Saturday, 25 April 2026

JANJI YANG TAK TERUCAP: AISENAI ASHITAI : OUTRO 1

OUTRO 1: PROJEK BODYGUARD ATAU NASI AYAM POWER

​Tuan Yassin menghentak meja mesyuarat, membuatkan semua bodyguard yang tadinya terlentuk terus tegak macam terkena renjatan elektrik. Syarikat One Stomp Force Kuala Lumpur pagi ni nampak tegang sikit.

​"Okay, next project ialah bodyguard khas anak Tan Sri Azim. Lokasi: Melaka. Okie... siapa nak cover job ni?" tanya Tuan Yassin sambil matanya meliar mencari mangsa.

POV IKMAL:

"Aku Ikmal Bin Razali. Dari Razali Group tauke jual nasi ayam Pantai Dalam. Jangan main-main, walaupun siang aku pakai suit hitam acah-acah Men In Black, tapi malam hari akulah anak tauke nasi ayam paling legend. Mak aku buat nasi ayam memang first class, bapak aku pula? Tiada siapa boleh lawan roasted chicken dia, apatah lagi ayam stim tu. Lembut gila weyh! Resepi khas dari negeri Perak. Yes, benar bagai korang rasa... aku sememangnya Perakian punya anak tapi orang Pantai Dalam!"

​"Baiklah, mari kita balik ke scene asal tadi. Di mana kita tadi? Owh, job offering di Melaka. Bapak ah... jauh! Kalau aku kat Melaka, macam mana aku nak tolong mak bapak aku jual nasi ayam kat Pantai Dalam? Opkosssssssssssss tak nak aku!"

​Tuan Yassin melihat semua anak buahnya. Masing-masing buat muka macam tengah hafal surah, ada yang tiba-tiba sibuk belek kuku, ada yang pura-pura betulkan tali kasut. Tak ada seorang pun nak menggalas tugas di Melaka.

​"Anak Tan Sri... cantik giler... bijak pula tu... pemesss lagi!" Tuan Yassin cuba memancing. Semua masih buat-buat tak tahu.

​"Tan Sri Azim baikkkkkkkk... suka belanjeeeeeeee!" Sambung Tuan Yassin lagi. Masih krik-krik. Senyap sunyi macam dalam kubur.

​"Haishlah korang ni, baik.... next job, kita ada nak cover Dato’ Gunasegaren, Dato’ Hamdan dan Dato’ Lam Seng. Kriteria: mesti tahan maki, pandai berkung fu dan tak takut mati!"

​Belum sempat Tuan Yassin habis baca deskripsi tugas, tiba-tiba... BAM!

​Semua orang bangun serentak. Tangan diangkat tinggi-tinggi macam budak tadika nampak gula-gula. "Saya! Saya! Saya!" 

"Korang ni banyak sangat tengok wayang ni! Habis tu siapa nak kerja dengan Tan Sri Al-Attas?"

​Aku pula waktu tu tengah berangan. "Wow, bestnya kalau dapat job Dato-Dato tu. Boleh jadi bodyguard betul macam cerita yang Sharnaaz Ahmad berlakon tu. Fuh, boleh berkung fu... wachaaaaa! Pastu boleh berlagak acah-acah abang kawasan. Kekekeke..."

​Tengah aku syok berangan sorang diri, tiba-tiba aku perasan suasana jadi sunyi balik. Aku angkat muka. Eh? Kenapa semua orang tengok aku ni?

​"Boleh ye Ikmal? Lagipun awak tu baru masuk kerja, risau saya nak bagi tugas yang bahaya ni," tanya Tuan Yassin dengan nada penuh harapan.

"Alaaaaaa... nak kena jaga anak orang kaya pula. Melaka pula tu. Benci lah macam ni!" bebel aku dalam hati. Muka aku masa ni memang dah macam ayam berak kapur.

​"IKMALLLLLL!!!!!!!!!!! Sila kembali ke realiti... earth lander... respon!" Tuan Yassin petik jari depan muka aku. "Inilah sebab aku tak bagi dia ambil kerja bahaya. Berangan tak habis!" 

Jadi, begitulah aku berada di sini hari ini. Di lobi bangunan Al-Attas Enterprises yang besar nak mampus ni. Berdiri tegak dengan suit yang sikit punya ketat kat bahu (sebab aku banyak angkat kawah nasi ayam mak aku), menunggu untuk berjumpa dengan 'Puan Muda' atau 'Cik Muda' yang bakal aku jaga.

