ketiga. Bukan senang nak sampai tahap ni," kata Ratna pendek, nadanya datar seolah-olah bercakap dengan orang asing yang baru dikenali di stesen bas.

​"I tak kisah pasal trofi tu, Ratna. I datang sini, I masuk pertandingan ni sebab I tahu You yang uruskan. I nak jumpa You," Ash melangkah setapak ke hadapan. "I rindu You, Ratna. I rindu semangat yang You selalu bagi kat I dulu. You lah the real supporter dalam hidup I. Masa I susah, masa I tak ada apa-apa, You yang ada. You faham I lebih daripada sesiapa pun."

​Ratna menarik nafas panjang, cuba menahan rasa mual yang tiba-tiba muncul. "Wah, ayat... dah macam skrip drama pukul 7. Habis tu, bini awak kat depan tu apa?"

​Ash tertunduk. "Wife I... dia tak macam You. Dia tak faham kerja I. Kami selalu gaduh. I rasa sunyi, Ratna. Perkahwinan ni bukan macam yang I bayangkan."

​Ratna ketawa sinis. "Kat depan pentas tu apa bro? Your wife kan? Dia ada kat situ, sorak untuk awak sampai serak suara. Tak support? Kalau dah sampai sini awak kata dia tak support... awak memang lelaki pelik lah. Itu je saya boleh cakap."

​Suara Ratna yang tadi rendah kini mula meninggi. Diana (D) yang kebetulan sedang mengemas kabel di sebalik tirai hitam, terus menjengukkan kepalanya. D nampak muka Ratna yang tegang dan muka Ash yang nampak terdesak. D mula melangkah setapak, sedia untuk "membaham" kalau Ash buat hal. Namun, Ratna mengangkat tangan kanannya sedikit, memberi isyarat 'under control' kepada D.

​"Ratna, You tak faham. I tersepit. I kahwin pun sebab famili..." Ash cuba membela diri lagi.

​"Kalau awak tak happy, anak awak yang comel tu takkan lahirlah, Ash! Dan wife awak... tengok tu," Ratna menunjuk ke arah celah tirai yang menampakkan isteri Ash sedang mengelap peluh di dahi anak mereka sambil tersenyum bangga melihat trofi tempat ketiga suaminya. "Dia happy gila kat situ. Awak je yang tak bersyukur."

​"Dah lah Ash... buat apa lagi cari saya? Saya dah move on dah. Hidup saya kat Johor ni jauh lebih tenang tanpa gangguan drama awak."

​Ash merenung mata Ratna. "You mesti marahkan I sampai hari ni, kan? Sebab tu You cakap macam ni."

​Ratna tersenyum kelat. "Cakap pasal marah... Awak rasa? Awak patut tahu,Its ur choise after all awak tak perlu sembang dengan saya dan buat-buat kenal saya sekarang. Kalau dulu awak tak bagi saya tegur awak depan orang sebab takut kena gosip, kenapa sekarang awak sibuk nak tegur saya? Kalau dulu awak takut sangat nama awak jatuh sebab saya, sekarang awak tak takut ke? Jadi, lebih baik macam tu je lah. Let’s be strangers forever. Anggap kita tak pernah kenal."

​Ratna terus berpaling dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Setiap langkahnya terasa berat, tapi hatinya rasa puas. Dia meninggalkan Ash yang terpinga-pinga di situ, sendirian dengan penyesalan yang takkan pernah tamat.

​Sementara itu, di luar perkarangan PESADA, Anggun sedang duduk di atas bangku simpanan sambil memegang telefonnya. Dia baru sahaja selesai menghantar ucapan tahniah kepada Fakhri melalui WhatsApp. Tapi hatinya kini melayang ke utara.

​Dia membuka galeri foto. Ada gambar seorang lelaki berbaju coverall Petronas, berdiri gagah di hadapan fasiliti minyak dan gas di Lumut. Mohd Helmi Rykal. Tunang kesayangannya yang sedang berjuang mencari rezeki di sana.

​"Helmi... kalau awak tahu saya kat sini tengah 'main' TikTok dengan artis, mesti awak bebel kan?" bisik Anggun sendiri.

​Helmi seorang yang sangat protective. Baginya, kerja di sektor oil & gas itu sudah cukup mencabar, jadi dia mahukan kehidupan yang stabil dan tenang untuk Anggun di masa depan. Anggun tahu, masanya untuk "glamor" di media sosial ini ada tarikh luputnya. Apabila tiba masanya dia bergelar isteri Helmi nanti, dia perlu melepaskan gelaran "Face of Company" itu.

​"Sikit lagi Helmi... sekejap je lagi. Bila produk ni dah stabil, saya balik Ipoh," kata Anggun perlahan.

​Dia tahu dia tidak boleh tamak. Dia mahu berjaya sebagai Influencer, tapi dia lebih mahu menjadi permaisuri di hati Helmi Rykal. Anggun menutup telefonnya, menarik nafas dalam-dalam, dan berjalan menuju ke arah Ratna yang sedang berjalan keluar dari dewan dengan wajah yang nampak sangat letih tapi lega.

​"Dah settle semua?" Tanya Anggun.

"Dah. Stranger forever, Anggun. Stranger forever," jawab Ratna pendek sambil tersenyum tulus.

https://youtu.be/HndQejXG7Q4?si=7GgD57FVs8YJY1n3


Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu