Monday, 20 May 2024

Mi Amor Goes Tik Tik Tok..... For U ( eps 1 )

EPILOG PENULIS

Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, banyak laman - laman sosial yang baru muncul, satu - persatu menjadi terkenal dan ada juga yang telah berkubur. Sensasi terkini pastinya aplikasi TikTok daripada China, maka muncul lah juara - juara, pakar- pakar video di applikasi ini, pelbagi transaksi muncul dan tahun berganti tahun imej Tik Tok mula berubah menjadi medium manusia menjadi terkenal dengan pelbagai jenis 'CONTENT" ada yang isinya hanya untuk menarik perhatian dan penipuan sahaja, ada yang penuh dengan nasihat dan bermesej dan ada juga menjadikan Tik Tok medium mencari pendapatan. 

Bagi penulis pula, Tik Tok ini hanyalah medium hiburan dan untuk mencari ilmu yang dahulu nya kita perlu menghadiri kelas - kelas dan majlis -majlis ilmu dan akhirnya sekarang tinggal keinginan kita sahaja untuk mencari dan memperolehi ilmu yang kita mahukan.

Penulis tersenyum sendirian memikirkan betapa banyanya applikasi kini menggantikan apa yang pernah kita suka dan enjoy suatu ketika dahulu. Sekarang buku - buku, novel - novel, surat khabar, majalah dan bahan bacaan bagaikan telah berganti sepenuhnya.Pelajar juga membawa laptop kemana - mana dan MEMBACA? juga telah bertukar kepada menonton, novel juga ada versi drama pendek.... adoiiiii macam mana penulis hendak memastikan penulisan kali ini mendapat sambutan.

Penat penulis berfikir, terutamanya penulis sudah lama tidak menulis di mana - mana, berkarya apatah lagi. Penulis juga risau jikalau ejaan penulis ke sana - sini... Oleh yang demikian Penulis memohon maaf dahulu kepada semua pembaca.

Kebelakangan ini penulis di kelilinggi dengan kawan - kawan yang sangat teruja dengan applikasi Tik Tok ini, pelbagai kisah, pelbagai drama dan pastinya I fell for the Man that's on Tik Tok,

Pastiya bukanlah Penulis... penulis akan bersama anda semua menerusi penggembaran MI AMOR GOES TIK TIK TOK FOR YOU


EPISOD SATU 

TIK TOK ACCOUNT OPENING... LOADING

Anggun membelek - belek smartphone nya, sambil mengumam seorang diri, entah apa yang di bebelkan seorang diri. Terlihat daripada jauh seperti orang gila yang bercakap seorang diri namun pada zaman sekarang bercakap seorang diri itu tidak lagi di pandang serong kerana ramai di antara kita selalu melepak di kedai - kedai kopi viral seorang diri tetapi sebenarnya " ON THE PHONE" kalau tidak bergayut, sudah semestinya VC atau nama panjangnya  Video Call.

Anggun memilih Applikasi Tik Tok, bersedia dengan microphone wirelessnya dan memilih LIVE

"Hye Mine Ageless Sweet Heart, apa khabar harini... Anggun baru je nak santap makan petang, So sambil makan apa kata kita spend time sama - sama share about yourday" kata Anggun sambil tersenyum di hadapan handphonenya.


SOMEWHERE 2022

"Anggun... pagi tadi I dah bermesyuarat bersama ahli lembaga Pengarah dan juga Ceo kita, We are all agreed that untuk melantik you sebagai Face of our Company dan akan make sure you boleh menjadi Influencer di dalam applikasi Tik Tok" Kata Veronica iaitu Pengarah Pengurusan Marketing Strategies.

"You have it all... cantik, pandai, pandai in public relation, I suka content you di  Instagram cuma yang i rase wasted sikit sebab you private. Imagine semua video - video yang you edit tu dan semua make up - make up yang you buat tu goes viral. Kalah semua influencer yang ada tau" tambah Veronica lagi.

Anggun menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal, bagi Anggun hidup sebagai seorang yang terkanal bukanlah pilihannya. Dia kalau boleh nak balik rumah, edit video ashtetic, rekod diri sendiri dan buat make up - make up yang over the top. Bukan lah yang nampak macam pengantin atau make up persis bak seorang putri, Anggun lebih memilih untuk lebih extreme atau make up ala - ala Halloween. 

Veronica merapati Anggun apabila melihat rupa Anggun yang stress setelah mendengar pendapat daripadanya.

"Ok how about this, I bagi you time untuk you fikir. Lagi pun produk yang kita nak buat bersama dengan you tu baru di dalam fasa experimen dan i nak you tahu dahulu, produk tersebut akan menggunakan nama you serta you akan dapat persen dari setiap jualan. Rugi tau kalau you tak grab" Veronica cuba menghasut Anggun bagi meneruskan project Anggunism With U.

"Hmmmmmmm, boleh tak you and your team bagi I masa, walaupun you tengok I easy going atau good in public relation tapi sebenarnya I ni sangat lah tak tahu macam mana nak bergaul, nak cakap depan komputer sorang - sorang.... macam pelik gila. So i need to get to know this Tik Tok apps first okay" kata Anggun.

Tiba - Tiba Veronica ketawa mengilai dengan kuatnya sehinggakan staff yang berada di luar bilik Veronica berpaling melihat.

"Wait? you buat apa masa time Covid... don't tell me you stuck dengan Blog you... Hey Anggun, orang dah tak baca blog lah, zaman sekarang its all about video, Live stream. Ok... Ok... fine... you have your time but i take this answer as a YES from you, when the time have come and the product is ready... you should already at least dah ada more than two thousand followers di tik tok" wajah Veronica yang tersenyum tadi terus berubah serius dan merenung Anggun sebagai tanda dia bukan bermain.

Anggun menelan air liurnya dengan wajah yang takut dan merasakan dirinya terancam. Perlahan - lahan Anggun menggukkan kepala dan menggankat punggungnya daripada kerusi dan meminta untuk pergi dari situ.

Anggun berjalan laju menuju ke mejanya dengan jantung yang berdebar - debar dan kepala yang melayang.

"Aku?! jadi influencer.... lutut dia.... Ingat aku ni apa?"

"Aku ni tulis blog sebab aku segan nak jadi orang gila, cakap sorang - sorang"

"Blur weyh... argggghhhhhhhhhhh Why me Why Me!!!!!!!"

Anggun menarik nafas sambil memandang pemandangan luar syarikatnya yang cantik, berhadapan dengan laut selat Tebrau. Anggun mengangkat telefonya dan tanpa berfikir panjang dia terus mendail nombor yang paling banyak di call

"Hello Ratna..... i have to talk to you right NOW"


πŸ‘€ Ratna angkat ke Call dari  Anggun tu. Hahahahahaha Penulis pun tak pasti, sama seperti Anggun... Penulis pun suka menulis lagi daripada buat Live dan kadang - kadang Penulis malas nak mengedit video walaupun gambar dan video bersepah je dalam Handphone Penulis.

Tadi Veronica ada berkata, ZAMAN SEKARANG ORANG DAH TAK BACA BLOG! Geram je Penulis rasa, kalau ikut kan hati... nak padam je watak Veronica tu. Kalau iye pun nak marah Anggun jangan lah libatkan Penulis skali kan πŸ˜…

hmmmmmm Ratna tolonglah angkat telefon Anggun tu, penulis risau nanti Anggun pergi terjun laut pula.


"Yooooooo Wahtttttttuppp babeh... Ape keheinye bunyi macam serius sangat je tu, ko  stress pasal boyfren ko lagi ke.... dah lah cari lain je sudah" Jawab Ratna yang mengkhinzir buta tanpa mengentahui asal usul masalah Anggun.

"Bodo... bukan lah!!! bukan pasal boyfren aku and yess walaupun dia buat aku menyampah hari - hari tapi kali ni bukan pasal dia, ni pasal kerja aku" Jawab Anggun dengan nada suara yang sedikit rendah seakan - akan motivasi dirinya hilang.

"Besar sangat ke masalah ko tu, mesti pasal bos ko kan... si rambut penyapu tu kan" jawab Ratna

"Yes... pasal veronica, kejam seyh ko tu tak baik tau ko cakap macam tu kat dia. Tak lah dia nak aku jadi Influencer tik tok... aku bukan macam ko tu... extra extrovert... pastukan ada hati pulak nak suruh aku buat LIVE.... bangang ape aeh?" jawab Anggun pula.

"Hahahahahaha aku sendiri tak pernah buat LIVE... aku pun boleh jadi mati akal nak cakap depan telefon, aku lebih rela lagi jumpa orang ke, buat konsert ke, jadi pengacara ke? itu aku lebih rela... tapikan sebenarnya ramai je TikTokers ni yang introvert, sebabkan dieorang cakap sensorang dan rase macam takde tekanan untuk bersosial... sesuailah dengan ko tu" jawab Ratna dengan panjang lebar.

"Aku ade satu cadangan, apa kata ko buka akaun Tik Tok... try tengok orang buat Live... tengok cara orang bersembang dan apa yang boleh menarik minat orang untuk menonton... kalau ko tanya aku kan... muke ko je dan beribu orang sanggup masok live ko... Just give it a try" Macam biasa, Ratna sentiasa menjadi Anggun biggest supporter tidak pernah pun lelah mendengar keluh kesah rakannya.

Anggun menamatkan panggilannya dengan Ratna dan mula menekan - nekan smartphone nya. Google play, search dan pilih applikasi Tik Tok. 

SIGN UP, DONE!

"The Day Im get into your LIVE, im already In Love" - Anggun

Kalau tanya macam mana rupa Anggun, 
Penulis Rasa macam ni lah
dan belakang tu watak Ratna =)





Jangan tipu penulis, kalau korang yang membaca ni tidak pernah jatuh hati dengan personaliti tv mahu pun artis... seperti cerita penulis ini dan penulis pasti korang ada juga yang jatuh hati dengan Tiktokers yang korang follow kan. Episod Satu ini, penulis sangkutkan dahulu di sini, semoga idea penulis akan terus membuak - buak supaya korang akan stay bersama blog ini.

LOVE YOU ALL TO THE MOON AND BACK
 AND I WILL BE BACK
πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Friday, 17 May 2024

Filem Sheriff.... Twist sana... Twist sini... Jomlah Makan Twister

 Nasib Baik Aku Dah Katham Plot Twist Ala - ala Ramlee Awang Murshid πŸ˜†


Hye You All, sampai lagi awak - awak semua ke blog Milo ni... seriusly speaking aku rase bersalah pula sebab pakai nama Milo. Korang tahu tak betapa aku terseksa dengan pemboikotan ini, sesungguhnya Milo itu lah life line aku ketika aku berdiet. Sebab dengan minm milo je korang dah rase kenyang.... tapi apa kan daya.

Baiklah semua, seperti tajuk kita di atas... kini tibalah masanya giliran Filem kesukaan ramai yang meletop - letop di pawagam dan menggegar dunia Polis dan semuanya enjoy melihat polis tangkap polis. Kalau di dalam badan uniform ni kita panggil MP = Military Police, kalau dieoerg datang dikkkknooon lari tak cukup tanah lah korang.

Apa persamaan Ramlee Awang Murshid dan juga director filem ni Shafiq Yusoff? Mesti korang tertanya - tanya kan setelah melihat sub Title aku begitu. Mudah je kalau korang adalah salah seorang daripada peminat Ramlee Awang Murshid, buku - buku beliau semuanya penuh dengan Plot twist, di awalan cerita lagi korang dah kena alert walaupun detail - detail yang kecil. Dan kalau korang nak tahu, itulah penulis yang aku teringin nak jadi namun aku tiada kehebatan itu,

Untuk post kali ni, aku rasa macam malas nak tulis review sebab aku tahu ramai dah tengokkan hahahahahahaha bukan aku tak nak kritik, aku nak kupas dan ulas serta aku nak gunakan otak aku yang telah lama di asah menggunakan penulisan Ramlee Awang Mushid ini ke atas filem Sheriff... jadi korang dah bersedia ke untuk bersama - sama aku di dalam kemungkinan - kemungkinan yang mengarut ini. Jadi jom ikut penulisan aku

 SIAPA SUSPEK AKU YANG MENJADI KELDAI @ TIKUS @ ORANG SURUHAN

Seperti yang korang menonton Filem Sheriff ini, Tikus - Tikus atau orang suruhan atau mata- mata tidak mengenali satu sama lain, dan watak Aaron Aziz sendiri ada memberi tahu yang polis dah salah buru, salah kepala naga yang di potong... jadi siapakah naga yang sebenar. Semestinya kita akan berfikir yang lebih besar, orang yang lebih berpangkat kerana di scene terakhir watak utama Sya yang di lakonkan oleh Azira D'Fam berjumpa dengan Ketua Hakim negara.

Sya adalah penolong ketua unit Narkotik, dan adik Sya iaitu Insp Naz yang membawa watak pembunuh setiap Tikus - Tikus Tony iaitu watak Aaaron Aziz. Secara logik akal, boleh ke adik beradik satu Unit? sedangkan aku kerja Aeon dulu, management tak bagi adik beradik bekerja di dalam satu Line, apetah lagi di bawah satu Cosignment atau department.... oleh yang demikian aku mula merasakan musykil sangat kenapa dua beradik ini bermula di dalam Filem ini boleh berada di bawah unit yang sama.

Apa sebenarnya yang Shafiq Yusof nak sampaikan, dan juga yang menggangu fikiran aku ialah, Girl Fren Insp Naz mati kena rogol sebab kantoi undercover masa siasat kes Tony. Takkanlah kakak tak backup lansung GF adik, sedangkan dia tahu betapa bahayanya kerja Undercover ni, dan siapa pula yang kantoikan GF Insp Naz tu kan?

Suspek aku tak lain dan tak bukan Sya, watak Sya ni macam sesuatu sangat... terlampau banyak persoalan mengenai tindak tanduk dia, korang ingat orang di sebalik orang - orangan tu bodoh ke...mestilah dia dah letakkan mastermind kan di dalam sesebuah organisasi.. kemudian Sya di tarik dan di masukkan pula bersama Sheriff kononnya untuk meneruskan apa yang dia lakukan... Mungkin Sya ni lah yang akan tikam belakang Sheriff di akhir nanti... mungkin... kita tidak tahu...

