MI AMOR GOES TIK TIKTOK FOR U.... EPISODE 7

Apa Penulis rasa harini, marilah kita sama sama berfikir... Ape nak jadi pula... Perkara yang paling rumit ialah Takdir... Jalan yang kita tak tahu apa di hadapan kita, kita tak tahu siapa yang bakal kite kenal... Kita tak tahu apa yang bakal kite jumpa... Penulis pernah berpikir... Kita jalan je lah jalan yang ade... Lepas tu fikir kemudian... Klw rase jalan ni tak sesuai buat jalan lain... Tp key word of the Story... Apa je yang berlaku kita serahkan hidup kita utk ALLAH coretkan... Kerna... DIA MAHA MENGETAHUI.

ANTARA CITA-CITA DAN RASA YANG TERGANTUNG

​Petang itu, langit di tepi Selat Tebrau nampak sedikit mendung, seakan memahami gelodak hati Anggun yang sejak kebelakangan ini rasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Dia duduk di meja kegemaran mereka di kedai Cekodok Pisang Sepinggan, menunggu Ratna yang janji nak singgah sekejap sebelum ada meeting lain.

​"Ko ape hal?" tegur Ratna sebaik sahaja melabuhkan punggung, matanya menjeling Anggun yang nampak termenung jauh.

​Anggun tersentak, dia mengukir senyum tawar. "Takde ape ape... Happy ko ade sini. Aku macam dah lama tak lepak ngan ko. Lepas program Gimme The Limelight tu, ko terus hilang. Macam biskut chipsmore," jawab Anggun sambil menghirup Fruit Tea panasnya perlahan. Bau buah-buahan itu sedikit sebanyak menenangkan sarafnya yang tegang.

​Ratna tersengeh panjang, tangannya laju mencapai cekodok pisang yang masih berasap. "Aku pun sebuk cik kak uiii, bukan awak sorg je tau sebuk dalam dunia ni. Aku ni kena hadap program TikTok sana, program TikTok sini. Belum campur lagi offer kerja dengan Tuan Syed Al Kauf tu. Kau tahu kan dia punya standard macam mana? Kalau aku tak deliver betul-betul, mahu kena pancung aku," terang Ratna panjang lebar.

​Ratna sebenarnya harap Anggun faham. Dia bukan sengaja nak menjauh, tapi kadang-kadang dia rasa sedikit rimas. Bila lepak dengan Anggun, topiknya pusing-pusing ke situ juga—LELAKI. Sama ada pasal Ash, pasal tunangnya, atau yang terbaru... pasal Fakhri.

​"Aku sbnrnye nak tanya pasal Fakhri," bisik hati Anggun. Dia rasa terkilan. Dia yang mula-mula 'jumpa' Fakhri kat TikTok, dia yang selalu support Live Fakhri, tapi kenapa sekelip mata Fakhri boleh jatuh cinta dengan D? Malah sekarang, wajah Fakhri lebih banyak muncul di televisyen berbanding skrin TikTok. Anggun rasa seperti dirinya sudah dilupakan terus oleh lelaki itu.

​Ratna yang seolah-olah boleh membaca fikiran Anggun terus memotong sebelum Anggun sempat membuka mulut. "Anggun, just focus on yourself, dan cuba jadi the face of your company yang terbaik. Jangan ruin kan opportunity ni. Kau akan dapat easy money tanpa perlu buat apa-apa yang berat pun. Please fokus. TikTok ni platform untuk kau sukses. Mana tahu satu hari nanti kau pun boleh jadi artis macam Fakhri tu."

​Belum sempat Anggun nak membalas, Ratna sudah bangun. "Dah lah, aku ada client tunggu ni. Aku belanja hari ni." Ratna terus berlalu ke kaunter, buat pembayaran, dan melangkah keluar dari kedai tanpa menoleh lagi.

​Anggun terkedu. Sedih hatinya melihat kelakuan Ratna yang seakan acuh tak acuh dengannya. Adakah persahabatan mereka sudah mula retak disebabkan kejayaan masing-masing?

​Malam itu, di dalam bilik yang hanya ditemani cahaya lampu meja, Anggun mendail nombor Mohd Helmi Rykal. Suara tunangnya yang tenang dari pangkalan Lumut itu sedikit sebanyak merawat luka di hatinya.

​"Ratna cakap macam tu sebab dia sayang awak, sayang," kata Helmi lembut selepas mendengar luahan panjang lebar Anggun. "Apa yang dia pesan tu semuanya benar. Awak kena terus berjuang kejar cita-cita awak. Peluang jadi influencer untuk produk syarikat awak tu bukan semua orang dapat."

​Helmi menarik nafas, suaranya kedengar penuh harapan. "Saya sentiasa doakan awak, Anggun. Saya nak tengok awak jadi macam Khairul Aming. Bukan sekadar popular, tapi dapat berikan yang terbaik dan manfaat kepada masyarakat. Awak ada aura tu, cuma awak kena yakin pada diri sendiri."

​Kata-kata Helmi itu menyuntik semangat baru. Anggun sedar dia tak boleh terus hanyut dalam rasa kecil hati.

​Esoknya, pejabat Marketing Strategies kecoh dengan data terbaharu. Veronica tersenyum sampai ke telinga melihat graf penglibatan akaun TikTok Anggun yang naik mencanak. Anggun mula konsisten membuat video promosi. Nama Anggun mula meniti dari bibir ke bibir.

​Orang ramai mula 'ketagih' melihat konten Anggun yang unik. Walaupun syarikat mahukan imej korporat, Anggun bijak selitkan minatnya—video make-up ala-ala Halloween yang sangat detail dan artistik. Penonton terhibur melihat perwatakan Anggun yang nampak ceria dan tidak habis-habis dengan ketawanya yang kedengaran sangat genuine.

​"Hahaha! Korang tengok ni, kalau tersalah letak latex ni, dah macam muka hantu kak limah dah!" kata Anggun dalam salah satu videonya sambil ketawa mengekek.

​Padahal, di sebalik skrin, Anggun sebenarnya seorang yang sangat introvert. Dia rasa sangat kekok dan seram sejuk setiap kali berhadapan dengan kamera. Ketawa besarnya itu sebenarnya adalah "benteng" untuk menutup rasa awkward yang teramat sangat dalam dirinya. Dia ketawa supaya dia tidak nampak seperti hendak menangis kerana malu.

​Namun, tanpa dia sedari, kepura-puraan yang lahir dari rasa malu itu jugalah yang membuatkan orang jatuh cinta dengannya. Anggun Amandasari kini bukan lagi sekadar gadis blog yang sepi; dia sedang menuju ke arah puncak kegemilangan yang tidak pernah dia bayangkan sebelum ini.

​"Akan ku buktikan, ketawa ini bukan sekadar hiasan," bisik Anggun sambil menekan butang Upload untuk video terbaharunya.


Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu