Thursday, 17 September 2026

Dua Dunia Kita Berbeza

Kalau orang tanya,
tempat paling romantik yang pernah aku pergi dekat mana?
Ada a few.
Tapi kalau betul-betul kena pilih…
rasanya aku akan pilih beranda atau tepi tingkap yang boleh nampak bandaraya.
Tak perlu candlelight dinner.
Tak perlu bunga.
Cukup duduk dekat tingkap.
Tengok cahaya lampu.
Tengok bangunan.
Tengok kereta.
Tengok manusia yang dari atas nampak kecil, masing-masing sedang menuju entah ke mana.
Dan sesekali keluar soalan romantik seperti—
“Nampak tak sampah kat bawah tu?”
Aku pandang dia.👀👀👀👀 
Dia kire brp banyak putung rokok 
Yang dia buang 
"tu semua saya yang buat" 
😏😏😏😏😏
Ntah lah ae... Tak tahu nak cakap ape 
HAHAHAHAHAHA.
Haishlah
Memang dasar.
Orang tengah tengok city lights.
Dia tengok sampah yang dia buat
Itu pun hiburan kot ae... 
Kadang-kadang ada kopi panas menemani.
Mungkin satu cawan.
Kongsi.
Pernah sekali dia minum, kemudian dia cakap,
“Pekat.”
Aku tengok cawan tu.
Tak habis.
Haishlah.
Membazir.
Tapi kemudian aku tahu kenapa.
Sebab dia beli yang aku suka.
Bukan yang dia suka.
Patutlah tak habis.
Ada masa kami makan sekali dekat situ.
Aku duduk bawah.
Saja cakap,
“Makan kat bawah ni kan sunnah.”
Okay lah tu.
Makan.
Sembang.
Tengok luar.
Sampailah satu malam dia cakap,
“Awak suka ye tengok lampu. Saya suka lagi kampung vibe.”
Aku tengok luar lagi.
“Semua boleh. Kampung ke, bandar ke. Cuma kampung tak berani sangatlah nak duduk kat tingkap macam ni malam-malam.”
“Awak takoot ape?”
Ehhhh.
Tanya pula.
“Kat bandar takde ae?”
Fuhhhhh.
Menikam.
Apa lah manusia ni.
Tak ada moral support langsung.
Aku dah lah tinggal sorang...
Bomba!!!! 
Tolong kutip anak orang ni
Pleaseeeeeeeeee... 
Kemudian dia sambung komplen pasal bandar.
KL sesak.
Jalan sana sini.
Putrajaya okay.
Aman.
Tak serabut sangat.
Aku dengar sambil tengok kawasan sekitar ibu kota.
Betullah kata dia.
Sebab tu aku suka naik train.
Tak perlu fikir jalan.
Duduk.
Tengok bandar bergerak.
“Nanti awak bawak saya naik train ye.”
Aku senyum.
Aku tahu dia nak rasa sedikit dunia aku.
Dunia aku pergi kerja.
Dunia aku berjalan seorang.
Dunia aku melihat Kuala Lumpur dari dalam gerabak.
“Nanti saya bawak sekali pusing KL naik monorel.”
Dan seperti biasa…
setiap kali kami bercerita,
aku ada satu perangai.
Walaupun dekat luar sana ada sebuah bandar penuh dengan cahaya—
my favourite view was always him.
Aku suka tengok muka dia bila bercakap.
Mata.
Kening.
Mulut.
Mimik muka yang berubah ikut cerita.
Kadang-kadang aku stare lama sangat.
Sampai tangan aku naik sendiri.
Pegang muka dia.
Gosok pipi.
“Kenapa?”
Aku tak jawab.
Tengok lagi.
Entah kenapa kadang-kadang air mata jatuh.
“Awak asyik nanges je. Janganlah nanges.”
Aku senyum.
Okay.
Cukup babak sedih.
Tangan turun.
Pergi dekat perut pula.
HAHAHAHAHAHA.
Terus berubah genre.
“Ini apa?”
Dia mula merajuk.
“Tak sukeeeee.”
Aku kacau lagi.
“Ini apa?”
Diam.
“Ini apaaaa?”
Lama-lama dia mengalah.
“Perut.”
Haaa.
Pandai pun.😅😅😅😅 
Kadang-kadang aku fikir…
pelik juga.
Seorang suka melihat cahaya bandar.
Seorang lagi rindukan kampung vibe.
Seorang suka kopi itu.
Seorang lagi minum sebab itu yang seorang suka.
Seorang sudah biasa dengan train.
Seorang lagi mahu ikut supaya tahu bagaimana rasanya.
Dua dunia.
Tak sama.
Dan mungkin memang tak pernah perlu sama.
Sebab kalau semuanya serupa, apa lagi yang mahu kita ceritakan?
Aku boleh tunjuk bagaimana cantiknya bandar dari mata aku.
Dan dia boleh beritahu kenapa ketenangan kampung lebih indah dari matanya.
Aku boleh bawa dia naik monorel.
Dia boleh duduk di sebelah aku sambil komplen KL.
Aku tengok lampu.
Dia tengok sampah yang dia sendiri buatttt
Perfect.
Mungkin manusia tak semestinya dipertemukan kerana mereka datang dari dunia yang sama.
Kadang-kadang yang berbeza itulah yang membuat kita berhenti.
Mendengar.
Mencuba.
Memahami.
Dan perlahan-lahan…
dua dunia yang tidak pernah sama itu menemui satu titik kecil.
Tempat kita duduk bersama.
Kongsi secawan kopi.
Kongsi makanan.
Kongsi pandangan dari sebuah tingkap.
Di luar sana,
sebuah bandar masih bercahaya.
Cantik.
Tapi seperti biasa…
aku tak tengok lama pun.
My favourite view was sitting right next to me. ❤️

No comments:

Post a Comment

CARAMEL, CLASSIC OR HAZELNUT

Old Town White Coffee. My favourite place. Orang kata, tempat utama untuk dituju bila tak tahu nak pergi mana. Tapi untuk aku dan kawan-kawa...