Jika nanti dah keluar Sheriff 2, n sya tu sebenarnya jahat... korang baca dari sini dulu tau... Hahahaha


Seperti yang korang baca apa yang aku rasa, jadi dengan kemunculan Elizabeth Tan, awal lagi aku dah tahu dia tu Tikus, masuk masuk je... aku dah bagi tahu kawan aku ni jahat ni... dan tikus ke2 tu cara dia jawab soalan dan perangai kerek dia, senang sangat orang teka. Dan opkos masa Insp Naz kantoi dia jumpa dengan orang dia tu obvius sangat espcially bila dia ialah suspek utama yang membunuh orang - orang suruhan Tony.... kamonnnnnnnnnnn dah tentu - tentu pada waktu Insp Naz pergi berjumpa dengan orang dia tu DI KAWASAN RUMAH dan PADA HARI SHERIFF kata semua staff dia takkan pergi mengintip semua staff unit narkotik....opkos itu UMPAN je..orang kelas belakang pun paham nokkkkkk.... πŸ˜…

Alamak aku dah tercerita banyak sangat pulak... apa - apa pun best lah cara dan jalan cerita ni, tetapi bagi aku, predictable sebab aku selalu kena Scam dengan penulisan Ramlee Awang Murshid, jadi aku menjadi amat amat detail bila menonton filem - filem yang kena berfikir macam ni. Itu sebab aku tak puas hati bila watak Sya macam tak di kembang kan... itu jugaklah sebabnya aku rasa Sya ni TIKUS BESAR dan Shafiq Yusof simpan untuk next episode bagi mengembangkan watak dia.

Apa -apa pun, teruskan menghasilkan filem - filem seperti ini.. sesuatu yang boleh di banggakan dan membuatkan seluruh rakyat Malaysia teringin untuk menonton dan memeriahkan semula industri Cinema kita.... bila Orang Ramai sudi meng invest duit dan masa untuk menonton filem itu... maka ketahuilah anda telah membuat filem yang terbaikkkkk.....

BINTANG : 3.95/5 



p/s: Aku pernah tulis mengenai FILEM dan DRAMA melayu... memang tak lari dengan adegan ROGOL, aduhhhhhh kamon... dah tahu 2024, Type M ni memang suka main rogol - rogol ke.... korang yang tulis skrip tu dalam otak ade tu je ke... please lah be a bit more creative bile nak mematikan watak seorang wanita... sooooo damn disgusting... yang paling bodoh skali cerita drama Lelaki itu.... dah lah FILEM KITE WAJAH KITE KAN.... jadi pikir piir kan lah wahai director dan skrip write TYPE M sekalian buana........

Thursday, 16 May 2024

I WAS BORN TO LOVE U.........

 AN AMAZING FELING COMING THROUGH......πŸ’–πŸ’–πŸ’–


Tuan - tuan dan Puan - Puan ini adalah tajuk lagu daripada kumpulan 80an - 90an QUEEN. Saya bukan nak bercerita mengenai kumpulan QUEEN atau mengulas lanjut mengenai kumpylan tersebut,akan tetapi saya hanya ingin berkongsi mengenai lagu tersebut.

Soalan pertama, Korang pernah dengar tak lagu tu? kalau tak pernah dengar, silalah dengar yang telah remaster tahun 2011 atau yang paling penting bukan yang origial release.... Aku sebenarnya dah terkena jangkitan suka sangat dengan lagu tu di sebabkan Drama Jepun lakonan Takuya Kimura, sekarang dah jadi atok dah dia sekarang.

Cerita pasal Takuya Kimura ni, dialah aku punya Childhood crush. Nama pena aku, Keiskies juga sebenarnya asal nama Jepun, Keisuke. Di sebabkan asyik kene ajek SUKE.... SUKE ape... sampai menyampah jadinye... huhuhuhuhu... maka aku macam biasa bermesyuarat dengan diri sendiri untuk menukar menjadi Kei Skies... dan nama tu kalau orang tak alert die akan bunyi Keis Kies.... its called word play... ok ok ok.... saya cerita mengenai lagu I Was Born To Love You.

Lagu remaster ini di buka dengan bunyi ala - ala kipas Helicopter.... kemudian dia build up dengan nyanyian tanpa heavy music... pastu masa tu pun buat kita dah start rase angau, fikir pula watak Halu dalam cerita pride dengan character Halu yang charming, memang akan membuatkan kau rase nak layan lagu ni.

Lirik dia yang mudah, bersesuaian dengan aliran music pada tahun tersebut yang mana, lirik -lirik sangat lah mesmerising, sangat boleh di gunakan untuk di jadikan cerita essay masa zaman sekolah. Liriknya menceritakan di mana Lelaki tersebut sangat - sangat bersyukur dan gembira bertemu dengan wanita idamannya.... dan terdapat juga di dalam lirik lagu tersebut.... lelaki tersebut tidak menyangka yang mana doanya akan di makbulkan.

