Tuesday, 15 September 2026

EVERY LIL MOMENT

Aku perasan satu benda tentang diri aku.
Ada sesetengah cerita, aku boleh ceritakan dengan muka biasa.
Tentang kerja.
Tentang tempat.
Tentang manusia.
Besheeee je nyah.
Tapi ada satu jenis cerita yang pelik.
Belum sampai separuh pun…
aku dah senyum.
Kadang-kadang sebenarnya tak ada benda kelakar pun.
Aku je yang senyum.
Aku suka melihat cara seseorang bercerita.
Mimik muka dia bersungguh-sungguh.
Mata.
Kening.
Mulut.
Semua masuk kerja.
Kadang-kadang aku sendiri tak pasti apa yang aku dengar sebab terlalu fokus tengok muka dia.
Sampailah satu hari dia bercerita,
“Cikgu Fizik masa Tingkatan 4 bagitahu, keliling kita ni penuh dengan gelombang bunyi. Kalau boleh nampak, jenuh nak mengelak… sebab banyak pemancar radio.”
Aku pandang muka dia lagi.
Bersungguh.
Saintifik sungguh.
Masalahnya…
dia tengah duduk atas patung dinosaur.
Ya.
Dinosaur.
Dah macam budak-budak naik permainan depan pintu masuk mall, tunggu mak masukkan seringgit.
Duduk atas dinosaur sambil cerita pasal Tingkatan 4 dan gelombang radio.
Aku pun menyampuk,
“Ohhh… zaman saya, cikgu belum nampak gelombang radio.”
Dia terus jawab,
“Oh lupa… awak dah tua.”
Kurang asamm jawa, garam kunyit... 
Cissss
“Eh salah. Awak tu yang kanak-kanak. Siap cikgu boleh nampak gelombang. Hebat cikgu awak ni.”
Dan bermulalah sesi menganjing antara dua manusia yang sebenarnya langsung tak ada kaitan dengan silibus Fizik.
Dia cuba mencari backup.
Tak ada seorang pun backup.
Kawan dah tantrum. 😂
Kanak-kanak riang lah katakan.
Orang dah Darjah 6…
dia baru masuk Darjah 1.
Siap cerita membuang ayaq besaq lagi dalam seluar... Kannn. 
Hahahahahs
Nasiblah.
Kalau diberikan masa sampai hujung nyawa sekalipun, rasanya point ini memang aku takkan tinggal.
“Owhhhhh… nampak gelombang…” 😅 
Aku tak tahu kenapa benda-benda macam ni yang paling kuat melekat.
Bukan perkara besar.
Bukan ayat romantik.
Kadang-kadang cuma seseorang duduk atas dinosaur, bercakap bersungguh-sungguh tentang Fizik sementara aku langsung tak fokus kepada Fiziknya.
Aku fokus pada muka dia.
Cara dia bercerita.
Cara dia mempertahankan cerita.
Cara muka dia berubah bila kena bahan.
Dan bila aku ceritakan semula sekarang…
ha.
Aku senyum lagi.
Mungkin begitulah hati menyimpan manusia.
Bukan ikut tarikh.
Bukan ikut jarak.
Bukan berdasarkan siapa yang masih berdiri di depan mata.
Hati simpan berdasarkan rasa.
Sebab itu ada manusia yang tidak perlu berada di hadapan kita untuk membuatkan kita tersenyum.
Cukup satu cerita terbuka.
Satu ayat.
Satu perangai.
Satu dinosaur.
Dan tiba-tiba…
ada bunga kecil tumbuh dalam dada.
Satu.
Dua.
Tiga.
Lepas tu dia kurang asam, garam, kunyit sikit.
Satu taman dia buka.
Aku tak tahu sampai bila perkara ini akan berlaku.
Dan buat masa sekarang, aku tak mahu menghalangnya.
Kalau hati mahu berbunga bila bercerita…
berbungalah.
Tak semua bunga perlu dipetik.
Tak semua bunga perlu dibawa pulang.
Ada yang cukup kita pandang…
dan tersenyum kerana pernah melihatnya tumbuh.
Orang lain mungkin nampak aku sedang bercerita tentang dinosaur, gelombang radio dan dua orang manusia yang suka menganjing satu sama lain.
Tapi aku tahu…
aku sedang berjalan sekejap ke sebuah tempat yang pernah membuatkan aku bahagia.
Dan setiap kali aku pulang dari sana,
entah kenapa…
aku masih tersenyum.

No comments:

Post a Comment

EVERY LIL MOMENT

Aku perasan satu benda tentang diri aku. Ada sesetengah cerita, aku boleh ceritakan dengan muka biasa. Tentang kerja. Tentang tempat. Tentan...