MI AMOR GOES TIK TIKTOK FOR U.... EPISODE 6

DARI PENTAS AMAL KE EMPAYAR AL KAUF

Semenjak due menjak, bermenjak ini penulis makin kehilang idea untuk berkarya, hendak di masukkan isu semasa makin lama makin tak terkejar penulis di buatnya. Kehidupan Influencerqtiktok di Malaysia ni telah mengambil alih lensa lensa dan fokus yang dahulunya ke Artis... Hahahahaha boring ke tu... Mesti ingat mak tulis karangan untuk pertandingan kik kan... Dah tak payah pikir... Jom kite start episode 6:

​Majlis Amal Kutipan Dana Kanser Tunku Laksamana Johor di Danga Bay malam itu berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Majlis yang mendapat perkenan untuk dirasmikan oleh YAM Tunku Tun Aminah itu turut mendapat kerjasama strategik daripada TikTok Malaysia bagi mengadakan ceramah kesedaran kanser. Suasana malam di pinggiran laut itu nampak bercahaya dengan hiasan lampu yang elegan, namun tumpuan utama malam itu sudah pastinya tertumpu kepada persembahan pemenang utama Gimme The Limelight, Fakhri RiRi.

​Di tepi pentas, Ratna berdiri dengan wajah yang penuh kepuasan. Walaupun dia sibuk menguruskan kelancaran majlis, matanya sempat menangkap satu pemandangan yang membuatkan dia tersenyum simpul. Di satu sudut VIP, Diana Al Kauf nampak sangat berbeza. Dia mengenakan Kaftan Al Kauf sutera berwarna champagne yang sangat manis, membuatkan aura "puteri padang pasirnya" keluar tanpa sengaja. Walaupun mulutnya masih membebel kecil tentang kasut tumit tinggi yang menyakitkan kaki, kecantikannya malam itu memang tidak dapat disangkal.

​Selesai sahaja Fakhri membuat persembahan yang memukau tetamu kehormat, dia terus meluru ke arah D, mengabaikan seketika peminat lain yang ingin bergambar.

​"D... awak nampak sangat lain malam ni. Sampai saya hampir terlupa lirik lagu tadi sebab asyik pandang awak kat bawah," usik Fakhri sambil mengelap peluh di dahi.

​D yang biasanya kasar dan suka menyembur orang, tiba-tiba terdiam. Wajahnya merona merah. "Eleh, alasan. Awak yang dah jadi artis ni, jangan nak buat ayat manis sangat dengan saya. Saya ni kasar, nanti awak tak tahan," balas D, cuba mengekalkan imej "Abang Long" walaupun hatinya sudah cair.

​Ratna memerhati dari jauh. Dia melihat Fakhri mengeluarkan telefon pintarnya dan D, dengan gaya yang kononnya "terpaksa", memberikan nombor telefonnya. Ratna tahu, itu adalah titik permulaan sebuah cerita baru. Sejak malam itu, setiap kali Tuan Syed Al Kauf ingin mengadakan program di kawasan lot kedai miliknya di Danga Bay, D pasti akan memastikan nama Fakhri RiRi ada dalam senarai jemputan untuk sesi jamming.

​Untuk pengetahuan, Tuan Syed Al Kauf bukanlah orang biasa-biasa di kawasan itu. Beliau memiliki beberapa lot kedai dan pejabat pengurusan yang strategik, termasuklah kafe tempat D "bermalas-malasan" dahulu. Namun, segalanya berubah selepas pertemuan di majlis amal tersebut.

​Kini, pejabat pengurusan Al Kauf Kaftan yang terletak di tingkat atas kafe tersebut sudah berubah menjadi markas operasi yang sangat sibuk. Ratna telah berjaya meniupkan semangat baru dalam diri D.

​"D! Kau jangan nak mengelat! Tadi kau janji nak buat review untuk koleksi 'Mawar Padang Pasir' ni kan?" jerit Ratna dari celah-celah rak baju.

​Diana sedang duduk di kerusi pusing sambil tersenyum-senyum membelek telefonnya. "Kejaplah Ratna... aku tengah balas mesej Fakhri ni. Dia cakap dia baru habis sesi rakaman. Dia tanya aku dah makan ke belum."

​Ratna muncul dengan wajah penuh niat menyakat. "Amboi... makin manis ya korang berdua ni. Sejak korang tukar nombor kat majlis Tunku Aminah hari tu, makin rajin pula dia hantar mesej. Eh, kau sedar tak D? Ayah kau tu gembira gila tengok kau dah jadi positif macam ni. Dah tak ada lagi D yang bermalas-malasan kat kafe bawah tu. Sekarang dah jadi owner kedai TikTok!"

​D menjeling manja. "Dah lah kau! Tapi betul cakap kau, Ratna... aku rasa puas bila tengok ayah aku bangga tengok aku serius jual kaftan dia. Dulu aku kerja kat kafe tu sekadar nak habiskan masa je. Sekarang, aku rasa macam ada empayar yang kena aku jaga."

​Memang benar, Tuan Syed Al Kauf sangat bersyukur. Ratna dianggap sebagai "malaikat pelindung" yang berjaya membawa D ke jalan perniagaan. D bukan lagi staf kafe yang hanya tahu membancuh kopi dengan wajah ketat; dia kini adalah hos TikTok Live yang paling diminati kerana karakternya yang jujur dan bersahaja.

​"Okey, enough with the drama. Sekarang, masa untuk buat duit! Kita akan On Live dalam masa 5 minit," tegas Ratna.

​D menarik nafas panjang, membetulkan kedudukan kaftannya. Sebaik sahaja punat Go Live ditekan, angka penonton terus melonjak.

​"Hye semua! Selamat datang ke TikTok Shop Al Kauf Kaftan bersama saya, D..."

​Di sebalik skrin, akaun Fakhri RiRi masuk dan mula menghantar gift tanpa henti. D ketawa kecil, sesekali matanya menjeling ke arah Ratna yang sedang menguruskan stok di belakang tabir. Ratna hanya mampu tersenyum. Dia melihat ke arah laut Danga Bay yang tenang, bersyukur kerana di sebalik duka yang dibawa dari Kuala Lumpur, dia berjaya membina bahagia untuk kawan-kawannya di Johor ini.

​"Block tetap Block, tapi rezeki dan cinta tak pernah salah alamat," bisik Ratna sendirian


Comments

Popular posts from this blog

Movie BANGUNAN by Khir Rahman??? macam bodoh je~

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

Brand's InnerSHINE Prune Essence with Camu Camu