Kalau korang macam curious tentang cerita PRIDE ni, aku ade mengulas mengenainya... tahun dulu - dulu  PRIDE REVIEW... korang boleh tekan untuk membacanya. Dan aku pasti korang mesti suka, terutamanya yang suka Jamming, yang suka karoke, lagu ni seseuai untuk mengeluarkan anak tekak korang dan segala mak nenek stress... hahahahaha.

Semoga korang yang rajin membaca ini enjoy dengan pemilihan lagu oleh saya, di mana saya kembali in love dengan lagu ini, tetapi kali ini saya in love untuk melalak pulak... hahahahahaha alamak tapi tune lari lah.... taksangka pula lepas batuk teruk boleh effect nyanyi note tak kena... aduiiiiiiii yai aku dah jadi def note ke... takpelah korang semua... janji korang enjoy nye dengan lagu ni.




Lirik I WAS BORN TO LOVE YOU - QUEEN

I was born to love youWith every single beat of my heartYes, I was born to take care of youEvery single day of my life
You are the one for me, I am the man for youYou were made for me, you're my ecstasyIf I was given every opportunity I'd kill for your loveSo take a chance with meLet me romance with youI'm caught in a dream, and my dreams come trueIt's so hard to believe this is happening to meAn amazing feeling coming through...
I was born to love youWith every single beat of my heartYes, I was born to take care of youEvery single day of my life
I want to love you, I love every little thing about youI want to love you, love you, love youBorn to love you, born to love you, yes I was born to love youBorn to love you, born to love you every single day of my lifeI was born to take care of you every single day of my life
My life, hey hey, every single day of my lifeI was born to love youWith every single beat of my heartYes, I was born to take care of you, honeyEvery single day of my life

Tuesday, 14 May 2024

LAST CHRISMAST.................... i gave you my one and only heart


NOT JUST A  ANY XMAS MOVIE

EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Dah kenapa aku nak cerita pasal Xmas


AKU SUKA CERITA NI

Korang dah tengok ke cerita ni,

Dah lama dah Tahun 2019, cerita ini di keluarkan

Film romantik yang menarik penonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut

Terutamanya setelah munculnya watak lelaki utama di dalam Filem ini.

Maafkan aku ye kawan - kawan, aku terpaksa merosakan mood korang 

Tapi aku berharap korang akan rasa lebih lagi nak tengok selepas korang membaca

review daripada aku =)


Apakata aku terus ke KESIMPULAN

Cerita ini di buka dengan watak seorang perempuan yang agak huru - hara hidupnya,

Tiada rumah sendiri, masih duduk bersama dengan ibu bapanya dan bukan lah orang Inggeris

Ibu bapanya immigrate dari negara lain dan tinggal di England.

Oleh kerana watak heroin ini rimas dengan ibu bapanya maka dia pun hidup nomad.

Sanggup tidur bersama dengan mana - mana lelaki hanya untuk ada tempat bermalam.

Naseblah perempuan ni bukan orang Islam kan, mana mungkin orang putih nak tulis begitu.

Cuba, kita alihkan kalau ini cerita pasal hari raya,

Takkan watak perempuan tu nak jadi nomad macam cerita ni kannnnnn...

Dah macam cerita Azura... ehhhhhh melalut pulak aku ni kan.


Watak perempuan ni nama dia Katarina, dan pada suatu hari dia berjumapa dengan Tom

Tom ni macam watak pelik sikit, sejak mula watak ini keluar je beliau dah macam "something"

Untuk orang - orang yang macam aku, yang suka cerita Ramlee Awang Murshid,

Dengan membaca buku beliau, membuatkan aku mula alert di awal Filem kerana di awalan 

itulah tersembunyi seritu satu jawapan yang akan berlaku di akhir filem nanti.


Kejapppppp....Kejap.... Ape kaitan cerita misteri dengan cerita Last Xmas ini?

pelik bukan???!!!! ahhahahahaha... memang pelik, kerana misterinya cerita ini apabila

Tom sudah tidak lagi kelihatan, Tom tidak di jumpai di mana - mana.

Bahkan tempat yang Tom bagi tahu Katarina yang di membuat kerja amal juga, tidak mengenali Tom.

Jadi siapakah Tom yang sebenar, kenapa perkara ini berlaku dan Katarina hampir bengong dalam

Mencari di manakah Tom berada.


Katarina mula berasa menyerah dalam mencari Tom dan akhirnya, Tom muncul di hadapan mata.

Tom membawa Katarina ke rumah beliau dan memberitahu Katarina bahawa dia sentiasa di dalam 

hati Katarina, dan pada malam Katarina berada di rumah Tom, tiada apa yang berlaku tetapi hanyalah

kata - kata semangat untuk hidup dan meneruskan kehidupan kepada Katarina.

Katarina terharu dengan semua nasihat Tom dan pada esoknya Tom kembali hilang.