​Aku betulkan tie. Dalam hati, aku masih terbayang bau ayam panggang bapak aku. "Kalaulah anak Tan Sri ni cerewet macam Puan Maznon, memang aku resign on the spot!"

​Pintu lif terbuka. Seorang wanita keluar dengan gaya yang sikit punya vogue. Langkahnya yakin, matanya terlindung di sebalik cermin mata hitam jenama besar.

Puan Mawar membetulkan kedudukan cermin matanya, memerhatikan Ikmal yang berdiri tegak tapi matanya nampak kosong. Kosong sekosong-kosongnya macam periuk nasi ayam bapak dia lepas habis waktu makan tengah hari.

"Puan Mawar... wah, nama pun dah bunga. Aku tengok Puan Mawar ni, gaya dia memang tipikal setiausaha syarikat yang high-class. Tudung bawal labuh dia tu aku rasa bidang 60, jenis yang kalau kena tiup angin pun tak berganjak. Baju kurung pesak dia cantik, menutup aurat habis. Memang betullah apa orang cakap, Tan Sri Azim Al-Attas ni bukan sekadar jutawan, tapi dia ni pun tokoh agamawan yang berjaya. Pekerja pun semua nampak 'sejuk' je mata memandang."

​Tengah Puan Mawar sibuk memperkenalkan diri dan latar belakang syarikat, otak aku dah mula buat konsert sendiri.

"Kau mawar ku...shubidu shuuwaaaa... Idaman kalbu.... Shubiduuuu shuwaaaa kasih yang ku rindu..." best giler lagu ni

​Aku ni, kalau bab agama... Alhamdullilah lah. Surah yang aku hafal tu cukup-cukup makan untuk bawak imamkan kucing aku kat rumah je. Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq... tu pun sebab aku nak solat. Nasib baik aku solat kan? Mak aku pesan, 'Ikmal, susah macam mana pun kau, bodoh macam mana pun kau... jangan sekali-kali tinggal solat'. Jadi, aku peganglah pesanan tu sampai sekarang walaupun aku ni kadang-kadang loading sikit.

​Puan Mawar berhenti bercakap. Dia pandang aku lama. Dia pelik tengok aku yang dari tadi mengangguk-angguk tapi mata fokus kat pasu bunga sebelah dia.

​"En. Ikmal... En. Ikmal? Mari naik atas. En. Ikmal?"

​Aku masih lagi dalam dunia Nasi Ayam Pantai Dalam. Puan Mawar terpaksa mendekat dan menyentuh sikit lengan suit aku. "En. Ikmal! Kita dah lewat ni."

"Zapppp! Terus aku tersedar dari konsert solo aku. Malunya tuhan je yang tahu. Aku terus betulkan posisi berdiri. 'Eh, maaf Puan Mawar. "Saya... saya tengah menghayati keindahan pejabat Tan Sri ni. Luas betul ya" alasan aku, padahal aku tengah fikir lirik lagu tadi sambung kat mana."

​Puan Mawar hanya tersenyum nipis—senyuman yang seolah-olah berkata, "Budak ni biar betul nak jaga Cik Elina?"—sebelum dia melangkah menuju ke lif khas.

​Aku mengekor dari belakang. Langkah Puan Mawar nampak tertib, manakala aku pula jalan macam nak pergi serang kubu musuh. Masa pintu lif tertutup, aku nampak bayangan aku kat dinding lif yang berkilat tu.

​"Aku tahu, saat inilah yang akan mengubah hidup aku. Sama ada aku jadi bodyguard paling berjaya, atau aku jadi punca Puan Mawar ni kena makan ubat darah tinggi tiap-tiap hari."

​Lif berdenting. Tingkat paling atas. Tingkat di mana nasib aku sebagai "Anak Pantai Dalam' bakal ditentukan.

​"Selamat datang ke realiti baru kau, Ikmal. Selamat tinggal nasi ayam, selamat datang drama Melaka," bisik aku sendiri.



No comments:

Post a Comment

SENARIO MENGGANAS LAGI #SenarioUnion30tahun

Hye semua manusia yang membaca blog Milo Ais Sechawan... Tajuk ni paling best untuk kita ceritakan pada harini, apa yang hendak di ceritakan...