Katarina yang mendengar kata - kata dan nasihat daripada Tom, pulang ke rumah

Mencuba untuk hidup dengan lebih baik dan bersemangat sehinggalah suatu hari,

Katarina mendapat tahu yang sebenarnya Tom telah lama meninggal.


Tom yang hanya muncul dihadapan Katarina kerana Katarina adalah pemilik hati Tom,

dan Katarina adalah pemilik hati Tom sekarang dan semangat Tom telah menjelma di saat Katarina

merasakan dia tiada arah lagi untuk hidup, semangat Tom lah yang membuatkan Katarina kembali

bangkit, dan mula menerima ahli keluarganya semula.

Katarina mula meredhai yang sebenarnya, dialah pemilik hati Tom

dan dari situ dia dapat merasakan kasih sayang Tom kepada dirinya


Dan jika Tom masih hidup, mungkin Katarina juga pemilik hati Tom, cinta Tom

kerana itulah yang telah di takdirkan.

Apa sahaja jalan hidup kita, jika sesuatu itu telah di takdirkan maka ia akan mencari jalan untuk 

bertemu dan apa sahaja yang bukan milik kita, ia akan senantiasa mencari jalan untuk pergi.

Mencintai dan di cintai adalah perkara yang hanya akan berlaku jika pemilik - pemilik hati manusia

ini izikan, apa pun yang berlaku di dalam dunia ini hanya akan berlaku dengan izin ALLAH.


Last Xmas... I gave u my heart...

but the very next day.... u gave it away

This year... to save me from tears

i'll give it to someone special.


p/s: kita tidak boleh menghalang orang datang dan pergi dari hidup kita, apa yang kita boleh buat ialah dengan berlajar menerima segala pengalaman dan pembelajaran yang datang dengannya.... key word dia mudah, tapi susah nak buat iaitu MEREDHAI dan MOVE ONπŸ˜‡ 

Monday, 13 May 2024

 πŸ’† IDEA OWH IDEA 


Alamak otak aku dah beku lah korang...

Bila aku mula mula menulis mengenai Kasih Sang Rienta

Aku sangat - sangat excitedddd sebab aku rase aku nak tulis mitos sejarah versi aku

Tapi aku tak sangka pula yang menulis sesuatu yang berkaitan dengan sejarah ini

Bukan engkau boleh menulis dengan Mengkhinzir Buta, 

Bahkan kalau nak konar baring pun kena berilmu.


Baru aku tahu betapa banyaknya buku - buku yang nak kena baca,

Research - research yang kena buat.

aduhhhhhhhai korang...

Jika aku ada masa yang begitu banyak,

Mungkin dulu iya, namun sekarang macam susah je kan.

Jadi aku telah membuat mesyuarat tergempar dengan diri aku sendiri

Aku menangguhkan Cerita Kasih Sang Rienta tu ke suatu masa

Yang aku sendiri tidak tahu.


Kita beralih pula kepada cerita UNTITLLE

Dulu masa aku tulis cerita - cerita ni, aku banyak sangat terpengaruh 

Dengan cerita TV3 cerita novel - novel macam ombak rindu,

Cerite - cerite FanFic, wow rajin tak dulu aku membaca =)


Percaya atau tidak, manusia telah beralih arah,

Lebih minat untuk membuat video dan menonton video

Daripada membaca Blog seperti ini.

Aku tahu, tak ramai dah... dah tak macam dulu kan

Tapi aku rasa aku nak sambung menulis cerita dengan tajuk yang lain.


Apa kaitan video di atas dengan cerita yang bakal aku publish nanti,

Well beberapa hari lepas aku mendapat ILHAM yang datang ketika aku sedang memasak ramen

Tetiba aku terfikir besnya kalau aku menulis dalam versi Lemony Snicket's The Unfortunate Event.

Suatu cerita yang berlaku di sekeliling kita, dan 

Aku curi cerite ni dengan apa yang aku perhatikan daam seminggu dua ini.

Tersenyum aku seorang diri bila aku teringat....

Namun bila dah lama, dan sangat lama aku tidak menulis,

Persoalan yang bermain di dalam fikiran aku ialah,

Adakah aku mampu menarik minat orang orang yang masih suka membaca.


Perastusan yang pasti makin mengecil,

Tapi aku rasa, dan aku sangat berharap....

Aku mampu tamat walaupun satu cerita daripada diri aku sendiri

Doakan aku ye kawan -kawan, orang yang macam aku ni kan hangat -hangat

Chicken dug..... 

Sekian Dulu Di di Sini.


P/S: Perkara apa yang paling susah untuk di buat di dalam hidup ini? jawapan daripada diri saya ialah MEREDHAI.... semoga hati dan perasaan ini sentiasa di dalam MODE REDHAI -amin


Wednesday, 10 January 2024

Puteri Di Bawah Lindungan Bulan


Bulan oh Bulan
Yang pastinya Bukan Blog Oh Bulan 😊

Pernahkah korang melihat bulan setiap hari, dan berasa kagum dengan perubahan saiznya, 
bulan yang engkau kenali berubah setiap hari
Dan aku, apabila aku melihat bulan...
Aku akan meneka tarikh dalam Islam, yakni harini hari keberapa...
Tahukan korang bila saatnya aku akan sangat sangat suka akan melihat bulan...
Pastinya pada bulan ramadhan, kerna aku akan bersolat terawikh di masjid, Dan untuk ke masjid aku perlu menaiki motor untuk ke sana....
Selesai sahaja solat apabila pulang... Aku akan merenung langit, mengagumi setiap perinci yang menghiasi waktu malam... Di hujani dengan tebaran bintang bintang Dan pastinya bulan.
Tahukah korang... Langit paling indah aku lihat iaitu lagi 2 hari sebelum raya qurban 2023 di tepian pantai... Sampai aku berlarian daripada kereta hanya kerana keindahan langit yang luar biasa...
Saat itu aku yakin doa ku di makbulkan, rupenya tidak...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Maaf ye ini bukan cerita kuch kuch hota hai.... 
Nak tahu macam mana rupa bintang pada malam itu... Macam gambar di bawah ini...
Gambar sekadar hiasan... Yang pastinya itu bukan aku... Hahahahah
Contoh ye anak - anak... Nanti ada plak yang mengata... Aduiiiiiyaiiiiii... Zaman sekarang ni mudah sangat fitnah nyeeee pun....

Bulan itu istemewa, terdapat cerita cerite mengenai bulan.
Bulan itu sendiri penah di belah dua Dan terdapat hadis yang bercerite mengenai itu

  1. Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)
  2. Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)
  3. Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada masa Rasulullah saw.. (Shahih Muslim No.5015)
Copy paste dari blog ALHABIB


Jika bulan itu di gambarkan sebagai simbol percintaan atau simbol yang romantic... Maka di bawah ini ape yang aku dapat simpulkan....

Bulan itu satu
Namun awak
Bukanlah satu untuk saya

Bulan itu menawan
Tapi saya
Bukanlah yang menawan
Hati awak

Bulan itu menerangkan
Tapi awak
Cahaya awak bukan
Untuk menerangkan hidup saya

Awak ibarat Bulan
Dan Saya ibarat Bintang
Bulan Dan Bintang
Berada pada waktu yang sama
Menghiasi malam yang gelap Dan kelam
Namun bukanlah pasang yang memerlukan
Cuma ia berada pada ruang
Dan saat yang Sama

Bulan Dan Bintang
Bunyinya seperti pasangan bahagia
Namun belum tentu bulan menyedari
Bintang yang senantiasa ada di sisinya
Sama seperti bintang yang asyik
Dengan kedipan yang seumpamanya

Bulan Dan Bintang
Aku hanya berada di sisi mu
Tanpa engkau memerlukan Ku
Aku bukan lah Putri Naungan Bulan
Atau tinggal di bawah Bulan
Kerana wujudnya aku 
Tanpa Bulan memerlukan Ku.

Aku bukanlah Putri Naungan Bulan
Kerna aku asyik dengan kerdipan bintang
Kerna aku lebih mengagumi bintang bintang di sekeliling ku
Bulan untuk di pandang
Dan ada waktunya ia hilang
Dan ada waktunya ia menyinar
Tetapi bintang sentiasa menghiasi malam

Jangan Tanya aku merepek ape
Random giler penulisan aku harini
Yang pastinya, tiada kene mengena 
Antara yang hidup, bernafas maupun tengah demam.

Kalau korang membaca nya sampai habis
Taniah di ucapan
Anda memang hebat
Walaupun aku ingin membuang bulan itu jauh2... Ada ketika susah untuk tidak melihatnya... Jadi apa pun dalam hidup ini, kadang kadang perkara yang paling kita suka, boleh bertukar kepada perkara yang kita benci dan berharap kita tak pernah suka pun, namun sehari demi sehari kita belajar untuk hidop dengan perkara yang sudah tak bermakna dalam hidup kita.

Sekian.....

P/s: aku suka sangat tengok cerita Walk To Remember... Hobi heroin cerita tu adalah melihat bintang sehingga pagi 😊
Semoga aku di beri peluang untuk buat macam tu sebelum menutup mata selamanya.... Mgkn time tu dah umoq 80tahun kot... Hahahahahahaha

Time scene in... Landon sengaja nak tengok planet Pluto yang hanya akan muncul beberapa minit sebelum matahari terbit... Sooooo sengajelah tu nk bermalam malaman bersama Jamie

N Jamie die ade bucket list of wishes sebelum die meninggal die nak buat Dan Landon Cuba memakbulkan semua wish list tersebut... Cerite ni bes guys... Silalah menonton...

Daaaaa dulu Dari saya
Lots of Love 
😘😘😘😘😘

Wednesday, 3 January 2024

Laaaaa Dah 2024 ke?

 Seriouslah KORANG??!!!!!

Well selamat datang ke Blog yang ownernye suka suka hati nak tulis
Suka suka hati nanti dah bosan,
Haaaaa?
Ape die?
Owner blog ni ada ADHD?
Dia punye level interest dia kejap je
Lepas tu... Semua cerite tergantung sepi

Well my dearest sebenarnya, betapa aku 
Excited nak tulis cerite Pasal
Kasih Luna Sang Rienta
Betapa aku terpakse memerah otak
Study bab teknologi makan and sejarah
Supaya cerite sye nampak bijak

Namun tetibe MR QUEEN wujud di TV
The exact same time aku menulis cerite INI
Ya ALLAH kecewa guys... Kecewa
Aku baru je nak bangga sebab dapat tulis
Yang konsepnye original
OK fine aku curi sikit cerite yg IU berlakon
Merentas Massa...

Jadi itu lah sebab kenapa selepas eps 4
Tiada lagi sambungan
Kerana mood dah kelaut dalam
Sedeyh πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ
Jadi soalanye
Adekah cerite Kasih Luna Sang Reinta akan bersambung.....
Jawabnya....
Yupppppppppp
Nantikan guys
Tapi sebab aku tulis pakai phone
Macam tak professional je kan...
Tapi... Insya ALLAH 
sye akan Cuba... Habiskannya pada tahun 2024 INI πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜

Well nak lari dari tajuk sikit...
Jadi untuk tahun 2024 ni
Aku ingin menjadi seseorang yang aku tahu
Aku boleh, Dari segi kehidupan dan kerjaya
Aku nak focus lebih ke arah kesihatan
Terutamanya mental dan emosi

Benar kisah cinta aku menemui jalan buntu di tahun 2023, iye benar kisah itu membuat aku terduduk berfikir dan mengalirkan air mata, iye benar aku lost sekejap dari alam Maya ini dan berada di suatu alam yang lain.
Kalau aku di bunuh time tu, percayalah aku tak rase ape... Kalau aku cedera time tu, cedera perasaan aku lagi sakit...

Emosi dan mental health pula
Not in the right conditions
Running help me a lot
Its keep me going
Keep me sane 
Keep me awake 
Dan yang paling penting
Buat sye berfikir secara waras
Media social... Yes posting ape2
Vids or pics also keep me more happier

Sekurang kurangnye itulah ubat sye
Yuppp tahun lepas smp kne nebulizer
Sebab tak boleh nafas
Terlampau stress
Coz myself know something what 
I'm gonna to find out
Body collapse dulu sebelum tahu
The most heart breaking news
So bile news tu sampai
Badan dah terlampau sakit untuk
Merasa yang sebenrnye emosi tersangat sakit
NUMB... Sangat NUMB

Dia delay... Several days after baru aku nanges macam orang giler...
Tapi ape je yang jadi itu lah takdir ALLAH
semuanya sudah tertulis
Apa sahaja yang jadi
Ujian yang ALLAH sediakan untuk kita
Its make u stronger... YES
Its make u believe u are more than what u  think
Its make me have faith n believe everything happened for a reason.

The Numbness in me, make me believe... I boleh drive dari hujung sini ke hujung sinun... 8  or more hours? Its okay... Boleh punye... Orang kate semangat Alpha Woman dah take over πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ˜…

Yesssssss
Aku mula meredhai
Aku mula mencari
Aku mula melihat hati Dan diri sendiri
Di mana yang tak betul
Cuba di betulkan
Yang mana kurang
Cuba di lebihkan
Alhamdulillah di saat NUMBNESS menyerang diri aku
ALLAH datangkan seribu satu rezeki buat aku.
Mungkin ini lah tegurannya 
Betullah... Tanpa sedar kadang kadang kita minta sesuatu Lima Kali sehari
Namun kita masih buat...
Bile kite tersedar sebenarnye
ALLAH hanya memakbulkan DOA kita.
Solat tahjudd yang selama ini aku mohon untuk melupakan seorang manusia
Bertukar menjadi DOA syukur kerana penciptanya masih menyayangi diri ini.

Semoga 2024 ni,
Aku menjadi lebih baik dari semua segi
Aku menjadi lebih ceria
Start to avoid drama
Semoga everything goods lah
To u, to me
And to everyone...

N 
TERIMA KASIH 
KERANA MEMBACA SAMPAI HABIS
KEEP ON READING PEOPLES

LOTS OF LOVE

P/s: my current song yang bagi I semangat ialah Baddest (KDA) & Counting Stars (OneRepublic)


JANJI YANG TAK TERUNGKAPKAN : BAB 7 WARKAH DINDA UNTUK KANDA

Sophia keluar dari bangunan arkib sambil membelek kad nama yang diberikan oleh pegawai tadi. Dia berhenti di tepi keretanya. “Okay…” Dia mem...